STEVIA UNTUK PESAKIT DIABETIS

STEVIA UNTUK PESAKIT DIABETIS

Dalam merawat pesakit diabetes untuk mendapatkan bacaan gula yang baik, saya mencadangkan penggunaan stevia.

Mereka harus menggantikan gula tambah dengan stevia secara konsisten selama empat bulan untuk melihat hasilnya.

Selalunya bacaan Hb1Ac akan bertambah baik. Apatah lagi bacaan gula secara berpuasa atau secara rawak.

Contohnya jika selalu memesan air limau ais yang selalunya dibancuh bersama gula tambah di restoren, boleh minta air limau kosong (tiada gula) dan campurkan dengan setitik stevia.

Stevia adalah pemanis natural tiada kalori dari daun pokok yang banyak ditanam di Amerika Selatan.

Stevia mengandungi sebatian steviol glycosides yang menyebabkan ia berasa 200 kali lebih manis dari gula putih. Walaupun begitu ia tiada kalori. Oleh itu setitik stevia dalam bentuk cecair sudah mencukupi.

Stevia yang terbaik adalah dalam bentuk daun yang segar. Namun jika sukar didapati, boleh guna stevia dalam bentuk cecair atau serbuk.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan American Heart Association (AHA) dan American Diabetes Association (ADA), penggunaan stevia dapat membantu pesakit diabetis mengawal gula dengan lebih baik dengan syarat pesakit tidak mengambil makanan yang banyak kalori ketika makan. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan, serta minum air secukupnya.

Dalam kajian yang dilakukan pada 2018 mendapati peserta yang mengambil kudapan jeli berperisa kelapa dengan pemanis stevia, tidak meningkatkan tahap gula yang mendadak. Ini bermakna pesakit diabetes mampu menikmati rasa manis tanpa risau tentang kenaikan tahap gula.

Banyak kebaikan stevia, sama ada diambil sebagai Daun Stevia (DS) atau Ekstrak Stevia (ES).

Antaranya:

1. DS bersifat antioksida yang membantu melawan penyakit.

2. Pesakit diabetes yang amalkan DS atau ES dspat mengawal gula dengan lebih baik kerana stevia tiada gula dan kalori.

3. Pesakit yang obese mengamalkan DS dan ES dapat merasakan kepuasan makan (satiety) dan mengurangkan rasa kerap lapar. Ini sangat membantu pesakit yang obese menurunkan berat badan.

4. Pengamalan DS dspat membantu melindungi hati dsn ginjal.

5. Pengamalan DS dan ES dapat menurunkan kolestrol jahat terutamanya Triglyceride kerana pesakit kurang mengambil karbohidrat dalam makanan dan minuman.

6. Tahap bacaan tekanan darah pesakit hipertensi yang mengamalkannya secara konsisten selama empat bulan menjadi normal.

Stevia boleh dicampurkan dalam minuman atau masakan. Contoh, ia boleh dicampurkan dalam oatmeal atau cendol.

Stevia tidak merawat penyakit diabetes secara langsung.

Konsep rawatan yang saya berikan pada pesakit berdasarkan konsep rehat dan rawat.

Stevia merehatkan fungsi pankreas yang mana sangat penting dalam proses penyembuhan penyakit diabetes.

Pengambilan makanan yang bernutrisi (terutama yang disebut dalam al Quran sebagai Quranic Food) dapat membantu proses rawatan.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

[IKLAN]

Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan Oleva Stevia sebagai alternatif pengganti gula putih yang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!