BAHAYA MAKAN SOSEJ UNTUK ANAK-ANAK

BAHAYA MAKAN SOSEJ UNTUK ANAK-ANAK

Dalam banyak ceramah saya mengenai kesihatan, selalu saya ingatkan pada ibubapa terhadap makanan yang diberikan kepada anak-anak.

Saya faham keadaan ibubapa yang sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan anak ke sekolah.

Ada di antara kita sebagai ibubapa yang menyediakan sosej sebagai sarapan pagi atau bekalan makanan ke sekolah kerana ia mudah disediakan.

Ia boleh digoreng, direbus, dipanaskan dengan mikrowave dan ketuhar.

Secara purata anak-anak memakan antara 3-5 batang sosej yang disediakan oleh ibubapa mereka.

Sering memberikan sosej pada anak-anak bersarapan bukanlah suatu amalan yang bagus.

Dalam banyak kajian dibuat, sosej tidak memberikan sebarang nutrisi, kecuali daging dan tepung sahaja.

Malah ia memberikan kesan buruk kepada kesihatan jika diambil secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak.

Sebaiknya amalan memberikan sosej pada anak-anak sama ada untuk sarapan atau bila-bila masa harus dihentikan kerana ia
mengandungi lemak trans (transfat), tinggi kandungan garam, tinggi bahan perasa, bahan pengawet, dan bahan tinggi.

Dengan itu ia memberikan kesan negatif seperti meningkatkan tahap “kolesterol jahat”, meningkatkan risiko obesiti dan meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetis, hipertensi, serangan sakit jantung dan kanser usus besar (colonorectal cancer).

Dalam banyak kajian menunjukkan bahan nitrate yang terdapat pada bahan pengawet yang dicampurkan ke dalam sosej ini boleh menyebabkan kanser usus.

Nitrites akan ditukarkan oleh bakteria di dalam usus kepada N-nitoso apabila melalui proses penghadaman. N-nitroso merupakan bahan kompaun yang penyebab kanser (carcinogenic).

Kajian yang dilakukan oleh WHO’s International Agency for Research on Cancer pula mengatakan setiap 50g daging proses yang dimakan, ia meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18%.

Jadi saya mencadangkan agar anak-anak kita makan makanan yang lebih bernutrisi ketika bersarapan seperti telur, bersama mi atau nasi yang banyak sayur-sayuran. Berikan mereka buah-buahan yang segar.

Makanan sebegini lebih bernutrisi untuk mereka.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

KLIK DI SINI UNTUK SET ANAK SIHAT

Leave a Reply

error: Content is protected !!