ADA PROTEIN DALAM AIR KENCING
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mahu tanya. Saya baru buat pemeriksaan kesihatan. Didapati ada protein dalam air kencing. Ujian fungsi hati dan ginjal normal. Mohon pandangan.
Walaikumusalam. Tidak perlu buat apa-apa kerana secara normal memang ada sedikit kehadiran protein akibat hadirnya sel darah merah atau sel darah putih dalam air kencing. Kehadiran protein juga boleh disebabkan oleh sel mati yang keluar dari pundi kencing.
Lagi pun fungsi ginjal puan adalah normal. Minum air kosong secukupnya. Boleh ulang semula pemeriksaan selepas seminggu jika puan masih ragu-ragu.