BENARKAH SUMBATAN DALAM SALURAN DARAH BOLEH DIBERSIHKAN?

 

Assalamualaikum. Saya ada sumbatan pada saluran darah arteri koronari.
Adakah sumbatan itu boleh dibersihkan atau ia kekal dan menjadi lebih teruk?. Terima kasih.

Walaikumusalam. Sumbatan dalam saluran darah hanya dapat dihilangkan atau dibersihkan dengan seseorang itu mengubah cara hidupnya. Tidak cukup ia memakan ubat mengawal kolestrol atau mengambil sebarang suplemen.

“Pembersihan” sumbatan dalam saluran darah hanya berlaku secara perlahan-lahan. Jadi ia tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda sumbatan yang telah teruk melebihi 50% atau telah mengalami serangan sakit jantung.

Penyumbatan saluran darah akibat pengumpulan kolestrol jahat menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat menerima bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Keadaan ini dinamakan atherosclerosis.

Banyak bukti yang penyumbatan ini boleh dibersihkan dari kajian bedah mayat terhadap mereka yang hidup dalam kebuluran ketika Perang Dunia Kedua.

Saluran darah mereka hanya ada sedikit penyumbatan (kurang 10%) atau tiada penyumbatan langsung.

Ini disebabkan keseluruhan kolestrol yang termendak digunakan semula sebagai sumber tenaga ketika mereka ketiadaan makanan.

Apabila ekonomi sebuah negera bertambah baik, dan cara pemakanan semakin berubah, kes-kes penyumbatan saluran darah semakin meningkat.

Ini menunjukkan perubahan cara pemakanan yang ekstrem mampu menghilangkan sumbatan dalam saluran darah.

Penemuan ubat menurunkan kolesterol statin seperti simvastatin dikatakan dapat mengurangkan tahap kolesterol dan sumbatan dalam saluran darah dengan lebih mudah.

Namun tanpa mengubah cara hidup terutama terhadap pemakanan, ubat ini tidak berkesan.

Selain itu dalam kajian yang dilakukan ubat ini memberikan kesan yang berbeza. Atherosclerosis akan berkurangan pada satu kawasan tertentu tetapi terus memnyumbati dalam kawasan yang lain.

Walaupun ubat statin tidak mengecutkan saiz sumbatan, ia dapat mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan stroke.

Ini kerana ubat statin dapat menstabilkan permukaan sumbatan itu bagi mengelakkan serangan sakit jantung dan stroke.

Ada beberapa cadangan program gaya hidup terutama yg dicadangkan oleh Dr. Dean Ornish. Diet ini hampir serupa dengan diet yang saya (Dr Zubaidi Hj Ahmad) mencadangkan iaitu banyakkan berpuasa, sama ada berpuasa syarie atau berpuasa Diet Intermittent Fasting bersama diet Low Refined Carbo dan High Fiber (LfCHFr).

Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan (yang memberikan sumber fiber), kurangkan pengambilan karbo berproses seperti nasi putih, tepung putih dan gula putih. Disamping itu minum air yang mencukupi dan tambahkan minyak sihat seperti minyak zaitun.

Jangan lupa aktiviti fizikal, pengurusan stress yang baik dan tidur/rehat yang mencukupi.

Pengambilan hanya suplemen tertentu sahaja tidak mendatangkan apa-apa faedah. Lakukan secara holistik.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!