RASA TERLALU SEJUK DI BILIK BERHAWA DINGIN
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Doc, adakah kalau jenis tak tahan duduk bawah aircond dan tangan jadi sejuk tu bermakna kita kurang darah? Terima kasih.
Waalaikumussalam.
Ada berapa faktor yang menyebabkan seseorang tidak tahan menahan sejuk di bilik berhawa dingin berbanding dengan orang lain.
Ada yang disebabkan penyakit, ada yang disebabkan tubuh yang terlalu kurus dan faktor keturunan.
Selalunya disebabkan faktor BMR yang rendah. BMR adalah kadar tubuh kita menjana tenaga ketika kita rehat. Orang yang mempunyai BMR tinggi dikatakan mengeluarkan haba yang lebih banyak kerana banyak tenaga yang dijanakan.
Oleh itu mereka berasa lebih panas walaupun duduk dalam bilik berhawa dingin.
Mereka juga lebih sukar untuk meningkatkan berat badan dan mudah berpeluh setelah melakukan aktiviti fizikal.
Paling penting buatlah pemeriksaan doktor agar disahkan tiada penyakit berbahaya.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi