ADAKAH LIPOMA ITU BAHAYA?

ADAKAH LIPOMA ITU BAHAYA?

 

 

Lipoma adalah ketumbuhan bukan kanser. Ia adalah ketumbuhan tumor yang membesar secara perlahan untuk jangka masa beberapa tahun. Jadi ia tidak berbahaya.

Ia berasal dari tisu lemak dalam tubuh kita, yang dipanggil adipocytes. Sel-sel ini diperangkap dalam selalunya (membrane capsule). Jadi is menonjol sebagai benjolan pada permukaan kulit. Ia boleh berada di tempatnya bertahun-tahun tanpa kita sedari atau mengganggu kita.

Lipoma boleh berada di dua atau banyak tempat pada tubuh kita pada masa yang sama. Namun selalunya hanya satu lipoma pada satu masa.

Lipoma bila tergosok dengan pakaian akan menyebabkan rasa tidak selesa. Jika saiznya besar, ia boleh menekan saraf di sekitarnya, dan menyebabkan rasa seperti dicucuk pin. Ia juga boleh menyebabkan bengkakan pada kawasan sekeliling.

Ia boleh berlaku di mana-mana tisu lemak di tubuh kita. Ia selalu berlaku pada lengan, bahu dan di belakang tengkuk.

Jika ia berada dalam otot atau lapisan lemak yang lebih dalam, berkemungkinan tidak melihatkan bentuk benjolan, tetapi ia menyebabkan rasa tidak selesa.

 

 

Pakar perubatan tidak pasti punca terjadinya lipoma. Berkemungkinan terdapat kecederaan kecil di kawasan itu.

Jika saiz lipoma bertambah besar dalam beberapa tahun, secara mikroskopi ia boleh berubah bentuk kepada Atypical Lipomatous Tumours (ALT). Akhirnya ia boleh berubah kepada sel kanser sarcoma. Tetapi ini jarang berlaku.

Lipoma yang besar melebihi 5cm selalunya menyebabkan rasa mencucuk-cucuk dan kebas.

Selalunya lipoma dapat didiagnosa secara klinikal. Maksudnya, dari pandangan luar sahaja, doktor boleh pastikan benjolan itu adalah lipoma.

Lipoma yang berada pada lapisan yang lebih dalam memerlukan pemeriksaan ultrasound. Atau pemeriksaan CTScan atau MRI.

Lipoma yang bersaiz besar dan mengganggu fungsi anggota seperti rasa kebas atau mencucuk-cucuk, boleh dibuang. Apabila ia dibuang bersama selaput, ia tidak akan berulang.

Berjumpa doktor jika saiz lipoma menjadi lebih besar dengan cepat atau merasa sakit dan tidak selesa.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi.

Leave a Reply

error: Content is protected !!