Potassium boleh didapati banyak pelbagai makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. ✔️Buah-buahan kering (kismis, aprikot) ✔️Kacang, lentil ✔️Kentang ✔️Labu ✔️ Bayam dan brokoli ✔️Sayuran bit ✔️Avokado ✔️Pisang ✔️Cantaloupe ✔️Jus oren ✔️Air kelapa ✔️Tomato ✔️Susu dan produk tenusu eg : yogurt ✔️susu tumbuhan (soya, badam) ✔️Gajus, badam ✔️Ayam ✔️Ikan Salmon Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidiHP 0197022391 KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Read More »Umum
KEPENTINGAN MINERAL POTASSIUM DALAM DIET
Potassium adalah mineral penting yang diperlukan oleh semua tisu dalam badan. Ia kadangkala dirujuk sebagai elektrolit kerana ia membawa cas elektrik kecil yang mengaktifkan pelbagai fungsi sel dan saraf. Potassium juga dikenali sebagai kalium. Ia didapati secara semula jadi dalam banyak makanan. Peranan utama potassium dalam badan adalah untuk membantu mengekalkan paras normal cecair di dalam sel kita. Sodium, rakan segandingan nya, juga mengekalkan paras cecair normal di luar sel. Potassium juga membantu otot mengecut dan membantu menurunkan tekanan darah. Akademi Perubatan Kebangsaan Amerika Syarikat mencadangkan : ✔️Bagi wanita berumur 14-18 tahun, AI ialah 2,300 mg setiap hari. ✔️Bagi wanita …
Read More »ADAKAH MAKAN BAWANG PUTIH BERBAHAYA KEPADA PERUT?
ADAKAH MAKAN BAWANG PUTIH BERBAHAYA KEPADA PERUT? Bawang putih bukan sahaja digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan untuk menambah keenakan makanan, malah ia digunakan sebagai ubat semulajadi untuk merawat penyakit seperti selsema dan batuk. Banyak kajian makmal menunjukkan bahawa bawang putih mengandungi banyak nutrien seperti asid amino, allicin, fructan, liallyl sulfide dan vitamin A, B, C, D. Secara khusus, bawang putih mempunyai kegunaan berikut: ✔️ Bawang putih mengandungi sebatian allicin yang berfungsi sebagai antibiotik semulajadi membantu menguatkan sistem imuniti badan, mempunyai kesan anti-bakteria dan anti-radang. ✔️ Bawang putih digunakan merawat ulser perut, gastritis dan sakit perut dengan berkesan. Oleh itu, …
Read More »TAHAP KOLESTEROL MASIH TINGGI WALAUPUN SUDAH LAMA AMBIL UBAT ANTI-KOLESTEROL
Peningkatan tahap kolesterol yang tinggi (terutamanya LDL) di kalangan individu yang kurus atau tidak obes selalunya disebabkan oleh masalah genetik. Masalah ini dinamakan Familial Hypercholesterolemia. Ia disebabkan oleh perubahan genetik yang diwariskan atau diturunkan daripada salah seorang atau kedua ibu bapa. Mereka mempunyai kemampuan mengumpul lebih banyak kolesterol berbanding dengan orang lain walaupun pada usia yang muda dan tidak obes. Sebab itu mereka mudah mempunyai pengumpulan lemak pada sekeliling mata, dan bahagian lain berbanding dengan orang lain. Faktor genetik (keturunan ) ini menyebabkan pengumpulan tahap kolesterol lebih mudah dan banyak terutama apabila usia meningkat melebih 45 tahun walaupun telah mengambil …
Read More »RAWATAN UNTUK MASALAH CARPAL TUNNEL SYNDROME
RAWATAN UNTUK MASALAH CARPAL TUNNEL SYNDROME 1. Carpal Tunnel Syndrome adalah salah satu masalah paling biasa yang dihadapi bagi mereka yang obese, sedang hamil atau mengalami kecederaan pada pergelangan tangan. 2. Tanda seseorang yang mengalami keadaan ini adalah berasa sakit atau kebas pada tangan dan rasa lemah menggerakkan tangan dan pergelangan tangan. 3. Terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaan ini, bergantung samada berpunca dari berat badan berlebihan, kehamilan atau kecederaan pada pergelangan tangan. 4. Pakai splint. Splint boleh memegang pergelangan tangan, dengan ini melegakan tekanan pada saraf median. Boleh menggunakannya ketika tidur. 5. Tuam dengan air hangat. Ia dapat melegakan …
Read More »ADAKAH PENGAMALAN SUCRALOSE ITU SELAMAT?
ADAKAH PENGAMALAN SUCRALOSE ITU SELAMAT? 1. Pengambilan sejumlah gula tambahan yang berlebihan boleh memberi kesan berbahaya kepada kesihatan secara keseluruhan. Atas sebab ini, ramai orang beralih kepada pemanis tiruan seperti sucralose. 2. Sucralose ialah pemanis tiruan yang umumnya dianggap selamat apabila dinikmati secara sederhana. Ia 600 kali lebih manis daripada gula putih. Sungguhpun ia manis namun sucralose ialah pemanis tiruan yang bersifat sifar kalori. 3. Sucralose diperbuat daripada gula yang menjalani beberapa proses kimia yang akhirnya tiga kumpulan hidroksil dalam molekul gula digantikan dengan atom klorin. 4. Sucralose mempunyai sedikit atau tiada kesan pada peningkatan tahap gula dalam darah dan …
Read More »BILA MASA SESUAI PERIKSA TEKANAN DARAH KETIKA AMBIL UBAT
BILA MASA SESUAI PERIKSA TEKANAN DARAH KETIKA AMBIL UBAT Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya pesakit darah tinggi dan ada ambil ubat darah tinggi. Bila masa yang sesuai untuk memeriksa tekanan darah tinggi di waktu pagi, samada sebelum atau selepas makan ubat. Terima kasih. Waalaikumussalam. Seeloknya periksa tekanan darah sebelum ambil ubat dan 30 minit selepas ambil ubat bagi melihat keberkesanan ubat yang diberikan. Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi Boleh bertanya dengan memperkenalkan nama sebenar dan dari mana, dan wassap saya www.wassap.my/60197022391/TANYA KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Read More »PERLUKAH SAYA MEMERIKSA TEKANAN DARAH SAYA WALAUPUN SAYA BUKAN PESAKIT HIPERTENSI?
1. Pemeriksaan tekanan darah menggunakan alatan sphygmomanometer digalakkan jika anda sudah berumur 35 tahun ke atas. 2. Terutama bagi mereka yang mempunyai ibu atau ayah atau adik beradik yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi di usia yang muda. 3. Wanita yang pernah hamil dan diagnosakan sebagai pesakit hipertensi bawaan kehamilan (tekanan darah menjadi tinggi ketika hamil) juga termasuk golongan berisiko. 4. Pesakit metabolik atau pesakit yang sudah mengalami penyakit diabetis, tahap kolestrol yang tinggi dan pesakit gout juga digalakkan melakukan pemeriksaan tekanan darah di rumah. 5. Atau mereka yang obese, merokok, tidak sempat bersenam, stress dan tidak memberikan perhatian makanan …
Read More »KETAHUI MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG BERANGIN
1. Sesetengah individu kerap mengalami masalah perut kembung dan berangin. Terutama mereka yang mempunyai masalah gastritis yang ringan dan irritable bowel syndrome (IBS). 2. Terdapat beberapa makanan yang perlu diberikan perhatian. Antara gejala masalah ini adalah: a. ‘perut rasa beralun’ akibat pergerakan (peristalsis) usus yang kuat dan kerap. b. perut rasa kembung c. ada kalanya perut rasa memulas dan kejang d. perut berbunyi walaupun tidak lapar. e. mudah terasa mahu buang air besar tapi tiada apa yang keluar f. kerap sendawa 3. Terdapat beberapa makanan dan minuman yang memburukkan masalah ini. ✅ 1. SUSU DAN PRODUK SUSU (TENUSU) Bagi …
Read More »MINDA LEBIH CERDAS BILA KITA MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL
1. Dalam mengejar kehidupan moden yang sibuk, dan keazaman kita untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat, ramai saintis yang mencadangkan kita melakukan aktiviti fizikal sedara konsisten dan berkala untuk mengekalkan minda yang cerdas. 2. Selain itu aktiviti fizikal ini juga bagus untuk kesihatan kardiovaskular dan mengekalkan berat badan yang seimbang. 3. Dalam kajian, aktiviti fizikal akan melepaskan sebatian Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF), yang sering dirujuk sebagai “baja untuk otak.” 4. BDNF menggalakkan pertumbuhan dan penyelenggaraan saraf otak (neuron) dan menyokong keupayaan otak untuk mempelajari dan mengingati (memori) perkara baru. 5. Aktiviti fizikal juga dikaitkan dengan peningkatan dalam perhatian dan tumpuan. …
Read More »TEKAK BERLENDIR? ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH POST-NASAL DRIP?
1. Anda mungkin mengalami masalah lendir yang pekat dan melekat di tekak, dan membuatkan anda batuk atau terpaksa berdehem. Ia mungkin telah berlangsung selama berbulan-bulan. 2. Masalah ini dinamakan Post-Nasal Drip. Ia boleh berlaku atas beberapa sebab, antaranya alahan, jangkitan virus (termasuk selesema biasa), jangkitan sinus, cuaca sejuk atau habuk di ruang udara. 3. Walau apa pun puncanya, ia menyebabkan rasa tidak selesa dan batuk. 4. Terdapat beberapa pilihan rawatan, termasuk petua yang boleh diamalkan rumah dan ubat-ubatan tanpa perlu preskripsi. Antaranya: i. Penyedutan wap normal saline.ii. Minum air secukupnya untuk memastikan lendir tidak pekat.iii. Tidur di atas bantal yang …
Read More »KEBAIKAN MINUM AIR KELAPA
KEBAIKAN MINUM AIR KELAPA 1. Sumber Elektrolit Air kelapa mengandungi banyak elektrolit semulajadi, seperti natrium, magnesium, kalsium, dan kalium. Elektrolit adalah mineral penting untuk mengimbangi jumlah air dalam badan anda, memindahkan toksin ke dalam dan keluar dari sel, menyokong fungsi otot dan saraf, dan menstabilkan tekanan darah. Kadangkala bersenam secara agresif menyebabkan kehilangan banyak cecair dan ketidakseimbangan elektrolit. Itulah sebabnya minuman sukan, yang mempunyai elektrolit, sangat popular. Ketidakseimbangan elektrolit juga boleh berlaku apabila jumlah air dalam badan anda berubah secara drastik, seperti selepas muntah atau mengalami cirit-birit. Air kelapa lebih rendah kandungan gula berbanding kebanyakan minuman sukan dan mengandungi karbohidrat, …
Read More »APAKAH ITU KERADANGAN?
Secara amnya, keradangan tidak semestinya sesuatu yang buruk. Malah, keradangan boleh menjadi perkara yang sangat baik kerana ia adalah tindak balas semula jadi tubuh terhadap kecederaan atau apabila organisma asing seperti bakteria atau virus menjangkiti kita. Contohnya, jika mengalami terseliuh buku lali semasa berlari, ada kemungkinan besar ia akan mengalami keradangan. Sendi buku lali menjadi sakit, bengkak, panas dan tidak boleh digerakkan. Tujuan tubuh mengalami proses keradangan adalah untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. Pada masa itu, sel darah putih badan dan seluruh sistem imun bekerja mempertahankan diri dari jangkitan bakteria atau virus yang menyerang atau cuba memulihkan tisu tubuh yang …
Read More »UJIAN DARAH UNTUK MENENTUKAN KEPEKATAN DARAH
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Bagaimana kita nak tahu yang kita mengalami darah yang pekat? Terima kasih. Walaikumusalam. Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan di klinik atau di makmal. 1. Ujian jumlah darah sepenuhnya (Full Blood Count) Bertujuan untuk melihat bilangan sel darah merah dan juga platlet. Jika bilangan sel darah merah ataupun platlet ini tinggi, bermaksud ia menunjukkan seseorang itu sedang mengalami masalah darah pekat 2. PT-INR Prothrombin time(PT) dan International Normalized Ratio(INR) adalah salah satu ujian yang selalu dibuat untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami darah pekat ataupun tidak. Sekian. Semoga bermanfaat. Jika ingin bertanya boleh wassap saya. www.wassap.my/60197022391/INGIN …
Read More »PERNAHKAH KITA TERFIKIR, MUNGKIN KITA MENGALAMI PENYAKIT AUTOIMMUNE?
Sepatutnya sistem daya tahan (sistem immunisasi) mengarahkan antibodi untuk menyerang kuman seperti bakteria, fungus dan virus yang datang dari luar. Dalam kes penyakit autoimmune ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama tetapi menyerang organ dalam diri sendiri kerana sistem imunisasi tubuh tidak dapat membezakan tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing. Jadi jika kita mengalami tanda berikut, mungkin kita mengalami penyakit autoimmune. Selalunya bermula dengan rasa rasa letih, lemah badan dan sakit otot, diikuti dengan demam yang berterusan antara seminggu hingga 2 minggu. Tanda-tanda lain adalah : 1. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot 2. Susut …
Read More »Pernah dengar Zon Biru? Bukan Lautan Biru (Blue Ocean)
Pernah dengar Zon Biru? Bukan Lautan Biru (Blue Ocean) Penduduk di zon ini mempunyai bilangan centenarian (mereka yang hidup lebih 100 tahun dengan sihat) yang luar biasa tinggi, tetapi mereka juga mempunyai kadar penyakit kronik yang agak rendah dalam komuniti. Terdapat 5 kawasan di dunia ini yang termasuk dalam Blue Zone. 1. Okinawa di Jepun 2. Sardinia di Itali 3. Ikaria di Greece 4. Semenanjung Nicoya di Costa Rica 5. Loma Linda di California. Untuk info, Greece dan Itali adalah negara di sekitar Laut Mediterranean. Pemakanan mereka dinamakan Diet Mediterranean. Walaupun makanan dalam diet penduduk di kawasan ini mungkin berbeza …
Read More »APA MANFAAT BERAS HITAM?
APA MANFAAT BERAS HITAM? 1. Beras hitam adalah sejenis beras dari spesies Oryza sativa L. Ia tidak menjalani proses pembersihan atau pemutihan dan mengekalkan sifat semulajadinya. 2. Bila dimasak, nasi hitam memiliki tekstur melekit dan rasa sedap. 3. Ia mempunyai tahap antioksida yang tinggi kerana terdapat sebatian anthocyanin yang mencegah penyakit jantung dan melindungi tubuh dari keradangan. 2. Ia mempunyai kandungan karbohidrat yang lebih rendah berbanding dengan beras yang lain dan mempunyai tahap protein yang lebih tinggi. 3. Ia kaya dengan vitamin dan mineral termasuk vitamin E, B1, B2, B3, dan B6, serta mineral zinc, magnesium, dan fosfor. 4. Ia …
Read More »UJIAN SKOR KALSIUM JANTUNG (USKJ)
UJIAN SKOR KALSIUM JANTUNG (USKJ) Mungkin kita risau tentang menghadapi risiko serangan jantung yang tinggi dalam masa terdekat kerana tahap kolesterol jahat kita sentiasa tinggi melebihi 10 tahun. Ada satu ujian yang membantu menilai risiko in, dengan membuat pemeriksaan USKJ. Ujian ini pun dibuat segera jika terdapat tanda-tanda serangan jantung. Dalam ujian ini imbasan CT digunakan untuk mengukur jumlah plak terkalsifikasi (plak yang menjadi batu) dalam saluran arteri koronari. Plak kolesterol yang terkumpul di dalam arteri koronari ini sering bergabung dengan kalsium ke dalam plak. Ini membawa kepada pengerasan arteri dan akhirnya boleh menyebabkan penyumbatan yang akan memotong bekalan oksigen …
Read More »JERAWAT DI BELAKANG TUBUH
1. Jerawat boleh berlaku pada kulit pada mana-mana bahagian tubuh tetapi ramai yang tidak menyedari mereka mengalami jerawat di belakang tubuh. 2. Jerawat berpunca apabila liang kelenjar pada kulit menjadi tersumbat dengan minyak, sel kulit mati dan habuk. 3. Seterusnya sumbatan ini dijangkiti bakteria Propionibacterium acnes (P. acnes) 4. Jarang mandi selepas beraktiviti dan cuaca panas berpeluh, menjadi sebab utama seseorang itu mudah mengalami masalah ini. 5. Di klinik doktor akan memberikan beberapa jenis ubat, antaranya: a. Antibiotik oral atau sapub. Kream benzoil peroksidac. Kream retinold. Kream isotretinoin 6. Selain itu pengambilan vitamin C, vitamin D dan Zink bagus untuk …
Read More »MINERAL AJAIB UNTUK KESIHATAN OPTIMUM
1. Magnesium ialah mineral yang memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. 2. Walaupun ia boleh diperolehi melalui diet seimbang, ramai individu tidak mengambil makanan yang kaya dengan magnesium yang mencukupi. Mengapa pengambilan magnesium sangat penting? 3. Magnesium terlibat dalam lebih 600 tindak balas biokimia dalam tubuh. Ia adalah co-factor dalam sistem enzim yang bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga, sintesis DNA dan sintesis protein. 4. Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi otot dan saraf, mengawal tekanan darah, dan menyokong sistem daya tahan yang kuat. 5. Selain kalsium, magnesium adalah mineral penting untuk mengekalkan tulang yang …
Read More »APAKAH SENDI BERBUNYI TANDA BAHAYA?
1. Kita selalu mendengar sendi mengeluarkan bunyi “krek” ketika meluruskan sendi pada tubuh. 2. Bunyi ini dalam bahasa perubatan dinamakan “crepitus”. 3. Selalu terjadi bila kita melakukan : a. Meluruskan sendi-sendi jari. b. Meregangkan tubuh terutama bahagian pinggang. c. Meluruskan sendi lutut bila kita berubah posisi duduk kepada posisi berdiri. d. Menggerakkan bahu e. Memutarkan pergelangan tangan atau kaki. f. Menggerakkan kepala. 4. Pergerakan ini mengeluarkan bunyi dengan lebih ketara apabila kita semakin meningkat umur. 5. Jangan risau, ia adalah normal dan tidak berbahaya. 6. Ia menjadi tidak normal dan merupakan tanda awal suatu penyakit …
Read More »APA ITU STEVIA?
1. Stevia (Stevia rebaudiana Bertoni) adalah sejenis herba daripada keluarga Asteraceae. Ia berasal daripada Paraguay, di mana ia tumbuh secara liar di tanah berpasir. 2. Daun Stevia rebaudiana mengandungi pemanis tanpa gula dan tanpa kalori, di mana penggunaannya boleh memberi kesan yang baik terhadap kesihatan manusia. 3. Ekstrak daun Stevia rebaudiana telah digunakan di Amerika Syarikat sebagai rawatan alternatif dan tradisional dalam rawatan diabetes. 4. Komponen pemanis yang utama dalam daun Stevia rebaudianais stevioside dikatakan mempunyai kesan antioksidan, anti-mikrob dan anti-kulat. 5. Stevioside dan rebaudioside A merupakan komponen pemanis yang utama, di mana kesan pemanis masing-masing adalah 200 dan 400 …
Read More »APA ITU DARK CHOCOLATE (COKLAT GELAP)?
1. Secara umumnya coklat yang dijual di pasaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu coklat gelap, coklat susu dan coklat putih. 2. Coklat gelap adalah pilihan terbaik kerana baik untuk kesihatan tetapi ambillah dalam kuantiti yang sederhana. Kuantiti yang dicadangkan 65 gram sehari. 3. Coklat hitam mengandungi antioksida dari kumpulan flavonoid yang bagus untuk kesihatan jantung kerana mampu melancarkan perjalanan darah selain merendahkan risiko masalah pembekuan darah. 4. Kajian menunjukkan memakan coklat gelap mengikuti kuantiti yang dibenarkan setiap hari selama dua minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan ketara. 5. Coklat gelap mampu menjadikan kulit berseri dan mengekalkan awet muda …
Read More »APAKAH RAWATAN UNTUK DEMAM DENGGI?
1. Masih tiada rawatan atau ubat khas untuk demam denggi. 2. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. 3. Pesakit akan diberikan ubat demam paracetamol untuk mengurangkan demam dan dinasihatkan berehat. 4. Pesakit juga digalakkan minum air mineral sekurang-kurangnya 2L sehari. 5. Pesakit boleh amalkan jus daun betik atau sup ketam sebagai rawatan sampingan. Jus jambu batu juga bagus kerana mengandungi vitamin C yang tinggi. 6. Ambil vitamin C, vitamin D dan Zink (IMMUNE BOOSTER) untuk meningkatkan sistem ketahanan diri agar keadaan tidak bertambah teruk. 7. Selain itu boleh ambil vitamin E dan vitamin …
Read More »BENARKAH KAFEIN MENYEBABKAN KETAGIHAN?
BENARKAH KAFEIN MENYEBABKAN KETAGIHAN? Kebanyakan kita minum kopi untuk kekal cergas sepanjang hari dan mengelakkan rasa mengantuk. Ini kerana kopi mengandungi kafein (caffein) iaitu sejenis bahan perangsang. Kafein juga terdapat pada teh serta buah koko.Apa kesan jika kita berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba terutama bagi orang yang biasa minum kopi yang berkafein tinggi setiap pagi? Kafein boleh dikategorikan di dalam bahan ketagihan hampir serupa seperti rokok, arak dan dadah tetapi ketagihan ini tidaklah terlalu teruk. Antara tanda-tanda ketagihan itu apabila kita tidak minum kopi setiap pagi, kita akan mengalami : Pening kepala Keletihan Kegelisahan Sukar untuk fokus Mood tidak menentu …
Read More »RASA SAKIT DAN TERDAPAT BENJOLAN DI BELAKANG LUTUT. ITU MUNGKIN TANDA BAKER CYST
1. Baker cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair menyebabkan benjolan dan rasa tidak selesa di belakang lutut terutama bila melipat atau meluruskan kaki. 2. Ia bermula apabila tulang rawan pada sendi lutut mengalami keradangan selalunya akibat kecederaan. Ini menyebabkan sendi lutut mengeluarkan terlalu banyak cecair dan menyebabkan pembentukan Baker Cyst. 3. Ia berada di belakang lutut menyebabkan rasa tidak selesa dan rasa sakit dan terasa ada benjolan lembut. 4. Selalunya berlaku pada wanita berusia 40 tahun ke atas, tetapi orang lelaki pun boleh mengalaminya juga 5. Selain dari pemeriksaan fizikal, saya mencadangkan pemeriksaan lanjut bagi memastikan masalah ini.Antaranya adalah …
Read More »MANFAAT ROTI SOURDOUGH
MANFAAT ROTI SOURDOUGH 1. Roti sourdough adalah alternatif yang lebih sihat berbanding roti putih. 2. Ia dibuat dari tepung yang telah difermentasi dengan lactobacilli dan ragi. Ini membuatkan roti akan mengembang dan menyebabkan rasa yang khas. 3. Kandungan probiotik dalam roti sourdough ini menyebabkan lebih sihat terutama untuk kesihatan perut dan usus. 4. Bahan yang digunakan dalam pembuatan roti ini menggunakan tepung, ragi dan sedikit gula. Tiada pengawet dan pewarna digunakan. Jadi ia lebih baik. 5. Meskipun roti sourdough sering dibuat dari tepung yang sama dengan jenis roti lainnya, tetapi proses fermentasi telah meningkatkan nutrisinya. Antara manfaat roti ini : …
Read More »APA ITU UJIAN DARAH CA 19-9 ?
1. Ujian ini adalah ujian yang mengukur kepekatan protein CA 19-9 (kanser antigen 19-9) dalam darah. Ia dikeluarkan oleh sel-sel kanser atau sel-sel normal yang menentang sel-sel kanser ini. 2. Ia sebahagian dari penunjuk kanser jika kepekatannya tinggi. Selalunya kanser pankreas. 3. Bagi orang yang normal, kepekatannya rendah. Namun ia mungkin tinggi pada pesakit yang mempunyai masalah yang bukan berkaitan dengan kanser seperti batu dalam hempedu atau keradangan pankreas (pancreatitis) atau parutan dalam hati (cirrhosis of liver). 4. Oleh itu ia bukannya satu-satunya cara untuk mendiagnosa kanser pankreas. Pemeriksaan pengimejan seperti ultrasound, CT-Scan atau MRI boleh dilakukan untuk mengesahkannya. 5. …
Read More »APA ITU ECG?
1. ECG adalah singkatan bagi istilah electrocardiogram. 2. Ia merupakan satu prosedur yang tidak menyakitkan untuk mengukur aktiviti elektrik dalam organ jantung. 3. Mereka yang mengalami sakit dada atau degupan jantung yang laju akan diperiksa menggunakan alat ini. 4. Dengan ini, masalah jantung boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan boleh diberikan. 5. Prosedurnya agak mudah. 👉🏻 Setelah membuka baju dan mendedahkan dada serta berbaring, juruteknik perubatan atau doktor akan menampal 12 hingga 15 elektrod pada kawasan dada, lengan dan kaki anda. 👉🏻 Keputusan akan dicetak pada kertas khas ECG. 👉🏻 Doktor akan mentafsir graf keputusan ECG ini. 6. Selain …
Read More »LAPAN SEBAB BIASA MENGAPA KITA RASA SEJUK BERBANDING ORANG LAIN
1. ANDA SEORANG PEREMPUAN Selalunya ramai yang selalu tak tahan sejuk ni adalah di kalangan perempuan. Secara umumnya orang lelaki akan berasa selesa pada suhu 22 darjah Celsius. Manakala orang perempuan pula pada suhu 24.8 darjah Celsius untuk berada dalam keadaan yang sama. 2. ANDA TERLALU KURUS Kalau kurang berat badan, (BMI lebih kurang 18.5 atau kurang) mempunyai lapisan lemak yang kurang untuk membaluti tubuh. Mereka mudah berasa sejuk. 3. ANDA TAK CUKUP TIDUR Dalam satu kajian Sleep Journal menunjukkan jika seseorang tidak tidur satu malam saja, tubuh anda akan lebih mudah kehilangan haba. 4. ANDA KEKURANGAN ZAT BESI Mereka …
Read More »ADA APA DENGAN SENDAWA?
Sendawa adalah tindak balas semula jadi tubuh untuk mengeluarkan gas dari perut bagi mengurangkan rasa tidak selesa dan mengelakkan kekembungan. Kajian menunjukkan individu normal boleh mengalami sendawa sehingga 30 kali dalam sehari. Punca berlaku sendawa boleh dikategorikan kepada dua iaitu masalah kesihatan dan bukan masalah kesihatan. Masalah kesihatan ini dikaitkan dengan gejala pedih hulu hati atau ‘gastro-esophageal reflux disease’ (GERD). GERD ialah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus. Sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama, dinding esofagus akan terdedah kepada keadaan yang dinamakan ‘barrett’s oesophagus’. Barrett’s eosophagus ialah perubahan …
Read More »KEBAIKAN MENGAMBIL BAWANG PUTIH
Bawang putih juga dikenali dengan nama latin Allium sativum. Dalam 100 gram bawang putih mengandungi: 4 kalori 1 gram karbohidrat 0.2 gram protein 0.1 gram serat 0.9 miligram vitamin C 5.4 miligram kalsium 0.4 mikrogram selenium Sebahagian antioksida seperti flavonoid. Bawang putih mengandungi phytonutrien yang kaya dengan sebatian sulfur aktif seperti alliin, allyl propyl disulfide, dialil disulfida, dan dialil trisulfida. Bawang putih mentah dikunyah dalam mulut atau dipotong, zat-zat sulfur tersebut akan membentuk allicin. MANFAAT BAWANG PUTIH 1. MENURUNKAN TAHAP KOLESTEROL Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Postgraduate Medicine melaporkan bahawa pengambilan 10 gram bawang putih mentah setiap hari membantu …
Read More »BERAS YANG DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENYEBABKAN KITA SIHAT?
Sebelum kita memilih beras, elok kita faham tentang Glisemik Indeks (GI). Untuk menurunkan berat badan dan sihat, kita perlu pilih beras yang rendah GI. GI Tinggi : 70-100 GI Sederhana : 56 – 69 GI Rendah : 0 – 55 GI menunjukkan berapa cepat glukosa masuk ke dalam darah setelah dihadamkan. Semakin tinggi GI semakin cepat gula masuk ke dalam darah. Ia juga akan meningkatkan tahap insulin dan sukar untuk kita menurunkan berat badan. Ini adalah senarai GI untuk setiap jenis beras secara mudah diingati. Beras Pulut : GI 94 Beras Jasmine : GI 100 (Tinggi) Beras Hancur : GI …
Read More »TIPS MENGURANGKAN SEDU
SEDU berlaku secara semula jadi apabila badan cuba mengeluarkan udara yang terkumpul dalam perut. Jika udara ini dibiarkan berkumpul, ia memberikan rasa kekembungan dalam perut. Ia mungkin berlaku apabila kita mengambil makanan yang pedas atau masam. Makanan yang mempunyai kanji yang tinggi seperti ubi, kentang, keledek dan keladi juga boleh menyebabkan pengumpulan udara dalam perut. Begitu juga dengan kacang dan kekacang. Makan dengan cepat juga boleh mengundang sedu. Selamat ia berlaku untuk jangkamasa yang singkat, namun adakalanya ia berlaku pada jangkamasa yang lama. Sedu yang tidak berhenti boleh menyebabkan rasa penat dan tidak selesa. Saya kongsikan petua untuk mengatasi sedu. …
Read More »APAKAH PENYAKIT KAWASAKI?
Penyakit ini menyebabkan keradangan pada dinding salur darah, terutamanya arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung. Lebih kurang 75% pesakit penyakit Kawasaki terdiri daripada kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, kebanyakannya lelaki, dan ia penyebab paling biasa untuk penyakit jantung di kalangan kanak-kanak. Kesan daripada keradangan ini, ia juga akan membunuh sel otot di bahagian salur darah menyebabkan dinding salur darah tersebut menjadi lemah. Perkara ini akan menyebabkan dinding salur darah yang terlibat membesar seolah-olah seperti belon. Keadaan ini dipanggil sebagai aneurysm. Darah yang terkumpul dalam aneurysm pula akan membeku disebabkan struktur salur darah tersebut yang tidak normal hingga menyebabkan …
Read More »MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH
Meningkatkan metabolisme tubuh dapat membantu kita menurunkan berat badan atau menjadi kurus dengan lebih mudah. Metabolisme adalah kadar tenaga yang digunakan untuk mengekalkan keadaan hidup sel-sel tubuh. Meningkatkan metabolisme bermakna kita meningkatkan tahap penghasilan tenaga berbanding dalam keadaan biasa. Ia menyebabkan tahap gula dapat dikawal dengan lebih baik di kalangan pesakit diabetes. Terdapat beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme. 1. Makan makanan yang segar dan bernutrisi Ini akan meningkatkan penghasilan tenaga sama ada kita aktif atau berehat. Makan sayur dan buah. 2. Terdedah dengan cahaya matahari Terdedah kepada cahaya matahari waktu pagi akan menyebabkan …
Read More »