APA ITU HEART BLOCK?

1. Sekatan jantung (heart block) adalah keadaan di mana jantung berdegup lebih perlahan atau dengan irama yang tidak normal. Ia disebabkan oleh masalah dengan nadi elektrik yang mengawal degupan jantung anda.

2. Berbeza dengan sumbatan saluran darah yang menyebabkan serangan sakit jantung (heart attack), sekatan jantung boleh menyebab degupan jantung boleh berhenti serta-merta (cardiac arrest)

3. Tanda-tanda mengalami masalah ini bergantung pada betapa teruknya sekatan jantung anda.

4. Yang paling tidak serius ialah sekatan jantung tahap 1, yang mungkin tidak menyebabkan sebarang gejala. Pesakit dikenal pasti apabila melakukan pemeriksaan kesihatan.

5. Sekatan jantung darjah 2 kadangkala menyebabkan gejala yang membuatkan kita tidak selesa dan terpaksa pergi mendapatkan rawatan.

6. Kebanyakan pesakit yang mempunyai jenis sekatan jantung tahap 2 yang kurang serius, yang dikenali sebagai Mobitz jenis 1, dan tidak mempunyai sebarang gejala. Tetapi sesetengah orang mungkin merasakan :

  • pening
  • pengsan

7. Ada orang yang mempunyai jenis sekatan jantung tahap 2 darjah yang lebih serius, yang dikenali sebagai Mobitz 2, dan mengalami gejala seperti :

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Berasa sangat pening secara tiba-tiba apabila berdiri dari posisi baring atau duduk – ini disebabkan oleh tekanan darah rendah (hipotensi)

8. Sekatan jantung tahap 3 adalah yang paling serius dan menyebabkan pesakit mengalami :

  • Rasa pengsan
  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Keletihan yang melampau
  • Pengsan
  • Mati serta-merta

9. Hubungi segera 999 jika mengalami gejala di atas kerana ia boleh mengancam nyawa.

10. Punca sekatan jantung mungkin disebabkan masalah sejak lahir. Semasa bayi, masalah ini tidak dikesan tetapi ia berkembang setelah dewasa.

11. Selain itu ia boleh disebabkan oleh :

  • Berlaku selepas serangan jantung
  • Beberapa ubat preskripsi
  • Jangkitan virus
  • Komplikasi pembedahan jantung

12. Rawatan sekatan jantung diberikan jika ia menyebabkan gejala.

13. Bergantung pada punca sekatan jantung dan gejala anda, anda mungkin perlu mempunyai peranti kecil yang dipanggil perentak jantung (pace maker) dipasang di dada anda.

14. Perentak jantung ialah peranti kecil yang dikendalikan oleh bateri yang dimasukkan di bawah kulit dada anda. Ia menghantar denyutan elektrik yang kerap untuk memastikan jantung anda berdegup dengan kerap.

15. Rawatan untuk blok jantung biasanya berfungsi dengan baik. Kebanyakan orang menjalani kehidupan aktif biasa dengan perentak jantung.

16. Sekatan jantung boleh didiagnosa dengan melakukan ujian Elektrokardiogram (ECG) iaitu ujian untuk mengukur aktiviti elektrik jantung anda.

ECG boleh dijalankan semasa rehat atau semasa anda bersenam.

Keputusan ECG juga kadangkala boleh menunjukkan jenis blok jantung yang anda miliki.

Semoga bermanfaat.

Dr Zubaidi HJ Ahmad.
HP 0197022391

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!