Koleksi Artikel

PERLU SUPLEMEN UNTUK ATASI KESAN UBAT SINTETIK?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Jika seseorang mengambil ubat Metformin, Perindopril dan Statin, apakah suplemen harian yang disarankan untuk membantu mengurangkan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut? Terima kasih, Dr.”   Waalaikumussalam.   Kesan sampingan ubat sintetik akan terasa apabila seseorang mula mengambil ubat tersebut dalam dos maksima dan dalam jangkamasa yang lama.   Antara kesan sampingan yang utama untuk pengambilan Metformin adalah : ✅ Kekurangan vitamin B12 yang menyebabkan anemia, rasa kebas dan keletihan. ✅Ketidakseimbangan mikrobiota (kuman baik) dalam usus yang menyebabkab masalah perut dan usus seperti cirit-birit, kembung. ✅ Gangguan penyerapan nutrien terutama folat dan coenzim Q10.     …

Read More »

KERAP KENCING BILA AMBIL UBAT DAPAGLIFLOZIN

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Sejak mula mengambil ubat dapagliflozin, saya perasan kerap buang air kecil. Adakah ini kesan biasa ubat tersebut atau merupakan kesan sampingan yang perlu dibimbangkan? Terima kasih”. ********   Waalaikumussalam.   Ya, kerap buang air kecil selepas mengambil dapagliflozin adalah biasa dan merupakan kesan farmakologi utama ubat tersebut, bukan sekadar kesan sampingan. Dapagliflozin ialah ubat dalam kumpulan SGLT2 inhibitor (sodium-glucose co-transporter 2 inhibitor). Ubat ini digunakan untuk: ✅ Mengawal paras gula dalam darah pesakit diabetes jenis 2. ✅ Digunakan juga untuk pesakit gagal jantung dan masalah buah pinggang kronik. Dapagliflozin bertindak menyekat protein SGLT2 dalam buah pinggang. …

Read More »

APA ITU AUTO-BREWERY SYNDROME?

“Bila perut jadi kilang alkohol tanpa kita sedar…” Bayangkan seorang ibu muda di Toronto, sedang menyediakan makan tengah hari untuk anak-anaknya. Tiba-tiba dia rasa pening, lemah, dan akhirnya pengsan. Lebih pelik, nafasnya berbau alkohol – walaupun dia tidak minum setitis pun! Selama dua tahun, pelbagai doktor menolaknya. Mereka menuduhnya meminum alkohol secara diam-diam. Namun si ibu tetap teguh dengan kata hatinya – “Aku tak pernah minum” Selepas tujuh kali masuk ke unit kecemasan, barulah seorang doktor mencadangkan satu diagnosis pelik tetapi benar: Auto-Brewery Syndrome (ABS). — Apa Itu Auto-Brewery Syndrome? ABS adalah satu kondisi sangat jarang berlaku di mana mikroorganisma …

Read More »

SAKIT DI BELAKANG LUTUT

“Assalamualaikum doktor. Saya nak tanya — setiap kali rukuk, saya rasa sakit di bahagian belakang lutut dan belakang peha. Ubat apa yang sesuai saya ambil? Terima kasih.”   Waalaikumussalam, terima kasih atas soalan.   Sakit di belakang lutut dan belakang peha semasa rukuk selalunya berpunca daripada salah satu perkara berikut:   1. Ketegangan otot hamstring (otot besar di belakang peha) 2. Keradangan atau ketegangan ligamen di belakang lutut 3. Masalah saraf sciatica ringan (jika sakit menjalar dari pinggang ke kaki) 4. Kurang regangan otot akibat posisi duduk lama atau kurang bersenam   Saya mencadangkan, untuk sementara (jika rasa betul-betul sakit). …

Read More »

LENDIR SELEPAS HAID

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, kenapa selepas habis haid keluar keputihan? Adakah ia normal, doktor? Apakah suplemen yang sesuai? Adakah Kacip Fatimah boleh membantu? Terima kasih.”   ********   Waalaikumussalam.   Keputihan selepas haid biasanya normal dan sebahagian daripada kitaran haid yang sihat.   Ia bergantung pada warna, tekstur, dan bau keputihan tersebut.   1. Keputihan Normal Selepas Haid ✔ Warna: Putih, jernih, atau sedikit kekuningan. ✔ Tekstur: Pekat atau berlendir. ✔ Bau: Tiada bau atau sedikit berasid. ✔ Sebab: Pembersihan semula jadi faraj selepas haid. Perubahan hormon estrogen dan progesteron.   2. Keputihan Tidak Normal (Perlu Berhati-hati!) ❌ Warna: Kuning …

Read More »

PARU-PARU BERAIR DAN KONSEP RAWATAN OLIVE HOUSE

  “Assalamualaikum. Boleh beri cadangan rawatan untuk pesakit yang mengalami masalah paru-paru berair, mengikut konsep Olive House? Terima kasih”. ********   Walaikumusalam.   Paru-paru berair (pulmonary edema) adalah keadaan di mana terdapat pengumpulan cecair berlebihan dalam paru-paru, menyebabkan kesukaran bernafas.   Ia boleh berlaku akibat: 1. Kegagalan jantung – Jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik, menyebabkan cecair berkumpul di paru-paru. 2. Jangkitan paru-paru (pneumonia) – Bakteria atau virus menyebabkan keradangan dan kebocoran cecair ke dalam paru-paru. 3. Masalah buah pinggang – Kegagalan buah pinggang menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan, termasuk paru-paru. 4. Kesan sampingan ubat atau alahan – Sesetengah …

Read More »

HOMOCYSTEIN TINGGI

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berumur 40 tahun. Bacaan homocystein saya agak tinggi dalam pemeriksaan lepas. Selain itu saya obes 108kg tinggi 165 dan merokok. Bagaimana cara untuk menurunkan bacaan homosystein? Saya dimaklumkan bahawa salah satu caranya adalah dengan mengambil suplemen B kompleks. Adakah terdapat nasihat lain yang boleh diamalkan? Bagaimana pula dengan pengambilan vitamin E dan co-enzim Q10? Terima kasih.” Saya sertakan juga bacaan lipid profile saya. Total kolestrol: 6.4LDL: 4.6HDL: 1.2 NON-HDL: 5.1TG:1.4 Homocystrine : 25Hb1Ac: 5.2BP : 138/86 Waalaikumusalam.   Analisa keputusan ujian profile lipid anda. Total Kolesterol: 6.4 mmol/L (Tinggi – Sasaran <5.2) LDL : 4.6 …

Read More »

MEMBUANG SETIAP HARI TANDA USUS SIHAT?

  “Assalamualaikum, Dr, betulkah jika seseorang membuang air besar setiap hari, itu menandakan ususnya sihat. Terima kasih?” Waalaikumussalam.   Tidak semestinya. Kekerapan membuang air besar yang normal berbeza bagi setiap individu.   Ada yang membuang air besar sekali sehari, ada yang dua kali sehari, dan ada juga yang selang sehari.   Tanda-tanda usus yang benar-benar sihat bukan hanya bergantung kepada kekerapan buang air besar.   Ia bergantung kepada : 1. Tekstur najis yang normal – Tidak terlalu keras (sembelit) atau terlalu cair (cirit-birit). Najis yang sihat biasanya berbentuk seperti sosej dan mudah keluar. 2. Tiada rasa sakit atau ketidakselesaan – …

Read More »

BERBAHAYAKAH ASPIRIN?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada ambil aspirin 100mg. Adakah itu dos tinggi? Terima kasih.” Waalaikumussalam. Aspirin 100mg sehari adalah dos rendah dan biasanya digunakan untuk mencegah serangan jantung dan strok pada individu yang berisiko tinggi, termasuk pesakit: ✔ Penyakit jantung koronari (contohnya, selepas serangan jantung atau pemasangan stent) ✔ Hipertensi & kolesterol tinggi (jika ada risiko penyakit jantung) ✔ Diabetes dengan faktor risiko kardiovaskular ✔ Sejarah strok ringan (TIA – transient ischemic attack) Dos tinggi aspirin biasanya bermula dari 325mg ke atas, dan lebih kerap digunakan untuk: ❌ Merawat sakit atau keradangan akut ❌ Merawat penyakit autoimun seperti artritis reumatoid …

Read More »

BAGAIMANA MINYAK ZAITUN OLIVIE 30 PLUS MEMBANTU MENGAWAL PENYAKIT 3 SERANGKAI?

  Penyakit tiga serangkai merujuk kepada diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi), dan dislipidemia (kolesterol tinggi), yang merupakan faktor utama penyakit jantung.   Minyak zaitun, khususnya extra virgin olive oil (EVOO), mengandungi asid lemak tak tepu (MUFA), polifenol, dan antioksidan yang membantu mengawal ketiga-tiga penyakit ini secara semula jadi.   1. Minyak Zaitun & Diabetes ✅ Meningkatkan sensitiviti insulin – Kajian menunjukkan bahawa MUFA dalam minyak zaitun membantu sel menggunakan insulin dengan lebih efisien, mengurangkan rintangan insulin. ✅ Mengawal paras gula darah – Minyak zaitun memperlahankan penyerapan glukosa dari makanan, mengelakkan lonjakan gula darah selepas makan. ✅ Mengurangkan risiko diabetes jenis …

Read More »

BERAPA BANYAK AIR TEBU YANG BOLEH DIAMBIL KETIKA BERBUKA PUASA

Air tebu adalah sumber gula semula jadi yang cepat diserap oleh badan kerana ia mengandungi sukrosa, fruktosa, dan glukosa tanpa serat yang memperlahankan penyerapannya.   Oleh itu, jumlah pengambilan air tebu semasa berbuka perlu dikawal, bergantung kepada tahap aktiviti seseorang.   Apa maksud aktif? Aktif bermaksud seseorang banyak menggunakan tenaga dalam sehari, sama ada melalui kerja fizikal atau senaman.   Contohnya: ✔ Senaman berkala – Berjalan kaki lebih 10,000 langkah sehari, berjoging, berbasikal, berenang. ✔ Kerja fizikal – Pekerja buruh, petani, penghantar makanan, atlet. ✔ Latihan intensiti tinggi – Angkat berat, HIIT, sukan kompetitif.   Sebaliknya, tidak aktif bermaksud seseorang …

Read More »

SAKIT TEKAK. BOLEH AMBIL MINYAK ZAITUN OLIVIE?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Puan U. Nak tanya, kalau tonsil sedang bengkak, adakah pengambilan minyak zaitun akan memberi kesan? Perlukah saya berhenti seketika, sebab bila telan minyak zaitun, terasa perit di tekak? Atau ada cara lain untuk mengambilnya, terutama ketika berpuasa? Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Apabila tonsil sedang bengkak, tekak menjadi lebih sensitif dan mudah terasa sakit, terutama apabila menelan sesuatu yang bertekstur berminyak atau berasid.   Minyak zaitun sebenarnya mempunyai sifat anti-radang dan boleh membantu mengurangkan keradangan, tetapi jika ia menyebabkan ketidakselesaan atau rasa perit, saya mencadangkan beberapa alternatif: 1. Ambil dalam jumlah kecil – Cuba ambil minyak …

Read More »

TELINGA BERDESING

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Apakah punca telinga berdesing? Adakah ia disebabkan oleh ubat yang diambil, kesan sampingan lain, atau faktor lain? Bagaimana cara untuk mengatasinya? Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Telinga berdesing, atau tinnitus, adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi seperti dengungan, siulan, atau desingan walaupun tiada bunyi luaran yang nyata.   Ia boleh berlaku pada satu atau kedua-dua belah telinga dan boleh bersifat sementara atau berterusan.   Antara punca telinga berdesing adalah:   1. Pendedahan kepada bunyi kuat Bunyi kuat dari muzik, mesin, atau letupan boleh merosakkan sel rambut halus dalam koklea (bahagian dalam telinga) dan menyebabkan tinnitus. …

Read More »

APAKAH ALTERNATIF BAGI UBAT KEMURUNGAN?

  Biasanya pesakit kemurungan akan diberikan ubat seperti Escitalopram 10mg dan Quetiapine 50mg.   Kedua-dua ubat sintetik ini aadalah ubat yang digunakan untuk merawat masalah kesihatan mental, tetapi kedua-duanya mempunyai mekanisme tindakan yang berbeza.   1. Escitalopram 10mg Kegunaan: Merawat kemurungan (Major Depressive Disorder – MDD) dan gangguan kebimbangan (Generalized Anxiety Disorder – GAD). Kelas Ubat: SSRI (Selective Serotonin Reuptake Inhibitor). Cara Berfungsi: Meningkatkan tahap serotonin dalam otak, yang membantu meningkatkan mood dan mengurangkan kebimbangan.   Selain ubat ini, doktor mungkin menggantikan dengan ubat seperti: ✅Sertraline (Zoloft) ✅Fluoxetine (Prozac) ✅Paroxetine (Paxil) ✅Venlafaxine (Effexor XR) – SNRI, boleh digunakan jika SSRI …

Read More »

TURUN BERAT BADAN DI BULAN PUASA DENGAN MENGELAKKAN 4P

Bulan Ramadan adalah peluang terbaik untuk menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan.   Salah satu cara paling berkesan adalah dengan mengelakkan 4P iaitu gula putih, tepung putih, beras putih, dan susu.   Keempat-empat bahan ini mempunyai indeks glisemik yang tinggi, menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah secara mendadak dan meningkatkan simpanan lemak dalam badan.   Apabila badan mengalami lonjakan gula yang tinggi, pankreas akan merembeskan lebih banyak insulin, yang akhirnya mendorong penyimpanan lemak dan menyukarkan penurunan berat badan.   1. Mengelakkan Gula Putih Gula putih adalah penyumbang utama kepada peningkatan berat badan kerana ia mengandungi kalori kosong tanpa sebarang zat …

Read More »

BOLEHKAN PESAKIT CKD AMBIL KURMA?

  Bila bercakap pasal kurma ramai yang bimbang untuk mengambilnya terutama pesakit ginjal (CKD tahap 3, 4 dan 5) kerana kurma mempunyai tahap potassium yang lebih tinggi dari buah yang lain.   Namun begitu, kita sebagai pencinta sunnah ingin mendapat barakah dari pemakanan kurma.   Terdapat beberapa hadis yang menyebut tentang kelebihan berbuka dengan kurma dan pengambilan kurma ketika sahur, termasuk amalan Rasulullah SAW.   1. Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata: > كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتَمَرَاتٌ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَمَرَاتٌ، حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ “Rasulullah ﷺ biasa …

Read More »

YOGURT UNTUK PESAKIT PERUT BERANGIN?

  “Salam, Dr. Saya ingin bertanya mengenai Greek yogurt. 1. Bilakah waktu yang sesuai untuk mengambilnya? 2. Bolehkah ia diambil bersama kurma? 3. Adakah Greek yogurt sesuai untuk individu yang mengalami masalah angin ? Terima kasih, Dr.” Waalaikumussalam. 1. Greek yogurt boleh diambil pada bila-bila masa, tetapi waktu terbaik bergantung pada tujuan pengambilannya: ✅ Pagi (semasa sarapan atau sahur): Memberikan sumber protein yang baik dan membantu kenyang lebih lama. ✅ Selepas makan tengah hari: Bagus untuk pencernaan kerana kandungan probiotik nya. ✅ Sebagai snek sebelum tidur: Memberi protein kasein yang membantu pemulihan otot semasa tidur. ✅ Selepas bersenam: Baik untuk …

Read More »

KURMA UNTUK PESAKIT GASTRITIS ATAU GERD

  “Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, semasa sahur, bilakah waktu yang sesuai untuk mengambil minyak zaitun—sebelum atau selepas makan? Adakah ia boleh dicampurkan dengan buah kurma bagi pesakit gastrik atau GERD? Terima kasih, doc.”   Waalaikumussalam.   Minyak zaitun boleh diambil sebelum atau selepas makan ketika sahur, bergantung kepada tujuan penggunaannya:   Sebelum makan: Membantu melapisi perut dan mengurangkan keradangan bagi pesakit gastrik atau GERD. Selepas makan: Membantu dalam penyerapan nutrien daripada makanan yang diambil.   Bolehkah dicampur dengan buah kurma? Ya, minyak zaitun boleh dicampurkan dengan kurma. Malah, ini adalah kombinasi yang baik kerana:   1. Kurma bersifat …

Read More »

DEMAM CAMPAK

“Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Adakah terdapat ubat untuk demam campak? Adakah ubatnya berbeza antara anak-anak dan ibu bapanya? Selain daripada menyapu losyen calamine yang berwarna merah jambu itu, sekarang mereka memberikan krim yang melembapkan kulit, bukan? Sebab losyen calamine boleh menyebabkan kulit terasa kering. Terima kasih”. Waalaikumussalam.   Demam campak (measles) disebabkan oleh virus dan tiada ubat khusus untuk merawatnya. Rawatan yang diberikan lebih kepada mengurangkan simptom dan membantu tubuh melawan jangkitan secara semula jadi.   1. Adakah terdapat ubat untuk demam campak? ✅ Tiada ubat antivirus khusus untuk demam campak. Rawatan biasanya melibatkan: ✅ Rehat secukupnya supaya sistem imun dapat …

Read More »

APA YANG DILEPASKAN DARI OTOT JANTUNG JIKA BERLAKU SERANGAN JANTUNG?

  Enzim yang dilepaskan oleh otot jantung yang rosak selepas serangan jantung dipanggil Troponin (Troponin I dan Troponin T).   Selain itu, terdapat juga enzim lain yang boleh digunakan untuk mengesan kerosakan jantung, seperti Creatine Kinase-MB (CK-MB) dan Lactate Dehydrogenase (LDH), tetapi troponin adalah penanda yang paling spesifik dan sensitif.   1. Troponin (Troponin I dan Troponin T) Troponin adalah protein yang terdapat dalam otot jantung dan dilepaskan ke dalam darah apabila sel jantung mengalami kerosakan, seperti dalam kes serangan jantung (myocardial infarction). Ujian troponin adalah ujian darah utama untuk mengesan serangan jantung kerana ia sangat spesifik kepada jantung. Paras …

Read More »

BOLEHKAN IBU MENYUSUKAN ANAK MENGAMBIL MELATONIN?

  Secara umum, melatonin tidak disarankan untuk ibu menyusukan anak kecuali atas nasihat doktor.   Kajian menunjukkan bahawa melatonin yang diambil dalam bentuk suplemen boleh masuk ke dalam susu ibu, walaupun dalam jumlah kecil.   Walaupun melatonin adalah hormon semula jadi dalam badan, kesan tambahan melatonin kepada bayi yang sedang menyusu masih belum dikaji sepenuhnya. Bayi yang baru lahir masih mempunyai sistem hormon dan tidur yang belum matang.   Peningkatan melatonin melalui susu ibu boleh mengganggu ritma tidur semula jadi bayi atau menyebabkan kesan sampingan yang belum diketahui.   Jika ibu menyusu mengalami kesukaran tidur, berikut adalah beberapa cara semula …

Read More »

PEMAKANAN DAN RAWATAN UNTUK PESAKIT DEMENSIA

Ada beberapa pendekatan yang boleh membantu individu yang mengalami nyanyuk (demensia), termasuk pemakanan, suplemen, dan rawatan.   ✅ Pemakanan yang baik boleh memperlahankan kemerosotan kognitif dan menyokong fungsi otak.   Pemakanan yang disarankan termasuk: ✔️Kaya dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan, ikan berlemak (seperti salmon, tuna), minyak zaitun, dan kacang-kacangan. ✔️Makanan tinggi antioksidan – Contoh: beri biru, brokoli, bayam, dan teh hijau untuk mengurangkan keradangan otak. ✔️Asid lemak Omega-3 – Dari ikan berlemak, biji chia, dan minyak ikan untuk melindungi sel otak. ❎ Kurangkan gula dan makanan proses – Mengawal gula dalam darah boleh membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. ✔️ Vitamin B12 …

Read More »

APAKAH PEMAKANAN DAN RAWATAN UNTUK BREAST ABSCESS?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Jika mengalami masalah breast abscess (payudara bernanah), apa pemakanan, suplemen dan rawatan untuk masalah ini agar tidak berulang? Terima kasih Dr Zubaidi.”   Waalaikumussalam.   Breast abscess ialah jangkitan dalam tisu payudara yang menyebabkan pengumpulan nanah, biasanya berpunca daripada mastitis (keradangan tisu payudara) yang tidak dirawat.   Ia sering berlaku dalam kalangan ibu menyusu tetapi juga boleh berlaku kepada wanita lain akibat jangkitan bakteria.   Rawatan yang tepat dan pemakanan yang sesuai dapat membantu mempercepatkan penyembuhan.   Pemakanan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun dan mempercepatkan pemulihan.   🖍️ Makanan yang Disarankan ✔ Protein tinggi sihat …

Read More »

GARAM BERIODIN ATAU TIDAK BERIODIN?

  “Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, garam mana yang lebih baik—beriodin atau tanpa iodin? Saya agak keliru. Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Pilihan antara garam beriodin dan tanpa iodin bergantung pada keperluan kesihatan anda.   Garam beriodin membantu fungsi kelenjar tiroid, mengelakkan goiter (bengkak tiroid) dan masalah hormon.   Ia juga penting untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.   Jadi ia disyorkan untuk mereka yang kurang sumber iodin dalam diet seperti ikan laut, makanan laut, dan produk tenusu.   Jika ada masalah hipertiroidisme (tiroid terlalu aktif), perlu kawal pengambilan iodin.   Bagi mereka yang sudah cukup iodin …

Read More »

AMBIL UBAT PENAHAN HAID, TAK SEDAR SEDANG HAMIL

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi, Saya baru pulang dari mengerjakan umrah dari 7 Februari hingga 18 Februari. Doktor, saya ingin bertanya. Sebelum berangkat pada 7 Februari, saya melakukan ujian kehamilan (UPT) dan keputusannya negatif. Saya kemudian mengambil ubat tahan haid Norcolut sebanyak dua kali sehari selama empat hari ketika berada di Madinah. Apabila tiba di Mekah pada 11 Februari, saya meningkatkan dos Norcolut kepada tiga kali sehari. Pada 15 Februari, saya berhenti mengambil Norcolut. Namun, setelah kembali ke Malaysia, haid saya masih belum datang. Saya kemudian melakukan ujian kehamilan (UPT) dan keputusannya positif.Apakah kesan pengambilan Norcolut terhadap kandungan saya? Terima kasih”. …

Read More »

PERLUKAH SAYA AMBIL UBAT KOLESTEROL

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, adakah saya perlu mengambil ubat kolesterol jika jumlah kolesterol saya adalah 6.1 mmol/L? Saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan, dan semua keputusan lain adalah normal, kecuali kolesterol. Saya juga tidak mempunyai masalah darah tinggi atau diabetes. Terima kasih, doktor”.   Waalaikumussalam.   Berdasarkan bacaan kolesterol 6.1 mmol/L, keputusan untuk mengambil ubat kolesterol bergantung kepada faktor risiko lain.   Oleh kerana tahap tekanan darah dan gula puan normal, serta keputusan lain juga baik, puan mungkin tidak perlu terus mengambil ubat kolesterol.   Namun, berikut adalah beberapa faktor tambahan yang perlu puan dipertimbangkan:   Pertama, jenis kolesterol. …

Read More »

USUS SIHAT, EMOSI POSITIF

  Ramai yang tidak tahu bahawa usus yang sihat memberikan impak emosi yang positif.   Ketidakseimbangan mikrobiome (bakteria baik dan bakteria jahat) dalam usus besar boleh memberi kesan langsung kepada emosi, terutama kebimbangan (anxiety). Usus dan otak dihubungkan melalui saraf vagus serta sistem imun dan hormon.   Ketidakseimbangan mikrobiome boleh mengubah komunikasi ini, menyebabkan peningkatan kebimbangan dan stres. Bakteria baik dalam usus membantu menghasilkan neurotransmitter penting seperti serotonin dan GABA, yang berperanan menenangkan minda.   Apabila mikrobiome terganggu, paras serotonin menurun, meningkatkan risiko kebimbangan dan kemurungan. Ketidakseimbangan mikrobiome juga boleh menyebabkan keradangan sistemik, yang dikaitkan dengan gangguan mental seperti kebimbangan …

Read More »

BILA PEMBEDAHAN JANTUNG DILAKUKAN?

  Secara umum, pembedahan (stenting atau CABG) biasanya dipertimbangkan apabila terdapat penyumbatan yang signifikan, iaitu lebih daripada 70% pada arteri utama atau lebih daripada 50% jika melibatkan arteri utama kiri (Left Main Coronary Artery, LMCA).   Namun, keputusan untuk menjalani prosedur bergantung kepada lokasi, simptom, dan risiko pesakit. Untuk tahap penyumbatan kurang dari 50%, tidak memerlukan prosedur invasif.   Rawatan utama yang diberikan adalah perubahan gaya hidup dan ubat seperti statin, aspirin, dan ubat tekanan darah.   Namun jika ada gejala serius seperti angina tidak terkawal, ujian lanjut mungkin diperlukan. Bagi penyumbatan antara 50% hingga 70%, rawatan ubat-ubatan selalu diberikan …

Read More »

TAHAP KOLESTEROL DAN RISIKO KARDIOVASKULAR

  Berdasarkan keputusan ujian darah ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan tahap kolesterol dan risiko kardiovaskular:   TAHAP KOLESTEROL DAN RISIKO KARDIOVASKULAR   1. Kolesterol Total (7.36 mmol/L) – Tinggi Paras normal: < 5.20 mmol/L Paras ini menunjukkan peningkatan kolesterol secara keseluruhan, yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.   2. HDL (Kolesterol Baik) – 1.78 mmol/L – Normal & Baik Paras normal: > 1.03 mmol/L HDL membantu membuang kolesterol berlebihan dari saluran darah. Ini adalah petanda positif.   3. LDL (Kolesterol Jahat) – 5.18 mmol/L – Tinggi Paras normal: < 2.60 mmol/L LDL yang tinggi boleh …

Read More »

TERSEDAK SUSU DI KALANGAN BAYI MAKIN KERAP BERLAKU

Tersedak susu (aspirasi susu) di kalangan bayi merujuk kepada keadaan di mana susu masuk ke dalam saluran pernafasan (trakea) dan bukannya ke dalam esofagus menuju ke perut.   Ini boleh menyebabkan bayi tercekik, sukar bernafas, atau mengalami masalah pernafasan yang serius, yang dalam kes tertentu boleh mengakibatkan kematian mendadak.   Bagaimana Tersedak Susu Berlaku? 1. Penyusuan dalam posisi salah – Bayi yang disusukan dalam keadaan terlalu baring atau tidak menegak sedikit boleh meningkatkan risiko susu masuk ke saluran pernafasan. 2. Aliran susu terlalu laju – Jika bayi menyusu dari botol dengan lubang puting yang besar atau ibu mengalami refleks let-down …

Read More »

ANGGOTA TUBUH PANAS BILA MINUM KOPI DAN SAMBAL BELACAN

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya pengamal Minyak Zaitun OLIVIE dan Minyak Zaitun OPU. Saya ingin bertanya kenapa tapak tangan atau kaki terasa panas selepas minum sesuatu? Contohnya, jika saya minum kopi dengan gula atau pemanis hegula, saya akan rasa panas pada kaki. Perkara yang sama berlaku jika saya makan sambal belacan. Saya telah memeriksa paras gula darah, dan bacaan pagi saya adalah 5.75 mmol/L, manakala selepas makan, ia meningkat kepada 7 atau 8 mmol/L. Adakah ini berkaitan dengan minyak zaitun yang saya amalkan. Terima kasih.” Waalaikumussalam.   Puan sedang mengalami masalah pre-diabetik.   Puan mengalami rasa panas pada tapak tangan …

Read More »

BAHAN KIMIA PENGGANGGU ENDOKRIN DAN KESUBURAN ANDA

  Setiap wanita tahu betapa kuatnya pengaruh hormon terhadap tubuh mereka. Dan setiap wanita yang cuba hamil juga tahu betapa pentingnya hormon untukhamil dan melahirkan bayi yang sihat. Ia juga mengganggu emosi dan produktif kerja.   Tetapi, bagaimana jika hormon anda sedang terganggu tanpa anda sedari?   Apa itu Bahan Kimia Pengganggu Endokrin?   Bahan kimia pengganggu endokrin (Endocrine Disruptor Hormone, EDC) adalah bahan kimia (selalunya buatan manusia) yang dapat meniru atau mengganggu hormon dalam sistem endokrin anda.   Sistem endokrin bertanggungjawab untuk mengatur banyak fungsi dalam tubuh, termasuk mood, metabolisme, tidur, fungsi seksual, dan tentu saja, sistem reproduktif anda. …

Read More »

GBS DAN CANDIDA DI AWAL KEHAMILAN?

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya hamil 8 minggu dan didapati positif GBS. Perlukah saya mengambil antibiotik seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor? Selain itu, adakah ubat insert faraj (Candid-V3) diperlukan pada trimester pertama? Saya bimbang ia mungkin memberi kesan sampingan kepada kandungan. Untuk pengetahuan, saya juga positif GBS dan Candida Albicans. Saya mengalami lelehan putih berair tanpa bau dan tanpa rasa gatal. Doktor telah memberikan antibiotik Erythromycin ES 400mg serta ubat insert faraj Candid-V3. Keputusan ini diperoleh melalui ujian swab faraj. Terima kasih.”   Waalaikumussalam. Saya akan perjelaskan berdasarkan maklumat yang saya terima. Saya pecahkan pertanyaan puan kepada beberapa bahagian. …

Read More »

MAKAN NASI CEPAT NAIK BERAT BADAN?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Betulkah ada badan yang tidak boleh menerima karbohidrat, seperti nasi, mi, dan kuetiau? Maksudnya, apabila makan, berat badan cepat naik, tetapi apabila tidak makan atau mengurangkan pengambilannya, berat badan mudah turun”.   Waalaikumussalam.   Secara umum, semua orang boleh menerima karbohidrat, tetapi ada individu yang lebih sensitif terhadapnya. Ini bergantung pada metabolisme, hormon insulin, dan tahap aktiviti fizikal seseorang.   Kenapa Ada Orang Cepat Naik Berat Bila Makan Karbohidrat?   1. Rintangan Insulin Individu dengan rintangan insulin sukar menggunakan glukosa daripada karbohidrat sebagai tenaga. Glukosa berlebihan akan ditukar kepada lemak simpanan, menyebabkan kenaikan berat badan lebih cepat. …

Read More »

UBAH SIKIT UNTUK HIDUP SIHAT DAN BERTENAGA

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan darah penuh, dan bacaan kolesterol saya berada pada tahap borderline, iaitu 5.3 mmol/L. Apa yang perlu saya lakukan untuk menurunkannya? Saya seorang lelaki berumur 46 tahun, perokok, dan penggemar kopi. Berikut adalah rutin pemakanan harian saya: Pagi: Nasi lemak atau roti canai, bersama teh tarik atau Nescafe. Tengah hari: Nasi berlauk (portion nasi tidak banyak), dengan 1 atau 2 jenis lauk dan sayur. Petang: Roti atau biskut dicicah dengan kopi atau teh tarik. Malam: Tidak mengambil sebarang makanan. Maklumat fizikal saya: Tinggi: 150 cm Berat: 53 kg Saya juga seorang pelari, berlari …

Read More »

BAHAYAKAH MAKAN BAWANG?

  Fructooligosaccharides (FOS) tergolong dalam kumpulan prebiotik.   Ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus manusia.   Bagi orang yang sihat, FOS boleh memberi manfaat sebagai prebiotik.   ✅ Menyuburkan bakteria baik dalam usus, terutama Bifidobacteria dan Lactobacilli. ✅ Meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium dan magnesium. ✅ Meningkatkan kesihatan usus dengan menghasilkan asid lemak rantaian pendek (SCFA), yang baik untuk sel-sel usus. ✅ Meningkatkan sistem imun dengan menguatkan lapisan mukosa usus. Antara sumber semulajadi FOS adalah: 👉 Bawang merah & putih 👉 Bawang prei (leek) 👉 Bawang spring 👉 Asparagus 👉 Pisang (terutama yang belum terlalu masak) 👉 …

Read More »
error: Content is protected !!