MAKAN UBAT TAHAN SAKIT TETAPI SAKIT KEPALA MIGRAINE TIDAK BERKURANG
Assalamualaikum Dr Zubaidi Hj Ahmad. Adakah normal untuk seseorang mengalami migraine 2 hari berturut turut? Sudah makan painkiller masih tak surut. Terima kasih.
Walaikumusalam.
Ya. Bagi sesetengah pesakilt migraine, mengambil ubat tahan sakit yang biasa diambil kadang kala tidak mencukupi. Jadi doktor akan memberikan ubat tambahan atau memberikan ubat tahan sakit yang lebih baik atau meningkatkan dos ubat yang sedia ada.
Cuma kena ingat bahawa pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dos atau mengambilnya dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan ginjal, hati dan perut. Ia juga boleh menjadi darah menjadi lebih cair.
Jadi dapatkan nasihat dari yang doktor berpengalaman.
Bagi meningkatkan keberkesanan ubat tahan sakit (dan mengurangkan dos yang diambil), selalunya saya cadangkan pada pesakit saya, ambil ubat tahan sakit bersama segelas atau dua gelas air kosong dan kemudian tidur di bilik yang sunyi dan tidak terang.
#HealthDrZubaidi