admin

BAWANG PUTIH SEGAR VS SOFTGEL BAWANG PUTIH : MANA SATU YANG LEBIH BAIK?

BAWANG PUTIH SEGAR VS SOFTGEL BAWANG PUTIH : MANA SATU YANG LEBIH BAIK? Bawang putih segar dan softgel bawang putih masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. BAWANG PUTIH SEGAR 1. Rasa dan Aroma: Bawang putih segar mempunyai rasa pedas dan tajam. 2. Faedah Kesihatan: Ia mengandungi sebatian seperti allicin, yang bersifat antioksidan, anti-radang dan meningkatkan sistem daya tahan. 3. Penggunaan: Bawang putih segar boleh digunakan dalam masakan, baik mentah mahupun dimasak. 4. Kelemahan: Makan banyak bawang putih segar boleh menyebabkan nafas berbau dan, bagi sesetengah orang, pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut, terutamanya apabila dimakan mentah. SOFTGEL BAWANG PUTIH (SUPLEMEN) 1. Softgel …

Read More »

ADAKAH SELAMAT UNTUK MENGAMBIL ASPIRIN SEMASA KEHAMILAN?

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya sedang hamil 13 minggu. Doktor di hospital telah berikan saya ubat cairkan darah (aspirin). Untuk makluman Dr saya berumur 45 tahun, disahkan mengalami kencing manis semasa minum air gula. Mohon pandangan Dr. Saya risau nak makan ubat cairkan darah ini. Saya ada juga baca artikel beberapa doktor tidak galakkan pengambilan aspirin ketika hamil. Terima kasih atas kesudian Dr membaca mesej ni dan membalasnya. WALAIKUMUSALAM. Aspirin biasanya tidak disyorkan semasa kehamilan melainkan doktor memikirkan bahawa puan mempunyai keadaan perubatan tertentu yang mendapat manfaat dari pengambilan aspirin. Sebagai contoh, puan mengalami masalah pembekuan darah atau pre-eklampsia. Kedua-dua masalah …

Read More »

APA ITU BILIRUBIN?

  1. Bilirubin adalah pigmen pewarna asli yang menyebabkan sel darah merah (SDM) berwarna merah yang terhasil apabila SDM pecah dan terhurai apabila tamat tempoh hayatnya selepas 40 hari. 2. Bilirubin dalam darah akan masuk ke dalam organ hati untuk diproses (proses ini conjugation) dan dibuang melalui najis (80%) dan air kencing (20%). 3. Oleh itu tahap bilirubin dalam darah akan meningkat jika terdapat peningkatan bilangan SDM yang pecah dan terhurai. Bilirubin ini akan masuk ke dalam hati. Ini menyebabkan enzim-enzim hati yang lain akan meningkat. 4. Jadi semasa pemeriksaan darah untuk fungsi hati, terdapat beberapa parameter yang digunakan. i. …

Read More »

AIR MANI BERCAMPUR DARAH

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan kejadian yang baru berlaku semalam pada diri saya. Saya seorang lelaki berumur 40 tahun. Semalam saya bersama isteri saya melakukan persetubuhan. Pada awalnya memang tiada masalah. Bila rasa kemuncak dan keluar air mani, saya tengok ada darah yang cukup banyak pada kemaluan saya. Semalam saya pergi buat rawatan di hospital dari segi ujian darah, ujian air kencing dan x-ray. Hasil keputusannya doktor cakap tiada apa-apa masalah pada saya dan juga doktor tidak bagi saya apa-apa ubat utk dimakan melainkan ubat darah tinggi jela yang dia bagi pd saya disebabkan darah saya tinggi. Jadi …

Read More »

SUMBER MAKANAN YANG MENGANUNGI POTASSIUM YANG TINGGI

Potassium boleh didapati banyak pelbagai makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. ✔️Buah-buahan kering (kismis, aprikot) ✔️Kacang, lentil ✔️Kentang ✔️Labu ✔️ Bayam dan brokoli ✔️Sayuran bit ✔️Avokado ✔️Pisang ✔️Cantaloupe ✔️Jus oren ✔️Air kelapa ✔️Tomato ✔️Susu dan produk tenusu eg : yogurt ✔️susu tumbuhan (soya, badam) ✔️Gajus, badam ✔️Ayam ✔️Ikan Salmon   Semoga bermanfaat.   #HealthDrZubaidiHP 0197022391   KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Read More »

KEPENTINGAN MINERAL POTASSIUM DALAM DIET

Potassium adalah mineral penting yang diperlukan oleh semua tisu dalam badan. Ia kadangkala dirujuk sebagai elektrolit kerana ia membawa cas elektrik kecil yang mengaktifkan pelbagai fungsi sel dan saraf. Potassium juga dikenali sebagai kalium. Ia didapati secara semula jadi dalam banyak makanan. Peranan utama potassium dalam badan adalah untuk membantu mengekalkan paras normal cecair di dalam sel kita. Sodium, rakan segandingan nya, juga mengekalkan paras cecair normal di luar sel. Potassium juga membantu otot mengecut dan membantu menurunkan tekanan darah. Akademi Perubatan Kebangsaan Amerika Syarikat mencadangkan : ✔️Bagi wanita berumur 14-18 tahun, AI ialah 2,300 mg setiap hari. ✔️Bagi wanita …

Read More »

ADA BENJOLAN PADA PUTING ANAK SAYA

  Tidak kira lelaki dan perempuan dari semua peringkat umur mempunyai tisu payudara pada dada yang normal. Tisu ini bertindak balas terhadap perubahan hormon. Jadi ketulan boleh datang dan pergi. Ada kalanya ia membesar dan adakalanya ia hilang. Ia boleh melibat sebelah kanan atau sebelah kiri, atau kedua-duanya. Ketulan payudara boleh muncul pada sebarang umur : ✔️ Kedua-dua bayi lelaki dan perempuan mungkin mempunyai ketulan payudara daripada estrogen ibu mereka apabila mereka dilahirkan. Ketulan selalunya akan hilang dengan sendirinya apabila estrogen keluar dari badan bayi.   ✔️Kanak-kanak dua hingga enam tahun, hal ini jarang berlaku. Ia bukan berpunca dari baki …

Read More »

ADAKAH MAKAN BAWANG PUTIH BERBAHAYA KEPADA PERUT?

ADAKAH MAKAN BAWANG PUTIH BERBAHAYA KEPADA PERUT? Bawang putih bukan sahaja digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan untuk menambah keenakan makanan, malah ia digunakan sebagai ubat semulajadi untuk merawat penyakit seperti selsema dan batuk. Banyak kajian makmal menunjukkan bahawa bawang putih mengandungi banyak nutrien seperti asid amino, allicin, fructan, liallyl sulfide dan vitamin A, B, C, D. Secara khusus, bawang putih mempunyai kegunaan berikut: ✔️ Bawang putih mengandungi sebatian allicin yang berfungsi sebagai antibiotik semulajadi membantu menguatkan sistem imuniti badan, mempunyai kesan anti-bakteria dan anti-radang. ✔️ Bawang putih digunakan merawat ulser perut, gastritis dan sakit perut dengan berkesan. Oleh itu, …

Read More »

TAHAP KOLESTEROL MASIH TINGGI WALAUPUN SUDAH LAMA AMBIL UBAT ANTI-KOLESTEROL

Peningkatan tahap kolesterol yang tinggi (terutamanya LDL) di kalangan individu yang kurus atau tidak obes selalunya disebabkan oleh masalah genetik.   Masalah ini dinamakan Familial Hypercholesterolemia. Ia disebabkan oleh perubahan genetik yang diwariskan atau diturunkan daripada salah seorang atau kedua ibu bapa.   Mereka mempunyai kemampuan mengumpul lebih banyak kolesterol berbanding dengan orang lain walaupun pada usia yang muda dan tidak obes.   Sebab itu mereka mudah mempunyai pengumpulan lemak pada sekeliling mata, dan bahagian lain berbanding dengan orang lain.   Faktor genetik (keturunan ) ini menyebabkan pengumpulan tahap kolesterol lebih mudah dan banyak terutama apabila usia meningkat melebih 45 …

Read More »

NASIHAT KEPADA PESAKIT CKD TAHAP 2, 3 DAN 4

1. Jika anda mempunyai diabetes dan ada protein dalam air kencing, anda sangat berisiko untuk mendapat penyakit kegagalan ginjal (End Stage Renal Failure, ESRF) dalam masa yang terdekat. 2. Tiada rawatan spesifik untuk diabetes dan CKD. 3. Pastikan ambil ubat sintetik yang diberikan oleh doktor untuk mengawal tahap gula dalam darah. Pastikan tahap Hb1Ac dalam julat normal iaitu : (Bacaan Hb1Ac yang normal adalah kurang dari 5.7 %. Jika bacaan HbA1c antara 5.7 % – 6.4 %, anda dalam kategori pre-diabetes). 4. Selain itu kita kawal penyakit diabetis dan mencegah CKD dengan cara ubah gaya hidup dengan lakukan TUJUH LANGKAH …

Read More »

DIABETES PUNCA UTAMA NOMBOR SATU KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Ini mungkin sebab utama anda perlu menurunkan berat badan.   1. Diabetes adalah punca nombor satu yang menyebabkan kegagalan buah pinggang yang menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD).   2. Dalam kajian, dianggarkan 40 peratus pesakit diabetes jenis 2 akan mengalami CKD. Ini bermakna dalam seorang dalam 3 orang di kalangan pesakit diabetis berisiko mendapat CKD dalam masa terdekat.   3. Penyakit CKD tidak mempunyai ubat yang khusus tetapi perkembangannya dapat diperlahankan, walaupun ada laporan yang menunjukkan pengamalan diet yang betul dan pemakanan yang sesuai untuk pesakit CKD dapat dirawat.   4. Jika tidak dikawal CKD terus berkembang menjadi kegagalan …

Read More »

APA ITU EJECTION FRACTION?

                1. Kebolehan jantung mengepam darah setiap kali berdegup (kontraksi), dapat diukur dengan kaedah echocadiogrphy.   2. Dengan ini jantung yang mengalami kegagalan (penyakit lemah jantung) dapat dikenalpasti.   3. Kebolehan jantung mengepam diukur dan dikira dalam peratusan yang disebut EJECTION FRACTION (EF).   4. Selalunya doctor akan memeriksa kebolehan jantung pada sebelah kiri (ventrikel kiri) bagi mewakili keseluruhan fungsi jantung.   5. Bacaan EF yang normal adalah di antara 55-70%. Sebagai contoh, jika EF seorang individu adalah 65 %, bermakna 65% daripada jumlah darah dalam ventrikel kiri dipam keluar dengan setiap denyutan …

Read More »

RAWATAN UNTUK MASALAH CARPAL TUNNEL SYNDROME

RAWATAN UNTUK MASALAH CARPAL TUNNEL SYNDROME 1. Carpal Tunnel Syndrome adalah salah satu masalah paling biasa yang dihadapi bagi mereka yang obese, sedang hamil atau mengalami kecederaan pada pergelangan tangan. 2. Tanda seseorang yang mengalami keadaan ini adalah berasa sakit atau kebas pada tangan dan rasa lemah menggerakkan tangan dan pergelangan tangan. 3. Terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaan ini, bergantung samada berpunca dari berat badan berlebihan, kehamilan atau kecederaan pada pergelangan tangan. 4. Pakai splint. Splint boleh memegang pergelangan tangan, dengan ini melegakan tekanan pada saraf median. Boleh menggunakannya ketika tidur. 5. Tuam dengan air hangat. Ia dapat melegakan …

Read More »

ADAKAH PENGAMALAN SUCRALOSE ITU SELAMAT?

ADAKAH PENGAMALAN SUCRALOSE ITU SELAMAT? 1. Pengambilan sejumlah gula tambahan yang berlebihan boleh memberi kesan berbahaya kepada kesihatan secara keseluruhan. Atas sebab ini, ramai orang beralih kepada pemanis tiruan seperti sucralose. 2. Sucralose ialah pemanis tiruan yang umumnya dianggap selamat apabila dinikmati secara sederhana. Ia 600 kali lebih manis daripada gula putih. Sungguhpun ia manis namun sucralose ialah pemanis tiruan yang bersifat sifar kalori. 3. Sucralose diperbuat daripada gula yang menjalani beberapa proses kimia yang akhirnya tiga kumpulan hidroksil dalam molekul gula digantikan dengan atom klorin. 4. Sucralose mempunyai sedikit atau tiada kesan pada peningkatan tahap gula dalam darah dan …

Read More »

BILA MASA SESUAI PERIKSA TEKANAN DARAH KETIKA AMBIL UBAT

BILA MASA SESUAI PERIKSA TEKANAN DARAH KETIKA AMBIL UBAT   Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya pesakit darah tinggi dan ada ambil ubat darah tinggi. Bila masa yang sesuai untuk memeriksa tekanan darah tinggi di waktu pagi, samada sebelum atau selepas makan ubat. Terima kasih. Waalaikumussalam. Seeloknya periksa tekanan darah sebelum ambil ubat dan 30 minit selepas ambil ubat bagi melihat keberkesanan ubat yang diberikan. Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi Boleh bertanya dengan memperkenalkan nama sebenar dan dari mana, dan wassap saya www.wassap.my/60197022391/TANYA KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Read More »

ADAKAH NAJIS BERWARNA HIJAU BAHAYA DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN BAYI?

1. Najis hijau adalah normal, tetapi ia boleh bertukar sedikit berwarna gelap apabila terdedah pada udara. 2. Kebanyakan najis berwarna hijau gelap disebabkan oleh hempedu yang banyak dikeluarkan oleh kanak-kanak yang belum matang mengawal pengeluaran hempedu ketika penghadaman. 3. Najis hijau adalah lebih dilihat di kalangan bayi yang mengambil susu formula berbanding bayi yang menyusu ibu. Ia adalah normal, jika berlaku pada bayi yang mengambil susu formula atau menyusu ibu. 4. Najis hijau juga biasa berlaku apabila bayi dan kanak-kanak mengalami cirit-birit. 5. Kanak-kanak yang mula makan separuh pepejal terutama hijau seperti sayur bayam yang dikisar boleh menyebabkan najis berwarna …

Read More »

PERLUKAH SAYA MEMERIKSA TEKANAN DARAH SAYA WALAUPUN SAYA BUKAN PESAKIT HIPERTENSI?

1. Pemeriksaan tekanan darah menggunakan alatan sphygmomanometer digalakkan jika anda sudah berumur 35 tahun ke atas.   2. Terutama bagi mereka yang mempunyai ibu atau ayah atau adik beradik yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi di usia yang muda.   3. Wanita yang pernah hamil dan diagnosakan sebagai pesakit hipertensi bawaan kehamilan (tekanan darah menjadi tinggi ketika hamil) juga termasuk golongan berisiko.   4. Pesakit metabolik atau pesakit yang sudah mengalami penyakit diabetes, tahap kolestrol yang tinggi dan pesakit gout juga digalakkan melakukan pemeriksaan tekanan darah di rumah.   5. Atau mereka yang obese, merokok, tidak sempat bersenam, stress dan …

Read More »

KETAHUI MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG BERANGIN

1. Sesetengah individu kerap mengalami masalah perut kembung dan berangin. Terutama mereka yang mempunyai masalah gastritis yang ringan dan irritable bowel syndrome (IBS). 2. Terdapat beberapa makanan yang perlu diberikan perhatian. Antara gejala masalah ini adalah: a. ‘perut rasa beralun’ akibat pergerakan (peristalsis) usus yang kuat dan kerap. b. perut rasa kembung c. ada kalanya perut rasa memulas dan kejang d. perut berbunyi walaupun tidak lapar. e. mudah terasa mahu buang air besar tapi tiada apa yang keluar f. kerap sendawa 3. Terdapat beberapa makanan dan minuman yang memburukkan masalah ini.   ✅ 1. SUSU DAN PRODUK SUSU (TENUSU) Bagi …

Read More »

MINDA LEBIH CERDAS BILA KITA MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

1. Dalam mengejar kehidupan moden yang sibuk, dan keazaman kita untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat, ramai saintis yang mencadangkan kita melakukan aktiviti fizikal sedara konsisten dan berkala untuk mengekalkan minda yang cerdas.   2. Selain itu aktiviti fizikal ini juga bagus untuk kesihatan kardiovaskular dan mengekalkan berat badan yang seimbang.   3. Dalam kajian, aktiviti fizikal akan melepaskan sebatian Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF), yang sering dirujuk sebagai “baja untuk otak.”   4. BDNF menggalakkan pertumbuhan dan penyelenggaraan saraf otak (neuron) dan menyokong keupayaan otak untuk mempelajari dan mengingati (memori) perkara baru.   5. Aktiviti fizikal juga dikaitkan dengan peningkatan …

Read More »

BAHAYA MAKANAN RINGAN PADA KANAK-KANAK

1. Pernah tak anak kecil kita menjerit-jerit dan mengamuk? Mungkin mereka penat, bosan atau marah. 2. Pemakanan mereka boleh menjadi punca kepada kelakuan sebegini. 3. Sebagai ibu bapa kita perlu berikan perhatian terhadap pilihan makanan anak kita. Elakkan makanan ringan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kelakuan buruk mereka. 4. Makanan ringan sangat mudah didapati. Bungkusan yang menarik, harga yang mampu beli dan mudah didapati adalah antara faktor kenapa makanan ringan digemari oleh kanak-kanak. 5. Makanan seperti ini banyak terdapat di rak pasaraya, mempunyai kandungan gula, garam dan transfat yang tinggi. Selain itu mempunyai pewarna dan perasa sintetik yang boleh …

Read More »

SAYA INGIN BERTANYA

PERLUKAH AMBIL SEMULA UBAT ASPIRIN?   ASSALAMUALAIKUM Dr Zubaidi. Kalau berhenti ambil ubat cair darah aspirin dalam tempoh lebih kurang satu tahun, boleh ke ambil semula aspirin sebab khuatir darah pekat? Perlu jumpa doktor dahulu ke untuk mula semula ubat cair darah tersebut atau saya boleh ambil olivie 30 plus sahaja setiap pagi?   WALAIKUMUSALAM. Selalunya darah pekat berlaku akibat faktor genetik atau masalah gaya hidup terutamanya pemakanan. Pesakit diabetis, tahap kolestrol jahat yang tinggi, perokok, orang yang obes dan pengamal pil pencegah kehamilan antara yang orang yang mempunyai darah yang pekat. Ubat sintetik aspirin diberikan untuk mengelakkan pembekuan darah. …

Read More »

SUNAT GUNA LASER?

  1. Ramai ibubapa yang tersalah sangka kerana membayang ‘sunat guna laser’ adalah satu kaedah berkhatan menggunakan laser sebenar untuk memotong kulit kemaluan anak (batang za-kar). 2. Ia adalah istilah yang salah kerana kaedah ini tidak menggunakan laser langsung. 3. Ia adalah kaedah yang menggunakan diathermy iaitu sejenis rod pemanas elektrik untuk memotong kulit tersebut dengan cara ” membakar” agar tiada pendarahan yang banyak. 4. Dengan itu ia masa berkhatan lebih cepat, tiada pendarahan yang banyak dan lebih cepat untuk sembuh. 5. Risiko kecederaan akibat terpotong batang za-kar juga dapat dielakkan berbanding menggunakan kaedah tradisional yang menggunakan pisau bedah dan …

Read More »

RUAM DAN NANAH DI PERMUKAAN KULIT

RUAM DAN NANAH DI PERMUKAAN KULIT 1. Selalunya disebabkan oleh keadaan yang dinamakan sebagai folliculitis 2. Folliculitis berlaku apabila folikel (akar) rambut dijangkiti bakteria, biasanya kuman Staphylococcus aureus (staph). 3. Folliculitis luaran hanya melibatkan lapisan atas kulit sementara folliculitis dalaman lapisan kulit yang lebih dalam. 4. Folliculitis luaran selalunya akan sembuh tanpa parut dalam beberapa hari dengan menjaga kebersihan kulit, ambil suplemen vitamin C dan vitamin E dan sapuan cream. 5. Jangkitan yang lebih serius (lebih dalam) atau berulang mungkin memerlukan ubat antibiotik. 6. Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika anda mengalami tanda-tanda jangkitan yang merebak. Ini termasuk ruam menjadi bertambah …

Read More »

APA ITU CLEAN EATING?

