TAHAP KANSER PAYUDARA SECARA MUDAH UNTUK ORANG AWAM
Kanser payudara merupakan punca utama kematian wanita di Malaysia dan seluruh dunia.
Secara mudah (untuk pemahaman orang awam) Tahap Kanser Payudara boleh dibahagikan kepada empat tahap iaitu :
1. Tahap Satu
Ketumbuhan berada dalam payudara, bersaiz kurang dari 2 cm.
2. Tahap Dua
Ketumbuhan berada dalam payudara dan merebak ke kelenjar limfa di ketiak, bersaiz antara 2 cm sehingga 5 cm.
3. Tahap Tiga
Ketumbuhan berada di payudara, dan melibatkan kelenjar limfa di ketiak, otot dada dan kulit payudara, bersaiz 5 cm atau lebih.
4. Tahap Empat
Ketumbuhan merebak ke bahagian yang lebih jauh seperti kelenjar limfa di leher, organ hati, tulang, otak dan paru-paru. Saiz ketumbuhan tidak penting, asalkan telah merebak ke organ lain.
Mengapa penting mengetahui tahap kanser? Pertama ia akan menentukan cara rawatan yang akan diberikan. Kedua doktor mengetahui keberkesanan rawatan yang akan diberikan dan ketiga sejauh mana seorang pesakit kanser dapat meneruskan kehidupan beliau.
Tahap Satu adalah tahap permulaan, yang mana cara rawatan lebih mudah, rawatannya lebih berkesan dan selalunya seorang pesakit kanser akan bebas kanser setelah diberikan rawatan.
Oleh itu jangan rasa takut jika ada masalah ketumbuhan pada payudara. Ia boleh jadi ketumbuhan yang tidak berbahaya. Atau mungkin kanser tahap saya yang lebih mudah dirawat.
Dapatkan pemeriksaan doktor yang berpengalaman. Carilah sokongan dari sahabat yang memahami.
Dalam beberapa kajian yang dijalankan oleh Marina Cruz-Lozano dan Adrian Gonzalez dari universiti di Sepanyol, pengamalan Minyak Zaitun Extra-Virgin yang kaya dengan bahan antioksida semula Hydroxytyrosol. dapat membantu pesakit kanser dalam rawatan.
Hydroxytyrosol bertindak secara langsung ke atas sel stem kanser payudara, dengan ini dapat mengurangkan bilangannya, menurunkan sifat aggresif sel kanser dan mengawal kapasiti sel kanser dari terus berganda.
Boleh baca kajian untuk info lebih lanjut yang telah dilakukan oleh para saintis di Sepanyol dalam journal terkenal European Journal of Nutrition.
rujukan :
“Hydroxytyrosol inhibits cancer stem cells and the metastatic capacity of triple-negative breast cancer cell lines by the simultaneous targeting of epithelial-to-mesenchymal transition, Wnt/β-catenin and TGFβ signaling pathways” Diterbitkan dalam European Journal of Nutrition 58(Suppl 1) · November 2018.
Alhamdulillah saya sendiri mengamalkan Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan dan Minyak Zaitun OLIVIE POWER UP setiap hari, berasa lebih sihat dan bertenaga.
#oliviedrzubaidi
#oliviepowerupdrzubaidi
#meditteraneandietdrzubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi