MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI

MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI

 

 

Dalam kita mengalami wabak jangkitan virus, terutama virus corona COVID-19, banyak langkah pencegahan yang disarankan. Antaranya penjarakan fizikal, memakai penutup hidung dan mulut, mencuci tangan dengan sabun dan menggunakan cecair pembersih (sanitizer) jika tiada sumber air yang berdekatan. Namun kaedah ini dinamakan pencegahan luaran. Selain itu, saya mencadangkan aspek pencegahan dalaman iaitu meningkatkan sistem daya tahan (imuniti tubuh). 

 

Banyak cara kita meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Selalunya saya rangkumkan dalam konsep gaya hidup yang saya sebutkan sebagai Gaya Hidup A’Afiyat. Ia merangkumi soal pemakanan (diet), pengambilan air yang mencukupi, tidur yang berkualiti, senaman (aktiviti fizikal) yang minimum, pengawalan stress dan pengambilan makanan yang bernutrisi terutamanya makanan yang kita sebut sebagai Quranic Food. 

 

Sebab itu tiada cara yang ringkas untuk meningkatkan sistem daya tahan ini. Malah Gaya Hidup A’afiyat ini bukan saja mencegah dari jangkitan virus, tetapi juga mencegah diri kita dari penyakit yang tidak berjangkit (Non-communicable Disease) dan beberapa penyakit kanser yang disebabkan pemakanan. 

 

Banyak kajian yang dijalankan oleh ramai saintis di banyak institusi pengajian tinggi di seluruh dunia menunjukkan bahawa gaya hidup sihat yang lengkap, merangkumi kesemua spek yang saya sebutkan tadi, bukan saja dapat mencegah, tetapi mengawal dan merawati penyakit-penyakit tersebut. 

 

Bagaimana hendak memilih makanan yang dapat meningkatkan sistem daya tahan kita? Secara mudahnya pilihlah makanan yang semulajadi (natural), tidak berproses atau menjalani proses yang minima, tiada pengawet dan perasa serta organik. Oleh itu cara terbaik adalah dengan mengambil makanan terus dari ladang. Namun ia agak mustahil bagi kita yang berada jauh dari kawasan penanaman. Bahan-bahan makanan ini harus menjalani proses pembungkusan sama ada dimasukkan ke dalam kotak atau dibotolkan dengan menggunakan proses pengilangan yang minima.  

 

Bagi memastikan bahan makanan ini merupakan bahan makanan yang berkualiti, organitik, natural dan tidak menjalani proses pengilangan yang rumit, harus ada satu badan berautoriti yang mengesahkannya. Di Malaysia, badan berautoriti itu adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Kita bersyukur kerana akhirnya setelah berusaha lama dengan menghantar dokumentasi pembuktian, alhamdulillah akhirnya KKM mengiktiraf dan menganugerahkan produk Olive House dengan satu sijil pengiktirafan organik untuk lima produk iaitu Olivie 30 Plus, Olivie Power up, Pati Minyak Zaitun Turkey, Pati Delima Azerbaijan dan Jus Delima Azerbaijan.

 

Jadi mengamalkan produk Olive House adalah langkah bijak dan mendatangkan manfaat pada kesihatan kita. Ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh kita. Malah tidak perlu was-was dari segi manfaatnya, dari sudut halalnya, dari sudut original, dari sudut organic dan dari sudut pengiktirafan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 

 

Kita berkongsi lagi di bulan hadapan.

 

Bersama kita amalkan Gaya Hidup A’afiyat.

 

Dr Zubaidi bin Hj Ahmad

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!