“Assalamualikum Doktor. Saya adalah pesakit ginjal tahap dua. Apakah benar ubat-ubat yang diberikan boleh mempercepatkan kerosakan ginjal saya sehingga terpaksa menjalani rawatan hemodialisis? Terima kasih.”
Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya.
Tidak dapat dinafikan ubat-ubatan sintetik adalah sebahagian usaha kita mendapatkan kesembuhan. Ubat-ubat ini diberikan oleh para doctor dengan berhati-hati. Namun ada juga ubatan yang boleh didapati tanpa sebarang preskripsi untuk masalah demam, sakit badan dan sendi, selsema dan batuk dan pelbagai masalah yang ringan.
Apabila kita mengambil ubat sintetik ini, ia larut dan diserap ke dalam aliran darah. Ia akan melalui ginjal dan dikeluarkan sebagai air kencing sebagai toksin (bahan kumuh). Oleh itu pengambilan ubat sintetik yang berdos tinggi atau diambil pada jangka masa yang lama boleh meningkatkan risiko akan merosakkan ginjal. Setiap ubat sintetik untuk jangka masa yang Panjang atau berdos tinggi, harus mendapat pemantauan doctor dengan cara melakukan pemeriksaan darah bagi memastikan organ kita berfungsi dengan baik.
Antara ubat-ubatan yang biasa menyebabkan kerosakan ginjal adalah:
1. Ubat tahan sakit Non-Steroidal Anti Inflamattory Drugs (NSAIDs) seperti acetaminophen (paracetamol), aspirin dan ibuprofen.
2. Antibiotik, seperti aminoglycosides, cephalosporins, sulfonamides, amphotericin B, bacitracin, dan vancomycin
3. Ubat tekanan darah tinggi tertentu, seperti captopril, lisinopril, ramipril, candesartan, dan valsartan
4. Ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan kimoterapi juga berpotensi untuk merosakkan ginjal. Oleh itu doktor akan mengira dos untuk setiap pesakit agar ia tidak berlebihan dos. Antara ubat yang digunakan adalah cisplatin, carboplatin, methotrexate, dan cyclosporine.
5. Ubat-ubatan sintetik untuk penyakit rheumatik, seperti infliximab
6. Ubat untuk merendahkan asid gastrik, seperti cimetidine (terutama terhadap pesakit ginjal).
Orang muda yang sering mengambil ubat sintetik (terutamanya tanpa pemantauan doctor) lebih mudah mendapat masalah kerosakan ginjal pada usia tua mereka. Orang tua juga lebih mudah mendapat kerosakan ginjal apabila mengambil ubat sintetik (terutamanya tanpa pemantauan doctor) kerana faktor usia. Pesakit diabetes atau penyakit jantung yang sering mengambil ubat sintetik juga boleh meningkatkan risiko kerosakan ginjal. Oleh itu dapatkan nasihat doctor sebelum mereka (orang tua dan pesakit kronik) mengambil sebarang ubat sintetik buah pinggang. Bukan sahaja ubat, tetapi juga penggunaan produk kesihatan tanpa pemantauan doctor dan diambil terlalu kerap juga dikaitkan dengan kerosakan ginjal.
Untuk mengelakkan risiko kerosakan ginjal, saya cadangkan:
1. Elakkan mengambil ubat tanpa berunding dengan doctor.
2. Elakkan pengambilan ubat-ubatan yang tidak perlu. Sebagai contoh untuk mengurangkan rasa sakit yang tidak terlalu kuat, ambillah paracetamol, berbanding dengan ubat tahan sakit asid mefenamic.
3. Selalu membaca label, arahan penggunaan ubat sintetik, dan amaran sebelum mengambil ubat tersebut, terutama ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi
4. Jangan membiasakan diri mengambil ubat sintetik seperti pil tidur atau ubat penahan sakit. Ini mengelakkan diri dari kebergantungan terhadap ubat sintetik.
5. Penggunaan ubat-ubatan sintetik jangka panjang perlu di bawah pengawasan seorang doctor. Lakukan pemeriksaan darah bagi memastikan organ dalam tubuh berfungsi dengan baik.
6. Minum air secukupnya untuk membantu membuang toksin (bahan perkumuhan berasal dari ubat sintetik) di dalam badan.
7. Elakkan minum minuman beralkohol
Semoga menjawab soalan yang diberikan.
#HealthDrZubaidi