ADA PROTEIN DALAM AIR KENCING Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mahu tanya. Saya baru buat pemeriksaan kesihatan. Didapati ada protein dalam air kencing. Ujian fungsi hati dan ginjal normal. Mohon pandangan. Walaikumusalam. Tidak perlu buat apa-apa kerana secara normal memang ada sedikit kehadiran protein akibat hadirnya sel darah merah atau sel darah putih dalam air kencing. Kehadiran protein juga boleh disebabkan oleh sel mati yang keluar dari pundi kencing. Lagi pun fungsi ginjal puan adalah normal. Minum air kosong secukupnya. Boleh ulang semula pemeriksaan selepas seminggu jika puan masih ragu-ragu. #HealthDrZubaidi
Read More »KEBAIKAN ULAM RAJA
KEBAIKAN ULAM RAJA Ulam Raja atau cosmos caudatus popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal. Ia mengandungi nilai kalori yang rendah, dan pelbagai nutrisi. Setiap 100 gm Ulam Raja mengandungi: Tenaga 20 KcalKarbohidratg 0.5 gmProtein 3.0 gmSerat 1.6 gmVitamin C 65.0 mgThiamin (B1) 0.15 mgRiboflavin (B2) 0.25 mgKalium 430mgFosforus 35 mgKalsium 250 mgMagnesium 50 mgZat besi 5.0 mg Selain itu, kebaikan Ulam Raja ialah : 1. Mengawal paras gula Pesakit diabetes yang amalkan 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih terkawal. Ini kerana ulam raja …
Read More »PESAKIT SLIP DISC BOLEH BERBASIKAL ATAU JOGING?
Assalamualaikum. Dr Zubaidi. Adakah pesakit slip disc boleh berbasikal atau joging? Terima kasih. Walaikumusalam. Pesakit yang mengalami masalah slip disc tidak digalakkan lakukan aktiviti lasak. Berbasikal dan berjogging dianggap aktiviti yang sederhana. Sementara bermain bolasepak dianggap aktiviti yang agresif. Jadi berhati-hatilah. Ini kerana ligamen di situ sudah lemah. Ia boleh menyebabkan ligamen mengalami koyak lebih teruk dan menyebabkan slip disc keluar lebih jauh dari posisi asal. Ini merosakkan saraf tunjang dengan lebih teruk. Tanda keadaan masalah ini lebih teruk adalah rasa sakit di bahagiang belakang dan mengalami rasa kebas dan mencucuk-cucuk pada anggota kaki. Semoga menjawab soalan. #HealthDrZubaidi
Read More »PETUA UNTUK SEMBELIT
“Assalamualaikum. Saya ada masalah buang air besar. Kadang kala sampai seminggu sekali, baru buang air. Adakah probiotics boleh membantu utk melawaskan? Adakah orang diabetis boleh ambik prebiotik? Terima kasih”. Waalaikumussalam. Sembelit yang kronik boleh membuatkan seseorang indibidu rasa tidak selesa, rasa kekembungan dan mungkin menyebabkan keletihan. Jika kita gemar makan makanan yang dibakar (ala BBQ), tiada fiber dan tinggi kandungan nitrate (kebanyakan dalam daging yang diproses), sembelit yang kronik mungkin mencetuskan kanser usus besar (kolonorektal). Biasanya kita membuang air besar sekali sehari atau mungkin sehari dalam tiga hari. Lebih dari itu, ia tidak lagi normal apabila najis menjadi keras dan …
Read More »BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI?
BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI? Salam doctor saya nak tanya. Kanak-kanak perlu ke amalkan vit c setiap hari? Terima kasih. Walaikumusalam. Setiap orang dari kita memerlukan vitamin C setiap hari. Berapa banyak jumlah atau dos yang perlu diambil berbeza mengikut keperluan individu. Individu yang sihat memerlukan vitamin C yang rendah. Mungkin dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, sudah mencukupi. Masalah mula timbul bila kita tidak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang secukupnya. Makanan kita hanya roti, nasi dan berlauk daging atau ayam. Tiada sayur. Kita mungkin mengalami masalah kekurangan vitamin C, mungkin tidak banyak tetapi jika berlanjutan akan memberikan masalah …
Read More »MINYAK ZAITUN DAN JUS DELIMA UNTUK PENYAKIT DIABETIC NEUROPATHY
MINYAK ZAITUN DAN JUS DELIMA UNTUK PENYAKIT DIABETIC NEUROPATHY Assalamualaikum. Adakah dgn mengambil minyak zaitun dan jus delima dpt merawat penyakit diabetik neuropati? Terima kasih. Walaikumusalam. Minyak zaitun dan jus delima adalah makanan, bukan ubat spesifik untuk masalah diabetic neuropathy. Minyak zaitun mengandungi minyak sihat mono unsaturated fatty acid. Ia membantu merawat kecederaan pada penebat yg membungkus saraf (myeline sheath) yang rosak. Jus delima pula mengandungi mineral dan vitamin yang membantu melancarkan pergerakan signal sensori sepanjang saraf dari tisu ke otak dan pergerakan signal motor dari otak ke tisu. Oleh kerana tahap mineral dan vitamin yang sederhana, ia mengambil masa …
Read More »MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN
MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN Hemoglobin atau singkatannya Hb adalah protein yang berada dalam sel darah merah. Ia mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Tahap hemoglobin dalam tubuh boleh diketahui apabila melakukan pemeriksaan darah. Apabila tahap hemoglobin kita rendah, fungsi sel darah merah yang penting ini akan akan terganggu. Kita akan menjadi lebih mudah penat, sukar bernafas dan tidak bertenaga. Oleh itu, masalah tahap hemoglobin rendah harus segera dirawat. Pengambilan makanan yang tertentu adalah salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan tahap hemoglobin (Hb) yang rendah. Beberapa jenis nutrisi, seperti zat besi, vitamin C, dan asid folik dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin. Ambillah …
Read More »BOLEHKAH PESAKIT YANG MENGAMBIL WARFARIN MENGAMBIL SAYURAN HIJAU
BOLEHKAH PESAKIT YANG MENGAMBIL WARFARIN MENGAMBIL SAYURAN HIJAU Dalam satu kajian terbaru, pesakit yang mengambil warfarin sebagai ubat pencair darah masih boleh mengambil sayur-sayuran hijau. Ini berlainan dari nasihat yang diterima sebelum ini kerana dibimbangi vitamin K yang memekatkan darah yang dalam dalam sayur-sayuran hijau akan mengganggu rawatan bagi pesakit yang mempunyai masalah darah yang pekat. Pendapat ini juga dipersetujui oleh Prof Guylaine Ferland, professor pemakanan dan nutrisi di University of Montreal di Canada. Ini berdasarkan pembentangan kajian yang dilakukan semasa persidangan dalam mesyuarat tahunan American Society for Nutrition, di Baltimore, Amerika Syarikat pada tahun 2019. Seperti mana yang diketahui …
Read More »KESAN PENGAMBILAN VITAMIN D KEPADA PESAKIT KANSER KOLONOREKTAL
KESAN PENGAMBILAN VITAMIN D KEPADA PESAKIT KANSER KOLONOREKTAL Kanser kolonorektal adalah kanser yang ketiga biasa berlaku di seluruh dunia sebanyak 1.8 juta kes setiap tahun dengan kematian dianggarkan sebanyak 860 ribu setiap tahun. Di Malaysia CRC adalah kanser yang kedua terbanyak, malangnya kebanyakan kes kanser iaitu 65% dikesan di tahap III dan IV. Kekurangan vitamin D adalah di antara faktor punca penyakit ini dan pemberian vitamin D secara suplemen membantu penyembuhan kanser kolonorektal. (1,2,3) Banyak kajian yang dilakukan dalam makmal menunjukkan bahawa vitamin D menyebabkan sel-sel kanser berhenti membiak dan lebih mudah mati (apoptosis), pengubahsuaian perjalanan Wnt signalling pathway (kitar …
Read More »PENGAMALAN MINYAK ZAITUN DAN RISIKO MENDAPAT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN WANITA AMERIKA SYARIKAT
PENGAMALAN MINYAK ZAITUN DAN RISIKO MENDAPAT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN WANITA AMERIKA SYARIKAT Minyak zaitun telah terbukti dalam merendahkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular. Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2015 bagi menilai kebenaran ini telah dilakukan. Kajian ini melibatkan laporan data 59,930 orang wanita berumur 37-65 tahun yang dikumpulkan dari Nurses’ Health Study (NHS) dan satu lagi laporan data melibatkan 85,157 orang wanita yang berumur 26-45 tahun dari NHS II yang bebeas dari penyakit diabetes, kardiovaskular dan kanser. Pemakanan yang dimakan dinilai menggunakankaedah soal-jawab (questionnaires) dan data dikemaskini setiap 4 tahun. Jika ditimpa …
Read More »UBAT ANTI-KOLESTROL JENIS STATIN
UBAT ANTI-KOLESTROL JENIS STATIN Statin adalah ubat yang biasa dipreskripsikan doktor untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ia bertindak dgn menghalang enzim yang menghasilkan kolesterol. Antara ubat statin di pasaran : Lovastatin 20 – 80mgPravastatin 20 – 40mgSimvastatin 20 – 80mgAtorvastatin10 – 80mgFluvastatin 20 – 80mgRosuvastatin10 – 40mg Kesan sampingan ubat Ubat antikolestrol statin boleh menyebabkan sakit kepala, sembelit, gatal dan keletihan. Pesakit boleh mengalami peningkatan enzim hati. Jadi pesakit perlu menjalani ujian darah secara berkala bagi memastikan fungsi hati berada dalam keadaan yang baik. Pesakit juga boleh mengalami rasa sakit, keletihan atau lemah otot.Kes yang paling teruk adalah kerosakan …
Read More »SAKIT BERDENYUT-DENYUT PADA TAPAK KAKI
Assalamualaikum doktor. Saya nak tanya doc, masalah saya adalah tapak kaki saya berdenyut dan sakit. Adakah disebabkan oleh diabetes? Walaikumusalam. Antara punca tapak kaki berdenyut adalah disebabkan oleh keradangan sendi (arthritis) dan keradangan ligamen (plantar fascitis). Keradangan berpunca dari sakit kronik seperti diabetes, pengambilan ubat sintetik, berat badan berlebihan serta masalah kerosakan saraf dan penyumbatan saluran darah. Ia juga akan pendedahan pada elemen radikal bebas. Diet terbaik adalah diet yang banyak fiber iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia kaya dengan vitamin anti-keradangan seperti vitamin C dan vitamin E. Polifenol dalam minyak zaitun juga baik untuk menurunkan tahap keradangan. #HealthDrZubaidi Dapatkan VITAMIN …
Read More »DIET UNTUK PESAKIT GOUT
Asid urik adalah bahan kumuh yang dihasilkan oleh tubuh selepas berlakunya pencernaan dan penghadaman makanan yang kaya dengan asid amino purine. Purine adalah asid amino yang terdapat dari sumber makanan berprotein. Apabila kita makanan yang kaya dengan purine, tubuh tidak mampu membuang asid urik, kita berisiko diserang gout, atau (gouty arthritis, iaitu keradangan pada sendi. Ia menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan tidak boleh dibengkokkan. Antara tips pemakanan yang boleh dilakukan adalah : 1. Ambil makanan yang mengandungi rendah lemak-trans (atau transfat) kerana ia merangsangkan proses keradangan. 2. Minum air kosong yang secukupnya membantu tubuh membuang asid urik melalui air …
Read More »PIL KALSIUM VS SUSU
Assalamualaikum doc. Adakah ambil pil kalsium, tidak perlu lg minum susu. Terima kasih. Walaikumusalam. Susu merupakan sumber kalsium yang hebat. Selain kalsium, dengan minum susu kita juga mendapat air, protein, mineral yang lain, dan vitamin. Berbanding dengan pengambilan pil kalsium, kita hanya mendapat kalsium dari pil yang diambil. Pada saya mengambil pil kalsium hanya sesuai mereka yang mempunyai masalah kekurangan enzim lactulose atau alahan pada susu lembu. Cuba dapatkan segelas susu segar. Cuma dari segi kos, pil kalsium lebih murah dari susu. Semoga menjawab pertanyaan. #HealthDrZubaidi
Read More »SUPLEMEN VITAMIN UNTUK PESAKIT DIABETES
SUPLEMEN VITAMIN UNTUK PESAKIT DIABETES Assalamualaikum Dr Zubaidi. Adakah vitamin C sesuai diambil oleh pesakit diabetes. Terima kasih. Walaikumusalam. Vitamin C dan vitamin E sangat bagus diambil sebagai suplemen untuk pesakit diabetes bagi mencegah keradangan. Keradangan pada pesakit diabetes akan mempercepatkan mereka mendapat komplikasi seperti kerosakan saraf, saluran darah tersumbat, stroke dan kerosakan ginjal. Bagi pesakit diabetes saya mencadangkan vitamin C 1000mg dan vitamin E (tocotrienol) 100mg sehari. Ini kerana tidak semua vitamin yang diserap masuk ke dalam. Mereka yang berusia, mempunyai masalah dibetes dan mengambil ubatan selalunya mempunyai tahap penyerapan yang perlahan. #HealthDrZubaidi [IKLAN] Klik gambar di bawah ini …
