Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » APA ITU SELAPUT PTERYGIUM PADA MATA PUTIH?

APA ITU SELAPUT PTERYGIUM PADA MATA PUTIH?

APA ITU SELAPUT PTERYGIUM PADA MATA PUTIH?

 

 

Selaput putih boleh muncul secara tiba tiba pada permukaan mata putih.

Pada peringkat awal ia mungkin menyebabkan rasa tidak selesa dan gatal pada mata, mata menjadi merah, dan akhirnya pemandangan kabur.

Selaput ini dinamakan pterygium. Ia merupakan membran mukosa yang menyelimuti bahagian bola mata putih dan menuju ke anak mata (cornea).

Ia tidak berbahaya, cuma akan mengganggu pemandangan apabila ia matang. Pembedahan kecil untuk membuangnya perlu dilakukan pada masa itu.

Tiada penyebab punca yang diketahui. Ahli saintis berpendapat mungkin akibat rangsangan terdedah pada sinaran ultraviolet yang berlebihan. Selain itu, mungkin terdedah pada jangka masa yang lama terhadap debu, pasir, angin ataupun asap.

Faktor usia juga memainkan peranan. Semakin bertambah usia seseorang, semakin tinggi kemungkinan untuk mendapat masalah ini.

 

Tanda-tanda pterygium

1. Mata merah
2. Rasa pedih atau gatal pada mata
3. Pandangan terganggu apabila selaput sudah menutupi kornea
4. Merasa ada benda asing di mata

Pada peringkat awal ia akan muncul sebagai selaput putih pada sudut mata. Lama kelamaan selaput tersebut akan menjalar hingga ke tengah mata. Bila berkembang menutupi anak mata, ia mengganggu penglihatan.

 

Rawatan

1. Bila berlaku kegatalan berlebihan dan mata menjadi merah, doktor akan memberikan obat titis mata yang mengandung steroid untuk mengurangi keradangan dan melegakan masalah ini.

2. Jika ubat titis tidak lagi berkesan, doktor akan mencadangkan pembedahan terutama apabila ia dudah matang dan mengganggu pemandangan.

 

Bagaimana Cara Mencegah Pterygium?

Beberapa tips yang dapat kita lakukan.

1. Lindungi mata dari terdedah sinaran matahari (ultraviolet A dan B), debu, angin, maupun pasir dengan menggunakan cerminmata pelindung terutama apabila berada di luar rumah.

2. Titiskan mata dengan ubat titis bagi mengelakkan kekeringan yang mungkin merangsangkan pertumbuhan pterygium.

Buat pemeriksaan doktor mata jika info ini tidak meyakinkan.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: