admin

PERLUKAH SAYA MEMBERIKAN ANAK SAYA SUPLEMEN MULTI VITAMIN?

Kanak-kanak tidak memerlukan pengambilan sebarang suplemen vitamin termasuk multivitamin untuk tumbesaran, jika mereka mendapat cukup nutrien dari makanan yang mereka makan. Ini kerana makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan (sayur-sayuran dan buah-buahan) menyediakan sumber nutrient yang terbaik dan semulajadi termasuk vitamin dan mineral. Namun begitu untuk menyediakan tubuh anak kita dengan sistem immuniti yang kuat, mereka harus mendapatkan nutrient yang mencukupi, terutama kanak-kanak yang terlalu memilih makanan seperti tidak suka memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk makluman, kebanyakan nutrient yang membantu membangunkan sistem immuniti, diperolehi dari makanan yang kita makan terutamanya dari sumber tumbuh-tumbuhan. Jadi mereka mungkin memerlukan sedikit nutrient (terutamanya vitamin dan …

Read More »

BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN?

BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN? Madu mempunyai kandungan air, antara 10-20%. Dalam madu yang tulen juga terdapat bakteria baik yang boleh melakukan proses penapaian (fermentasi). Saya mencadangkan agar madu tidak disimpan dalam petisejuk. Jika terlalu banyak air dalam madu, ia menyebabkan madu akan tersejat dan gula dalam madu (fruktosa dan glukosa) akan mendak. Pemendakan ini menyebabkan madu kelihatannya seperti ada dua lapisan cecair. Jika hendak disimpan, letakkan dalam bahagian yang kurang sejuk. Contohnya di bahagian paling bawah di mana kita menyimpan sayur-sayuran. Oleh itu ia harus disimpan di tempat yang kering dan tidak terlalu panas. Ramai yang bimbang proses fermentasi …

Read More »

APAKAH PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN SAKIT TEKAK?

Sakit tekak merupakan simptom yang biasa dalam kalangan populasi kita. Ia mempunyai pelbagai penyebab yang boleh menyebabkan sakit tekak. Sakit tekak boleh merangkumi perasaan kesakitan, kekeringan ataupun kegatalan pada tekak anda.Sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Ia dikenali sebagai pharyngitis, melibatkan bahagian farinks dan menjejaskan kawasan di belakang mulut. Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada tekak dan kadangkala, terasa sakit sewaktu menelan. PUNCA-PUNCA 1. Jangkitan virus Jangkitan virus merupakan jangkitan biasa dalam populasi kita. Contoh virus yang boleh …

Read More »

GANGGUAN SINUS DI KALANGAN KANAK-KANAK

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung. Namun, radang sinus adalah keadaan di mana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Ia sering terjadi kepada semua termasuk kanak-kanak. Benar, kanak-kanak juga tidak terkecuali. Bagi golongan dewasa, gejala seperti selesema, hidung tersumbat dan berair, sakit kepala, rasa sakit di kawasan dahi dan muka (terutama ketika dalam keadaan menunduk) merujuk kepada gangguan sinus yang serius. Begitupun, semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan kepada doktor yang merawat. Berbeza dengan kanak-kanak, …

Read More »

BENTAN EMPAT BULAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Boleh saya minta pendapat? Saya ada masalah joint tulang, dan muscle tidak mampat sebab 4 bulan lepas saya kena bentan selepas bersalin, selama sebulan juga saya tidak boleh nak buat kerja rumah sebab kan benta tu kaki tangan jadi tidak kuat. Tetapi sekarang alhamdulillah masih kuat dan boleh buat kerja rumah macam biasa. Saya juga ada consume olivie serta madu kelulut. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. Lepas kes bentan tu, saya jadi kerap kebas tangan kaki, tulang belakang cepat lengguh. Dan minggu lepas saya ada buat bone setting dengan therapist. Therapist itu suggestkan saya ambil collagen Type …

Read More »

MASALAH PENING YANG KRONIK

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya XYZ mengalami masalah pening kepala, rasa melayang dan berombak dalam semua keadaan dalam masa dua tahun. Saya sudah buat pemeriksaan darah dan MRI otak. Doktor memberitahu tiada masalah. Saya cuma ada masalah gout dan tekanan darah tinggi. Untuk mengawal tekanan darah, saya mengamalkan ubat homeopathy dan bacaannya terkawal. Sebelum ini saya makan ubat klinik selama 7 tahun tetapi bacaannnya tetap sama seperti sekarang. Selalunya bacaannya dalam borderline kadang kala tinggi sikit. Saya pernah berjumpa dengan doktor ENT, dan diberitahu yang saya mempunyai jangkitan kuman yang minima dan terkawal. Sekarang rasa pening dan berombak. Doktor kata ia …

Read More »

TEKANAN DARAH MELONJAK DI WAKTU PAGI

    TEKANAN DARAH MELONJAK DI WAKTU PAGI   Tekanan darah yang melonjak di waktu pagi adalah fenomena yang biasa berlaku di kalangan pesakit hipertensi, namun ia meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung (kardiovaskular) atau serangan stroke (cerebrovaskular).   Ia berlaku beberapa jam sebelum pesakit bangun pagi antara pukul 4am dan berlangsung hingga 4 jam setelah bangun pagi, kira-kira pukul 10am.   Mengikut pengalaman saya ramai pesakit hipertensi yang diserang stroke dan serangan sakit jantung di awal pagi kerana mereka tidak mengetahui bahawa tekanan darah mereka meningkat.   Di Malaysia, kadar peratusan penyakit hipertensi semakin meningkat dalam kalangan orang dewasa …

Read More »

ELAKKAN RISIKO MENDAPAT STROKE

Strok atau juga disebut angin ahmar sering berlaku sekarang. Ia juga tidak disangka. Seorang sahabat saya mendapat major stroke dan meninggal dunia pada usia 45 tahun. Sementara seorang lain hanya mendapat stroke ringan, tetapi serangan stroke berulang selepas tiga tahun, dan akhirnya beliau pergi buat selamanya. Ia bermula dengan gaya hidup yang tidak sihat yang telah diamalkan oleh pesakit bertahun-tahun. Stroke berlaku bukan berpunca dari sesuatu yang kita lakukan semalam. Itu hanyalah punca secara kebetulan. Gaya Hidup yang tidak sihat menyebabkan saluran darah ‘pecah’ dan pendarahan berlaku di dalam otak atau terdapat darah beku yang menghalang darah untuk sampai ke …

Read More »

DEGUPAN JANTUNG ATAU NADI BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK

DEGUPAN JANTUNG ATAU NADI BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK Degupan jantung atau nadi bayi lebih cepat dari orang dewasa. Bayi yang baru dilahirkan sehingga berusia satu bulan, nadi mereka antara 70 hingga 190 degupan per minit. Bayi berusia satu bulan ke sebelas bulan, antara 80 hingga 160 degupan per minit. Kanak-kanak antara satu hingga dua tahun, antara 80 hingga 130 degupan per minit. Kanak-kanak berusia antara tiga hingga empat tahun, antara 80 hingga 120 degupan per minit. Ini adalah panduan anggaran degupan jantung bayi dan kanak-kanak dalam seminit. Jika ada perubahan ketara, jangan panik. Bawa anak berjumpa dengan doktor. #HealthDrZubaidi   …

Read More »

KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA?

KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA? Sendawa adalah tindak balas semula jadi badan untuk mengeluarkan angin atau gas daripada perut atau dari sistem penghadaman bagi mengurangkan rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah perut kembung ini akan merasa lebih selesa apabila melakukan sendawa. Tetapi jika terlalu kerap sangat sendawa, ia juga boleh disebabkan masalah lain yang perlu dirawat supaya ia tidak menjadi semakin teruk ataupun menyebabkan komplikasi yang lain. PUNCA SENDAWA BUKAN DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN a. Udara yang ditelan semasa makan (aerofagia) Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ia boleh berlaku ketika makan atau minum dengan secara cepat. Aerofagia juga boleh …

Read More »

KERACUNAN MAKANAN

KERACUNAN MAKANAN   Keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh makanan yang tercemar disebabkan oleh penyajian makanan yang tidak bersih, peralatan yang tidak bersih atau tangan yang tidak dicuci, baik berpunca dari penyedia atau dari pesakit sendiri. Walaupun kebanyakan kes keracunan makanan boleh sembuh dengan rawatan, terdapat juga kes keracunan makanan yang menyebabkan kehilangan nyawa. Kebanyakan kes keracunan makanan, melibatkan bakteria salmonella, Escherichia coli (E. coli), atau virus, seperti norovirus.   PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN Makanan boleh tercemar dari sumber, semasa proses, pengeluaran, ketika memasak, ketika penyajian makanan dan juga ketika makan.Contoh punca pencemaran makanan : 1. Pencemaran ketika sembelihan atau …

Read More »

SUPLEMEN ZAT BESI DAN FOLATE TIDAK MERAWAT MASALAH THALASSEMIA

Pesakit thalassemia adalah pesakit yang mempunyai sel darah merah yang mudah pecah. Ia berpunca dari struktur hemoglobin dalam sel darah merah yang tidak stabil. Pengambilan suplemen zat besi dan folat bukanlah rawatan bagi masalah thalassemia. Berbeza dengan masalah kekurangan sel darah merah akibat kekurangan zat besi atau folat, pengambilan suplemen seperti ini sangat membantu. Namun pengambilan suplemen zat besi dan folat membantu menghasilkan sel darah merah yang baru (walaupun sel darah merah itu masih mudah pecah) bagi pesakit thalassemia. #HealthDrZubaidi

Read More »

IMPLANON TIDAK DIKELUARKAN

  IMPLANON TIDAK DIKELUARKAN   Implanon adalah produk pencegahan kehamilan yang berbentuk seperti batang mancis di masukkan ke bawah kulit di lengan yang tidak dominan. Jika ia telah melepasi tarikh luput selalunya akan mengeluarkan bekalan hormon yang tidak mencukupi sebagai pencegahan kehamilan. Selalunya tempoh yang dicadangkan 3 tahun. Bergantung pada jenama produk. Seeloknya ia dikeluarkan kerana ia tidak lagi berfungsi secara berkesan. Jika tidak dikeluarkan, tidak memberikan kemudaratan besar kecuali rasa tidak selesa. Jangkitan kuman pada kawasan yang ‘ditanam’ produk itu hanya berlaku pada ketika mula ia dimasukkan di bawah kulit lengan sahaja. #HealthDrZubaidi

Read More »

SAKIT BADAN SELEPAS MAKAN DAGING

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya berumur 36 tahun. Saya pesakit gastritis, dan baru saya sedar, saya tidak boleh makan makanan pedas dan daging. Saya akan mengalami kekembungan dan rasa tak sedap badan. Rasa seperti mahu demam. Jika saya jaga pemakanan dan tidak ambil banyak makanan bergoreng, serta lakukan Diet Intermittent Fasting, badan saya akan rasa lebih ringan, segar dan bertenaga. Semalam saya makan daging dan selepas itu badan saya rasa berbisa. Baru sekarang rasa kurang sakit. Mohon pandangan. Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Penyakit biasa datang melalui pemakanan pada umur 35 tahun ke atas. Apa yang puan rasa …

Read More »

CUCI SAYUR DAN BUAH

  Dalam banyak ceramah, saya banyak mencadangkan pengambilan sayur dan buah sebagai sumber karbohidrat.   Pada masa yang sama ada juga keresahan mereka yang mengikuti ceramah saya tentang tahap racun yang ada pada sayur dan buah.   Bahan-bahan racun serangga yang kebanyakannya dari kumpulan orgsnofosforus mampu memberikan kesan kemudaratan, sama ada diambil dalam kuantiti yang banyak atau kuantiti yang sedikit dalam jangka masa yang panjang.   Setakat ini saya percaya ada dua cara yang terbaik, untuk menghilangkan racun tersebut atau setidak-tidaknya meminimakan tahap racun tersebut, adalah dengan merendamkan sayur atau buah menggunaksan sodium bikarbonat (atau dikenali sebagai soda bikarbonat) atau …

Read More »

BERAS BASMATHI TIADA KANJI?

    BERAS BASMATHI TIADA KANJI?   “Assalamualaikum. Doktor benarkah beras basmathi tiada kanji. Dan bagus untuk mereka yang berdiet?”   Walaikumussalam.   Setiap beras ada karbohidrat yang mempunyai nilai kalori yang lebih kurang sama.   Yang memberikan kelebihan pada beras Basmathi adalah nilai GI yang sederhana, rasanya sedap dan baunya wangi. Oleh itu ia lebih mahal sedikit berbanding dengan beras lain.   Untuk mereka yang ingin berdiet,berhati-hati dengan pengambilan beras. Pastikan beras hanya memberikan antara 25-30% dari jumlah tenaga dalam setiap hidangan.   #HealthDrZubaidi

Read More »

APA ITU ‘BRAIN ANEURYSM’?

APA ITU ‘BRAIN ANEURYSM’?     ‘Brain aneurysm’ adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak. Ia terjadi kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah. Kadang kala ‘brain aneurysm’ boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku di dalam otak. Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada kepada tahap keterukan darah beku tersebut. Salur darah yang terlibat biasanya terletak pada bahagian pangkal otak yang dinamakan ‘circle of Willis’   APAKAH YANG MENYEBABKAN ‘BRAIN ANEURYSM’? Seseorang boleh mendapat ‘brain aneurysm’ kerana faktor genetik atau kerana salur darah yang bertukar menjadi keras (atherosclerosis) …

Read More »

KURUS ITU SIHAT?

KURUS ITU SIHAT? LIVE FB PAGE DR ZUBAIDI BIN HJ AHMAD 7 DEC 2020   Masalah berat badan adalah masalah yang kompleks, disebabkan oleh pelbagai faktor menyebabkan pengumpulan lemak-lemak dalam badan. Masalah ini dilihat sebagai masalah yang kronik yang memerlukan penjagaan, sokongan dan rawatan berkala. Masalah berat badan juga dikaitkan pelbagai jenis penyakit. Bilangan penduduk terutama di Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti adalah semakin ramai seiring dengan penyakit seperti Diabetes Mellitus, Hipertensi dan peningkatan tahap kolestrol (hiperkolestrolemia). Penyakit-penyakit ini dinamakan penyakit bukan berjangkit (Non-communicable Disease, NCD). Masalah berat badan harus dicegah dan dirawat sebelum mengakibatkan komplikasi …

Read More »

MASALAH GANGGUAN SINUSITIS YANG SERIUS

    Ramai antara kita menganggap sakit kepala sebagai masalah biasa yang remeh dan mengambil jalan penyelesaian mudah dengan menelan pil paracetamol untuk melegakan ketidakselesaan berkenaan.   Malah tidak kurang juga ada yang mengaitkan sakit kepala dengan masalah kekurangan tidur, terlalu penat atau kesan sampingan selepas berjemur di tengah panas.   Benar, sakit kepala adalah ketidakselesaan biasa yang paling kerap dialami tetapi jika terlalu kerap dan berlanjutan, ia mungkin menandakan anda mengalami ‘gangguan’ pada sistem tubuh yang lain termasuklah masalah resdung dan sinusitis yang serius.   Gejala seperti kepala terasa berat, rasa sakit di kawasan dahi dan muka selain kesakitan …

Read More »

KERAP BUANG AIR BESAR SELEPAS MAKAN

  “Assalamualaikum, mengapa saya mengalami rasa ingin buang air besar sebaik saja lepas makan. Terutama selepas bersarapan. Ini menyebabkan saya tidak berani untuk bersarapan sebelum pergi kerja bimbang rasa sakit perut dalam perjalanan. Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Puan mungkin mengalami masalah Irritable Bowel Syndrome (IBS). Masalah ini akan lebih jelas bila puan mengalami stress.   Tanda-tanda IBS adalah : 1. Sakit Perut: Pesakit biasa rasa sakit perut memulas-mulas sebaik saja lepas makan dan akan rasa lega selepas buang air besar, walaupun najis yang keluar hanya sedikit. 2. Cirit-birit dan sembelit: Pesakit ada kalanya mengalami cirit-birit, dan ada kalanya mengalami …

Read More »

SALURAN FALLOPIAN TERSUMBAT

“Assalamualaikum. Sy mohon sedikit pandangan dan nasihat. Saya baru melakukan ujian HSG. Kedua-dua tiub fallopian saya disahkan tersumbat. Adakah cara lain yg boleh saya lakukan untuk atasi masalah ini selain pembedahan laporoskopi? Pengambilan minyak zaitun dan Herbal Kacip Fatimah keluaran UTM bolehkah bantu saya atasi masalah ni? Terima kasih.” Waalaikumussalam. Pemeriksaan HSG menunjukkan kedua-dua saluran fallopian puan telah tersumbat. Banyak punca sumbatan ini. Selalunya disebabkan jangkitan kuman. Pengambilan antibiotik telah membunuh kuman tersebut tetapi meninggalkan parut (fibrosis) di kawasan tersebut. Selalunya doktor cuba membetulkan dengan melakukan pembedahan. Saya cadangkan puan berbincang dengan doktor yang merawat teknik yang digunakan. Tiada masalah …

Read More »

TRIGGER FINGER

TRIGGER FINGER     ‘Trigger finger’ adalah satu keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (‘snap’) semasa diluruskan. Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan di susuli dengan sakit yang amat sangat. PUNCA ‘Trigger finger’ adalah disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari kita. Sebab utama kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang terlibat. Ia lebih biasa ditemui pada kaum wanita diantara umur 40-60 tahun. Risiko untuk mengalami ‘trigger finger’ adalah lebih pada pesakit diabetes mellitus dan …

Read More »

KERAP KENCING MALAM

KERAP KENCING MALAM     Assalamualaikum doktor, saya SSSSS berumur 31 tahun. Telah berkahwin 4 tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Saya nak tanya pendapat doktor, adakah masalah saya iaitu masalah lemah tenaga batin dan pancutan pramatang disebabkan kerap beronani semasa remaja. Sekarang saya mengalami masalah kerap kencing sehingga setiap malam saya akan terjaga tengah malam sekitar 2- 4 pagi untuk membuang air kecing. Pada waktu siang hari juga saya mengalami masalah yang sama sering membuang air kencing 2 – 3 jam sekali bergantung pada keadaan dan turut merasakan kencing tidak lawas. Ia berlaku sejak bulan Jun yang lalu. Apabila …

Read More »

KEKUNINGAN MATA TETAPI TIDAK JELAS

  “Assalamualaikum. Mata saya nampak kekuningan tetapi tidaklah terlalu jelas. Apa masalahnya ya doktor. Ada apa-apa ubat untuk mengurangkan kekuningan ini? Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Puan mungkin mengalami jaundice. Ini disebabkan tahap bilirubin dalam darah semakin meningkat.   Jaundice adalah keadaan di mana terdapat kekuningan pada kulit dan mata putih. Ia mungkin berpunca dari jangkitan virus hepatitis, batu dalam hempedu dan mungkin tumor dalam hati.   Apa yang perlu buat adalah melakukan pemeriksaan darah untuk ujian fungsi hati (Liver Function Test) bagi melihat tahap bilirubin puan, di samping enzim Hati yang lain terutamanya AST dan ALT.   Saya juga …

Read More »

PREDNISOLONE MENYEBABKAN JANTUNG BERDEBAR-DEBAR

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Sedikit pertanyaan tentang prednisolone. Saya telah mengalami gegata bermusim dan pergi ke hospital dan dimasukkan ke ward. Di ward doktor sempat masukkan 2 kali cecair prednisolone melalui tangan. Untuk kali ketiga saya tidak benarkan kerana jantung saya laju seperti berjogging walaupun sedang baring. Jadi cuma 2 dos sahaja sempat dimasukkan. Saya telah maklumkan sebab pada doktor kenapa tidak mahu dos ke 3. Doktor kata tak mengapa cuma sambung makan dirumah pil prednosolone 5mg selama satu bulan. Setelah 3 hari keluar wad saya masih tidak makan prednisolone yg doktor beri dan gegata saya juga sudah tidak naik …

Read More »

JANGKITAN KULAT PADA KUKU (ONYCHOMYCOSIS)

JANGKITAN KULAT PADA KUKU (ONYCHOMYCOSIS)     Onychomycosis adalah jangkitan kulat pada kuku. Ianya merupakan penyakit kuku yang paling kerap berlaku dan lebih separuh dari masalah kuku berpunca dari onychomycosis. Onychomycosis boleh melibatkan kuku kaki atau tangan tetapi lebih kerap melibatkan kuku kaki. 10% dari populasi dewasa menghidapi onychomychosis dan ia boleh mengakibatkan kesakitan, ketidakselesaan, masalah untuk berjalan, bersenam, di samping memberi impak psikososial yang tinggi kepada pesakit. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ONYCHOMYCOSIS 1. Usia yang lanjut – melibatkan 50% populasi berusia lebih dari 70 tahun 2. Faktor genetik 3. Jenis pekerjaan – pekerjaan yang menyebabkan kuku terdedah kepada bahan kimia, …

Read More »

SABUN MENURUNKAN BERAT BADAN

  “Assalamualaikum, Dr. Saya ingin bertanya kerana saya ingin tahu adakah sabun boleh menguruskan badan? Hal ini kerana ada keluarga saya yang promote sabun tersebut. Oleh kerana rasa ingin tahu, saya tanyakan dengan Dr. Terima kasih.”   Walaikumussalam.   Saya tidak dapat memikirkan mekanisme bagaimana sabun mandi dapat menguruskan tubuh atau menurunkan berat badan.   Sabun selalunya digunakan untuk membersihkan kulit dari kekotoran atau kulit mati yang berkumpulan pada kulit. Ada juga sabun yang ditambah dengan beberapa bahan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, atau mengelakkan alahan/kekeringan kulit.   Penurunan berat badan selalunya diusahakan dengan mengamalkan pemakanan yang betul. Saya …

Read More »

BERPELUH KUAT DI KEPALA DAN BADAN

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada masalah berpeluh berlebihan di kepala dan badan. Boleh doktor bagi saya cadangan utk merawatnya, di mana dan berapa kos yg diperlukan. Saya tinggal di Shah Alam. Terima kasih.”   Wa’alaikumusalam.   Masalah yang saudara alami dinamakan Craniofacial Hyperhidrosis. Ini bermakna seseorang itu akan berpeluh pada bahagian kepala dan muka secara berlebihan berbanding dengan kebanyakan orang lain.   Saya juga mengalami masalah berpeluh secara berlebihan apabila makanan saya terlalu pedas. Keadaan ini dinamakan gustatory hyperhidrosis. Orang sekeliling selalu tersenyum melihat saya berpeluh. Mereka kata ini menunjukkan saya sihat. Tetapi itu hanya persepsi. Ia bukan tanda aras …

Read More »

ADAKAH LIPOMA ITU BAHAYA?

ADAKAH LIPOMA ITU BAHAYA?     Lipoma adalah ketumbuhan bukan kanser. Ia adalah ketumbuhan tumor yang membesar secara perlahan untuk jangka masa beberapa tahun. Jadi ia tidak berbahaya. Ia berasal dari tisu lemak dalam tubuh kita, yang dipanggil adipocytes. Sel-sel ini diperangkap dalam selalunya (membrane capsule). Jadi is menonjol sebagai benjolan pada permukaan kulit. Ia boleh berada di tempatnya bertahun-tahun tanpa kita sedari atau mengganggu kita. Lipoma boleh berada di dua atau banyak tempat pada tubuh kita pada masa yang sama. Namun selalunya hanya satu lipoma pada satu masa. Lipoma bila tergosok dengan pakaian akan menyebabkan rasa tidak selesa. Jika …

Read More »

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI

    HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI   Ramai di antara kita yang seolah-olah “tidak boleh hidup” jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi.   Saya suka berkongsi satu kajian, menunjukkan bahawa meminum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah.   Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine.   Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun.   Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang …

Read More »

ADAKAH SAYA HAMIL?

ADAKAH SAYA HAMIL? Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya harap doktor dapat menjawab soalan saya. Pagi semalam saya buat pemeriksaan air kencing, saya dapati ada satu jalur pada ujian UPT. Kemudian saya periksa semula, mendapati ada dua jalur. Hari pertama haid saya pada 8 October (Hari ini 29 November). Sebentar tadi saya periksa semula, mendapati ada satu jalur pula. Adakah saya hamil, doktor? Terima kasih. Walaikumusalam. Pemeriksaan air kencing menggunakan ujian UPT paling baik dilakukan pada minggu ke lapan dari tarikh pertama haid terakhir puan. Ini kerana ujian ini mempunyai sensitiviti berbeza terhadap kepekatan hormon hCG dalam air kencing, …

Read More »

BACAAN ALT DAN AST TINGGI. ADAKAH BAHAYA?

