CELLULITIS VS DENAH

Semasa saya bekerja di hospital, banyak kejadian di mana terdapat jangkitan kuman pada anggota kaki. Terutama bagi pesakit diabetes.

Orang kampung mengatakan ini adalah denah. Ia dikatakan disebabkan oleh gangguan makhluk halus, contohnya tersepak busut atau membuang air kecil di tempat yang tidak sepatutnya.

Saya tidak mahu menyentuh tentang cerita makhluk halus ini. Saya tiada pengetahuan dan kepakaran berkongsi tentang ilmu ini. Mungkin ada kebenarannya.

Namun apa yang saya kongsikan kebanyakan kes begini tidak dapat dirawat dengan cara perubatan kampung yang menggunakan air sirih yang disapu pada tempat yang bengkak kerana pesakit sebenarnya adalah pesakit diabetes.

Jangkitan kuman pada kaki menjadi membengkak, mengalami demam yang kuat dan mengeluarkan bau yang busuk.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah pesakit itu mengalami masalah yang dinamakan CELLULITIS. Ia adalah jangkitan kuman bakteria yang biasa berlaku pada bahagian bawah kulit.

Cellulitis akan menyebabkan kulit akan menjadi bengkak, merah (kadang-kala apabila sudah lama menjadi warna kehitaman), bila disentuh ia akan berasa panas dan pesakit akan berasa sakit.

Anggota yang biasa berlaku ialah kaki, walaupun ia boleh berlaku pada mana-mana kulit pada tubuh kita. Ia ibarat gerakan bawah tanah, sukar dikawal, kerana jangkitan kuman itu merebak melalui jaringan saluran lymfatik dan menyebabkan kelenjar limfatik akan bengkak.

Jadi jika ia berlaku pada kaki, kelenjar di kelengkang akan membesar.
Jika dibiarkan, ia menyebabkan tisu pada kaki akan rosak, kemudian mereput dan membusuk. Ia harus dirawat segera di hospital dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!