BIJI CHIA KAYA NUTRIEN

 

Biji chia antara makanan paling sihat untuk diamalkan kerana kandungan nutrien yang tinggi, memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh dan kecerdasan otak.

 

Biji chia yang berwarna hitam berasal dari Amerika Selatan dan dikatakan makanan utama dalam diet kaum yang hidup di zaman purba, Maya dan Aztec, kerana ia mampu memberi kekuatan kepada tubuh mereka.

 

Berikut sebahagian daripada kebaikan biji chia untuk tubuh, sama ada ia dimakan begitu saja atau dimasukkan dalam makanan harian termasuk pencuci mulut.

 

1. Kaya nutrien

Biji chia kaya dengan serat, protein, omega-3, kalsium, mangan, magnesium dan fosforus. Ia juga mengandungi zink, vitamin B3, potassium, vitamin B1 dan vitamin B2.

 

2. Rendah kalori

Bagi setiap 28 gram atau dua sudu makan, biji chia hanya mengandungi 101 kalori. Kebanyakan karbohidratnya juga adalah serat. Lebih menarik, biji chia dikategorikan sebagai gandum yang selalunya ditanam secara organik dan bebas gluten.

 

3. Tinggi antioksidan

Kepentingan antioksidan memang tidak dapat disangkal. Biji chia juga kaya de­ngan antioksidan yang boleh meningkatkan tahap kesihatan diri dan melawan radikal bebas yang menyumbang kepada penuaan dan penyakit seperti kanser.

Ia mempunyai 12 gram karbohidrat namun 11 gram daripadanya adalah serat yang tidak meningkatkan kandungan gula dalam darah, malah memberi banyak kebaikan kepada kesihatan diri.

Kandungan serat itu membantu biji chia menyerap 10 hingga 12 kali ganda air berbanding beratnya, menjadikannya bertukar seperti gel di dalam perut dan menyumbang kepada rasa kenyang dan sekali gus membantu mengurangkan rasa lapar.

 

4. Sumber protein

Biarpun ia kecil, kandungan protein dalam biji chia adalah 14 peratus yang juga sangat tinggi berbanding tumbuhan lain. Ia mengandungi kandungan asid amino yang seimbang dan membantu mengurangkan berat badan secara sihat.

Pengambilan protein yang tinggi mampu mengurangkan rasa lapar dan tabiat mengunyah kudapan. Ia adalah sumber protein terbaik bagi mereka yang kurang makan daging atau mengamalkan diet bebas daging.

 

5. Kaya omega-3

Selain itu, biji chia juga didapati kaya dengan omega-3 yang memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan.

 

6. Menguatkan tulang

Kandungan kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang tinggi meningkatkan kesihatan tulang terutama bagi mereka yang tidak mengambil produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju.

 

#HealthDrZubaidi

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!