BENTAN EMPAT BULAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Boleh saya minta pendapat? Saya ada masalah joint tulang, dan muscle tidak mampat sebab 4 bulan lepas saya kena bentan selepas bersalin, selama sebulan juga saya tidak boleh nak buat kerja rumah sebab kan benta tu kaki tangan jadi tidak kuat. Tetapi sekarang alhamdulillah masih kuat dan boleh buat kerja rumah macam biasa. Saya juga ada consume olivie serta madu kelulut. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. Lepas kes bentan tu, saya jadi kerap kebas tangan kaki, tulang belakang cepat lengguh. Dan minggu lepas saya ada buat bone setting dengan therapist. Therapist itu suggestkan saya ambil collagen Type 2 utk joint tulang. Boleh doktor bagi pencerahan tentang kes saya dan collagen? Saya mahu tanya ada tak collagen yang sesuai untuk consume? Dalam masa kena bentan itu, saya juga kena masalah anxiety dan gastrik. Alhamdulillah lepas consume olivie, cuka teen serta madu, banyak perubahan. Untuk maklumat tuan, saya sekarang consume, olivie, vitamin c, habbatus sauda, cuka teen, serta kalsium. Saya kerap minum air masak serta air alkali. Terima kasih.

Waalaikumussalam.

Saya ingin memberikan ringkasan bagi pertanyaan puan.

1. Puan telah mengalami masalah “bentan” 4 bulan yang lepas selepas melahirkan anak selama sebulan.

2. Puan mengalami masalah otot dan tulang selama sebulan, sehingga tidak dapat melakukan kerja.

3. Puan juga mengalami masalah gastrik dan Anxiety Disorder.

Istilah bentan sebenarnya merujuk kepada perubahan fizikal, metabolik dan fisiologi pesakit selepas menjalani pembedahan dan melahirkan anak.

Antara perkara yang berlaku ketika bentan, ialah :

1. Rasa sakit pinggang terutama pada pesakit yang menjalani pembedahan major atau selepas melahirkan anak. Ini disebabkan pesakit baring terlalu lama atau menggunakan otot pinggang (ketika melahirkan anak). Ini dikenali sebagai bentan saraf pinggang.

2. Rasa tidak selesa pada bahagian yang dibedah, pada kemaluan terutama pada mereka yang berkhatan atau melahirkan anak. Ia berlaku pada minggu pertama selepas pembedahan dan melahirkan anak. Oleh itu dinasihatakan tidak melakukan kerja-kerja berat, walaupun kita menggalakkan mereka untuk bangun dan melakukan aktiviti ringan seperti berjalan di sekeliling katil.

3. Rasa sakit badan, lemah badan dan sendi-sendi yang lain menjadi bengkak disebabkan perubahan hormon dan proses penyembuhan luka dalaman. Selalunya berlangsung dalam masa sebulan atau dua bulan. Jika ia berlaku lebih dari itu, pemeriksaan lengkap harus dilakukan.

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bentan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Antara penjagaan makanan yang seimbang, melakukan urutan, dan mengambil beberapa suplemen/herba (yang mungkin membantu) dan dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi (terutama wanita baru melahirkan anak).

Oleh itu saya saya percaya masalah puan berkaitan dengan proses penyembuhan atau bentan. Seperti yang saya nasihatkan tadi, jika puan mengalami rasa yang tidak selesa untuk jangkamasa yang lama, buatlah pemeriksaan lengkap. Pengamalan minyak zaitun dan yang lainnya, boleh diteruskan. Pengambilan collagen boleh dilakukan jika pihak yang merawat merasakan ia perlu.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

[IKLAN]

Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan Minyak Habbatus Sauda keluaran dari Olive House yang kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan.

Minyak Habbatus Sauda

Leave a Reply

error: Content is protected !!