admin

KENAPA PERLU MAKAN SAYUR HIJAU TERUTAMANYA BAGI PESAKIT KENCING MANIS

      KENAPA PERLU MAKAN SAYUR HIJAU TERUTAMANYA BAGI PESAKIT KENCING MANIS   Sayur hijau ni penting. Tapi ramai orang tak suka makan sayur sebab tak sedap…pahit, tak boleh nak telan, anak tekak tak terima dan lain-lain lagi.   Sebenarnya sayur ini amat penting bagi diet yang seimbang lebih lebih lagi bagi mereka yang sakit. Seelok eloknya amalkan sejak dari muda, jangan tunggu sakit baru nak makan sayur.   Apa faedahnya makan sayur hijau?  Sayur hijau tinggi dengan serat. Apabila dimakan dengan nasi atau karbohidrat yang tinggi indeks glisemik, serat ini akan membentuk spt jaring yang akan menahan kanji …

Read More »

VITAMIN C TERBAIK

VITAMIN C TERBAIK Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Ia tidak disimpan dalam tubuh. Jadi ia harus diambil secara berterusan dalam makanan. Banyak makanan terutamanya buah-buahan yang membekalkan vitamin C. Antaranya buah oren dan pelbagai jenis limau tempatan, mangga, cili hijau, brokoli,dan tomato. Ada kalanya pemakanan yang kita makan tidak cukup dengan vitamin C, terutama jika makan makanan yang berproses. Makanan segar yang kita makan membekalkan sebahagian kecil peratusan yang diperlukan oleh tubuh. Jika kita mengambil makanan berproses, tiada vitamin yang dapat dibekalkan ke dalam tubuh. Oleh itu kita perlukan suplemen vitamin C. Untuk mencapai tahap membantu rawatan, …

Read More »

ADAKAH UBAT UNTUK RAMBUT BERUBAN?

Pada saya uban di kepala bukanlah suatu yang perlu dimalukan. Ini kerana rambut akan beruban apabila usia kita semakin meningkat. Peningkatan usia juga berkaitan dengan kematangan diri. Jadi beruban adalah suatu yang melambangkan kematangan diri seseorang, kecuali dibuktikan sebaliknya.   Maksud saya ada juga orang yang beruban tetapi tahap kematangan mereka rendah.   Tetapi beruban mungkin lebih dirisaukan oleh orang yang muda. Ramai rakan saya yang mengalami rambut beruban ketika baru saya berusia akhir 20an atau awal 30an.   Lalu ramai yang bertanya adakah disebabkan oleh stress? Saya lebih percaya bahawa rambut beruban ini disebabkan oleh faktor keturunan. Apabila seseorang …

Read More »

BANYAK AMBIL PROTEIN SUMBER TUMBUH-TUMBUHAN

      BANYAK AMBIL PROTEIN SUMBER TUMBUH-TUMBUHAN   Kita banyak disuapkan dengan fakta yang mengelirukan. Antaranya adalah ‘lebih banyak protein yang kita ambil, lebih baik untuk kita untuk pembinaan otot’. Satu lagi kekeliruan adalah ‘protein yang terbaik adalah protein dari sumber haiwan’.   Cuba kita kembali kepada fakta yang kita pelajari semasa di sekolah menengah. Terdapat 21 jenis asid amino yang membentuk satu molekul protein. 9 dari asid amino ini disebut sebagai “essential” asid amino kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid amini ini. Ia hanya boleh didapati dari sumber makanan.   Memang betul kebanyakan “essential” asid amino ini …

Read More »

KITA RESAH KETIKA DIUJI?

Kita sentiasa menghadapi dugaan dalam kehidupan kita dan ia tidak akan pergi dengan mudah kerana setiap manusia yang hidup akan diduga. Kita tidak mampu menentukan dan mengawal apa yang bakal terjadi pada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita. Sebagai hambaNYA, apa yang perlu kita lakukan? 1. Percayalah kita mampu mengubah CARA kita menghadapi dugaan itu. Terima takdir yang ditetapkan ALLAH dengan hati yang terbuka. Ingatlah ianya adalah dugaan yang telah dijanjikan untuk setiap manusia. Ini bahagian kita. Dugaan ini adalah dugaan yang bersesuaian dengan kemampuan kita. Jadi kita mampu menghdapinya. Ada orang yang menerima dugaan yang lebih besar kerana mereka …

Read More »

ADAKAH DEGUPAN JANTUNG KITA NORMAL?

Kadar degupan jantung orang dewasa yang normal adalah antara 60 hingga 100 kali seminit.   Namun ramai yang bertanya, apakah degupan jantung mereka normal, jika pada waktu rehat, 78 dan selepas berlari ia menjadi 130 degupan perminit.   Sebenarnya degupan jantung kita tidak tetap pada satu bacaan sahaja. Ia boleh meningkat dan boleh menurun apabila melakukan aktiviti fizikal atau mengalami tekanan perasaan seperti terlalu takut atau terkejut.   Kebiasaannya degupan jantung akan kembali semula pada julat yang normal iaitu antara 60 hingga 100.   Sebagai contoh, degupan jantung akan meningkat sehingga 140 per minit apabila berlari, tetapi akan turun semula …

Read More »

KRIM BERSTEROID UNTUK ECZEMA?

KREAM BERSTEROID UNTUK ECZEMA? Kebanyakan krim yang diberikan doktor untuk masalah kulit kering, terutama eczema di klinik dan hospital mengandungi steroid. Begitu juga krim yang dijual secara online. Begitu juga di farmasi. Bagaimana kita mengesyaki krim itu mengandungi steroid? Tandanya adalah perubahan yang cepat pada kulit dalam masa beberapa hari. Tiada lagi kekeringan kulit, kulit menjadi tidak gatal dan rekahan pada kulit menjadi hilang. Perubahan yang cepat dan ketara. Penggunaan krim bersteroid tidak mendapatkan kemudaratan jika ia digunakan dalam jangka yang panjang. Bagi mereka yang memilih untuk tidak menggunakan krim bersteroid, tanyakan pada penjual krim atau periksa pada kotak krim …

Read More »

APA ITU ANGINA?

Custom Sliders (untuk grafik berkaitan, sila google perkataan ‘angina’. Diharap penulisan Bahasa Melayu ini membantu pemahaman anda berkenaan masalah penyakit ini).   Angina adalah sakit dada atau ketidakselesaan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan aliran darah ke jantung. Ini biasanya disebabkan oleh penyempitan atau penyumbatan saluran darah dalam badan. Jantung anda memerlukan oksigen yang dibawa oleh darah. Apabila kurang darah yang sampai ke jantung, maka kurang oksigen dihantar pada jantung bagi mengepam darah.   Terdapat tiga jenis angina:   1. Angina stabil adalah jenis yang paling biasa. Ia berlaku apabila jantung bekerja lebih kuat daripada biasanya. Angina yang stabil mempunyai corak …

Read More »

SALAH FAHAM TENTANG STEVIA

  1. Ramai yang menganggap bahawa Stevia adalah ubat diabetes. Stevia bukanlah ubat yang menggantikan ubat diabetis. Oleh itu ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti ubat mengawal gula dalam darah. Stevia adalah pemanis natural yang membantu pesakit diabetes untuk meninggalkan gula pasir jika masih tidak dapat menahan ketagihan gula. Dengan ini dapat mengurangkan kemasukan karbohidrate ringkas (atau gula dalam tubuh). Bila kemasukan gula dalam darah semakin sedikit dan terkawal, kawalan terhadap gula dalam darah semakin baik.   2. Ramai yang mengambil stevia, dalam masa yang sama mengambil gula pasir. Ini adalah suatu kesilapan. Ibarat kita mahu membersihkan kolam. Kolam akan …

Read More »

PUNCA MASALAH RASA PENING

Semalam saya berkongsi tentang masalah pening kepala. Antara punca masalah ini yang saya kongsikan semalam adalah masalah yang berkaitan dengan masalah dalam telinga. (boleh rujuk perkongsian semalam).   Selain itu, masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah kekurangan sel darah merah (anemia). Jika mengalami pening, doktor mungkin mencadangkan pemeriksaan darah untuk mengetahui tahap hemoglobin, jika doktor mengesyaki masalah anemia.   Selain itu rasa pening kepala boleh dirasai oleh mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah secara tiba-tiba. Oleh itu pemeriksaan tekanan darah amat penting kerana penurunan tekanan darah secara tiba-tiba bukan saja boleh menyebabkan rasa pening kepala tetapi juga boleh …

Read More »

APAKAH PUNCA-PUNCA SEMBELIT?

Banyak punca sembelit. Ada kalanya apa yang kita buat sebelum ini tidak pun menyebabkan sembelit, tapi kali ini ia menyebabkan sembelit. Jadi sembelitnya kadang kala bukan disebabkan oleh satu faktor saja, tetapi banyak faktor. Ada kalanya orang lain buat, mereka ok saja. Tapi kita buat boleh menyebabkan sembelit pula. Jadi bergantung pada individu. 1. Antaranya ialah mereka yang ambil ubat gastrik yang mengandungi kalsium atau aluminium. Ubat ini selalu disebut sebagai antacid, sama ada dalam bentuk cecair atau dalam bentuk pil. 2. Ubat-ubat penahan sakit seperti tramadol dan ubat untuk kemurungan boleh menyebabkan sembelit juga. 3. Orang yang kerap mengambil …

Read More »

KESUKARAN UNTUK MENELAN

Kesukaran untuk menelan atau dalam istilah perubatan disebut sebagai Disfagia, adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher. Ia juga menyebabkan masalah menelan makanan. Menelan makanan merupakan aktiviti yang kompleks melibatkan mulut, bahagian tekak dan esophagus (saluran yang membawa makanan ke perut). Banyak saraf dan otot memberi kesan kepada fungsi betul bahagian-bahagian ini. Kebanyakan proses menelan adalah tanpa sedar dan sebahagiannya adalah dengan sedar. Sebab yang biasa: 1. Masalah-masalah yang berkaitan dengan bahagian atas mulut dan pharynx (tekak) termasuklah: halangan pada laluan makanan dan minuman. …

Read More »

BENARKAH SUMBATAN DALAM SALURAN DARAH BOLEH DIBERSIHKAN?

“Assalamualaikum. Saya ada sumbatan pada saluran darah arteri koronari. Adakah sumbatan itu boleh dibersihkan atau ia kekal dan menjadi lebih teruk?. Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Sumbatan dalam saluran darah hanya dapat dihilangkan atau dibersihkan dengan seseorang itu mengubah cara hidupnya. Tidak cukup ia memakan ubat mengawal kolestrol atau mengambil sebarang suplemen.   “Pembersihan” sumbatan dalam saluran darah hanya berlaku secara perlahan-lahan. Jadi ia tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda sumbatan yang telah teruk melebihi 50% atau telah mengalami serangan sakit jantung.   Penyumbatan saluran darah akibat pengumpulan kolestrol jahat menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat menerima bekalan oksigen dan …

Read More »

JADIKAN WAKTU MALAM UNTUK BEREHAT DAN MEMPERBANYAKKAN AMAL

JADIKAN WAKTU MALAM UNTUK BEREHAT DAN MEMPERBANYAKKAN AMAL (Peringatan untuk diri sendiri) Allah menyebut dalam al-Quran dalam banyak tempat bahawa Dia menjadikan malam itu untuk manusia berehat dan tidur dan waktu siang dijadikan untuk manusia mencari kelebihan-kelebihan yang dikurniakan oleh Allah. Pertama: “Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” Surah AlMu-min. Ayat 061. Kedua: “Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda …

Read More »

BERSENAMLAH WAKTU PAGI AGAR MENDAPAT TIDUR YANG LEBIH LENA PADA WAKTU MALAM

  Bagi mereka yang mengalami masalah tidur di waktu malam, cara terbaik ialah melakukan senaman pada waktu pagi. Bila kita bersenam, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu tubuh untuk mudah tidur dan menjadi lebih sihat.   Senaman pagi secara tetap akan membantu kita memperbaiki kitaran tidur (sleep rhythms) dan akan merangsangkan tubuh kita akan mengeluarkan hormon melatonin pada sebelah petang bertujuan untuk kita mudah tidur di waktu malam. Ini bagus untuk mendapatkan tidur yang lena, kata Dr Sofie Laage-Christiansen from Aarhus University, Denmark, menjalani kajian tidur dalam Ph.D nya.   “Bersenam pada waktu pagi mendedahkan kita pada cahaya di siang …

Read More »

BEBERAPA FAKTA BERKAITAN ANXIETY DISORDER DAN PANIC ATTACK

  APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH ANXIETY DISORDER DAN PANIC ATTACK?   1. Anxiety Disorder adalah suatu keadaan di mana pesakit secara tetap mudah berasa sedih, takut, risau, tidak tenang dan pelbagai perasaan negatif lain sehingga mengganggu rutin seharian pesakit dan menjejaskan hubungan pesakit dengan keluarga, teman dan rakan sekerja.   2. Panic Attack adalah satu tempuh keadaan tanpa diketahui puncanya, berlaku dengan tiba-tiba berlangsung selama sepuluh minit hingga sejam, pesakit mengalami pelbagai perasaan hingga pesakit tidak mampu bernafas, berasa akan mati.   3. Tidak semua pesakit sedar mereka mengalami Anxiety Disorder. Mereka menyangka kerisauan, kesedihan, ketakutan mereka adalah benar (real). …

Read More »

TEKANAN DARAH NAIK BILA BERTEMU DOKTOR (WHITE COAT HYPERTENSION)

  Pemeriksaan tekanan darah boleh dilakukan di klinik, atau di rumah sendiri. Seseorang yang sihat umumnya menunjukkan bacaan tekanan darah yang normal walaupun diperiksa di mana saja.   Namun, ada beberapa orang yang mengalami tekanan darah yang lebih tinggi apabila diperiksa klinik. Keadaan ini dinamakan white coat hypertension.   Mereka mungkin mengalami tekanan darah melebihi 140/90 bila berjumpa doktor atau petugas klinik. Pada hal tekanan darah di rumah adalah normal.   Keadaan ini terjadi apabila seseorang individu itu berasa cemas, gementar dan risau ketika pemeriksaan dilakukan. Ia sering berlaku di kalangan pesakit Anxiety Disorder, wanita, warga tua, wanita hamil dan …

Read More »

KELEBIHAN PEMERIKSAAN CT-SCAN

Computerized Tomography (CT Scan) menjadi salah satu produk teknologi perubatan yang canggih pada masa ini.   CT Scan boleh digunakan untuk membuat imbasan pada pakai seluruh tubuh manusia, mulai dari otak atau kepala, paru-paru, jantung tulang, otot dan bahagian yang lain.   Misalnya dalam pemeriksaan jantung, CT Scan boleh mengimbas saluran darah koronari yang berada pada permukaan luar jantung dengan mengetahui dengan tepat diameternya dan mengesan jika ada penyumbatan dalam saluran darah.   Ini kerana pemeriksaan CT scan akan melakukan imbasan yang berupa hirisan setebal 1mm. Jadi jika ada perubahan seperti ketumbuhan dalam abdomen sebesar 2mm pun, CT Scan mampu …

Read More »

ADAKAH PESAKIT DIABETIS MEMPUNYAI KENCING BERBUIH?

“Doktor, kalau kencing manis tinggi, bolehkah air kencing berbuih?”.   Waalaikumussalam.   Secara amnya, pesakit kencing manis (diabetes) tidak mengalami masalah kencing berbuih.   Tetapi pesakit diabetes yang mempunyai masalah ginjal boleh mempunyai kencing berbuih. Ia bukan disebabkan masalah diabetis, tetapi akibat ginjal mereka yang mula mengalami kerosakan sehingga tidak mampu menapis kehadiran protein.   Istilah yang biasa digunakan adalah buah pinggang bocor. Ia membawa gambaran bagaimana alat penapis yang bocor tidak mempu lagi melakukan proses penapisan yang sempurna.   Oleh itu pesakit diabetis harus mengawal paras gula supaya kekal normal dengan pemakanan yang betul, dan mengambil ubat yang diberikan. …

Read More »

BATUK BERDARAH

Assalamualaikum Doktor. Dua hari lepas isteri saya mengalami batuk berdarah. Pada masa itu beliau sedang tidur, tiba-tiba batuk berdarah darah segar dalam suku botol mineral yang kecil. Saya buat pemeriksaan di hospital dan telah menjalani pemeriksaan darah dan xray. Doktor mrmberitahu keputusan kedua-dua ujian itu normal. Dia tiada rasa sakit tekak atau sukar bernafas. Sekarang beliau batuk berdarah sikit-sikit sahaja. Tidak seperti tempuhari. Mohon nasihat doktor. Terima kasih.   Waalaikumussalam.   Batuk berdarah adalah sesuatu yang tidak normal, jika ia berlarutan beberapa hari. Apatah lagi jika jumlah darah yang keluar agak banyak (suku botol mineral kecil).   Batuk dengan darah …

Read More »

MAKAN BUAH TERDAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAIN

Dalam satu ayat al-Quran ada menyebut buah-buahan terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan keadaan luar biasa yang berlaku pada orang yang beriman apabila dihidangkan makanan dalam syurga.   “Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari jenis-jenis yang mereka ingini.” [Surah Al-Waqi’ah : ayat 20 – 21]   Jadi ada ulamak yang mencadangkan agar kita mengambil dan memakan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan lain seperti karbohidrat, lemak atau protein.   Ini bermakna kita digalakkan makan buah sebelum memakan hidangan berat (nasi) kita. Jika tiada buah-buahan, ambillah sayur-sayuran (terutamanya ulam-ulam) dahulu.   …

Read More »

MINYAK ZAITUN CARA RAWATAN ALAMI MERAWAT BUASIR

  MINYAK ZAITUN CARA RAWATAN ALAMI MERAWAT BUASIR   Setakat ini tiada ubat spesifik untuk merawat buasir. Doktor akan menasihatkan pembedahan untuk buasir yang bersaiz besar. Rawatan utama bagi buasir adalah tidak meneran semasa buang air besar. Jika meneran, saiz buasir akan menjadi lebih besar. Jika tidak meneran buasir bersaiz kecil akan mengecut dengan sendiri. Sebab itu saya menggalakkan pengambilan minyak zaitun dua sudu besar tiga kali sehari. Di klinik biasanya doktor berikan minyak sintetik minyak Parafin untuk melembutkan najis tinja supaya kita mudah membuang air besar. Tetapi saya mendapati pengamalan minyak zaitun lebih baik kerana ia bukan saja mengelakkan …

Read More »

ANEMIA DI KALANGAN WANITA HAMIL

Wanita hamil mengalami kekurangan tahap hemiglobin (anemia), bukan disebabkan kehilangan darah atau kerosakan sel darah merah. Ia disebabkan kecairan darah.   Wanita hamil mengalami penyimpanan air dalam tubuh (water retention). Ini akan menurunkan (mencairkan) kepekatan hemoglobin dalam darah.   Oleh itu terdapat perbezaan antara tahap hemoglobin yang normal bagi wanita iaitu 12-15 g/dL sementara wanita hamil secara amnya mesti melebihi 10.5 g/dL di akhir kehamilan.   Menurut World Health Organization (WHO), wanita hamil dikatakan kekurangan hemoglobin (aenemia) apabila memlunyai tahap hemoglobin kurang dari 11.0 g/dl pada trimester pertama dan kedua, dan kurang dari 10.5 g/dl pada kehamilan ketiga.   #HealthDrZubaidi …

Read More »

MEMILIH GARAM TERBAIK UNTUK MEMASAK

    Kita semua tahu kemudaratan garam. Ia akan meningkatkan tekanan darah dan akhirnya menyebabkan masalah kardiovaskular.   Namun kita tidak dapat mengelakkan pengambilannya dalam makanan yang kita makan setiap hari.   Kita meletakkan sedikit garam agar makanan kita menjadi sedap. Tetapi apakah manfaat yang dapat dari pemilihan garam yang terbaik?   Pengambilan makanan yang berproses (makanan yang dibungkus) yang biasa dijual di rak pasaraya besar selalunya mengandungi kandungan garam yang tinggi. Ia telah ada dalam makanan berproses tersebut. Pengambilan garam tambahan sudah tentu akan menyebabkan tahap pengambilan garam (terutamanya sodium) sangat tinggi.   Panduan Kesihatan Eropah dan Ametika Utara …

Read More »

MENGURANGKAN KESAN SAMPINGAN KAFEIN

    Bagi ramai orang, kopi yang mengandungi kafein sangat diperlukan untuk mendapat kesegaran pada setiap pagi. Tanpa kopi (dan kafein) mereka akan rasa mengantuk dan tidak bersemangat.   Tapi apa yang akan berlaku jika kita terlebih minum kopi. Dengan kata yang lain, apakah yang akan berlaku jika kita mengambil kafein berlebihan dos?   Badan pemantau kesihatan, U.S. Food and Drug Administration (FDA) mengatakan pengambilan kafein kurang dari 400 mg adalah selamat. Lebih dari dos ini kesan baik akan digantikan dengan kesan buruk.   Secara mudah pengambilan 2-3 cawan kopi tidak memberikan kesan sampingan seperti: 1. Degupan jantung laju2. Rasa …

Read More »

ADAKAH KEBOTAKAN ITU NORMAL?

Sebenarnya rambut kita akan gugur setiap hari. Dianggarkan rambut kita boleh gugur sebanyak 100 helai tanpa kita sedari. Rambut kita juga akan tumbuh sepanjang paling kurang 1cm setiap bulan.   Secara umum keguguran rambut boleh berlaku secara tidak normal apabila seseorang itu:   1. Mengalami sakit yang kronik dan serius 2. Stress yang berpanjangan 3. Setelah mengalami pembesaran yang besar 4. Kekurangan nutrisi tertentu dalam makanan 5. Selepas melahirkan anak 6. Masalah ketidakseimbangan atau kekurangan hormon terutama hormon thyroid 7. Disebabkan penyakit autoimmune Sistemik Lupus Erythematosus 8. Kesan sampingan ubatan seperti : ubat mencairkan darah (warfarin) rawatan kemoterapi pil perancang …

Read More »

PERLUKAH MAKAN UBAT CIRIT-BIRIT?

“Salam doktor. Mereka yang mengalami keracunan makanan biasanya mengalami cirit birit. Saya ada terbaca ia adalah salah satu cara badan mengeluarkan toksin. Adakah ia benar? Jika ia benar adakah masih perlu pengambilan ubat untuk menahan cirit birit atau apakah ubat yang biasa diberi dr untuk masalah keracunan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Muntah, cirit-birit dan rasa demam selalunya berlaku selepas 3 jam seseorang individu mengambil makanan yang tercemar. Seseorang itu tidak akan bangun pukul 2-3 pagi (ketika kita sedang lena tidur) untuk ke tandas membuang air besar. Ia mununjukkan tanda awal yang kita mengalami cirit birit, berkemungkinan keracunan makanan. …

Read More »

BERIKAN RAWATAN JIWA PADA PESAKIT KANSER PAYUDARA

Ini adalah catatan ketiga saya berkaitan kanser payudara, sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober.   Sebagai doktor lelaki, terlalu mudah untuk saya menyarankan pesakit segera membuangkan payudara yang telah diserang kanser payudara. Iaitu melakukan pembedahan mastectomy.   Apatah lagi saya adalah seorang lelaki dan pesakit bukan pula isteri saya. Bagi saya payudara mungkin hanya sebahagian tubuh. Jika dibuang ia tidak mengganggu hubungan saya bersama isteri.   Tetapi bagi seorang wanita yang bersuami, payudara bukan setakat sebahagian tubuh. Ia adalah mahkota kebanggaan diri. Ia adalah sesuatu yang mengekalkan harga diri (self-esteem) di mata suami dan rakan-rakan. Walaupun suami dan …

Read More »

TAHAP KANSER PAYUDARA SECARA MUDAH UNTUK ORANG AWAM

TAHAP KANSER PAYUDARA SECARA MUDAH UNTUK ORANG AWAM Kanser payudara merupakan punca utama kematian wanita di Malaysia dan seluruh dunia. Secara mudah (untuk pemahaman orang awam) Tahap Kanser Payudara boleh dibahagikan kepada empat tahap iaitu : 1. Tahap SatuKetumbuhan berada dalam payudara, bersaiz kurang dari 2 cm. 2. Tahap DuaKetumbuhan berada dalam payudara dan merebak ke kelenjar limfa di ketiak, bersaiz antara 2 cm sehingga 5 cm. 3. Tahap TigaKetumbuhan berada di payudara, dan melibatkan kelenjar limfa di ketiak, otot dada dan kulit payudara, bersaiz 5 cm atau lebih. 4. Tahap EmpatKetumbuhan merebak ke bahagian yang lebih jauh seperti kelenjar …

Read More »

APA PUNCA BATUK BERTERUSAN?

Saya masih ingat seorang pesakit saya yang agak obese, selalu batuk ketika tidur. Dia terjaga kerana batuk berterusan tanpa henti. Bila minum air kosong baru lega sedikit. Dia sudah cuba pelbagai ubat batuk tetapi tiada perubahan yang baik. Saya tanya bila kali terakhir makan? Dia menjawab selalunya pukul 10pm. Kadang kala lambat sikit. Bila tengah malam lapar, dia pergi ke restoren 24 jam untuk makan roti canai. Saya percaya berkemungkinan besar, dia mengalami refluks. Ada masalah batuk disebabkan penyakit berbahaya. Ada disebabkan oleh masalah yang ringan. Antara masalah batuk yang bahaya adalah: 1. Tibi2. Kanser paru-paru3. Bronchiectasis4. COPD (Chronic Obstructive …

Read More »

JANGAN SIMPAN MADU DALAM PETI SEJUK

JANGAN SIMPAN MADU DALAM PETI SEJUK     Semalam di Melaka, saya berkongsi berkaitan Pemakanan Untuk Pesakit Kanser di hadapan bekas pesakit kanser. Ada beberapa makanan yang dipantang, ada yang perlu ditambah dan ada yang perlu diganti. Saya juga berkongsi bagaimana madu sangat berkhasiat terutama bagi pesakit kanser. Madu juga mempunyai mineral, vitamin dan enzim dari air liur lebah yang bagus untuk kesihatan terutama untuk pesakit kanser. Carilah madu yang asli, bersih dan dipercayai. Bila simpan madu, kita tidak patut meletakkan madu di dalam peti sejuk. Ini kerana apabila sejuk, madu akan menjadi butiran kristal dan akhirnya boleh menjadi keras …

Read More »

KEBAIKAN KOPI

KEBAIKAN KOPI Kopi bukan saja mempunyai rasa yg sedap dan meningkatkan tenaga, tetapi ia juga memberikan manfaat kesihatan. Ini kerana selain memberikan kafein, ia juga memberikan banyak mikronutrien dan antioksida. Saya tidak dapat menafikan sumbangan kopi dalam menurunkan berat badan. Kafein dapat meningkatkan kadar metabolik, iaitu tahap penghasilan tenaga. Oleh itu ia membakar bekalan tenaga yang tersimpan dengan lebih banyak apabila seseorang itu berpuasa dan melakukan aktiviti fizikal. Data dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika Syarikat menunjukkan wanita yang minum 2-3 cawan kopi sehari mempunyai tahap lemak yang lebih rendah (3.4 %) dari mereka yang tidak minum …

Read More »

BAHAYA MAKAN BUAH NAGA?

BAHAYA MAKAN BUAH NAGA?     Ada peserta Kelab Sihat yang bertanya kenapa air kencing mereka berwarna merah setelah memakan buah naga. Adakah buah naga menyebabkan air kencing berdarah? Buah naga adalah sejenis buah tropikal daripada beberapa jenis pokok kaktus yang berasal daripada Amerika Selatan. Nama lain bagi buah ini ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah). Buah naga yang berwarna merah kerana kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains. Ia menyebabkan air kencing malah najis kita berwarna merah. …

Read More »

CELLULITIS VS DENAH

Semasa saya bekerja di hospital, banyak kejadian di mana terdapat jangkitan kuman pada anggota kaki. Terutama bagi pesakit diabetes.   Orang kampung mengatakan ini adalah denah. Ia dikatakan disebabkan oleh gangguan makhluk halus, contohnya tersepak busut atau membuang air kecil di tempat yang tidak sepatutnya.   Saya tidak mahu menyentuh tentang cerita makhluk halus ini. Saya tiada pengetahuan dan kepakaran berkongsi tentang ilmu ini. Mungkin ada kebenarannya.   Namun apa yang saya kongsikan kebanyakan kes begini tidak dapat dirawat dengan cara perubatan kampung yang menggunakan air sirih yang disapu pada tempat yang bengkak kerana pesakit sebenarnya adalah pesakit diabetes.   …

Read More »

PUNCA KANSER PAYUDARA

Ramai yang bertanya saya tentang punca sebenar kanser payudara. Jika kita tahu, tentu mudah kita elakkan. Maka tidaklah menjadi mangsa kanser payudara yang menakutkan itu. Punca sebenar kanser payudara masih lagi belum diketahui dengan tepat tetapi banyak kajian menunjukkan beberapa faktor yang boleh merangsangkan seseorang wanita kepada mendapat kanser payudara. Pada saya sendiri, terlalu sukar untuk menunjukkan satu faktor yang boleh menyebabkan seseorang wanita mendapatkan kanser payudara. Selalunya ia disebabkan oleh pelbagai faktor yang disatukan. Jadi bagaimana mengetahui kita berisiko. Dalam banyak buku teks Textbook of Surgery menggariskan terdapat dua kategori faktor yang meningkatkan seseorang mendapat kanser payudara. Pertama, faktor …

Read More »

KITA PERLUKAN SUPLEMEN

Setiap lapisan masyarakat mungkin memerlukan suplemen yang berbeza.   1. Suplemen untuk lelaki dan wanita. Terutamanya dalam hubungan suami dan isteri dan dalam proses mendapatkan zuriat.   2. Suplemen untuk atlet bagi meningkatkan pencapaian sukan. Jadi pilih suplemen yang organik, bukan “suplemen” yang dicampur dengan dadah atau bahan terlarang.   3. Suplemen untuk meningkatkan daya tahan terutama bagi mereka yang kerap demam dan selsema, ada masalah kulit yang kronik, atau penyakit kronik yang telah menerima rawatan tetapi masih tidak terkawal. Pilih suplemen yang sesuai dan dos yang optima.   4. Suplemen bagi kanak-kanak terutama yang obes akibat kegemaran mereka mengambil …

Read More »
error: Content is protected !!