Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » BAHAYA MAKAN NASI?

BAHAYA MAKAN NASI?

BAHAYA MAKAN NASI?

 

 

Ramai orang keliru tentang nasi yang menjadi makanan ruji orang Asia Tenggara.
.
1. Nasi tidak bahaya kerana ia adalah makanan sumber karbohidrat yang memberikan tenaga.
.
2. Jumlah yang diperlukan bergantung pada keperluan kita. Jika kita bekerja menggunakan banyak tenaga, ambillah nasi secukupnya. Jika kita bekerja di ofis, hadkan pengambilan nasi dan banyakkan sayur, buah dan ulam.
.
3. Ada yang kata, kalau tak makan nasi, kita tak bertenaga. Rasa letih. Jangan risau. Selain dari nasi, karbohidrat (sumber tenaga yang cepat) juga didapati dari sayur, buah, protein sihat dan lemak sihat yang kita makan. Lemak di sekeliling pinggang adalah sumber simpanan tenaga terbaik.
.
4. Nasi atau beras putih adalah produk karbohidrat yang telah diproses dengan hebat. Kita namakan refined carbohidrate. Hanya ada kalori. Hampir tiada lagi mineral, serat dan vitamin. Saya cadangkan gantikan dgn beras rebus dan beras perang yang banyak mineral, vitamin dan fiber. Ia bagus untuk kesihatan.
.
5. Orang zaman dulu makan beras perang, segar dari sawah. Mereka makan banyak nasi kerana menggunakan tenaga yang banyak. Mereka lebih sihat kerana beras atau nasi ini lebih berkhasiat.
.
6. Cuba bandingkan kita sekarang. Adakah kita memerlukan banyak tenaga bila melakukan kerja? Apa pilihan beras kita? Adakah kita ambil sayur yang banyak dalam pemakanan kita?
.
7. Tidak hairanlah jika datuk nenek kita berusia 80an tetapi masih hidup sihat. Kebanyakan kita pula ada penyakit di awal 40an..
.
Semoga menjadi renungan.
.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: