Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Fiqh Perubatan » ELAKKAN NYANYUK PADA MASA TUA DENGAN BERPUASA DAN MENGAMBIL MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN

ELAKKAN NYANYUK PADA MASA TUA DENGAN BERPUASA DAN MENGAMBIL MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN

ELAKKAN NYANYUK PADA MASA TUA DENGAN BERPUASA DAN MENGAMBIL MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN

 

 

Penyakit nyanyuk adalah penyakit yang digeruni oleh kita apabila telah berusia nanti. Penyakit ini dikenali sebagai Dementia dan Penyakit Alzheimir.

Pada masa itu kita lupa sama ada kita sudah makan atau belum, sudah solat atau belum, sudah mandi ke belum. Paling malang kita menjadi kanak-kanak yang bermain najis sendiri.

Jika kita ada anak yang taat, mungkin dia dapat membantu kita. Namun jika kita berseorangan nanti, sudah tentu keadaan kita tidak terurus.

Oleh berusahalah untuk tidak dapat penyakit nyanyuk.

Menurut rakan saya seorang ustaz, untuk mengelak penyakit ini, perbanyakkan membaca doa ini. Yang terbaik amalkan doa di bawah 3 kali waktu lepas subuh dan 3 kali lepas asar :

Allahuma A’fini fi badani, Allahuma Afini fi sam’I, Allahuma Afini fi bashari Lailaha ila Anta. Allahuma ini A’udzubika minal Kufri wal Fakri, wa A’udzubika min adzabil Kobri Lailaha ila Anta (3x).

“Ya Allah selamatkanlah tubuhku dari penyakit, ya Allah selamatkanlah pendengaranku, ya Allah selamatkanlah penglihatanku(dari maksiat), tidak ada yang berhak di sembah dengan benar kecuali engkau, Ya Allah aku berlindung kepadaMU dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepadaMu dari seksa Kubur tidak ada yang berhak di sembah dengan benar kecuali engkau” (HR,Bukhari, Al adab al Mufrad no. 701).

Saya ingin membawa amalan yang mengelakkan kita dari penyakit nyanyuk.

Banyak kajian menunjukkan orang yang suka berpuasa (menjarakkan masa makan), dapat meningkatkan fungsi kognitif, iaitu kebolehan mengingat dan kebolehan berfikir menyelesaikan masalah. Fungsi kognitif yang lemah menyebabkan kita mudah lupa dan tiada kebolehan menyelesaikan masalah.

Jadi banyakkanlah berpuasalah. Niat untuk mendapat keredhaan Allah. Lakukan puasa syarie kerana Allah Taala. Boleh lakukan puasa Isnin Khamis, Puasa berselang seli Nabi Daud, puasa putih pertengahan bulan dan banyak lagi jenis puasa sunat yang boleh kita lakukan.

Jika tidak mampu, lakukanlah Diet Intermittent Fasting.

Diet Intermittent Fasting adalah suatu amalan menjarakkan waktu makan sehingga 16 jam. Jadi waktu tidak makan selama 16 jam, waktu makan pula selama 8 jam. Jika kali terakhir kita makan malam 8 malam, kita boleh makan semula pada pukul 12 tengahari esok hari. Diet ini membenarkan kita minum air tanpa gula.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam journal Nutrient pada tahun 2020, yang dilakukan di Malaysia terhadap 99 orang tua Melayu yang mula mengalami masalah kognitif. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama mereka yang sering melakukan diet ini. Kumpulan kedua mereka melakukan diet ini sesekali. Kumpulan ketiga mereka yang tidak melakukan diet ini. Kesimpulan kajian ini, mereka yang melakukan diet ini secara istiqamah atau melakukan diet ini sesekali mendapat perubahan kognitif yang positif. Semakin kerap peserta melakukan diet ini, semakin banyak perubahan positif kognitif. Kajian ini berlangsung selama 3 tahun.

Dalam kajian yang diterbitkan pada 2019 (rujukan 2) menunjukkan bahawa pengambilan minyak zaitun extra virgin melindungi dari masalah ini. Ini kerana minyak zaitun mengandungi sebatian oleuropein yang sangat bermanfaat.

Semoga bermanfaat.

Rujukan :

1. Ooi et al. 2020. Intermittent Fasting Enhanced the Cognitive Function in Older Adults with Mild Cognitive Impairment by Inducing Biochemical and Metabolic changes: A 3-Year Progressive Study. Nutrients 2020, 12, 2644;

2. Klimova B, Novotný M, Kuca K, Valis M. Effect Of An Extra-Virgin Olive Oil Intake On The Delay Of Cognitive Decline: Role Of Secoiridoid Oleuropein?. Neuropsychiatr Dis Treat. 2019;15:3033-3040

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: