“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berumur 40 tahun. Bacaan homocystein saya agak tinggi dalam pemeriksaan lepas. Selain itu saya obes 108kg tinggi 165 dan merokok. Bagaimana cara untuk menurunkan bacaan homosystein? Saya dimaklumkan bahawa salah satu caranya adalah dengan mengambil suplemen B kompleks. Adakah terdapat nasihat lain yang boleh diamalkan? Bagaimana pula dengan pengambilan vitamin E dan co-enzim Q10? Terima kasih.”
Saya sertakan juga bacaan lipid profile saya.
Total kolestrol: 6.4
LDL: 4.6
HDL: 1.2
NON-HDL: 5.1
TG:1.4
Homocystrine : 25
Hb1Ac: 5.2
BP : 138/86
Waalaikumusalam.
Analisa keputusan ujian profile lipid anda.
Total Kolesterol: 6.4 mmol/L (Tinggi – Sasaran <5.2)
LDL : 4.6 mmol/L (Tinggi – Sasaran <3.0)
HDL: 1.2 mmol/L (Rendah – Sasaran >1.5)
Non-HDL: 5.1 mmol/L (Tinggi – Sasaran <3.4)
Bacaan homosistein yang tinggi (melebihi 15 µmol/L) boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, dan masalah pembuluh darah.
Tiada diabetis dan tiada hipertensi.
Dalam kes anda, bacaan 25 menunjukkan tahap yang agak tinggi, jadi tindakan segera diperlukan.
1. Saya mencadangkan agar turunkan berat badan
Penurunan berat badan sangat membantu menurunkan tahap homocystein. Ini kerana lemak dalam tubuh bersifat pro-keradangan.
Boleh cari Coach Diet yang berpengetahuan dan berpengalaman. Saya juga menyediakan kelab diet. Boleh wassap jika berminat.
2. Selain itu boleh juga mengambil beberapa suplemen dan vitamin yang membantu.
✅ Vitamin B6, B9 (Asid Folik), dan B12
Homosistein dikawal oleh metabolisme vitamin B. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan peningkatan homosistein dalam darah.
Dos yang disyorkan:
B6 (Pyridoxine): 20–50 mg sehari
B9 (Asid Folik): 400–800 mcg sehari
B12 (Cobalamin): 500–1000 mcg sehari
✅ Vitamin E
Boleh membantu mengurangkan tekanan oksidatif yang berkaitan dengan homosistein tinggi.
Dos yang disyorkan: 100–200 mg sehari (pastikan bentuk semula jadi, iaitu tocotrienol).
✅ Co-Enzyme Q10 (CoQ10)
Membantu meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan keradangan.
Dos yang disyorkan: 100–200 mg sehari.
3. Saya juga mencadangkan diet pemakanan yang sihat.
✅ Lebihkan makanan kaya vitamin B – Sayur hijau (bayam, brokoli), kekacang, ikan, hati ayam, dan telur.
✅ Tingkatkan pengambilan serat – Oat, bijirin penuh, dan sayur-sayuran membantu mengawal kolesterol & homosysteine.
✅ Kurangkan makanan tinggi lemak tepu & trans – Elakkan makanan segera, daging berproses, dan makanan bergoreng.
✅ Lebihkan makanan kaya antioksidan – Minyak zaitun, buah beri, anggur, dan tomato boleh membantu menstabilkan homosistein.
4. Cuba tukar gaya hidup yang lebih sihat
✅ Kawal stres – Stres kronik boleh meningkatkan homosistein. Amalkan teknik relaksasi seperti berzikir, meditasi, atau deep breathing.
✅ Bersenam secara berkala – Berjalan 30 minit sehari dapat membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan homosistein.
✅ Berhenti merokok – Ini boleh meningkatkan homosistein dalam darah.
Kesimpulan:
Anda mempunyai kolesterol tinggi dan homosistein tinggi, yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
Penting untuk mengawal pemakanan, menambah suplemen yang sesuai, dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk menurunkan kedua-duanya.
Saya syorkan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pelan rawatan yang lebih spesifik, termasuk kemungkinan pengambilan ubat statin untuk kolesterol tinggi jika perlu.
Cari Coach Diet yang berpengalaman dalam penurunan berat badan dan menguruskan masalah metabolik.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#homocysteine
#kolestrole
Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz