BAHAYA MINUM MINYAK ZAITUN MENGGUNAKAN SUDU DAN TERUS MASUK KE MULUT

Saya tertarik dengan pendapat sesetengah orang, termasuk para ustaz dan doktor yang mengatakan bahaya mengambil minyak zaitun terus ke dalam mulut menggunakan sudu.

Mereka berpendapat, minyak zaitun harus dicampur dalam makanan dan tidak boleh diminum terus ke mulut.

Menurut perspektif sains, tiada banyak bezanya antara ambil minyak zaitun dalam makanan dengan minyak zaitun dimakan terus. Malah tiada bahaya jika diambil terus.

Paling teruk pun kita rasa pedih tekak sekejap kerana rasanya kelat dan kita tak biasa. Minum air kosong untuk bilas minyak zaitun yang diminum.

Bagi orang tinggal di kawasan Mediterranean, minum minyak zaitun sudah menjadi kebiasaan. Tiada yang mengalami kerosakan ginjal, atau masalah penyakit jantung, atas amalan ini. Minum juga mengambil minyak zaitun ke dalam makanan tanpa had.

Jadi kenapa perlu ambil terus dalam mulut guna sudu.

Ini kerana kita mahu menyukat jumlah yang diambil. Mengikut kajian journal, jumlah minyak zaitun yg seharusnya diambil adalah antara 60-100ml sehari, selari dgn panduan konsep pemakanan Healthy Plate. Ia bergantung kpd keperluan terhadap tenaga yg diperlukan.

Jika seorang pekerja pejabat, keperluan tenaga tidak banyak. Jadi memerlukan 60ml setiap hari.

Orang yang berladang mungkin perlukan tenaga yang lebih, boleh ambil jumlah minyak zaitun yang lebih.

Satu sudu besar bersamaan 15ml. Dua sudu besar 30ml. Ambil dua kali sehari jadi 60ml.

Dengan cara ini kita dapat sukat keperluan kita agar mencukupi setiap hari.

Orang kita pun tak biasa makan ulam yang dicampurkan dengan minyak zaitun. Silap-silap tak makan langsung.

Jadi kita bawakan konsep menyukat menggunakan sudu.

Jika kata orang kata minum minyak zaitun terus ke mulut adalah bahaya atau tak bagus, ia adalah pendapat yang cetek dan menampakkan yang beri pendapat begitu tidak banyak membaca.

#HealthDrZubaidi

[IKLAN]

Untuk mendapatkan minyak zaitun yang berkualiti dan berkhasiat tinggi keluaran dari Olive House, boleh klik link di bawah:

https://www.needsvenue.com.my/products/olivie-plus30-extra-virgin-olive-oil

Leave a Reply

error: Content is protected !!