KENALI AIR BERALKALI

Ramai yang mendakwa air beralkali dapat mengekalkan kesihatan, membuang keasidan dalam darah dan tubuh, malah mencegah/merawat penyakit kronik dan kanser.

Sebelum kita bersetuju atau tidak bersetuju, jom kenali apa itu air beralkali.

Perkataan alkali merujuk kepada nilai pH dalam air tersebut.

Masih ingat pelajaran kimia atau sains panduan dalam SPM dulu?

Nilai pH yang mengukur satu air itu asid atau alkali adalah antara nombor 1 hingga 7. Nilai pH 1 bermakna, air itu terlalu berasid, pH 14 bermakna air itu terlalu beralkali. Sementara nilai pH 7 bermakna air itu bersifat neutral.

Air yang kita minum sifatnya neutral, antara 7.0 hingga 7.5. Nilai air yang kita minum bersifat sedikit beralkali bergantung dari mana sumber air yang diambil.

Dalam mesin penapis yang menyediakan air beralkali, selalunya air yang diambil bersifat neutral tetapi mesin ini menyediakan kaedah agar air ini dapat ditukar menjadi sifat alkali.

Apa yang penting bukan sifat air ini beralkali tetapi harus mengandungi alkaline mineral iaitu mineral yang menukarkan sifat air itu kepada alkali dan mengandungi oxidation reduction potential (ORP).

ORP adalah kebolehan air itu bersifat sebagai antioksida. Semakin negatif nilai ORP, semakin ia bermanfaat bertindak sebagai antioksida.

Contoh air yang bersifat alkali adalah air zam-zam. Ia bukan saja bersifat sebagai antioksida, tetapi barakah. Rasanya agak payau kerana ia sedikit beralkali.

Pada saya, yang penting bukan nilai pH, tetapi kandungan mineral dan nilai ORP.

Sudah pasti nilai pH pada air beralkali tidak seharusnya melebihi nilai 9.

Allahu a’lam.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!