“Assalamualaikum, Dr, betulkah jika seseorang membuang air besar setiap hari, itu menandakan ususnya sihat. Terima kasih?”
Waalaikumussalam.
Tidak semestinya. Kekerapan membuang air besar yang normal berbeza bagi setiap individu.
Ada yang membuang air besar sekali sehari, ada yang dua kali sehari, dan ada juga yang selang sehari.
Tanda-tanda usus yang benar-benar sihat bukan hanya bergantung kepada kekerapan buang air besar.
Ia bergantung kepada :
1. Tekstur najis yang normal – Tidak terlalu keras (sembelit) atau terlalu cair (cirit-birit). Najis yang sihat biasanya berbentuk seperti sosej dan mudah keluar.
2. Tiada rasa sakit atau ketidakselesaan – Jika anda mengalami sakit perut, kembung, atau rasa tidak puas selepas membuang air besar, mungkin ada masalah pada usus.
3. Warna najis normal – Warna najis biasanya coklat. Jika berwarna hitam, merah terang, atau terlalu pucat, ia mungkin menandakan masalah kesihatan.
4. Tiada bau najis yang terlalu busuk dan luar biasa – Bau najis yang terlalu kuat dan berterusan boleh menunjukkan masalah pencernaan atau jangkitan.
5. Tiada lendir atau darah dalam najis – Kehadiran lendir atau darah boleh menunjukkan masalah seperti radang usus atau buasir.
Jadi, buang air besar setiap hari bukan satu-satunya petanda usus sihat.
Yang lebih penting adalah konsistensi, keselesaan, dan keadaan najis yang normal.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#usussihat
Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz