JANGAN SIMPAN MADU DALAM PETI SEJUK

JANGAN SIMPAN MADU DALAM PETI SEJUK

 

 

Semalam di Melaka, saya berkongsi berkaitan Pemakanan Untuk Pesakit Kanser di hadapan bekas pesakit kanser.

Ada beberapa makanan yang dipantang, ada yang perlu ditambah dan ada yang perlu diganti.

Saya juga berkongsi bagaimana madu sangat berkhasiat terutama bagi pesakit kanser.

Madu juga mempunyai mineral, vitamin dan enzim dari air liur lebah yang bagus untuk kesihatan terutama untuk pesakit kanser. Carilah madu yang asli, bersih dan dipercayai.

Bila simpan madu, kita tidak patut meletakkan madu di dalam peti sejuk. Ini kerana apabila sejuk, madu akan menjadi butiran kristal dan akhirnya boleh menjadi keras seperti batu. Ia bukan disebabkan ia adalah madu tiruan, tetapi disebabkan kandungan madu yang mempunyai gula yang natural.

Jika kandungan air dalam madu lebih banyak, lebih mudah madu menjadi keras di dalam peti sejuk.

Jadi madu menjadi keras dan kristal, bukan disebabkan ia madu tiruan, tetapi kandungan air yang lebih banyak di dalamnya. (Kandungan air menjadi lebih banyak jika ia dituai pada musim hujan).

Simpan madu di tempat yang tidak terlalu panas (pada suhu bilik), bersih dan kering bagi mengekalkan khasiat madu.

Ambil satu sudu pagi dan petang madu yang berkhasiat. Bagi pesakit diabetes, kita faham bahawa madu juga ada gula. Ambillah satu kecil madu setiap pagi dan tidak mengambil sebarang gula tambahan dan produk tepung. Tukar kepada beras perang atau beras parboiled.

InsyaAllah kita bertambah sihat.

#oliviedrzubaidi
#dietdrzubaidi
#nutrisidrzubaidi
#mediterraneandietdrzubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!