PANIC ATTACK MENYERANG PEGAWAI BERSENJATA

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berasal dari @@@ dan berumur @@ tahun. Saya ingin bertanyakan masalah berkaitan suami saya yang bekerja sebagai pegawai bersenjata.

Beliau ada masalah Anxiety Disorder dan Panic Attack hampir 4 tahun. Dahulu masalah beliau terkawal. Tetapi kebelakangan ini beliau tidak dapat mengawal keadaan dan perasaan beliau sehingga beliau difitnah oleh rakan sekerja kononnya beliau mengambil dadah.

Keadaan ini menyebabkan beliau semakin tertekan. Ujian DASS menunjukkan beliau mengalami kemurungan dan keresahan (Depression and Anxiety).

Bila beliau berseorangan, fikiran beliau juga berserabut dan rasa sesak nafas bila berada di tempat yang terkurung dan sempit. Beliau akan marah pada hal yang remeh.

Beliau pernah mengamuk di tempat kerja kerana rakan-rakan sekerja tidak percaya yang beliau mengalami masalah tekanan perasaan dan Anxiety Disorder.

Adakah pesakit Anxiety Disrorder mengalami perlakuan seperti itu? Mohon nasihat doktor. Saya bimbang beliau mencederakan diri sendiri atau orng lain.

Walaikumusalam.

Masalah Anxiety Disorder dan Panic Attack dialami oleh ramai orang. Oleh kerana ia bukannya masalah atau penyakit fizikal, jadi ramai yang tidak menyedari mereka mengalami masalah ini. Orang di sekeliling termasuk keluarga juga mungkin menganggap beliau mengalami masalah penagihan dadah atau ada masalah mental yang teruk.

Masalah Anxiety Disorder dan Panic Attack harus dirawat secara professional oleh Doktor Pakar Psikiatrik. Doktor mungkin akan berikan ubat penenang sementara bagi mengawal perasaan beliau yang tidak menentu.

Selain itu, beliau boleh berjumpa kaunsellor. Oleh kerana ia berkaitan dengan masalah berkaitan dan cara beliau berfikir, ada baiknya jika suami puan mendapat rawatan kaunseling secara berkala. Beliau harus meluahkan apa yang bermain di minda kepada orang yang betul dan professional. Kaunselor akan membantu beliau untuk berfikir secara positif. Terutama jika berhadapan dengan fitnah dan tomahan orang yang tidak memahami keadaan seseorang yang ada masalah ini.

Selain itu, langkah kedua beliau harus berterus terang dengan ketua atau superior beliau agar bila panic attack menyerang mereka tahu perkara sebenar. Mungkin beliau tidak sesuai bekerja di lapangan yang berhadapan dengan masyarakat kerana ia mungkin mengundang serangan panic attack yang teruk.

Ketiga berkawanlah dengan orang yang positif. Masuklah dalam jemaah orang yang positif, yang selalu bersangka baik dan memberikan motivasi kepada beliau. Jauhkan dari orang yang negatif kerana ia akan menambahkan kerunsingan pada beliau.

Keempat banyak salawat dan istighfar bila diserang panic attack. Jagalah solat dan banyak bermunajat (bercerita dan mengadu masalah) kepada Allah. Tarik nafas dalam-dalam. Ia membantu beliau untuk menjadi tenang.

Akhir sekali puan sebagai isteri kenalah faham dan banyak bersabar. Bila dia tengah marah, ingatkan beliau bahawa beliau sedang marah dan harus bersabar. Puan jangan sentap dan ‘berlaga angin’ dengan beliau. Beliau memerlukan seseorang untuk memahami keadaan beliau.

Semoga membantu.

#HealthDrZubaidi

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!