Air beralkali sangat kontroversi. Ramai pengamal perubatan moden mengambil sikap tidak mempercayai kerana tiada kajian yang terperinci mengenai air ini yang diterbitkan dalam journal perubatan.
Namun begitu ada juga kajian yang membincangkan kebaikan air alkali ini dan diterbitkan dalam journal sains yang lain.
Contohnya kajian yang dilakukan dalam tahun 2012, mendapati air beralkali yang diperolehi secara semulajadi dari sebuah pergi dengan pH 8.8 dapat menyah-aktifkan enzim pepsin, iaitu enzim yang menyebabkan reflux asid.
Dalam kajian lain, dengan mengamalkan air beralkali dapat memberikan kebaikan pada pesakit diabetis, hipertensi dan berkolestrol tinggi.
Ia juga dikatakan dapat mengurangkan kepekatan darah. Dengan ini dapat membantu peredaran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh.
Selain itu air beralkali juga dikatakan:
1. Bersifat anti-aging iaitu melambatkan proses penuaan.
2. Membersihkan usus.
3. Meningkatkan daya tahan
4. Mengurangkan berat badan
5. Menghalang kanser
Mereka mencadangkan orang ramai yang gemar memakan daging, merokok dan minum air berkarbonat, mungkin bermanfaat dari pengamalan minuman air beralkali.
Walau bagaimanapun saya mencadangkan lebih banyak kajian yang lebih mendalam tentang kebaikan air beralkali.
Ini tidak bermaksud tidak boleh minum air beralkali ini. Boleh minum seperti air lain, tetapi untuk mendapatkan manfaat kesihatan perlu pengamalan yang lebih lama.
Jika dengan mengamalkan air ini dapat menstabilkan gula, menurunkan tekanan darah dan merendahkan tahap kolesterol, sila teruskan.
Namun jangan terus meninggalkan ubat yang diberikan. Amalkan cara gaya hidup Aafiyat yang lebih holistik.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi