TANDA PENGUMPULAN LEMAK KOLESTROL DALAM TUBUH

Ramai yang tidak tahu bahawa bintil berwarna kuning pada kelopak mata atau bintil lemak pada siku adalah petanda awal pengumpulan kolesterol yang berisiko diserang penyakit jantung.

Selain itu bintil ini boleh ada di sendi lutut, pergelangan kaki, dan tangan kerana ia melibatkan tendon yang melintasi sendi yang terlibat.

Ia dikenali sebagai xanthelasma.

Bukan setakat kelopak mata, pengumpulan lemak boleh berlaku dalam mata (permukaan retina) dan di anak mata.

Selalunya mereka ini bila melakukan pemeriksaan darah untuk kolestrol akan menunjukkan peningkatan tahap kolestrol.

Jika ada masalah peningkatan kolestrol dan pada masa yang sama ada penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi (hipertensi) dan berat badan berlebihan (obesiti) risiko untuk mendapat serangan sakit jantung dan stroke adalah tinggi.

Apatah lagi jika ada sejarah ahli keluarga yang pernah mendapat serangan sakit jantung. Jika merokok, hentikanlah kerana ia mengurangkan risiko serangan sakit jantung sebanyak 20 peratus.

Serangan jantung berlaku apabila aliran darah ke jantung tersumbat. Sementara stroke boleh berlaku apabila aliran datang ke otak tersumbat. Ini disebabkan pengumpulan lemak kolesterol dan darah beku.

Oleh kerana penyakit kronik seperti gout, tekanan darah tinggi, diabetes dan tahap kolesterol adalah masalah saling berkaitan, buatlah pemeriksaan doktor untuk masalah di atas, sekurang-kurang setahun sekali.

Selalunya penyakit ini akan datang satu persatu.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!