PENGENALAN KEPADA SUPER IMMUNITI

PENGENALAN KEPADA SUPER IMMUNITI

  1. Hari ini kita terdedah kepda jangkitan virus yang berbahaya berbanding dengan 50 tahun yang lepas. Kita sering berada di lapangan kapal terbang yang penuh dengan pengembara yang bercuti dari pelbagai negara. Kita terdedah kepada mereka yang membela pelbagai haiwan eksotik yang mempunyai pelbagai jenis virus yang kita tidak ketahui. Kita juga berbahadapan dengan fenomena kerintangan antibiotik yang mana kuman bakteria tidak lagi mudah untuk dimatikan.

Dengan perubahan persekitaran, sosial dan nutrisi kita menghadapi keadaan di mana lebih ramai orang yang sakit dan lebih ramai pesakit yang sukar dirawat, berbanding dengan lima puluh tahun lepas.

Penularan begitu cepat dengan pergerakan melalui udara. Contohnya virus penyakit West Nile dengan begitu mudah sampai dari Timur Tengah ke New York apabila seekor burung yang dijangkiti tersesat menaiki kapal terbang di bahagian kargo.

Hanya dalam masa enam minggu, jangkitan virus SARS (severe acute respiratory syndrome) mula muncul dalam November tahun 2002, ia telah menjadi pandemik.

Sudah tentulah ini bukan kali terakhir penyakit jangkitan virus merebak dengan pergerakan manusia melalui udara (menggunakan kapal terbang). Yang terbaru jangkitan virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Selain jangkitan virus, kita juga menghadapi masalah penyakit kanser. Kebarangkalian seorang dewasa sepanjang hidupnya untuk mendapat kanser adalah 44 peratus lelaki dan 37 peratus wanita.

Pada masa sekarang salah satu kematian yang tertinggi di kalangan warga Amerika Syarikat adalah disebabkan kanser.

Salah satu kanser, Kanser Payudara, yang dulu jarang berlaku 100 tahun lepas, sekarang kebarangkalian seorang wanita mendapat kanser ini adalah satu dalam lapan orang.

Punca berlakunya kanser masih tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi ramai saintis dengan perubahan disebabkan sistem daya tahan kita yang semakin menurun, akibat pengambilan makanan berproses terlalu banyak, makanan yang tidak sihat (jajan) dan makanan segera.

Perlu kita mendidik masyarakat dengan info pemakanan agar mereka dapat melindungi diri dan keluarga mereka dari jangkitan virus dan penyakit kanser.

#HealthDrZubaidi

#SuperImmunityDrZubaidi

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini

 

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!