BERIKAN RAWATAN JIWA PADA PESAKIT KANSER PAYUDARA

BERIKAN RAWATAN JIWA PADA PESAKIT KANSER PAYUDARA

 

 

Ini adalah catatan ketiga saya berkaitan kanser payudara, sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober.

Sebagai doktor lelaki, terlalu mudah untuk saya menyarankan pesakit segera membuangkan payudara yang telah diserang kanser payudara. Iaitu melakukan pembedahan mastectomy.

Apatah lagi saya adalah seorang lelaki dan pesakit bukan pula isteri saya. Bagi saya payudara mungkin hanya sebahagian tubuh. Jika dibuang ia tidak mengganggu hubungan saya bersama isteri.

Tetapi bagi seorang wanita yang bersuami, payudara bukan setakat sebahagian tubuh. Ia adalah mahkota kebanggaan diri. Ia adalah sesuatu yang mengekalkan harga diri (self-esteem) di mata suami dan rakan-rakan. Walaupun suami dan rakan-rakan tidak menganggapkannya terlalu penting.

Oleh itu pesakit akan berfikir banyak kali jika doktor menyuruh mereka menjalani pembedahan. Kalau boleh pesakit mahu kekalkan payudara (walaupun telah diserang ksnder) pada tubuh mereka. Kalau boleh, ada satu rawatan yang mana mereka tidak perlu membuangnya.

Sebab itu pesakit perlukan sokongan. Sokongan dari suami. Sokongan dari ahli keluarga. Sokongan dari kawan-kawan. Agar dapat memahami.

Kehilangan sebelah payudara adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Bukan pilihan mereka. Jadi janganlah menghina, memperli atau memandang rendah.

Mereka juga tertanya-tanya, apakah akan terjadi selepas pembedahan. Adakah suami masih menyayangi mereka. Adakah mereka mendapat perhatian suami seperti dulu dan banyak lagi.

Sokongan dari pesakit yang telah menjalani rawatan tentu membantu mereka menjadi lebih kuat. Hanya wanita yang senasib dan berpengalaman telah menjalani rawatan saya mampu memahami penderitaan dalam perjalanan hidup mereka.

Tanpa sokongan, mereka akan membuat keputusan berdasarkan persepsi yang diterima dari kawan-kawan. Oleh itu ramai yang tidak mahu menjalani rawatan, sehingga di saat akhir, di mana sel-sel kanser telah merebak dgn lebih jauh.

Jadi bagilah sokongan pada pesakit kanser. Kata-kata semangat dan motivasi. Jika kita tidak dapat merawat fizikal mereka, kita rawatlah jiwa dan semangat mereka.

Semoga usaha kita dikira amal yang baik.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!