Read More »PUNCA KEMEROSOTAN TULANG, SENDI DAN OTOT SERTA CARA MENCEGAH
Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun ke atas dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda berbanding anggaran semasa (tahun 2019) iaitu hanya 10.3% daripada jumlah penduduk. Wargatua (individu yang berusia 60 tahun ke atas) berisiko untuk mengalami masalah yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Masyarakat tidak sedar bahawa memiliki sistem muskuloskeletal (iaitu tulang, sendi dan otot) yang sihat dan kuat merupakan faktor penting untuk hidup yang berkualiti pada masa tua. Jika tidak mereka akan mengalami rasa tidak selesa seperti kekakuan yang menjejaskan pergerakan mereka. Oleh itu masyarakat kita terutama yang sudah mencapai umur 40 tahun ke atas …
Read More »KULIT CEDERA AKIBAT TERKENA OVEN PANAS
KULIT CEDERA AKIBAT TERKENA OVEN PANAS Assalamualaikum. Sy nk tnya selalu parut kena oven panas ambik masa lama x dr nk pudar? Walaikumusalam Secara am, kesembuhan luka pada kulit bergantung pada kedalaman luka. Jika setakat melibatkan lapisan luar, dan tidak melibatkan lapisan kulit sebenar, ia ambil masa beberapa hari. Tiada parut terhasil. Jika menembusi lapisan epidermis, ia mengambil masa untuk sembuh satu hingga dua minggu. Untuk hilang parut mungkin lebih lama. Semakin dalam melibatkan lapisan kulit, lebih lama untuk sembuh dan hilang parut. Selain itu, ia bergantung kepada umur, status kesihatan sama ada diabetes, penyakit genetik yang melibatkan penyakit kulit, …
Read More »SAWAN DEMAM DI KALANGAN KANAK-KANAK
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan. Demam sawan adalah sawan yang berlaku dengan suhu badan yang tinggi di kalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC). TANDA-TANDA DAN GEJALA 1. Anak akan tidak sedar diri atau tidak menunjukkan tindak balas bila dipanggil. 2. Kedua-dua kaki dan tangan …
Read More »ANTINUTRIEN MENGHALANG PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL KE DALAM TUBUH
ANTINUTRIEN MENGHALANG PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL KE DALAM TUBUH Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebatian yang dikenali sebagai anti-nutrien di dalam tumbuh-tumbuhan yang kita makan. Anti-nutrien ini bersifat pelindung kepada tumbuh-tumbuhan tersebut dari dimakan oleh haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan (herbivor). Sebab itu ada tumbuhan yang berasa terlalu pahit dan tidak dapat dimakan oleh manusia. Anti-nutrien ini menghalang penyerapan mineral dan vitamin tertentu apabila dimakan bersama dengan makanan yang lain. Antara nutrient yang dikenal pasti adalah: 1. Phytic Acid. Ia akan bergabung dengan mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi (iron), copper dan zinc, menyebabkan ia sukar diserap ke dalam darah ketika makanan …
Read More »PENINGKATAN PESAKIT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN REMAJA
Ada yang terperanjat bila membaca tajuk yang saya tuliskan. Saya sendiri tidak terkejut kerana semakin banyak kes-kes yang saya kendalikan di klinik yang melibatkan pesakit diabetes yang mula didiagnosa pada usia yang masih muda. Ada seorang remaja berusia 16 tahun, datang ke klinik sebab masalah kerap rasa mahu kencing. Sebelum ini dia telah berjumpa seorang doctor di pusat kesihatan, dan diberikan antibiotic dan ‘pelawas kencing’ kerana disyaki mengalami masalah ‘kencing kotor’. Doktor tidak mengesyaki pesakit mungkin mengalami diabetes sebab tubuhnya tidak obes dan umurnya masih muda. Pesakit pula takut melakukan pemeriksaan darah. Pada masa itu, pesakit baru saja ke bilik …
Read More »MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN
MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari. Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza. Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka …
Read More »BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT?
BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT? Air sejuk dari perti sejuk atau atau juga disebut sebagai ais selalunya diminum pada hari yang sangat panas bagi melegakan kehausan. Ramai yag tidak tahu minum air yang terlalu sejuk sama ada air kosong atau air berperisa boleh mendatangkan keburukan. Minum air sejuk yang terlalu kerap akan memberikan kesan kepada saluran pencernaan, menyebabkan kenaikan berat badan, atau juga boleh menyebabkan badan menjadi cepat letih dan mengantuk. Benarkah ada pendapat yang mengatakan bahawa minum air sejuk boleh menyebabkan kanser? Dalam khabar angin yang beredar luas di media sosial menyebut bahawa minum air sejuk boleh …
Read More »MENGGUNAKAN MOUTHWASH BOLEH MENYEBABKAN DIABETES?
MENGGUNAKAN MOUTHWASH BOLEH MENYEBABKAN DIABETES? “Assalamualaikum, doctor. Saya sering menggunakan pencuci mulut (mouthwash) setiap kali selepas menggosok gigi. Saya diberitahu oleh kawan saya berdasar pembacaan journal, bahawa menggunakan mouthwash adalah berbahaya, boleh menyebabkan penyakit terutama diabetes. Mohon pencerahan doctor jika ianya benar. Terima kasih” Walaikumusalam. Terima kasih bertanya. Saya ingin memberitahu puan bahawa saya bukanlah doktor gigi. Tetapi pertanyaan puan berkaitan dengan produk dan penyakit diabetes, saya menjawab dari sudut pencegahan penyakit. Kebanyakan produk pencuci mulut (mouthwash) di pasaran mengandungi bahan antibakteria seperti berikut: ChlorhexidineCetylpyridinium chlorideTriclosanAlkoholFluoridaPeroksida Bahan-bahan aktif ini berfungsi untuk membunuh bakteria yang menyebabkan keradangan gusi dan kerosakan gigi. …
Read More »BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN
BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN “Assalamualaikum, doctor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam henfon. Adakah ia berkaitan? Terima kasih” Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari. Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan …
Read More »UBAT SINTETIK BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN GINJAL
“Assalamualikum Doktor. Saya adalah pesakit ginjal tahap dua. Apakah benar ubat-ubat yang diberikan boleh mempercepatkan kerosakan ginjal saya sehingga terpaksa menjalani rawatan hemodialisis? Terima kasih.” Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Tidak dapat dinafikan ubat-ubatan sintetik adalah sebahagian usaha kita mendapatkan kesembuhan. Ubat-ubat ini diberikan oleh para doctor dengan berhati-hati. Namun ada juga ubatan yang boleh didapati tanpa sebarang preskripsi untuk masalah demam, sakit badan dan sendi, selsema dan batuk dan pelbagai masalah yang ringan. Apabila kita mengambil ubat sintetik ini, ia larut dan diserap ke dalam aliran darah. Ia akan melalui ginjal dan dikeluarkan sebagai air kencing sebagai toksin (bahan …
Read More »PERLUKAH SUPLEMEN UNTUK ANAK-ANAK KITA?
“Assalamualaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya dapati banyak suplemen yang dijual di pasaran sama ada yang dijual di farmasi atau dijual secara dalam talian. Perlukah suplemen untuk anak-anak kita? Terima kasih” Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Kita sering terbaca di iklan TV dan media sosial tentang kebaikan suplemen tertentu untuk anak-anak. Info yang diberikan tidaklah salah, tetapi seharusnya anak-anak kita harus mendapat kesemua nutrient, sama ada vitamin, mineral dan antioksida dari makanan yang mereka makan. Seharusnya focus kita adalah menggalakkan kita memberikan makanan yang bernutrisi, bukannya memberikan anak-anak kita suplemen yang dijual. Dengan mengambil makanan bernutrisi, tubuh anak-anak kita mendapat …
Read More »KELOPAK MATA BOLEH ROSAK JIKA TIDUR MENIARAP
“Assalamualaikum doktor. Saya mengalami masalah mata merah yang agak kronik. Doktor yang merawat telah memberikan ubat titis mata, namun ia tidak berkesan. Di samping itu mempunyai masalah kelopak mata yang mudah terbalik atau mudah terlipat, setiap kali bangun tidur. Untuk pengetahuan doctor saya adalah pesakit hipertensi dan hipertiroid yang obese. Terima kasih” Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Saya harap puan dapat melakukan pemeriksaan doctor. Ini kerana masalah puan lebih mudah didiagnosa dengan pemeriksaan lengkap oleh doctor pakar mata. Namun begitu ada suatu keadaan yang mana seseorang itu boleh mengalami masalah yang agak serupa dengan puan. Ia dikenali sebagai Sindroma Kelopak …
Read More »SAKIT MATA KONJUNKTIVITIS
Konjunktivitis adalah satu penyakit di mana bahagian konjuktiva pada mata mengalami keradangan. Konjunktiva merupakan bahagian jernih mata yang menyelubungi bahagian putih pada biji mata. Masalah konjunkitivitis ini boleh merebak dari seorang ke seorang dengan cepat. Kanak-kanak merupakan mangsa utama daripada penyakit ini. Namun demikian, penyakit konjunktivitis ini adalah masalah yang tidak begitu serius dan boleh bersembuh dalam jangka masa yang pendek. APAKAH PENYEBAB KONJUNKTIVITIS? Konjunktivitis apabila berlaku boleh menyebabkan rutin seharian itu menjadi sukar. Antara penyebab konjunktivitis termasuklah:1. Virus Ini merupakan penyebab yang paling umum. Hal ini kerana apabila seseorang itu dijangkiti selesema, ianya juga boleh merebak kepada bahagian mata …
Read More »BAHAYA MENGAMBIL BERLEBIHAN PROTEIN
BAHAYA MENGAMBIL BERLEBIHAN PROTEIN “Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya tentang pengamalan diet yang hanya memakan protein. Saya diberitahu ia bahaya. Mohon penjelasan. Terima kasih.” Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Pengamalan diet yang tidak bertepatan dengan sunnah dan naluri perlulah dihindari. Walaupun diet sebegini memberikan kesan penurunan berat badan yang cepat, namun ia tidak boleh diamalkan secara berpanjangan. Kita memerlukan diet yang menepati keperluan tubuh, menepati naluri dan sunnah. Lihat sajalah struktur susunan gigi kita. Jika kita bernaluri untuk hanya memakan daging sepanjang hidup, sudah tentu susunan gigi kita menyerupai gigi singa atau harimau. Gigi kita dicipta untuk mengerat (sayur-sayuran), …
Read More »KANSER PAYUDARA LEBIH SUKAR UNTUK DIKESAN PADA WANITA YANG OBESE
“Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, benarkah wanita yang obese mudah mendapat kanser payudara walaupun tiada sejarah keluarga yang menunjukkan mereka berisiko?” Walaikumusalam. Memang benar wanita yang obese lebih mudah mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang tidak obese. Dalam satu terbitan dalam journal Endocrine-Related Cancer, wanita yang obese lebih mudah mendapat kanser payudara, lebih mudah sel-sel kanser bergerak ke seluruh badan (metastasis) dan lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita yang tidak obese. (rujukan: A M Lorincz, S Sukumar. Molecular links between obesity and breast cancer. Endocrine-Related Cancer. Volume 13. 2 Page(s): 279–292) Ini kerana peningkatan lemak dikaitkan dengan peningkatan …
Read More »DOKTOR SAYA MAHU PILIH LEMAK YANG MANA?
DOKTOR SAYA MAHU PILIH LEMAK YANG MANA? Assalamualaikum, doctor. Dalam banyak ceramah pemakanan yang doctor sampaikan, selalu doctor gunakan perkataan “lemak sihat” dan mengkaitkannya dengan minyak zaitun. Apa yang doctor maksudkan dengan “lemak sihat” dalam minyak zaitun itu? Terima kasih. Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Minyak zaitun yang terbaik adalah minyak zaitun yang dihasilkan tanpa menjalani banyak proses melibatkan bahan kimia. Minyak Zaitun Dara (atau Virgin Olive Oil) merujuk kepada penghasilan minyak zaitun yang diperah secara mekanikal, tanpa menggunakan haba. Minyak ini adalah minyak atau lemak yang sihat kerana mengandungi unsaturated fatty acid (asid lemak tidak tepu). Minyak zaitun kaya …
Read More »MINUM TEH BOLEH MENINGKATKAN ANEMIA?
MINUM TEH BOLEH MENINGKATKAN ANEMIA? “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mengalami anemia, tahap Hb saya 10.5 dan saya tidak hamil. Doktor tidak membenarkan saya minum teh secara berlebihan. Bolehkan minum the menyebabkan masalah anemia saya menjadi lebih teruk. Terima kasih, doctor” Kebanyakan masalah anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi. Zat besi adalah penting bagi pembentukan haemoglobin yang berfungsi memegang oksigen dalam sel darah merah. Tahap haemoglobin yang rendah akan menyebabkan pesakit menjadi cepat letih dan wajah menjadi pucat. Dalam minuman teh ada sebatian tannin yang bersifat antioksida berpotensi memberikan manfaat kesihatan jantung dan mencegah kanser. Namun tannin juga mengganggu proses penyerapan …
Read More »GARAM MUSUH DALAM SELIMUT
GARAM MUSUH DALAM SELIMUT FB LIVE 14 DEC 2020 GARAM (MINERAL) ADALAH SEBAHAGIAN DARI NUTRIEN Makanan kita terbahagi kepada dua kumpulan besar, iaitu makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien adalah protein, lemak dan karbohidrat. Tugas besar mereka adalah menyediakan bekalan tenaga. Selain itu makronutrien seperti protein juga membekalkan bahan untuk pembinaan struktur dalam tubuh. Micronutrients pula terdiri dari vitamin, enzim, antioksida dan mineral. Ia dinamakan mikronutrien kerana kita tidak nampak mikronutrien ini dengan mata kasar, tidak seperti mana kita mengambil nasi (karbohidrat), minyak (lemak) dan daging (protein). MakronutrienKarbohidrat, Lemak dan Protein. Air juga dianggap sebagai makronutrienMikronutrienMineral, Vitamin, Antioksida dan Enzim Mikronutrien berada …
Read More »TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN
TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN Ketika menjalani diet yang ketat, kita cuba memilih makanan yang tidak mengandungi kalori yang terlalu tinggi. Tetapi kita mungkin tidak tahu bahawa proses memasak yang kita lakukan boleh mempengaruhi jumlah kalori makanan kita? Apakah teknik memasak yang akan membuat kalori makanan menjadi tinggi? Apakah semua makanan yang dimasak akan mengalami peningkatan kalori? Teknik memasak boleh menyebabkan lebih banyak kalori makanan. Sebagai contoh, dalam 100 gram ayam mentah, terdapat 120 kalori manakala kalori dalam daging yang telah siap untuk dimakan boleh meningkat sehingga 300 kalori bergantung pada teknik memasak, sama ada dengan cara menggoreng, …
Read More »BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA?
BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA? Tiada cara yang terbukti bagi menganggarkan ketinggian anak kita apabila mereka besar nanti. Namun ada beberapa formula yang boleh digunakan sebagai panduan yang diberikan oleh pakar paediatrik dari Amerika Syarikat, Dr Jay L. Hoecker. Cara pertama: • Tambahkan ketinggian ibu dan ayah dalam sentimeter. • Tambahkan 13 sentimeter (anak lelaki) dan kurangkan 13 sentimeter (anak perempuan). • Bahagi dua untuk mendapat anggaran ketinggian anak kita bila dewasa. Cara lain adalah dengan menggandakan dua kali ketinggian anak kita pada usia dua tahun (jika lelaki) atau pada usia 18 bulan (jika perempuan). Walau bagaimanapun, kita kena …
Read More »DOKTOR, MANA YANG LEBIH BAIK ‘WHOLE GRAIN’ ATAU ‘MULTIGRAIN’?
DOKTOR, MANA YANG LEBIH BAIK ‘WHOLE GRAIN’ ATAU ‘MULTIGRAIN’? Assalamualaikum. Doktor saya keliru dengan perkataan “Whole Grain” dan “Multigrain”. Makanan yang manakah lebih baik? Adakah yang dilabelkan sebagai “whole grain” atau “multi grain”. Terima kasih. Walaikumusalam. Perkataan “Multigrain” dan “whole grain” adalah dua perkataan yang berbeza. Biasa kita baca dalam pek makanan yang kita beli di pasaraya terutama di bahagian ‘makanan yang sihat’. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza. Whole grain bermakna makanan kita mengalami pemprosesan yang minima. Ia masih lagi mengandungi kesemua bahagian dalam bijiran seperti ‘bran, germ dan endosperm’. Contohnya beras rebus (parboiled rice). Ia adalah pilihan …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
