MENGAPA KACANG KUDA (CHICKPEAS) MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG?

MENGAPA KACANG KUDA (CHICKPEAS) MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG?

Apabila kita memakan sesuatu yang ‘tidak sesuai’ dengan kita, perut kita akan kembung, rasa berangin, memulas dan kadang kala menyebabkan rasa tidak selesa untuk melakukan tugas seharian.

Dengan ini tubuh memberitahu kita, elakkan makanan ini atau jangan makan berlebihan.

Antara makanan yang kita makan menyebabkan masalah ini adalah kacang kuda.

Sebelum itu saya ingin memberitahu tahu satu istilah FODMAP iaitu Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides and Polyols iaitu jenis gula yang dihasilkan dari karbohidrat, tetapi tidak diserap secara lengkap oleh usus kita.

Gula ini apabila sampai ke usus kecil , mula menyimpan air sehingga sampai ke usus besar. Dalam usus besar proses fermentasi dilakukan oleh bakteria-bakteria baik.

Penyimpanan air pada gula yang tidak diserap ini akan menyebabkan usus akan mengembang. Perut akan menjadi tidak selesa dan rasa memulas.

Sementara proses fermentasi tadi menghasilkan gas yang banyak sehingga perut menjadi kembung dan tidak selesa.

Sesetengah di antara kita tidak mempunyai enzim yang memecahkan molekul FODMAP.

Kacang kuda mempunyai banyak FODMAP dan ini menyebabkan ramai yang mengadu rasa kembung dan tidak selesa setelah memakannya.

Oleh itu jangan ambil terlalu banyak kacang kuda. Bagi mereka yang mengalami masalah penghadaman seperti Irritable Bowel Syndrome (IBS) iaitu masalah kerap buang air besar, elakkan dari mengambil kacang kuda.

Bagi yang teringin mengambil kacang kuda sebagai kudapan, boleh kurangkan kesan ini dengan merendam kacang kuda untuk beberapa malam. Selalunya dua atau tiga malam sudah mencukupi. Bila air sudah berubah, jangan risau. Basuh saja kacang tersebut sehingga baunya hilang.

Kemudian boleh rebus atau tumis seperti biasa untuk hidangan lebih sedap.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!