    “Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ada soalan untuk doktor. Semalam saya mendapat keputusan darah. Bacaan ALT dan AST tinggi tetapi tidak menerangkan lebih lanjut. Bolehkah doktor terangkan, adakah ia berbahaya? Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Keputusan yang tidak normal enzim hati Alanine Aminotransferase (ALT) dan Aspartate aminotransferase (AST) pada pesakit yang tiada simptom tertentu selalunya merisaukan pesakit.   Bacaan yang normal untuk kedua-dua enzim hati ALT dan AST berbeza di antara satu makmal dengan makmal yang lain. Selalunya antara 25 hingga 50 IU/L.   Enzim-enzim hati ini dikeluarkan oleh sel-sel hati (hepatocytes). Peningkatan enzim-enzim ini menunjukkan terdapat kecederaan sel-sel …

Read More »

MAKAN UBAT TAHAN SAKIT TETAPI SAKIT KEPALA MIGRAINE TIDAK BERKURANG

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi Hj Ahmad. Adakah normal untuk seseorang mengalami migraine 2 hari berturut turut? Sudah makan painkiller masih tak surut. Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Ya. Bagi sesetengah pesakilt migraine, mengambil ubat tahan sakit yang biasa diambil kadang kala tidak mencukupi. Jadi doktor akan memberikan ubat tambahan atau memberikan ubat tahan sakit yang lebih baik atau meningkatkan dos ubat yang sedia ada.   Cuma kena ingat bahawa pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dos atau mengambilnya dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan ginjal, hati dan perut. Ia juga boleh menjadi darah menjadi lebih cair.   Jadi dapatkan …

Read More »

KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA?

KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA?     Kerap kencing malam dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘nocturia‘. Selalunya ketika anda tidur, anda akan menghasilkan air kencing yang sedikit tetapi lebih pekat. Ini bermaksud mereka yang normal selalunya tidak perlu kerap bangun tidur untuk membuang air kencing hingga mengganggu tidur mereka. Jika seseorang itu bangun kerap pada waktu malam untuk membuang air kencing, dia mungkin menghadapai nocturia. Disamping ia mengganggu tidur anda, ia juga boleh disebabkan penyakit lain. PUNCA KERAP KENCING Kencing yang kerap boleh menjadi gejala kepada banyak masalah yang berbeza dari penyakit buah pinggang hinggalah ke masalah hanya minum terlalu …

Read More »

PANIC ATTACK MENYERANG PEGAWAI BERSENJATA

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berasal dari @@@ dan berumur @@ tahun. Saya ingin bertanyakan masalah berkaitan suami saya yang bekerja sebagai pegawai bersenjata. Beliau ada masalah Anxiety Disorder dan Panic Attack hampir 4 tahun. Dahulu masalah beliau terkawal. Tetapi kebelakangan ini beliau tidak dapat mengawal keadaan dan perasaan beliau sehingga beliau difitnah oleh rakan sekerja kononnya beliau mengambil dadah. Keadaan ini menyebabkan beliau semakin tertekan. Ujian DASS menunjukkan beliau mengalami kemurungan dan keresahan (Depression and Anxiety). Bila beliau berseorangan, fikiran beliau juga berserabut dan rasa sesak nafas bila berada di tempat yang terkurung dan sempit. Beliau akan marah pada hal …

Read More »

KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG

  Berikut adalah kebaikan yang ingin saya kongsikan tentang kebaikan minum air kosong.   1. Menguruskan badan Khabar gembira untuk mereka yang sedang cuba menurunkan berat badan. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak. Ia dapat mengurangkan rasa lapar. Dan meningkatkan pembakaran kalori dgn lebih baik.   2. Melancarkan sistem pencernaan Minum air kosong dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit.   3. Awet muda Kekurangan pengambilan air kosong menyebabkan kulit kering dan berkerut. Tubuh kita kelihatan lebih tua dari umur kita.   4. Tubuh lebih segar dan sihat Khasiat …

Read More »
error: Content is protected !!