Pada saya uban di kepala bukanlah suatu yang perlu dimalukan. Ini kerana rambut akan beruban apabila usia kita semakin meningkat. Peningkatan usia juga berkaitan dengan kematangan diri. Jadi beruban adalah suatu yang melambangkan kematangan diri seseorang, kecuali dibuktikan sebaliknya.
Maksud saya ada juga orang yang beruban tetapi tahap kematangan mereka rendah.
Tetapi beruban mungkin lebih dirisaukan oleh orang yang muda. Ramai rakan saya yang mengalami rambut beruban ketika baru saya berusia akhir 20an atau awal 30an.
Lalu ramai yang bertanya adakah disebabkan oleh stress? Saya lebih percaya bahawa rambut beruban ini disebabkan oleh faktor keturunan. Apabila seseorang mempunyai ibubapa yang masalah rambut berubat ketika muda, mereka juga boleh mengalami madalah ini ketika muda.
Stress pula merangsangkan kehilangan pigmen warna melanin dari helaian rambut mereka dengan lebih cepat. Semakin kita stress, semakin kita cepat beruban.
Rambut beruban disebabkan oleh kehilangan pigmen melanin pada helaian rambut.
Sudah semestinya kehilangan melanin ini berlaku secara beransur-ansur akibat gaya hidup termasuk stress yang tidak dikawal dengan baik dan cara pemakanan yang tidak sihat.
Dari rambut hitam, menjadi kelabu dan kemudiannya putih. Malah pada kepala yang sama, ada rambut yang hitam, ada rambut kelabu dan ada putih. Tetapi di akhirnya, keseluruhan kepala akan menjadi putih (beruban).
Adakah suplemen atau syampu yang membantu menghitamkan semula rambut beruban?
Dari pengalaman saya, suplemen dan syampu lebih berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut.
Namun jawapan saya “boleh cuba”.
Ini kerana ada teori yang mengatakan makanan yang mempunyai antioksida yang tinggi dapat mengurangkan seorang mendapat uban dengan cepat.
Adakah dengan membotakkan kepala, rambut hitam akan tumbuh semula? Selalunya rambut yang dibotakkan tidak menumbuhkan semula rambut yang hitam bagi mereka yang telah mengalami uban.
Di negara Timur Tengah, Pakistan dan India, mereka menginaikan rambut bukan untuk merawat rambut beruban, tetapi untuk kesihatan rambut secara keseluruhannya.
Namun berhati-hatilah kerana ada orang yang mengalami alahan walaupun menggunakan inai yang asli. Mereka mengalami kegatalan dan kemerah-merahan pada kulit kepala.
Pada saya uban pada rambut menandakan kita memasuki fasa seterusnya dalam kehidupan kita.
Tak perlu lita risau tentang uban tetapi risaukan usia yang semakin meningkat tanpa amalan yang banyak. Orang di sekeliling kita tentu berasa senang dengan kematangan diri kita berbanding dengan kehitaman rambut kita.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