APA ITU CLEAN EATING?   1. Clean Eating adalah cara makan yang bertujuan bukan saja untuk menurunkan berat badan, tetapi juga untuk memastikan makanan yang diambil penuh dengan nutrisi. Dengan ini ia diharapkan dapat mencegah dan merawat penyakit metabolik. 2. Pola makan ini diperkenalkan oleh Tosca Roneo dalam bukunya berjudul The Eat-Clean Diet. 3. Prinsip clean eating adalah mengambil makanan dari bahan segar tanpa melalui proses masakan yang lama, yang akan menyebabkan makanan ini terdedah pada hal sehingga menyebabkan tahap nutrisinya semakin berkurangan. 4. Contohnya pengambilan buah-buahan, sayuran-sayuran, lemak sihat, biji-bijian, daging merah tanpa lemak dan daging putih (ayam dan, …

Read More »

TEKAK BERLENDIR? ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH POST-NASAL DRIP?

1. Anda mungkin mengalami masalah lendir yang pekat dan melekat di tekak, dan membuatkan anda batuk atau terpaksa berdehem. Ia mungkin telah berlangsung selama berbulan-bulan. 2. Masalah ini dinamakan Post-Nasal Drip. Ia boleh berlaku atas beberapa sebab, antaranya alahan, jangkitan virus (termasuk selesema biasa), jangkitan sinus, cuaca sejuk atau habuk di ruang udara. 3. Walau apa pun puncanya, ia menyebabkan rasa tidak selesa dan batuk. 4. Terdapat beberapa pilihan rawatan, termasuk petua yang boleh diamalkan rumah dan ubat-ubatan tanpa perlu preskripsi. Antaranya: i. Penyedutan wap normal saline.ii. Minum air secukupnya untuk memastikan lendir tidak pekat.iii. Tidur di atas bantal yang …

Read More »

KEBAIKAN MINUM AIR KELAPA

KEBAIKAN MINUM AIR KELAPA 1. Sumber Elektrolit Air kelapa mengandungi banyak elektrolit semulajadi, seperti natrium, magnesium, kalsium, dan kalium. Elektrolit adalah mineral penting untuk mengimbangi jumlah air dalam badan anda, memindahkan toksin ke dalam dan keluar dari sel, menyokong fungsi otot dan saraf, dan menstabilkan tekanan darah. Kadangkala bersenam secara agresif menyebabkan kehilangan banyak cecair dan ketidakseimbangan elektrolit. Itulah sebabnya minuman sukan, yang mempunyai elektrolit, sangat popular. Ketidakseimbangan elektrolit juga boleh berlaku apabila jumlah air dalam badan anda berubah secara drastik, seperti selepas muntah atau mengalami cirit-birit. Air kelapa lebih rendah kandungan gula berbanding kebanyakan minuman sukan dan mengandungi karbohidrat, …

Read More »

APAKAH ITU KERADANGAN?

Secara amnya, keradangan tidak semestinya sesuatu yang buruk. Malah, keradangan boleh menjadi perkara yang sangat baik kerana ia adalah tindak balas semula jadi tubuh terhadap kecederaan atau apabila organisma asing seperti bakteria atau virus menjangkiti kita. Contohnya, jika mengalami terseliuh buku lali semasa berlari, ada kemungkinan besar ia akan mengalami keradangan. Sendi buku lali menjadi sakit, bengkak, panas dan tidak boleh digerakkan. Tujuan tubuh mengalami proses keradangan adalah untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. Pada masa itu, sel darah putih badan dan seluruh sistem imun bekerja mempertahankan diri dari jangkitan bakteria atau virus yang menyerang atau cuba memulihkan tisu tubuh yang …

Read More »

KERADANGAN TUBUH TINGGI

Bagi yang ada masalah kesihatan terutamanya diabetes, tahap keradangan tubuh adalah sangat tinggi. Keradangan ini boleh menyebabkan kerosakan retina (dalam mata) dan menyebabkan kebutaan, atau menyebabkan kerosakan saraf (rasa mencucuk-cucuk dan kebas). Keradangan juga menyebabkan pesakit yang ada kolesterol tinggi mengalami penyumbatan saluran darah. Bagi pesakit autoimmune, keradangan yang tinggi menyebabkan sendi mereka sukar dibengkokkan dan kejang. Untuk mengurangkan tahap keradangan ini, American Heart Association (AHA) mencadangkan pengambilan minyak ikan Omega-3 atau Minyak Zaitun. Ini kerana Omega 3 (dalam minyak ikan) dan polifenol (dalam minyak zaitun) sangat berkesan untuk masalah ini. Amalkan setiap hari bagi mendapat kesihatan yang baik dan …

Read More »

ENAM TINGKAH LAKU ORANG YANG BERJAYA

  Setiap kali saya bertemu dengan seseorang berjaya yang saya kagumi, saya tertanya-tanya apa yang membuatkan mereka berjaya? Adakah mereka dilahirkan dari keturunan atau keluarga yang berjaya? Adakah mereka berjaya disebabkan faktor bernasib baik tanpa sebarang usaha? Rata-rata di antara mereka mencapai kejayaan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Namun apa yang mendorong mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh?   Terdapat enam sifat yang mendorong seseorang untuk berjaya :   1. Mereka tahu apa erti kejayaan bagi mereka   Dalam mengejar kejayaan, ia bukan bermakna sekadar “pencapaian matlamat atau tujuan” atau “pencapaian kemasyhuran, kekayaan atau status sosial.” Ramai orang menggunakan definisi ini untuk mengukur …

Read More »

APA ITU HEART BLOCK?

1. Sekatan jantung (heart block) adalah keadaan di mana jantung berdegup lebih perlahan atau dengan irama yang tidak normal. Ia disebabkan oleh masalah dengan nadi elektrik yang mengawal degupan jantung anda.   2. Berbeza dengan sumbatan saluran darah yang menyebabkan serangan sakit jantung (heart attack), sekatan jantung boleh menyebab degupan jantung boleh berhenti serta-merta (cardiac arrest).   3. Tanda-tanda mengalami masalah ini bergantung pada betapa teruknya sekatan jantung anda.   4. Yang paling tidak serius ialah sekatan jantung tahap 1, yang mungkin tidak menyebabkan sebarang gejala. Pesakit dikenal pasti apabila melakukan pemeriksaan kesihatan.   5. Sekatan jantung darjah 2 kadangkala …

Read More »

UJIAN DARAH UNTUK MENENTUKAN KEPEKATAN DARAH

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Bagaimana kita nak tahu yang kita mengalami darah yang pekat? Terima kasih.”   Walaikumusalam.   Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan di klinik atau di makmal.   1. Ujian jumlah darah sepenuhnya (Full Blood Count) Bertujuan untuk melihat bilangan sel darah merah dan juga platlet. Jika bilangan sel darah merah ataupun platlet ini tinggi, bermaksud ia menunjukkan seseorang itu sedang mengalami masalah darah pekat.   2. PT-INR Prothrombin time(PT) dan International Normalized Ratio(INR) adalah salah satu ujian yang selalu dibuat untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami darah pekat ataupun tidak.   Sekian. Semoga bermanfaat.   Jika …

Read More »

STEVIA ADALAH PEMANIS YANG SELAMAT DAN BERMANFAAT

1. Di pasaran, terdapat banyak makanan dan minuman yang diletakkan pemanis yang kurang gula dan kalori yang lebih rendah untuk menjadikan makanan dan minuman itu berasa manis, tanpa meningkatkan tahap gula dan kalori dalam makanan.   2. Ini sangat penting untuk individu yang obes dan pesakit diabetes.   3. Pemanis sintetik (buatan dan tiruan) seperti sucralose, aspartam, saccharin dan acesulfame potassium adalah beberapa pemanis tiruan yang boleh didapati secara komersial yang digunakan secara meluas sebagai alternatif tanpa kalori kepada gula.   4. Walaupun pemanis ini diluluskan sebagai selamat, tetapi ia diklasifikasikan sebagai pemanis tidak berkhasiat dan terdapat kontroversi kerana terdapat …

Read More »

PERNAHKAH KITA TERFIKIR, MUNGKIN KITA MENGALAMI PENYAKIT AUTOIMMUNE?

Sepatutnya sistem daya tahan (sistem immunisasi) mengarahkan antibodi untuk menyerang kuman seperti bakteria, fungus dan virus yang datang dari luar. Dalam kes penyakit autoimmune ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama tetapi menyerang organ dalam diri sendiri kerana sistem imunisasi tubuh tidak dapat membezakan tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing. Jadi jika kita mengalami tanda berikut, mungkin kita mengalami penyakit autoimmune. Selalunya bermula dengan rasa rasa letih, lemah badan dan sakit otot, diikuti dengan demam yang berterusan antara seminggu hingga 2 minggu. Tanda-tanda lain adalah : 1. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot 2. Susut …

Read More »

Pernah dengar Zon Biru? Bukan Lautan Biru (Blue Ocean)

Pernah dengar Zon Biru? Bukan Lautan Biru (Blue Ocean) Penduduk di zon ini mempunyai bilangan centenarian (mereka yang hidup lebih 100 tahun dengan sihat) yang luar biasa tinggi, tetapi mereka juga mempunyai kadar penyakit kronik yang agak rendah dalam komuniti. Terdapat 5 kawasan di dunia ini yang termasuk dalam Blue Zone. 1. Okinawa di Jepun 2. Sardinia di Itali 3. Ikaria di Greece 4. Semenanjung Nicoya di Costa Rica 5. Loma Linda di California. Untuk info, Greece dan Itali adalah negara di sekitar Laut Mediterranean. Pemakanan mereka dinamakan Diet Mediterranean. Walaupun makanan dalam diet penduduk di kawasan ini mungkin berbeza …

Read More »

APA MANFAAT BERAS HITAM?

APA MANFAAT BERAS HITAM?   1. Beras hitam adalah sejenis beras dari spesies Oryza sativa L. Ia tidak menjalani proses pembersihan atau pemutihan dan mengekalkan sifat semulajadinya.   2. Bila dimasak, nasi hitam memiliki tekstur melekit dan rasa sedap.   3. Ia mempunyai tahap antioksida yang tinggi kerana terdapat sebatian anthocyanin yang mencegah penyakit jantung dan melindungi tubuh dari keradangan.   4. Ia mempunyai kandungan karbohidrat yang lebih rendah berbanding dengan beras yang lain dan mempunyai tahap protein yang lebih tinggi.   5. Ia kaya dengan vitamin dan mineral termasuk vitamin E, B1, B2, B3, dan B6, serta mineral zinc, …

Read More »

UJIAN SKOR KALSIUM JANTUNG (USKJ)

UJIAN SKOR KALSIUM JANTUNG (USKJ) Mungkin kita risau tentang menghadapi risiko serangan jantung yang tinggi dalam masa terdekat kerana tahap kolesterol jahat kita sentiasa tinggi melebihi 10 tahun. Ada satu ujian yang membantu menilai risiko in, dengan membuat pemeriksaan USKJ. Ujian ini pun dibuat segera jika terdapat tanda-tanda serangan jantung. Dalam ujian ini imbasan CT digunakan untuk mengukur jumlah plak terkalsifikasi (plak yang menjadi batu) dalam saluran arteri koronari. Plak kolesterol yang terkumpul di dalam arteri koronari ini sering bergabung dengan kalsium ke dalam plak. Ini membawa kepada pengerasan arteri dan akhirnya boleh menyebabkan penyumbatan yang akan memotong bekalan oksigen …

Read More »
error: Content is protected !!