KESAN PENYAKIT DIABETES PADA KESUBURAN LELAKI

KESAN PENYAKIT DIABETES PADA KESUBURAN LELAKI

 

Ramai yang mengetahui bahawa penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang progresif (bermakna keadaannya akan menjadi semakin teruk jika tidak dikawal dengan baik).

Ini kerana tahap gula yang tinggi akan merosakkan organ dalaman secara senyap dengan cara merosakkan saluran darah sehingga mengganggu bekalan darah ke organ penting itu.

Ada dua mekanisme yang berlaku.

Pertama, ia akan menyebabkan seorang lelaki itu akan mengalami mati pucuk (atau Erection Dysfunction) setelah 5-10 tahun mengalami diabetes.

Kedua, banyak kajian juga menunjukkan tahap gula yang tinggi menyebabkan kerosakan DNA pada sperma.

Jadi bagaimana pesakit diabetes dapat menghasilkan kualiti sperma yang baik? Sudah tentulah dengan mengubah cara hidup dengan menurunkan berat badan, menjaga pemakanan dengan memastikan pengambilan nutrient yang penting dalam penghasilan sperma, lakukan riadah ringan dan pastikan minum air yang mencukupi.

Selalunya doctor akan memberikan suplemen yang mengandungi nutrisi tertentu seperti L-carnitine(fumarate), Acetyl-L-carnitine, Citric acid, Selenium, Co-enzyme Q10, Vitamin C, Zinc, Folic acid dan Vitamin B12. Setiap nutrient ini mempunyai fungsi tertentu dalam pembentukan sperma yang normal.

Contohnya:

  • Zinc, Folic acid, Vitamin B12, Acetyl L-carnitine merangsangkan kematangan sperma agar mendapat bilangan, bentuk dan pergerakan yang normal.
  • L-carnitine, Acetyl L-carnitine, Fructose, Citric acid memberikan tenaga untuk pergerakan sperma.
  • Selenium, CoQ10, Vitamin C, Zinc, Acetyl L-carnitine menghalang sperma dari kesan negative dari radikal bebas yang boleh menyebabkan kecacatan bagi sperma.

Semoga bermanfaat.

Rujuk: The effects of diabetes on male fertility and epigenetic regulation during spermatogenesis. Asian Journal of Andrology 17(6) · March 2015

[IKLAN]

Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan CoEnzyme Q10 50mg keluaran dari Nutriforte.

“Ingin mengetahui cara tradisional untuk masalah kesihatan umum lelaki? Tongkat Ali dapat membantu”

TONGKAT ALI PLUS CAPSULES adalah produk herba yang disediakan oleh Phyto Biznet Sdn Bhd iaitu anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Setiap kapsul mengandungi Radix Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) 480 mg dan Rhizome Smilax Myosotiflora (Ubi Jaga) 20 mg. 1 biji kapsul sehari diabil selepas makan. Bagus untuk kesihatan umum, kecergasan dan memulihkan tenaga lelaki.

Sebotol RM90 tidak termasuk pos. Boleh dapatkan di S I N I

Leave a Reply

error: Content is protected !!