BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN

BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN

“Assalamualaikum, doctor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam henfon. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”

Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.

Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak. Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.

Tanda yang paling biasa dirasakan adalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu. Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan iniboleh merebak ke seluruh lengan.

Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan mentuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebengkakan. Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan. Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit.

Semoga menjawab soalan yang diberikan.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!