APA PUNCA BATUK BERTERUSAN?
Saya masih ingat seorang pesakit saya yang agak obese, selalu batuk ketika tidur. Dia terjaga kerana batuk berterusan tanpa henti. Bila minum air kosong baru lega sedikit.
Dia sudah cuba pelbagai ubat batuk tetapi tiada perubahan yang baik.
Saya tanya bila kali terakhir makan? Dia menjawab selalunya pukul 10pm. Kadang kala lambat sikit. Bila tengah malam lapar, dia pergi ke restoren 24 jam untuk makan roti canai.
Saya percaya berkemungkinan besar, dia mengalami refluks.
Ada masalah batuk disebabkan penyakit berbahaya. Ada disebabkan oleh masalah yang ringan.
Antara masalah batuk yang bahaya adalah:
1. Tibi
2. Kanser paru-paru
3. Bronchiectasis
4. COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
Sementara yang kurang bahaya dan dapat dirawat dengan baik adalah:
5. Asthma
6. Post Nasal Phlegm akibat Sinusitis yang kronik
7. Reflux
Saya berikan ubat gastrik untuk kawal masalah beliau untuk sementara waktu. Pada yang sama saya nasihatkan kurangkan berat badan, tidur gunakan alas kepala yang agak tinggi dan tidak makan berat 2 jam sebelum tidur.
Selepas seminggu tiada batuk lagi.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi