“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya sering menghidap sinusitis dan doktor telah mendiagnosa saya sebagai pesakit sinusitis yang kronik.
Saya sedang dalam rawatan. Hampir dua minggu ambil antibiotik tetapi belum sembuh. Kahak dan hingus masih kuning tetapi bertambah baik berbanding dengan mula-mula dulu.
Nampaknya sinusitis kali ini lambat baik. Ada tak suplemen yang saya boleh ambil selain dari ubat yang diberikan doktor?
Terima kasih.”
Waalaikumussalam.
Jangkitan sinus atau sinusitis adalah jangkitan kuman pada rongga sinus pada tengkorak dan rongga dalam hidung. Ia menyebabkan lendiran pekat berterusan keluar dari hidung atau ke bahagian tekak. Jangkitan ini juga menyebabkan bau busuk bila kita bernafas.
Selalunya lendiran berwarna jenrnih dan akan bertukar menjadi kuning disebabkan oleh jangkitan bakteria. Doktor akan berikan antibiotik yang sesuai dan ubat sintetik untuk mengurangkan penghasilan lendir.
Selalunya jangkitan sinusitis jangka yang dirawat dengan antibiotik akan sembuh selama 7 hingga 10 hari. Jika jangkitan ini berlaku secara berulang-ulang (sinusitis kronik) ia mungkin ambil masa lebih lama sehingga 12 minggu. Ini kerana tidak banyak saluran darah dalam tengkorak bagi menyalurkan antibiotik yang diambil.
Memang kena banyakan bersabar dan jangan berhenti pengambilan antibiotik kecuali dengan nasihat doktor, kerana bimbang ia akan berulang dengan cepat dan akan mengalami kerintangan antibiotik.
Banyakkan rehat, minum air secukupnya. Boleh tambah suplemen vitamin C , vitamin D dan Zink yang membantu penyembuhan.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
019-7022391
#HealthDrZubaidi
Boleh dapatkan VITAMIN C NUTRIFORTE di sini :

Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
