
MINYAK ZAITUN UNTUK ANAK-ANAK. KESIHATAN DAN KEBARAKAHAN
Anak-anak saya berusia 6 tahun hingga 17 tahun. Semuanya lelaki. Kalau anak lelaki tahu sajalah, bagaimana aktiviti lasak mereka. Baik yang kecil atau yang besar.
Kita sebagai ibubapa kadang kala tercabar kesabaran kita. Saya banyak buat “pekakkan telinga” dan “buat tak nampak” kalau anak-anak menjerit, pecahkan barang atau bergaduh sesama sendiri.
Bila sudah reda sedikit, baru uruskan perkelahian mereka. Kalau tidak boleh dapat serangan sakit jantung, sekurang-kurangan dapat masalah penyakit tekanan tinggi. Nauzubillah..
Teringat masa zaman kita kecil. Dulu kita pun sama. Saya bergurau dengan adik saya Zahari Ahmad sampai pecah cermin perabut atau bersepah semula rumah yang baru emak kemaskan. Apa lagi memang kena se das dua dengan tali pinggang. baru reda sikit perkelahian kami. Kadang kala sempat juga menyalah satu sama lain.
“Ini semua kau punya pasal lah.. “
“Taklah Long yang mula dulu”
Emak sibuk memasak di dapor. Kami bergurau di ruang tamu sehingga berserak. Tiba-tiba “Pang” … Dapat kejutan. Memang terkejut dan berhenti seketika.
Hehehe.. Memang anak lelaki agak agresif. Terutama kalau ada “kawan dan lawan” dari kalangan adik beradik lelaki yang sebaya.
Kami tidak menyalahkan emak. Apa tidaknya, emak sudah penat mengemas. Lepas mengemas pergi memasak pula. Dua orang anak lelaki dia bergurau macam dah tak ingat dunia. Kadang kala bergaduh sampai rumah jadi tunggang langgang.
Terima kasih emak. Susah payah emak menjaga kami. Sedas dua tali pinggang tidak pernah mengurangkan rasa sayang dan terima kasih pada emak.
Bila saya berusia 40an ini barulah nampak pengorbanan emak dan abah membesarkan kami semua.
Sebab apa? Sebab kita rasa sendiri kesusahan mereka mendidik kami. Nak urus persekolahan, nak uruskan adik yang lebih kecil lagi dan menguruskan rumah.
Saya sendiri hanya 4 orang anak lelaki. Bila berkumpul satu masa, memang akan ada gurau akhirnya jadi pergaduhan.
Tengah sedap membaca atau menjawab soalan di wassap, “Abah tengok ni, abang pukul saya” si bongsu manja mengadu.
“Tak, dia yang pukul saya dulu” ada jawaban bela diri dari belakang.
Kadang kala tekanan darah terus naik. Hehehe. Tapi bila mereka tak ada rasa rindu pula…
Banyak tip yang saya kongsikan bersama beberapa orang ustaz untuk meredakan kenakalan anak-anak.
Antaranya ialah pegamalan minyak zaitun. Berikan berikan sesudu minyak zaitun setiap pagi. Minyak zaitun diberikan mengikut umur. Kalau 6 tahun ke atas, boleh bagikan sesudu kecil. Anak yang lebih besar dan berat 45 kg ke atas sudah boleh berikan satu sudu besar. Paling elok pagi dan malam.
Ustaz beritahu minyak zaitun ini berakah. Memenangkan hati dan perasaan. Tidaklah anak-anak terlalu teruja sehingga bergegar rumah dibuatnya. Jadilah kurang kenakalan mereka. Mungkin boleh lebih fokus bila mereka buat kerja sekolah di rumah.
Terutama untuk kanak-kanak yang hyperaktif. Kurangkan pemberian karbo yang berproses seperti produk gandum putih dan gula. Gantikan dengan minyak zaitun di awal pagi dan malam.
Banyak kajian juga menunjukkan dengan pengambilan minyak zaitun, anak akan menjadi lebih puas dan lebih kenyang ketika makan. Jadi mereka dapat mengawal berat badan.
Kalau tidak asyik minta makan saja. Tak dapat nasi, biskut, roti, dan cookies menjadi sasaran mereka. Kita pun kesian melihat anak kita kelaparan. Tidak ada pilihan. Terpaksa benarkan.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam European Journal of Endocrinology pada 2011 menyatakan “Diets with mono unsaturated fatty acid (MUFA)-rich olive oil could reduce the risk of obesity in childhood” atau pemakanan (diet) dengan asid lemak mono-tidak tepu (dalam) minyak zaitun mengurangkan risiko kegemukan di kalangan kanak-kanak.
rujukan: Children whose diet contained olive oil had a lower likelihood of increasing their body mass index Z-score over 1 year. Eur J Endocrinol. 2011 Sep;165(3):435-9. doi: 10.1530/EJE-11-0273. Epub 2011 Jun 29.
Jadi eloklah kita mula dan latih anak-anak kita dengan benda yang barakah setiap pagi. Berikan minyak zaitun. Ia adalah makanan jasmani dan rohani untuk kita sekeluarga.
Pilihan saya adalah OLIVIE.
-Dr Zubaidi b Hj Ahmad.
[IKLAN]
Untuk mendapatkan minyak zaitun yang berkualiti dan berkhasiat tinggi keluaran dari Olive House, boleh klik link di bawah:
https://www.needsvenue.com.my/products/olivie-plus30-extra-virgin-olive-oil
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman

