ALAHAN MAKAN SOTONG?

Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya. Beberapa hari yang lepas, saya dimasukkan ke wad hospital kerana mengalami kegatalan seluruh badan seperti gegata. Doktor di sana mengesyaki saya mengalami alahan pada sotong yg dimakan sebelum tu.

Saya ingin dapatkan pencerahan drp doktor, benarkah jika sebelum ni mknn laut mmg boleh dimkn tanpa apa-apa alahan, tetapi pada suatu masa nanti seseorang itu akan mgalami alahan pada mknn laut tersebut. Dan jika benar, adakah bermakna saya tidak boleh mkn mknn laut sampai bila2 atau dibolehkan dimkn dgn kadar yg sedikit saja. Sampai ke saat ini saya masih lagi belum mkn mknn laut tersebut kerana bimbang akan mengalami kegatalan semula. Mohon pandangan doktor.

Walaikumusalam.

Masalah puan adalah mengalami kegatalan seluruh badan yang melampau sehingga dimasukkan ke wad hospital.

Doktor mengesyaki puan mengalami alahan pada sotong yang puan makan, padahal sebelum ini puan tiada masalahan pada sotong.

Saya berpendapat bahawa pertama sekali puan elok buat pemeriksaan darah untuk ujian alahan. Ujian ini lebih tepat bagi menentukan puan ada masalah tersebut. Tanpa ujian ini, anggap doktor tersebut tidak dapat disahkan kerana pelbagai sebab atau punca yg menyebabkan puan mengalami masalah kegatalan ini. Dengan melakukan ujian ini, puan tahu apakah yang sebenarnya menyebabkan masalah kegatalan ini. Pada masa hadapan puan lebih berhati-hati dengan pemilihan makanan.

Kedua, mungkin juga puan tidak mengalami masalah alahan dengan sotong, tetapi masalah dengan bahan-bahan masakan yang dicampur dengan sotong. Contoh, belacan, telur dan mungkin ajinomoto.

Soalan seterusnya, adakah puan boleh mengalami alahan pada makanan yang puan tiada masalah alahan sebelum ini? Ya, boleh. Keadaan ini dinamakan “delayed hypersensitiviti”.

Jadi berbincanglah dengan doktor merawat agar puan diberikan penerangan dan rawatan sebaiknya.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Jika ada sebarang pertanyaan ringkas, boleh sertai Kelab Sihat Empat Belas tanpa bayaran.

Wassap saya 0 1 9 7 0 2 2 3 9 1.

Leave a Reply

error: Content is protected !!