AIR NIRA

AIR NIRA

 

Air Nira adalah cairan yang manis yang diperoleh dari putik bunga dari keluarga palma seperti nipah kelapa, kurma, nipah, abung dan sebagainya.

Air Nira mengandungi antara 10-15% gula sukrosa dan kebanyakannya air. Ia mengandungi mineral dan vitamin dari tumbuhan dan boleh diminum begitu saja.

Jika dihangatkan perlahan-lahan dan disadap, ia akan menjadi Gula Merah (atau pelbagai nama lain). Jika diperam dan difermentasikan, ia akan menjadi Air Tuak.

Air Nira Tuak pula adalah air beralkohol rendah (antara 4-5%).

Jadi pilih air nira yang segar, dan bukan yang telah diperam dan mengalami proses fermentasi. Semakin lama ia diperam semakin tinggi kandungan alkohol.

Pengambilan minuman beralkohol boleh merosakkan otak, saraf dan hati.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!