KEBAIKAN KOPI
Kopi bukan saja mempunyai rasa yg sedap dan meningkatkan tenaga, tetapi ia juga memberikan manfaat kesihatan. Ini kerana selain memberikan kafein, ia juga memberikan banyak mikronutrien dan antioksida.
Saya tidak dapat menafikan sumbangan kopi dalam menurunkan berat badan. Kafein dapat meningkatkan kadar metabolik, iaitu tahap penghasilan tenaga. Oleh itu ia membakar bekalan tenaga yang tersimpan dengan lebih banyak apabila seseorang itu berpuasa dan melakukan aktiviti fizikal.
Data dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika Syarikat menunjukkan wanita yang minum 2-3 cawan kopi sehari mempunyai tahap lemak yang lebih rendah (3.4 %) dari mereka yang tidak minum kopi. Kajian ini diterbitkan dalam The Journal of Nutrition.
Namun diingatkan bahawa pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal juga perlu, selain minum kopi seperti yang dicadangkan.
Antara kebaikan lain adalah:
1. Melindungi diri dari penyakit diabetes mellitus, penyakit Parkinson’s, penyakit Alzheimer’s, dementia.
2. Merendahkan risiko mendapat penyakit kanser
3. Merendahkan risiko mendapat masalah kemurungan
4. Meningkatkan tenaga dan keupayaan fizikal.
5. Meningkatkan kesan anti-penuaan.
Kopi mengandungi beberapa nutrien seperti vitamin B:riboflavin (B2), pantothenic acid (B5), niacin (B3), dsn mineral: magnesium, manganese, dan potassium.
Walaupun begitu pengambilan kopi haruslah berhati-hati. Ini kerana pengambilan kafein yang terlalu tinggi akan menyebabkan masalah osteophorosis (kerapuhan tulang) dan ketagihan kafein.
Dos yang biasa dicadangkan adalah 300mg kafein setiap hari menyamai 3 cawan kopi expresso.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi