Banyak tips yang dikongsikan untuk memudahkan para ibu bapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibu bapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka. Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah: 1. Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang. 2. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. …
Read More »STEVIA UNTUK PESAKIT DIABETES
STEVIA UNTUK PESAKIT DIABETES Dalam merawat pesakit diabetes untuk mendapatkan bacaan gula yang baik, saya mencadangkan penggunaan stevia. Mereka harus menggantikan gula tambah dengan stevia secara konsisten selama empat bulan untuk melihat hasilnya. Selalunya bacaan Hb1Ac akan bertambah baik. Apatah lagi bacaan gula secara berpuasa atau secara rawak. Contohnya jika selalu memesan air limau ais yang selalunya dibancuh bersama gula tambah di restoren, boleh minta air limau kosong (tiada gula) dan campurkan dengan setitik stevia. Stevia adalah pemanis natural tiada kalori dari daun pokok yang banyak ditanam di Amerika Selatan. Stevia mengandungi sebatian steviol glycosides yang menyebabkan ia berasa 200 kali …
Read More »GULA HITAM ATAU KERAK GULA ATAU MOLASSES
GULA HITAM ATAU KERAK GULA ATAU MOLASSES Molasses adalah produk terakhir penghasilan gula. Kebanyakan gula putih di Malaysia dihasilkan dari tebu. Di Eropah, ia juga fihasilkan dari ubi beet. Semasa proses terakhir penghasilan gula, molasses dihadilkan. Oleh itu ia juga dikenali sebagai kerak gula. Molasses berwarna hitam, nama lainnya adalah gula hitam. Perbezaan di antara molasses dan gula putih 1. Satu sudu teh (sudu besar) gula putih 20g mengandungi 80 kalori. Sementara satu sudu teh molasses mengandungi 60 kalori. Ini bermakna molasses mengandungi nilai kalori yang lebih rendah dari gula putih. 2. Tidak seperti gula putih, molasses kaya …
Read More »KRISIS PENYEMBUHAN ATAU KESAN SAMPINGAN?
Apa itu krisis penyembuhan? Krisis penyembuhan adalah fenomena di mana seseorang yang sudah mengalami masalah penyakit yang kronik, apabila diberikan rawatan, akan mengalami masalah seperti masalah kesan sampingan. Berbeza dengan kesan sampingan, krisis penyembuhan berlaku apabila masalah bermula dari seseorang, sementara kesan sampingan bermula dari ubat/suplemen yang dia makan. Bagaimana nak tahu ia adalah krisis penyembuhan? 1. Suplemen yang diambil adalah natural. Tidak banyak melalui proses pengilangan dan tiada kimia. Contoh VCO. Ia adalah perahan pertama yang dimasukkan terus ke dalam botol. Tiada proses pengilangan atau bahan kimia yang diletakkan. 2. Sebelum ini pengamal sudah pun mengalami …
Read More »AIR NIRA
AIR NIRA Air Nira adalah cairan yang manis yang diperoleh dari putik bunga dari keluarga palma seperti nipah kelapa, kurma, nipah, abung dan sebagainya. Air Nira mengandungi antara 10-15% gula sukrosa dan kebanyakannya air. Ia mengandungi mineral dan vitamin dari tumbuhan dan boleh diminum begitu saja. Jika dihangatkan perlahan-lahan dan disadap, ia akan menjadi Gula Merah (atau pelbagai nama lain). Jika diperam dan difermentasikan, ia akan menjadi Air Tuak. Air Nira Tuak pula adalah air beralkohol rendah (antara 4-5%). Jadi pilih air nira yang segar, dan bukan yang telah diperam dan mengalami proses fermentasi. Semakin lama ia diperam semakin tinggi kandungan alkohol. …
Read More »GULA PALMA (PALM SUGAR) BAIK UNTUK KESIHATAN
Secara tradisinya, orang kita mengambil madu dan gula palma sebagai pemanis minuman dan makanan. Apabila kedatangan British, mereka memperkenalkan gula putih atau gula pasir. Oleh kerana terdapat industri yang mengeluarkan gula putih atau gula pasir secara besar-besaran, selepas kemerdekaan, pasaran gula ini semakin mendapat permintaan ramai kerana ia mudah di dapati dan harganya lebih murah berbanding dengan gula palma atau madu. Lama kelamaan, generasi baru biasa dengan gula pasir dan janggal dengan penggunaan gula palma dan madu. Sugar palma adalah pemanis asli (orginal) yang berkalori, diperolehi dari putik bunga pokok palma. Di Malaysia, kebanyakan gula …
Read More »TIPS PENJAGAAN PESAKIT YANG BARU DIBENARKAN KELUAR DARI WAD
Bagi pesakit yang baru dikeluarkan dari wad, berkemungkinan pesakit masih belum berkeadaan betul-betul sihat. Pesakit mungkin masih dalam lemah walaupun keadaan mereka bertambah baik. Mereka terpaksa dikeluarkan dari wad kerana kesesakan dalam wad dan memberikan peluang kepada pesakit lain untuk diberikan rawatan. Keadaan ini mungkin berlaku pada masa-masa tertentu akibat musim jangkitan virus sepertinya jangkitan virus influenza. Bagi ahli keluarga yang menjaga kesihatan pesakit di rumah terutamanya pesakit kanak-kanak, wargatua atau pesakit kronik, ada beberapa tip yang boleh saya kongsikan ketika menjaga mereka di rumah. 1. Perhatikan keadaan demam kerana pesakit mungkin mengalami demam boleh yang …
Read More »‘FROZEN SHOULDER’
‘FROZEN SHOULDER’ ‘Frozen shoulder’ adalah masalah pada bahu yang sakit dan susah digerakkan, menyebabkan pergerakan bahu menjadi terhad. Ia biasa dialami oleh individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun. TANDA-TANDA Pesakit mengalami kesakitan yang berterusan dan pergerakan bahu terhad. Keadaan ini akan menjadi teruk apabila ia dibiarkan. Ia berlaku dalam tiga peringkat yang mengambil masa lebih kurang dua tahun secara keseluruhannya. Peringkat pertama: Pergerakan sendi bahu akan menyebabkan rasa sakit. Tetapi masih boleh digerakkan. Peringkat kedua: Pergerakan bahu menjadi lebih sukar dan terhad kerana sendi menjadi keras dan sakit. Peringkat ketiga: Pergerakan bahu …
Read More »TELUR BUKAN PUNCA PENINGKATAN KOLESTROL DALAM DARAH
Benarkah telur mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dan boleh menyebabkan kenaikan kolesterol dalam darah? Tidak dinafikan kuning telur mengandungi kolesterol yang tinggi antara 180 – 220 mg kolesterol dalam sebiji telur. Ia bergantung pada jenis ayam dan saiz telur yang dihasilkan. Namun kuning telur juga mengandungi sebatian lutein, zeaxanthin dan selenium adalah penting untuk kesihatan. Sebelum ini laporan “American Health Association Dietary Guidelines Revision 2000: A statement for healthcare professionals from the Nutrition Committee of the American Heart Association” mencadangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol had kepada tidak lebih 300 mg sehari untuk orang awam yang …
Read More »PANDUAN KETIKA MELAKUKAN PEMERIKSAAN GULA DI RUMAH
PANDUAN KETIKA MELAKUKAN PEMERIKSAAN GULA DI RUMAH Selain pemeriksaan doktor di klinik, saya selalu mencadangkan agar pesakit diabetes melakukan pemeriksaan gula secara berkala di rumah menggunakan mesin glukometer bagi memastikan tahap gula mereka terkawal. Pemeriksaan doktor hanya untuk dilakukan setiap bulan, malah ada yang tiga bulan sekali. Jika ada peningkatan gula dalam dalam (hiperglisemia), mungkin pemantauan doktor untuk sebulan atau tiga bulan akan datang, agak terlambat. Tanpa kawalan gula dalam darah yang bagus, mereka mungkin mengalami masalah komplikasi seperti kerosakan mata dan ginjal, masalah jantung dan stroke. Paling kurang pun masalah saraf seperti rasa kebas …
Read More »ALTERNATIF MSG
Kita menggunakan MSG untuk menambahkan rasa sedap masakan kita. MSG atau Monosodium Glutamate adalah garam sodium yang terhasil daripada asid glutamik yang terdapat secara semulajadi dalam makanan dan tumbuhan seperti ubi kayu, ubi kentang, setelah menjalani melalui proses penapaian. Secara tradisinya, Jepun terkenal dengan pes Miso yang diperbuat daripada kacang soya yang melalui proses penapaian. Di Thailand menggunakan sos ikan yang ditapaikan. Di Malaysia menggunakan udang yang ditapaikan sebagai belacan. Namun proses penapaian ini adalah secara natural (semulajadi) tanpa sebarang kimia sintetik. Antara sumber semulajadi yang mengandungi glutamate dalan mg/100g. 1. Keju parmesan (11680mg)2. Cendawan (42mg)3. …
Read More »MAKAN BARLI PENGGANTI NASI
MAKAN BARLI PENGGANTI NASI Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi. Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi. Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah. (Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit. Sebagai contoh untuk sarapan, boleh campurkan …
Read More »MENGAPA MENGANTUK SELEPAS MAKAN?
Hormon melatonin adalah hormon yang menyebabkan kita berasa mengantuk dan hormon serotonin menyebabkan kita berasa tenang. Kedua-dua hormon ini penting untuk memulakan rasa mengantuk untuk tidur. Ada beberapa makanan yang merangsangkan penghasilan hormon-hormon ini. Jadi kita rasa lebih mengantuk jika makanan di makan pada waktu tengah hari. Setengah individu mungkin berasa sedikit mengantuk. Manakala setengah individu yang lain mungkin memerlukan tidur sebentar kerana terlalu mengantuk. 1. NASI PUTIH Nasi putih adalah karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi. Ini bermakna penyerapan gula dengan cepat dan merangsangkan pengeluaran insulin dengan banyak. Kedua-dua gula dan insulin merangsangkan penggunaan asid amino tryptophan untuk …
Read More »TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), satu dari empat orang di Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah, samada pre-hipertensi atau sudah mengalami hipertensi. Kebanyakan mereka tidak didiagnosakan, tidak dirawat atau tidak mengetahui mereka mempunyai masalah ini. Ada beberapa makanan yang dapat menurunkan tekanan darah, jika diambil bersama diet yang sihat. Antaranya air tembikai. Air Tembikai adalah air yang manis berGI tinggi, tetapi mempunyai nilai karbohidrat yang rendah. Jadi secara keseluruhan, nilai Kandungan Glisemik (Glysemic Load, GL) adalah rendah. Jika ingin minum air tembikai, saya cadangkan jangan ditambah gula kerana ia …
Read More »KERACUNAN GAS KARBON MONOKSIDA DALAM KERETA
Setiap tahun ada saja kes kematian berlaku di dalam kereta. Selalunya mangsa terlalu penat memandu, atau mengantuk, lalu rehat dan tertidur di dalam kereta dengan enjin yang masih hidup. Cermin tidak diturunkan dan penghawa dingin dibuka. Kes-kes begini berlaku akibat keracunan gas karbon monoksida yang masuk kedalam kereta ketika enjin kereta masih hidup. Ada beberapa punca bagaimana gas ini dapat memasuki ke dalam kereta. 1. Terdapat rongga-rongga pada badan kereta sehingga menyebabkan gas ini masuk secara perlahan-lahan. 2. Masalah pada bahagian ekzos yang menyebabkan lebih banyak gas ini dihasilkan. Yang terbaharu kes di mana 4 …
Read More »BAHAYA MAKAN SOSEJ UNTUK ANAK-ANAK
BAHAYA MAKAN SOSEJ UNTUK ANAK-ANAK Dalam banyak ceramah saya mengenai kesihatan, selalu saya ingatkan pada ibubapa terhadap makanan yang diberikan kepada anak-anak. Saya faham keadaan ibubapa yang sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan anak ke sekolah. Ada di antara kita sebagai ibubapa yang menyediakan sosej sebagai sarapan pagi atau bekalan makanan ke sekolah kerana ia mudah disediakan. Ia boleh digoreng, direbus, dipanaskan dengan mikrowave dan ketuhar. Secara purata anak-anak memakan antara 3-5 batang sosej yang disediakan oleh ibubapa mereka. Sering memberikan sosej pada anak-anak bersarapan bukanlah suatu amalan yang bagus. Dalam banyak kajian dibuat, sosej tidak memberikan sebarang nutrisi, kecuali daging dan …
Read More »BAHAYA TIDUR DALAM KERETA, BUKAN SETAKAT KERACUNAN GAS KARBON MONOKSIDA
Kita sering diberitahu bahawa tidur dalam kereta boleh menyebabkan kematian akibat keracunan gas karbon monoksida. Tetapi ia juga boleh disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen di dalam kereta. Apabila kita buka penghawa dingin dan menaikkan semua tingkap kereta, menyebabkan udara dalam kereta hanya beredar dalam kereta. Tiada sumber oksigen dari luar. Tahap oksigen akan semakin berkurang apabila kita bernafas. Sekiranya kita berada lama berada dalam kereta, tahap oksigen makin berkurang. Apatah lagi jika terdapat lebih dari seorang berada dalam kereta tersebut. Semakin ramai, semakin cepat tahap oksigen akan berkurangan. Apabila tahap oksigen berkurangan kepada tahap 75-80% sahaja, …
Read More »BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK
BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu. 1. Bawang Menyimpan bawang di dalam petisejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering. 2. Kentang Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar peti sejuk dalam keadaan kering. 3. Sos Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa …
Read More »BATU DALAM PUNDI HEMPEDU
Batu dalam pundi hempedu juga dikenali sebagai batu hempedu. Ia ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan kepadatan. Batu hempedu terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam cecair hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair hempedu yang disimpan dalam pundi hempedu. Ia ‘mendak’ dan membentuk batu kecil. Lama-kelamaan ia menjadi semakin besar atau semakin banyak. Batu hempedu boleh terperangkap sepanjang saluran hempedu apabila ia keluar dari pundi hempedu. PUNCA-PUNCA Antara faktor yang menyebabkan batu hempedu adalah : 1. Jantina. Wanita lebih berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Apatah lagi …
Read More »SESEKALI ELOK MAKAN NANAS
SESEKALI ELOK MAKAN NANAS Nanas adalah buah tempatan yang terbaik. Ia bermanfaat pada tubuh kerana nanas sarat dengan vitamin C, thiamine, sebatian bromeline dan manganese. Sepotong nanas mengandungi 80-100 Cal bergantung sama ada ia sudah masak atau tidak. Vitamin C dalam nanas sangat bagus untuk hapuskan lendir dan kahak pada dinding tekak. Ia bagus untuk cantikkan kulit. Sebatian bromelain dalam nanas dapat mengurangkan tahap keradangan dalam tubuh. Ia bagus untuk pesakit osteoarthritis, menurunkan berat badan dan menghalang berlakunya penyakit alzheimer. Fiber dalam nanas bagus untuk kesihatan usus dan bertindak sebagai prebiotik. Mineral manganese pula sangat …
Read More »SAKIT KEPALA MIGRAINE
“Assalamualaikum Dr Zubaidi Hj Ahmad. Adakah normal untuk seseorang mengalami migraine 2 hari berturut turut? Sudah makan painkiller masih tak surut.” Waalaikumussalam. Ya. Bagi sesetengah pesakit migraine, mengambil ubat tahan sakit yang biasa diambil tidak mencukupi. Jadi doktor akan memberikan ubat tambahan atau memberikan ubat tahan sakit yang lebih baik. Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dos atau mengambilnya dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan ginjal, hati dan perut. Ia juga boleh menjadi darah menjadi lebih cair. Jadi dapatkan nasihat dari yang doktor berpengalaman. #HealthDrZubaidi
Read More »UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK
UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK Orang ramai boleh mengalami alahan kepada mana-mana ubat, akan tetapi terdapat sebahagian ubat yang lebih kerap menyebabkan alahan berbanding ubat-ubatan lain. Antibiotik merupakan punca alahan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan ubat. Baru-baru ini, ubat kemoterapi dan antibodi monoklonal juga dikatakan mendorong tindak balas anafilaksis. Berikut adalah senarai ubat-ubatan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan (atau bukan alahan dalam beberapa kes): 1. PENICILLIN . Kira-kira 1 dalam 10 orang melaporkan bahawa mereka mempunyai sejarah “alahan” kepada penicillin. Namun demikian, kurang daripada 10% individu yang berfikir bahawa mereka alah kepada penicillin. …
Read More »TEKANAN DARAH RENDAH
“Assalamu’alaikum wbt Dr. Zubaidi. Saya seorang yang memiliki tekanan darah rendah. Sejak sebulan dua ni, pernafasan saya agak terbatas bila saya rasa seperti tak puas nak bernafas seperti biasa. Sejak tu saya selalu periksa tekanan darah saya sendiri di rumah. Hari ni bila saya periksa, tekanan darah saya 85/48 dengan heart rate 62. Naik tanda irregularity heartbeat. Saya mula risau dan periksa semula di tangan kanan. Bacaan 92/53 dan hb rate 71. Adakah ini merbahaya? Mohon pencerahan dari doktor yang arif. Terima kasih.” WAALAIKUMUSSALAM. Tekanan darah yang rendah adalah bacaan tekanan darah kurang dari 90 millimeter merkuri (mm …
Read More »APA ITU SELAPUT PTERYGIUM PADA MATA PUTIH?
Selaput putih boleh muncul secara tiba tiba pada permukaan mata putih. Pada peringkat awal ia mungkin menyebabkan rasa tidak selesa dan gatal pada mata, mata menjadi merah, dan akhirnya pemandangan kabur. Selaput ini dinamakan pterygium. Ia merupakan membran mukosa yang menyelimuti bahagian bola mata putih dan menuju ke anak mata (cornea). Ia tidak berbahaya, cuma akan mengganggu pemandangan apabila ia matang. Pembedahan kecil untuk membuangnya perlu dilakukan pada masa itu. Tiada penyebab punca yang diketahui. Ahli saintis berpendapat mungkin akibat rangsangan terdedah pada sinaran ultraviolet yang berlebihan. Selain itu, mungkin terdedah pada jangka masa yang lama …
Read More »SUP AYAM SANGAT BAIK UNTUK PESAKIT DEMAM SELSEMA
SUP AYAM SANGAT BAIK UNTUK PESAKIT DEMAM SELSEMA . . Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema. . Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu. . Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response). Mereka …
Read More »TIPS MUDAH MENGIMBANGKAN SEMULA HORMON DALAM TUBUH WANITA
Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon hingga menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi yang tidak stabil, rambut keguguran, kulit menjadi berkedut dan kering, muka menjadi kusam dan mudah rasa penat. Pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah suatu langkah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil hormon, kita mengalami masalah yang berulang yang sama. Yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan ini dari dalam tubuh. Selalunya bila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, tahap hormon estreogen yang terlalu tinggi. Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap ciri ciri kewanitaan seperti keanjalan kulit, menstabilkan emosi, menjaga kesihatan rambut, kitaran haid …
Read More »MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari. Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza. Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa …
Read More »BAHAYA MINUM MINYAK ZAITUN MENGGUNAKAN SUDU DAN TERUS MASUK KE MULUT
Saya tertarik dengan pendapat sesetengah orang, termasuk para ustaz dan doktor yang mengatakan bahaya mengambil minyak zaitun terus ke dalam mulut menggunakan sudu. Mereka berpendapat, minyak zaitun harus dicampur dalam makanan dan tidak boleh diminum terus ke mulut. Menurut perspektif sains, tiada banyak bezanya antara ambil minyak zaitun dalam makanan dengan minyak zaitun dimakan terus. Malah tiada bahaya jika diambil terus. Paling teruk pun kita rasa pedih tekak sekejap kerana rasanya kelat dan kita tak biasa. Minum air kosong untuk bilas minyak zaitun yang diminum. Bagi orang tinggal di kawasan Mediterranean, minum minyak zaitun sudah menjadi kebiasaan. Tiada yang mengalami …
Read More »KESAN PENYAKIT DIABETES PADA KESUBURAN LELAKI
KESAN PENYAKIT DIABETES PADA KESUBURAN LELAKI Ramai yang mengetahui bahawa penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang progresif (bermakna keadaannya akan menjadi semakin teruk jika tidak dikawal dengan baik). Ini kerana tahap gula yang tinggi akan merosakkan organ dalaman secara senyap dengan cara merosakkan saluran darah sehingga mengganggu bekalan darah ke organ penting itu. Ada dua mekanisme yang berlaku. Pertama, ia akan menyebabkan seorang lelaki itu akan mengalami mati pucuk (atau Erection Dysfunction) setelah 5-10 tahun mengalami diabetes. Kedua, banyak kajian juga menunjukkan tahap gula yang tinggi menyebabkan kerosakan DNA pada sperma. Jadi bagaimana pesakit diabetes dapat …
Read More »MINYAK ZAITUN UNTUK ANAK-ANAK. KESIHATAN DAN KEBARAKAHAN
MINYAK ZAITUN UNTUK ANAK-ANAK. KESIHATAN DAN KEBARAKAHAN Anak-anak saya berusia 6 tahun hingga 17 tahun. Semuanya lelaki. Kalau anak lelaki tahu sajalah, bagaimana aktiviti lasak mereka. Baik yang kecil atau yang besar. Kita sebagai ibubapa kadang kala tercabar kesabaran kita. Saya banyak buat “pekakkan telinga” dan “buat tak nampak” kalau anak-anak menjerit, pecahkan barang atau bergaduh sesama sendiri. Bila sudah reda sedikit, baru uruskan perkelahian mereka. Kalau tidak boleh dapat serangan sakit jantung, sekurang-kurangan dapat masalah penyakit tekanan tinggi. Nauzubillah.. Teringat masa zaman kita kecil. Dulu kita pun sama. Saya bergurau dengan adik saya Zahari Ahmad sampai pecah …
Read More »INGIN HAMIL SEMULA SETELAH SEPULUH TAHUN
“Assalammualaikum doktor. Saya ingin bertanya mengenai ubat subur Clomid 50mg. Saya tidak merancang kehamilan sudah 10 tahun dan sekarang saya berusaha untuk hamil. Kitaran haid saya tiada masalah. Dalam tempoh 3 bulan ini saya ada buat ujian kesuburan menggunakan strip. Dalam sebulan cuma 2-3hari subur. Double line pun samar-sama. Adakah saya boleh untuk mengambil ubat clomid? Tinggi 146Berat 70kg Kelahiran pertama 2007 normalKelahiran kedua 2010 (ceaser) terbelit tali pusat. Apakah pandangan doktor. Terima kasih.” WAALAIKUMUSSALAM. Clomid adalah ubat hormon sintetik yang merangsangkan pengeluaran telur ovum. Ini bermakna wanita yang mengalami masalah kesuburan akibat tidak mengeluarkan telur dicadangkan …
Read More »MINUM KOPI BOLEH MENYEBABKAN TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI?
MINUM KOPI BOLEH MENYEBABKAN TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI? Kebanyakan kita minum kopi setiap pagi. Tetapi bolehkah kopi yang kita minum meningkatkan kolestrol dalam tubuh kita? Kopi O yang kita minum selalunya tidak ada mengandungi kolestrol. Namun begitu ada beberapa jenis kopi boleh meningkatkan tahap Low-Density Lipoprotein (LDL) atau kolestrol jahat. Antaranya French press coffee, Turkish coffee dan espresso. Peningkatan tahap LDL atau kolestrol jahat dalam tubuh boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah. Sementara peningkatan High-Density Lipoprotein (HDL) atau kolestrol baik, bagus untuk tubuh. Tetapi jumlah kolestrol jahat dalam kopi O walaupun dari jenis yang …
Read More »BOLEHKAH ANTIOKSIDA MENINGKATKAN SISTEM IMUNITI KITA?
Antioksida adalah suatu perkataan yang selalu digunakan bila kita membicarakan soal kesihatan dan kesejahteraan (wellness). Memang ada banyak kajian sains yang membuktikan bahawa antioksida mampu ‘melawan serangan’ radikal bebas yang menyerang dan merosakkan struktur DNA, sehingga ia menyebabkan penyakit kronik non-communicable disease dan sesetengah penyakit kanser tertentu. Terutamanya apabila melibatkan organ tertentu seperti kulit, mata, jantung, hati, saraf dan otak, dan ginjal. Bagaimana antioksida dapat membantu? Tubuh kita menghasilkan radikal bebas apabila kita menjalani fungsi tubuh yang normal. Tetapi jumlahnya sedikit. Ia dapat ditangani dan dikawal dengan mudah. Makanan yang kita makan menghasilkan sejumlah antioksida yang cukup untuk mengawal …
Read More »MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI
MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI Dalam kita mengalami wabak jangkitan virus, terutama virus corona COVID-19, banyak langkah pencegahan yang disarankan. Antaranya penjarakan fizikal, memakai penutup hidung dan mulut, mencuci tangan dengan sabun dan menggunakan cecair pembersih (sanitizer) jika tiada sumber air yang berdekatan. Namun kaedah ini dinamakan pencegahan luaran. Selain itu, saya mencadangkan aspek pencegahan dalaman iaitu meningkatkan sistem daya tahan (imuniti tubuh). Banyak cara kita meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Selalunya saya rangkumkan dalam konsep gaya hidup yang saya sebutkan sebagai Gaya Hidup A’Afiyat. Ia merangkumi soal pemakanan (diet), pengambilan air yang mencukupi, tidur yang …
Read More »BAHAYA MAKAN NASI?
BAHAYA MAKAN NASI? Ramai orang keliru tentang nasi yang menjadi makanan ruji orang Asia Tenggara. 1. Nasi tidak bahaya kerana ia adalah makanan sumber karbohidrat yang memberikan tenaga. 2. Jumlah yang diperlukan bergantung pada keperluan kita. Jika kita bekerja menggunakan banyak tenaga, ambillah nasi secukupnya. Jika kita bekerja di ofis, hadkan pengambilan nasi dan banyakkan sayur, buah dan ulam. 3. Ada yang kata, kalau tak makan nasi, kita tak bertenaga. Rasa letih. Jangan risau. Selain dari nasi, karbohidrat (sumber tenaga yang cepat) juga didapati dari sayur, buah, protein …
Read More »BAHAYAKAH POLIP?
Polip adalah ketumbuhan abnormal yang boleh berlaku di mana saja dalam tubuh kita. Ia boleh tumbuh sendiri atau berkelompok. Ada beberapa polip yang tidak bahaya dan ada juga yang bersifat ganas, dan boleh berubah menjadi kanser. Secara mudah, terdapat dua jenis polip, hiperplastik dan adenoma. Jenis hiperplastik umumnya tidak berisiko untuk kanser. Sementara jenis adenoma pada usus besar pula boleh berubah menjadi kanser. Namun tidak semua kes polip adenoma menjadi kanser walaupun berada dalam usus besar. Oleh setiap kes polip harus diperiksa di bawah mikroskop. Pemeriksaan ini dapat untuk membezakan antara polip hiperplastik dan adenomatosa. Kebanyakan polip muncul di dalam …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
