ADAKAH SAYA HAMIL?
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya harap doktor dapat menjawab soalan saya. Pagi semalam saya buat pemeriksaan air kencing, saya dapati ada satu jalur pada ujian UPT. Kemudian saya periksa semula, mendapati ada dua jalur. Hari pertama haid saya pada 8 October (Hari ini 29 November). Sebentar tadi saya periksa semula, mendapati ada satu jalur pula. Adakah saya hamil, doktor? Terima kasih.
Walaikumusalam.
Pemeriksaan air kencing menggunakan ujian UPT paling baik dilakukan pada minggu ke lapan dari tarikh pertama haid terakhir puan. Ini kerana ujian ini mempunyai sensitiviti berbeza terhadap kepekatan hormon hCG dalam air kencing, bergantung kepada syarikat pengeluar.
Ada yang lebih sensitif, ada yang kurang sensitif. Tetapi pada waktu lapan minggu itu, kebanyakan ujian UPT dapat mengesan kehadiran hormon hCG dengan tepat.
Oleh kerana ia hanya berbentuk saringan, puan dinasihatkan buat pemeriksaan ultrasound bagi mendapatkan pengesahan. Ini kerana ada kalanya ujian ini memberikan false positive (UPT positif tetapi puan tidak hamil) atau false negative (UPT negatif tetapi sebenarnya puan hamil).
Pmeriksaan ultrasound transvaginal (melalui vagina) lebih tepat berbanding pemeriksaan ultrasound abdomen jika dilakukan pada usia enam minggu kehamilan.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
[IKLAN]
Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak. Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.
Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah: