admin

MEMILIH MAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG KETIKA HAMIL

Kehamilan adalah detik terindah yang sangat bermakna. Bermula saat menjalankan ujian kehamilan sendiri sehingga disahkan doktor diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan saja cukup sifat, tetapi sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi. Malah, pasangan yang merancang memiliki cahaya mata pertama disaran mengambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan. Ini kerana ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil …

Read More »

ALAHAN MAKAN SOTONG?

Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya. Beberapa hari yang lepas, saya dimasukkan ke wad hospital kerana mengalami kegatalan seluruh badan seperti gegata. Doktor di sana mengesyaki saya mengalami alahan pada sotong yg dimakan sebelum tu. Saya ingin dapatkan pencerahan drp doktor, benarkah jika sebelum ni mknn laut mmg boleh dimkn tanpa apa-apa alahan, tetapi pada suatu masa nanti seseorang itu akan mgalami alahan pada mknn laut tersebut. Dan jika benar, adakah bermakna saya tidak boleh mkn mknn laut sampai bila2 atau dibolehkan dimkn dgn kadar yg sedikit saja. Sampai ke saat ini saya masih lagi belum mkn mknn laut tersebut kerana …

Read More »

PENDARAHAN DALAM AIR KENCING

Kencing berdarah disebut hematuria dalam istilah perubatan. Ada yang mengadu air kencingnya menjadi merah kerana terdapat banyak darah. Ada yang tidak menyedari mempunyai air kencing berdarah kerana terdapat hanya sedikit darah dan hanya diketahui dengan pemeriksaan air kencing. Darah dalam air kencing boleh berasal dari glomerular, iaitu struktur asas ginjal yang menapis darah dan menghasilkan air kencing. Selalunya ia menyebabkan sedikit darah yang berada dalam air kencing tanpa disedari oleh pesakit. Pendarahan ini juga boleh berasal dari struktur lain seperti saluran air kencing dan pundi kencing. Terdapat beberapa punca yang biasa berlaku. Antaranya jangkitan kuman ada pundi dan saluran kencing. …

Read More »

PUNCA-PUNCA TEKANAN DARAH RENDAH

a) Tekanan Darah Rendah ‘Orthostatic’ Ini adalah keadaan darah rendah yang biasanya akan berlaku apabila anda berubah posisi. Sebagai contoh anda bangun dari tidur atau duduk dengan terlalu cepat lalu menyebabkan tekanan darah anda turun. Penurunan tekanan darah akan menyebabkan anda berasa pening atau pusing. Ianya berlaku kerana tubuh badan anda tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat agar sesuai dengan kedudukan badan anda. Keadaaan ini biasanya akan berlaku untuk beberapa saat sahaja.   b) Tekanan Darah Rendah ‘Neurally Mediated’ (NMH) Jenis masalah tekanan darah rendah yang kedua ini berlaku apabila otak dan jantung anda gagal untuk berkomunikasi dengan …

Read More »

JANGAN TAKUT MAKAN TELUR

JANGAN TAKUT MAKAN TELUR     Dulu ramai yang bimbang untuk makan makan telur akan kerana bimbang tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Namun dalam kajian yang terbaru menunjukkan mengambil telur sebanyak dua biji sehari tidak meningkatkan tahap kolestrol terutamanya tahap kolestrol jahat. Bagi mereka yang ada masalah diabetes dan kolesterol yang tinggi, dan masih bimbang untuk mengambil telur, saya mencadangkan pengambilan telur sebanyak dua biji berselang hari. Saya masih ingat lagi emak saya selalu menghidangkan menu telur sebagai sarapan saya sebelum ke sekolah. Ada kalanya bersama roti, ada kalanya bersama nasi goreng dan ada kalanya dalam bentuk separuh masak. …

Read More »

PERBEZAAN ANTARA OSTEOPOROSIS DAN OSTEOARTHRITIS

Kedua-dua Osteoporosis dan Osteoarthritis adalah penyakit biasa yang berlaku pada peringkat pertengahan hingga akhir. Osteoporosis adalah penyakit tulang di mana tulang menjadi lebih rapuh kerana pengurangan kepadatan mineral tulang. Tulang penderita Osteoporosis mempunyai kecenderungan meningkat kepada patah tulang. Osteoartritis, sebaliknya, adalah penyakit sendi. Ini disebabkan oleh kehilangan rawan (bahan protein yang bertindak sebagai ‘bantal’ di antara tulang sendi) di sendi. Osteoporosis juga boleh dirujuk sebagai ‘tulang berliang’. Dalam penyakit ini, tulang menjadi lebih lemah, dan ia biasanya berlaku selepas usia tertentu, walaupun, penipisan tulang juga boleh menyebabkan penyakit ini. Osteoartritis merujuk terutamanya kepada keradangan sendi. Walaupun jenis arthritis ini juga …

Read More »

SAKIT PADA ABDOMEN

SAKIT PADA ABDOMEN SEBAB-SEBAB SAKIT ABDOMEN Sakit perut atau sakit pada abdomen merupakan perkara biasa. Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan gejala bagi penyakit lain. Tanda-tanda yang mungkin dialami adalah seperti pedih ulu hati, perut kembung dan sendawa. 1. Sebab-sebab psychogenic Sakit yang dialami tetapi tidak disebabkan oleh sebarang penyakit. Ianya timbul mungkin akibat dari tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Walau bagaimanapun, proses ini terjadi tidaklah diketahui. 2. Sebab-sebab functional Sakit ini terjadi disebabkan oleh perubahan fungsi organ akibat tindakbalas badan terhadap persekitaran. Contohnya: a) Penolakan tubuh terhadap laktosa (lactose intolerance) b) Senggugut (dysmenorrhoea) c) Sembelit d) Cirit-birit (diarrhea) 3. …

Read More »

MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN DENGAN PEMAKANAN

MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN DENGAN PEMAKANAN     Kebelakangan ini kita dibanjiri dengan corak pemakanan seperti orang Amerika. Ia dikenali sebagai Pemakanan Orang Amerika (American Style Diet). Pembinaan restoren-restoren makanan segera ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ramai pakar pemakanan juga menamakan ia sebagai “American Dietary Disaster”. Ia adalah pemakanan yang berevolusi bagi memenuhi keperluan masyarakat bandar besar yang kononnya terlalu sibuk untuk menyediakan makanan. Jadi makanan-makanan ini bukan saja boleh dinikmati di restoren, tetapi boleh dimakan semasa memandu, sambil berjalan atau sedang berlari mengejar kenderaan awam yang mula bergerak. Jangan keliru dengan Traditional European Diet yang sangat bernutrisi. Ia bergantung …

Read More »

PENGENALAN KEPADA SUPER IMMUNITI

PENGENALAN KEPADA SUPER IMMUNITI Hari ini kita terdedah kepda jangkitan virus yang berbahaya berbanding dengan 50 tahun yang lepas. Kita sering berada di lapangan kapal terbang yang penuh dengan pengembara yang bercuti dari pelbagai negara. Kita terdedah kepada mereka yang membela pelbagai haiwan eksotik yang mempunyai pelbagai jenis virus yang kita tidak ketahui. Kita juga berbahadapan dengan fenomena kerintangan antibiotik yang mana kuman bakteria tidak lagi mudah untuk dimatikan. Dengan perubahan persekitaran, sosial dan nutrisi kita menghadapi keadaan di mana lebih ramai orang yang sakit dan lebih ramai pesakit yang sukar dirawat, berbanding dengan lima puluh tahun lepas. Penularan begitu …

Read More »

PENGENALAN KEPADA SUPER IMMUNITI

PENGENALAN KEPADA SUPER IMMUNITI Ramai rakan saya yang tidak sukakan testimoni. Pada saya testimoni adalah sebahagian dari bukti keserasian seseorang terhadap amalan pemakanan, ubatan atau suplemen yang dia makan. Asalkan ia diucapkan dengan rasa tanggungjawab dan kebenaran. Bukan ada niat untuk mempengaruhi orang lain. Hanya mengatakan ‘saya serasi dengan apa yang saya amalkan’. Apa salahnya dia bercerita tentang pengalamannya. “Ia bermula dua setengah tahun lepas apabila saya memulakan semula perjalanan hidup saya dengan mengubah pemakanan saya. Mulanya amat sukar, letih dan saya hampir kehilangan semangat untuk meneruskannya. Setelah enam bulan, berat badan saya mula turun sebanyak lima kilogram, dah saya …

Read More »

BIJI CHIA KAYA NUTRIEN

  Biji chia antara makanan paling sihat untuk diamalkan kerana kandungan nutrien yang tinggi, memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh dan kecerdasan otak.   Biji chia yang berwarna hitam berasal dari Amerika Selatan dan dikatakan makanan utama dalam diet kaum yang hidup di zaman purba, Maya dan Aztec, kerana ia mampu memberi kekuatan kepada tubuh mereka.   Berikut sebahagian daripada kebaikan biji chia untuk tubuh, sama ada ia dimakan begitu saja atau dimasukkan dalam makanan harian termasuk pencuci mulut.   1. Kaya nutrien Biji chia kaya dengan serat, protein, omega-3, kalsium, mangan, magnesium dan fosforus. Ia juga mengandungi zink, vitamin …

Read More »

MENCEGAH PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Penyakit jantung dan strok menyumbang kepada satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia dan semakin ramai golongan muda mengalaminya (Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III).   Penyakit jantung atau lebih khusus, penyakit kardiovaskular merangkumi penyakit seperti angina, serangan jantung dan strok. Ini berpunca daripada lemak yang terkumpul (atau plak) di dalam arteri dalam jangka masa lama, proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.   Apabila arteri menjadi terlalu sempit, sel darah merah yang kaya dengan oksigen tidak cukup untuk sampai ke jantung dan otot lalu menyebabkan sakit dada teramat sangat – ini dikenali sebagai angina.   Sebaliknya, jika sebahagian daripada plak pecah, …

Read More »

TANDA PENGUMPULAN LEMAK KOLESTROL DALAM TUBUH

Ramai yang tidak tahu bahawa bintil berwarna kuning pada kelopak mata atau bintil lemak pada siku adalah petanda awal pengumpulan kolesterol yang berisiko diserang penyakit jantung.   Selain itu bintil ini boleh ada di sendi lutut, pergelangan kaki, dan tangan kerana ia melibatkan tendon yang melintasi sendi yang terlibat.   Ia dikenali sebagai xanthelasma.   Bukan setakat kelopak mata, pengumpulan lemak boleh berlaku dalam mata (permukaan retina) dan di anak mata.   Selalunya mereka ini bila melakukan pemeriksaan darah untuk kolestrol akan menunjukkan peningkatan tahap kolestrol.   Jika ada masalah peningkatan kolestrol dan pada masa yang sama ada penyakit kronik …

Read More »

BILA MASA SESUAI LAKUKAN UPT

Paling bagus UPT dibuat 2 minggu selepas hari yang sepatutnya datang haid.   Contoh, patutnya datang haid pada 1 Nov 2020. Buatlah UPT pada 15 Nov 2020.   Melakukan kurang dari seminggu dari tarikh sepatutnya haid, tidak membawa apa-apa makna, kecuali puan melakukan vaginal ultrasound.   Ini kerana alat UPT dari pelbagai syarikat pengeluar mempunyai nilai sensitiviti yang berbeza.   Semakin lama, semakin pekat tahap bHCG. Semakin tepat pemeriksaan air kencing itu.   Melakukan sebelum dua minggu mungkin akan menyebabkan puan mendapat bacaan negatif, pada hal puan hamil.   #HealthDrZubaidi     KAPSUL KACIP FATIMAH PHYTO PLUS digunakan secara tradisional …

Read More »

TANDA-TANDA ORANG NEGATIF

TANDA-TANDA ORANG NEGATIF     Kurang percaya diri, rasa keseorangan, rasa sedih ketika ditimpa malapetaka, tidak percaya pada orang lain dan sentiasa rasa gelisah adalah perasaan yang biasa kita alami. Ia datang sesekali. Bagi orang yang negatif, ia berlaku setiap masa. Bagi sebagai orang yang positif, kita tidak membiarkan perasan-perasan ini mempengaruhi hidup kita. Bagi orang negatif, mereka tidak mampu mengeluarkan perasaan ini walaupun telah diberikan hujah dan alasan secara logik. Apabila kita berfikiran negatif, cepat-cepat perbetulkan fikiran tersebut dengan menggantikan dengan sesuatu yang positif. Orang negatif tidak mampu melakukan perkara ini. Ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa …

Read More »

STRESS BOLEH MEMBUNUH

Salah satu hormon stress adalah adrenaline, iaitu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar yang betul-betul berada di atas buah pinggang. Kelenjar yang mengeluarkan hormon adrenaline ini dinamakan kelenjar suprarenal.   Ia dinamakan hormon stress kerana ia dikeluarkan di saat kita stress bila berhadapan dengan bahaya. Bila berhadapan dengan bahaya sebagai contoh, harimau, adrenaline dikeluarkan sebagai persediaan tubuh sama ada untuk berlawan dengan haiwan tersebut atau melarikan diri. Sebab itu hormon ini dinamakan sebagai hormon stress yang bertujuan sama ada untuk “lawan atau lari”.   Bersama dengan hormon cortisol (satu lagi hormon stress), adrenaline menghasilkan glukosa dengan banyak dalam tubuh. Tujuan penghasilan …

Read More »

PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE

Paragraph PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE 1. Ubat sintetik ini digunakan untuk mengawal tekanan darah. Ia tidak bertujuan untuk merawat (sembuh), tetapi untuk mengelakkan dari komplikasi seperti stroke, serangan sakit jantung atau kerosakan ginjal. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi. 2. Ia berada dalam kumpulan diuretics iaitu ubat sintetik yang menyebabkan kencing. Dengan itu ia mengeluarkan lebih banyak air dan mineral dari tubuh. 3. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam tubuh, yang menyebabkan kaki menjadi bengkak (edema) dan rasa susah bernafas. Oleh itu ia bagus untuk pesakit kegagalan fungsi jantung, hati dan ginjal …

Read More »

TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH

TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH     Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), satu dari empat orang di Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah, sama ada pre-hipertensi atau sudah mengalami hipertensi. Kebanyakan mereka tidak didiagnosakan, tidak dirawat atau tidak mengetahui mereka mempunyai masalah ini. Ada beberapa makanan yang dapat menurunkan tekanan darah, jika diambil bersama diet yang sihat. Antaranya air tembikai. Air Tembikai adalah air yang manis berGI tinggi, tetapi mempunyai nilai karbohidrat yang rendah. Jadi secara keseluruhan, nilai Kandungan Glisemik (Glysemic Load, GL) adalah rendah. Jika ingin minum air tembikai, saya cadangkan jangan ditambah gula kerana …

Read More »

BADAN LEMAH DAN PUNCA-PUNCANYA

Badan lemah membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga. Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah kesihatan. Ia boleh berpunca dari perkara yang normal sehinggalah perkara yang serius. Jika rasa lemah tersebut masih tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya ada pemeriksaan seseorang doktor. PUNCA-PUNCA BADAN LEMAH Ia boleh dibahagikan kepada 3 kategori am iaitu: 1. Gaya hidup2. Masalah …

Read More »

GENERASI MILENIAL PALING MUDAH SAKIT DAN MATI MUDA

Generasi milenial seringkali dianggap sebagai generasi yang beruntung kerana berada dalam zaman perkembangan teknologi yang luar biasa. Sayangnya, pakar kesihatan mendapati bahawa generasi ini sebagai generasi yang paling mudah sakit dan memiliki risiko mati muda paling tinggi dibandingkan dengan generasi-generasi sebelumnya. Laporan yang dikeluarkan oleh Blue Cross Blue Shield menyebut generasi milenial mempunyai jumlah yang mati muda lebih banyak berbanding dengan generasi lain. Mereka mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan dan lebih cenderung untuk membelanjakan lebih banyak wang merawat masalah kesehatan. Sebagai informasi, Blue Cross Blue Shield adalah salah satu syarikat insurans yang mempunyai lebih dari 100 juta orang yang berdaftar …

Read More »

BAHAYAKAH SANTAN DAN MINYAK KELAPA DARA (VCO)?

  BAHAYAKAH SANTAN DAN MINYAK KELAPA DARA (VCO)?   Isu santan (VCO) untuk dimakan. Saya telah mengulasnya dengan panjang. Bagi singkatkan perbincangan saya berikan dalam bentuk point.   1. Saya tidak pernah beritahu VCO atau santan bahaya untuk dimakan. Jika pernah membaca di mana2, ia mungkin salah faham. Dan saya tidak pernah gunakan perkataan BAHAYA.   Jadi jika ada yang kata saya menyuruh pesakit menjauhi santan, itu satu fitnah. Saya tidak pernah menasihati untuk menjauhi santan pada mana-mana pesakit. Perkataan yang pernah saya gunakan adalah BERHATI-HATI dengan santan.   Saya juga mengambil masakan bersantan tetapi bukan setiap hari dan tidak …

Read More »

ADAKAH AIR BERALKALI INI BERKESAN?

Air beralkali sangat kontroversi. Ramai pengamal perubatan moden mengambil sikap tidak mempercayai kerana tiada kajian yang terperinci mengenai air ini yang diterbitkan dalam journal perubatan.   Namun begitu ada juga kajian yang membincangkan kebaikan air alkali ini dan diterbitkan dalam journal sains yang lain.   Contohnya kajian yang dilakukan dalam tahun 2012, mendapati air beralkali yang diperolehi secara semulajadi dari sebuah pergi dengan pH 8.8 dapat menyah-aktifkan enzim pepsin, iaitu enzim yang menyebabkan reflux asid.   Dalam kajian lain, dengan mengamalkan air beralkali dapat memberikan kebaikan pada pesakit diabetis, hipertensi dan berkolestrol tinggi.   Ia juga dikatakan dapat mengurangkan kepekatan …

Read More »

KENALI AIR BERALKALI

Ramai yang mendakwa air beralkali dapat mengekalkan kesihatan, membuang keasidan dalam darah dan tubuh, malah mencegah/merawat penyakit kronik dan kanser.   Sebelum kita bersetuju atau tidak bersetuju, jom kenali apa itu air beralkali.   Perkataan alkali merujuk kepada nilai pH dalam air tersebut.   Masih ingat pelajaran kimia atau sains panduan dalam SPM dulu?   Nilai pH yang mengukur satu air itu asid atau alkali adalah antara nombor 1 hingga 7. Nilai pH 1 bermakna, air itu terlalu berasid, pH 14 bermakna air itu terlalu beralkali. Sementara nilai pH 7 bermakna air itu bersifat neutral.   Air yang kita minum …

Read More »

ELAKKAN NYANYUK PADA MASA TUA DENGAN BERPUASA DAN MENGAMBIL MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN

Penyakit nyanyuk adalah penyakit yang digeruni oleh kita apabila telah berusia nanti. Penyakit ini dikenali sebagai Dementia dan Penyakit Alzheimir. Pada masa itu kita lupa sama ada kita sudah makan atau belum, sudah solat atau belum, sudah mandi ke belum. Paling malang kita menjadi kanak-kanak yang bermain najis sendiri. Jika kita ada anak yang taat, mungkin dia dapat membantu kita. Namun jika kita berseorangan nanti, sudah tentu keadaan kita tidak terurus. Oleh berusahalah untuk tidak dapat penyakit nyanyuk. Menurut rakan saya seorang ustaz, untuk mengelak penyakit ini, perbanyakkan membaca doa ini. Yang terbaik amalkan doa di bawah 3 kali waktu …

Read More »

UBAT BRINTELLIX (VORTIOXETINE)

UBAT BRINTELLIX (VORTIOXETINE)     Brintellix (atau nama generik vortioxetine) adalah ubat untuk pesakit yang mengalami masalah Major Depressive Disorder (MDD). Antara kesan sampingannya adalah: Loya Muntah Cirit-birit Kadang kala sembelit Masalah seksual Kering mulut Perut kembung Pening Mimpi yang pelik-pelik Gatal Ubat anti-kemurungan ini boleh menyebabkan rasa ingin membunuh diri (suicidal thoughts) terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa berusia 18-24 tahun. Oleh pesakit harus berbincang dengan doktor yang merawat jika terlintas untuk membunuh diri. Dos Brintellix adalah 10 mg sehari. Kemudian dinaikkan sebanyak 20 mg sehari dengan pemantauan doktor. Ubat ini harus mendapat preskripsi dan perlu mendapat pemantauan …

Read More »

BAHAYA SALAH GUNA PARACETAMOL

BAHAYA SALAH GUNA PARACETAMOL     Sedarkah masyarakat bahawa di pasaran terdapat pelbagai jenis jenama ubat yang mengandungi bahan aktif Paracetamol atau juga dikenali sebagai Acetaminophen? Antara jenama tersebut adalah Panadol, Uphamol, dan lain-lain lagi. Semua jenama ubat ini mempunyai kandungan bahan aktif yang sama iaitu Paracetamol. Ia wujud sama ada dalam bentuk tunggal atau kombinasi dengan bahan aktif yang lain bagi merawat demam dan melegakan kesakitan serta penyakit-penyakit ringan seperti sakit kepala dan senggugut. ‘UBAT BIASA’ DAN ‘UBAT MUDAH DAPAT’ Paracetamol dikategorikan sebagai Ubat Am atau Ubat OTC (Over The Counter). Oleh itu, ubat Paracetamol ini boleh diperolehi sama …

Read More »

VAKSIN UNTUK ANAK

VAKSIN UNTUK ANAK     Assalamualaikum, doktor. Saya ingin bertanya. maaf. Saya akan bersalin tahun hadapan. Bolehkah saya menolak mengambil vaksin utk bayi yg baru lahir. Sebelum ini semua anak saya cucuk vaksin. Apa pandangan doktor. Saya bukan golongan anti-vaksin. Terima kasih. Walaikumusalam. Saya berpendapat, vaksin yang telah dijadualkan untuk bayi oleh KKM adalah selamat. Ia boleh diberikan pada anak puan. Ini kerana ia telah diberikan sejak lama tanpa sebarang isu terhadap keselamatan vaksin ini. Ia membantu bayi membina daya tahan terhadap penyakit tertentu. Jika anak puan ada masalah alahan pada kulit atau masalah kesihatan lain akibat suntikan vaksin pada …

Read More »

UBAT SELAMAT UNTUK HAMIL ENAM MINGGU

UBAT SELAMAT UNTUK HAMIL ENAM MINGGU     Assalamualaikum…doktor…nak tanye..ade ke ubat selsema & demam utk ibu hamil ? Kandungan 6 minggu. Terima kasih. Walaikumusalam. Tiada ubat sintetik yang dijamin selamat untuk ibu hamil di awal kehamilan. Risiko yang dibimbangi adalah keguguran. Ini kerana pada masa ini kehamilan masih terlalu awal dan ‘tidak stabil’. Namun begitu ada yang mengambil tanpa sebarang masalah. Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat. Nasihat saya, minum air secukupnya. Banyakkan pengambilan buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin C dan vitamin E. Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi

Read More »

11 MAKANAN TERBAIK UNTUK OTAK YANG PERLU ANDA TAHU

      11 MAKANAN TERBAIK UNTUK OTAK YANG PERLU ANDA TAHU   Kenapa kita perlu kena pilih makanan sihat?   Makanan yang sihat bukan sekadar kenyangkan perut malahan kesihatan diri akan bertambah baik dan otak akan menjadi cerdas.   Selain itu, kulit juga akan menjadi cantik, badan jadi lentik dan tidak buncit serta emosi sentiasa dalam keadaan bahagia. Bila bahagia datang, orang sekeliling juga suka. Jom lihat 11 makanan berikut beserta khasiatnya.   Semoga bermanfaat..   Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat   #oliviedrzubaidi#oliviepowerupdrzubaidi#meditteraneandietdrzubaidi

Read More »

MENGAPA KACANG KUDA (CHICKPEAS) MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG?

MENGAPA KACANG KUDA (CHICKPEAS) MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG? Apabila kita memakan sesuatu yang ‘tidak sesuai’ dengan kita, perut kita akan kembung, rasa berangin, memulas dan kadang kala menyebabkan rasa tidak selesa untuk melakukan tugas seharian. Dengan ini tubuh memberitahu kita, elakkan makanan ini atau jangan makan berlebihan. Antara makanan yang kita makan menyebabkan masalah ini adalah kacang kuda. Sebelum itu saya ingin memberitahu tahu satu istilah FODMAP iaitu Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides and Polyols iaitu jenis gula yang dihasilkan dari karbohidrat, tetapi tidak diserap secara lengkap oleh usus kita. Gula ini apabila sampai ke usus kecil , mula menyimpan air sehingga …

Read More »

KACANG KUDA KUDAPAN PETANG

KACANG KUDA KUDAPAN PETANG     Ini resipi paling mudah: 1 peket kacang kuda – rendam sampai kembang. lebih kurang dua jam. Bila dah kembang, rebus sampai empuk. Lagi lembut lagilah sedap. Dah lembut, toskan. Bahan tumis: 2 sudu minyak masak 1 labu bawang Holland – hiris nipis 3 ulas bawang putih – hiris nipis 5 tangkai cili kering – digunting kecil 2 sudu besar biji sawi Segenggam daun kari Tumis sampai garing semua bahan. Masuk sekali gus pun tak apa. Dah garing masukkan kacang yang dah ditos tadi. Gaul rata dan sebati. Letak garam dan sedikit gula ikut sesuai …

Read More »

SAYA TAK PERNAH SURUH BUANG UBAT SINTETIK

  Saya pernah beberapa kali pernah bergandingan dengan seorang penceramah agama dari IPTA (sekarang bergelar Datuk).   Satu hari dia kata pada peserta dalam satu majlis, “saya tidak bergandingan dengan doktor yang menolak ubat hospital”. Secara kebetulan itu kali terakhir saya bersama beliau.   Mula-mula saya terperanjat juga. Adakah saya yang dimaksudkan? Mungkin beliau salah faham mendengar fitnah-fitnah dari orang sekeliling beliau. Paling sedih, patutnya beliau bertanya sendiri dengan saya untuk penjelasan. Kalau betullah saya yang dimaksudkan.   Tapi manusia kan.. Kadang kala bila berceramah, pong pung pang, macam bagus. Tapi realitinya tak seperti yang diucapkan dalam ceramah. Jadi macam …

Read More »

BERHATI-HATI DENGAN KEKEJANGAN OTOT

Kejang otot yang menyerang sewaktu baru bangun tidur adalah pengalaman yang kurang menyenangkan dan boleh mengganggu ‘mood’ anda sepanjang hari.   Biasanya kejang otot ini menyebabkan kesakitan pada jari kaki dan betis, iaitu antara bahagian yang kerap dilanda masalah ini. Berdasarkan kajian American Academy of Family Physicians, 60% orang dewasa yang sering mengalami kekejangan otot pada awal pagi atau sebelah malamnya turut menghidapi masalah gangguan tidur atau insomnia.   Meskipun kejang otot adalah perkara biasa, tetapi ada serangan kejang otot tertentu perlu diambil serius kerana boleh menyebabkan komplikasi lebih serius.   Disenaraikan lima gejala kejang harus diberi perhatian dan memerlukan …

Read More »

JENIS-JENIS PSORIASIS

JENIS-JENIS PSORIASIS     Psoriasis ialah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik. Psoriasis adalah sebuah keadaan yang boleh dialami oleh lelaki dan perempuan, Ia mempunyai boleh mendatangi pesakit di dalam pelbagai bentuk dan lebih banyak berlaku pada beberapa bahagian tubuh badan. Psoriasis merupakan masalah radang yang disebabkan oleh tindakan imuniti badan terhadap sel-sel kulit. Sel-sel imun ini bertindak dengan menyebabkan sel-sel kulit menghasilkan lapisan-lapisan kulit baru dengan lebih kerap daripada biasa. Kesannya, lapisan – lapisan kulit yang baru ini akan menyebabkan lapisan kulit yang normal menjadi lebih tebal dan berwarna kemerah-merahan. Permukaannya juga …

Read More »

RASA TERLALU SEJUK DI BILIK BERHAWA DINGIN

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Doc, adakah kalau jenis tak tahan duduk bawah aircond dan tangan jadi sejuk tu bermakna kita kurang darah? Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Ada berapa faktor yang menyebabkan seseorang tidak tahan menahan sejuk di bilik berhawa dingin berbanding dengan orang lain.   Ada yang disebabkan penyakit, ada yang disebabkan tubuh yang terlalu kurus dan faktor keturunan.   Selalunya disebabkan faktor BMR yang rendah. BMR adalah kadar tubuh kita menjana tenaga ketika kita rehat. Orang yang mempunyai BMR tinggi dikatakan mengeluarkan haba yang lebih banyak kerana banyak tenaga yang dijanakan.   Oleh itu mereka berasa lebih panas …

Read More »

TULANG RAPUH (OSTEOPOROSIS)

TULANG RAPUH (OSTEOPOROSIS) Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul. Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, …

Read More »
error: Content is protected !!