KRISIS PENYEMBUHAN ATAU KESAN SAMPINGAN?

Apa itu krisis penyembuhan?

Krisis penyembuhan adalah fenomena di mana seseorang yang sudah mengalami masalah penyakit yang kronik, apabila diberikan rawatan, akan mengalami masalah seperti masalah kesan sampingan.

Berbeza dengan kesan sampingan, krisis penyembuhan berlaku apabila masalah bermula dari seseorang, sementara kesan sampingan bermula dari ubat/suplemen yang dia makan.

Bagaimana nak tahu ia adalah krisis penyembuhan?

1. Suplemen yang diambil adalah natural. Tidak banyak melalui proses pengilangan dan tiada kimia. Contoh VCO. Ia adalah perahan pertama yang dimasukkan terus ke dalam botol. Tiada proses pengilangan atau bahan kimia yang diletakkan.

2. Sebelum ini pengamal sudah pun mengalami masalah keradangan seperti selalu sakit badan dan sendi, selalu batuk dan selsema, selalu demam dan sakit kepala etc.

3. Produk kesihatan itu terlalu banyak campuran sehingga terpaksa letak bahan stabilizer dan pengawet. Kesan sampingan biasanya berlaku pada produk cecair yang mempunyai pelbagai ramuan.

Apa nak buat?

1. Minum air secukupnya paling kurang 2.5L sehari. Pastikan air kencing menjadi jernih atau sedikit kekuningan untuk seminggu.

2. Makan banyak fiber (sama ada buah-buahan) supaya mudah buang air besar setiap hari.

3. Sedikit aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, naik tangga agar berpeluh.

Perlukah hentikan suplemen?

Rujuk pada doktor yang biasa merawat. Pandangan saya hanya perlu kurangkan dos. Jika ambil dua kali sehari, boleh ambil satu kali sehari. Jika ambil dua sudu, ambil hanya satu sudu. Jika ambil sudu besar, ambil sudu kecil.

Jangan lupa lakukan 3 perkara tadi, minum air secukupnya, banyakkan sayur dan buah dan lakukan sedikit aktiviti fizikal.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!