Koleksi Artikel

makan durian dengan selamat

MAKAN DURIAN DALAM KUANTITI KECIL Artikel di bawah adalah temubual wartawan Harian Kosmo bersama saya.     PESAKIT kronik seperti jantung dan ginjal disarankan makan durian dalam kuantiti satu atau dua sudu kecil sahaja.   MUSIM durian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Hartini @ Khaslin Dolah Mok Sim, 35, kerana ia merupakan buah kegemarannya sejak kecil.   Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, durian mempunyai kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi.   Dua ulas biji durian mengandungi 60 hingga 80 kcal kalori yang bersamaan dengan setengah cawan nasi putih.   Kalori tersebut bergantung kepada jenis baka …

Read More »

Makan antibiotik ceferoxime ketika hamil

MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL “Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih.” WALAIKUMUSALAM 1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus. 2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan. 3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil. 4. Namun ia seharusnya dielakkan jika ia tidak perlu digunakan. 5. …

Read More »

Psoriasis dan VCO

PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA     Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis.  Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal …

Read More »

BOLEHKAH MENGHENTIKAN UBAT HORMON THYROID?

Assalamualaikum Dr Zubaidi.  Anak perempuan saya berusia 4 tahun disahkan sebagai pesakit hypothyroidism sejak lahir. Dia diberikan ubat oleh pihak hospital. Setakat ini tahap tumbesarannya baik. Tetapi dia terpaksa mengambil ubat tersebut sepanjang hayat untuk menampung hormone yang tidak cukup dikeluarkan oleh tubuhnya. Sekarang saya ingin beralih pada perubatan alternative kerana pengambilan ubat hospital menjadikan anak saya bergantung dengan ubat itu seumur hidup. 1) Apakah dia boleh berhenti selepas perkembangan tumbesarannya sempurna/lengkap semasa remaja? 2) Apakah yang perlu diambil sebagai pengganti hormon tersebut.? 3) Adakah ubat hormon yang diberikan mempunyai kesan sampingan terhadap kitaran haid dia?   WA’ALAIKUMMUSSALAM   Masalah …

Read More »

PENGHAWA DINGIN DAN BAYI

Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya beberapa soalan. 1.adakah bayi yang berumur setahun kebawah boleh untuk berada dalam air-conditioning yg bersuhu antara 27-30 degree celcius, memandangkan cuaca panas.   2.Apabila bayi sentiasa berasa dalam suhu air-cond adakah boleh menjejaskan kesihatan jantung Dan paru-paru bayi?   3.Adakah membiarkan keadaan berpeluh ketika musim panas ini baik untuk bayi?     Sekian, terima kasih..     WALAIKUMMUSALAM .   1. Boleh letakkan bayi dalam bilik berhawa dingin. Cuma jangan terlalu sejuk. Untuk memudahkan puan menentukan suhu yang sesuai ialah saya berikan formula : Suhu di luar rumah tolak 5 darjah Celcius. …

Read More »

Paraben dalam Produk Kosmetik dan Penjagaan Diri

PARABEN DALAM PRODUK KOSMETIK DAN PENJAGAAN DIRI Parabens adalah sebatian kimia yang banyak digunakan sebagai pengawet dalam industri penjagaan diri dan keluarga. Ia adalah dari sumber sintetik.  Ia lebih murah dan menjadikan produk itu tahan lebih lama. Paraben yang natural boleh diperolehi dari makanan terutama dari buah-buahan berry. Antara jenis-jenis parabens adalah: methylparaben ethylparaben propylparaben butylparaben isobutylparaben isopropylparaben Mengapa pengawet dimasukkan ke dalam produk-produk ini? Pengawet digunakan untuk menghalang kulat dan bakteria membiak dalam produk yang disediakan. Ia akan mengekalkan kestabilan formulasi produk tersebut. Tanpa pengawet, produk-produk ini harus diletakkan di dalam peti sejuk. Mengapa ada sesetengah produk mengandungi lebih …

Read More »

SELAMATKAH BHA DALAM PRODUK KECANTIKAN DIGUNAKAN SEMASA HAMIL?

  “Assalamualaikum doktor, Saya ingin tanya. Produk penjagaan kulit (skincare) yang mengandungi BHA adakah ia selamat digunakan oleh ibu hamil? Saya baru menggunakan produk tersebut selama  5 hari tanpa menyedari produk itu mengandungi BHA. Terima kasih.”   WALAIKUMUSALAM. Terima kasih bertanya. Beta hydroxy acid (BHA) adalah salah satu komponen dalam hydroxy acid. Satu lagi komponen hydroxy acid adalah and alpha hydroxy acid (AHA). Kedua-dua bahan ini banyak terdapat dalam produk kecantikan dan ubat kulit untuk menghilangkan masalah jerawat dan masalah ruam. Ia banyak dalam produk kecantikan seperti pembersih (cleanser), toner, dan exfoliant yang digunakan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Salicylic acid …

Read More »

AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL

  Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas.   Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk.   Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa.   Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah air 4% adalah …

Read More »

Suplemen Vitamin C dan E Membantu Pesakit Endometriosis

SUPLEMEN VITAMIN E DAN C MEMBANTU PESAKIT ENDOMETRIOSIS Endometriosis adalah penyakit yang dihadapai oleh 10% dari wanita muda. Penyakit ini menyebabkan masalah kesuburan (sukar hamil) dan hampir 25% wanita yang mengalami rasa sakit di bahagian pelvis ketia kedatangan haid disebabkan oleh masalah ini. Tidak banyak diketahui tentang punca penyakit ini. Pakar perubtan dan saintis masih lagi berteka-teki jika ditanya tentang punca penyakit ini. Ada teori yang mengatakan bahawa penyakit ini berpunca dari darah haid (yang mengandungi sel-sel endometrium) yang naik ke atas masuk ke dalam kawasan pelvis. Sepatutnya darah haid keluar melalui faraj. Tetapi tidak berlaku dalam kes ini. Selalunya, …

Read More »

MASALAH KELENJAR THYROID KETIKA HAMIL

“Salam, Dr Zubaidi. Saya mengalami masalah kelenjar thyroid. Adakah ia menjejaskan kehamilan saya? Terima kasih, doktor”     Walaikumusalam.   Masalah kelenjar thyroid yang tidak dirawat dengan baik sudah pasti akan menjejaskan proses kehamilan dan mungkin akan kemudaratan pada bayi dalam rahem.     Oleh itu sangat penting bagi wanita yang merancang untuk hamil agar melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Ini kerana beberapa sebab.     Pertama rawatan semasa hamil lebih sukar berbandingkan rawatan sebelum hamil.     Kedua masalah kelenjar thyroid ini (sama ada kekurangan hormon atau berlebihan hormon) akan menjejaskan kehamilan. Ini bermakna kesihatan ibu dan kesihatan bayi …

Read More »

LENDIR DI BELAKANG TEKAK DAN BADAN BERBAU

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya menghidap penyakit allergic rhinitis. Saya mengalami masalah post nasal drip yang sangat busuk dan mengalir dari tekak ke dalam mulut sehingga menyebabkan mulut saya berbau. Saya juga ada masalah bau badan yang kuat. Ia bukan hanya di kawasan ketiak tetapi seluruh badan saya berbau. Peluh saya yang berbau dan kalau tidak berpeluh, ia OK saja. Adakah dengan makan supplement probiotik dapat membantu masalah diatas.  Dan apakah supplement yang terbaik untuk rawat masalah saya? Terima kasih.   Walaikumussalam.   Tuan mengalami dua masalah kesihatan yang mungkin saling kait mengait atau mungkin ia berbeza antara satu sama lain. …

Read More »

RAWATAN SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK

Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan anak saya berusia 3 tahun, mengalami masalah najis yang keras. Mohon cara mengatasinya. Terima kasih. Waalaikumussalam. Sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi adalah suatu yang biasa berlaku. Mereka mungkin akan membuang air besar setiap kali lepas makan, atau membuang air dua atau tiga hari sekali. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia mungkin lagi dalam keadaan normal. Ini semua bergantung kepada apa yang mereka makan atau minum, bagaimana aktif pergerakan fizikal mereka dan bagaimana mereka dapat menghadamkan makanan mereka. Bagi kanak-kanak yang telah mula memakan makanan yang pejal (solid food) dan minum air secukupnya (buah-buahan …

Read More »

Rasa berdebar dan pening setelah ambil pil kurus

MENGHILANGKAN RASA BERDEBAR DAN PENING WALAUPUN TIDAK LAGI MENGAMALKAN UBAT KURUS   “Salam, doc tumpang tanya. Saya ada makan ubat kurus, kesan yang ketara pada saya ialah tekanan darah menjadi tidak stabil, sakit kepala, jantung berdebar. Saya sudah berhenti makan pil kurus tu. Sekarang kesan ubat itu masih lagi ada. Bagaimana hendak hilangkan kesan2 yang saya rasa sekarang. Harap doktor boleh bantu. Saya tidak tahan jantung selalu berdebar. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan ubat kurus mengandungi bahan terlarang sibuteramine, yang menyebabkan seseorang yang mengambil ubat ini tidak berasa lapar.   Pengambilan ubat kurus ini harus mendapat …

Read More »

Vitamin E Membantu Pesakit Jantung

BAGAIMANA VITAMIN E MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PESAKIT JANTUNG? “Doktor, bagaimana vitamin E membantu pesakit jantung? Adakah ia dapat merawat pesakit seperti ini. Maksudnya adakah vitamin E dapat menggantikan ubat-ubat doktor?” Sebagai doctor (pengamal perubatan) yang banyak menghadiri seminar, konferen dan kelas-kelas berkaitan dengan pemakanan dan nutrisi, saya percaya bahawa kita mendapat manfaat dari nutrisi yang kita makan. Malah sesetengah dari kita harus mengambil suplemen nutrisi tertentu bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih baik. Oleh itu pengamalan diet yang diet yang betul sangat membantu. Kita perlu tahu apa makanan yang harus ditambah dan makanan mana yang harus dielakkan. Jika kita tidak …

Read More »

Pembedahan Buang Rahim Mengganggu Hubungan Suami Isteri?

PEMBEDAHAN BUANG RAHEM MENGGANGGU HUBUNGAN SUAMI ISTERI ?   Assalamualaikum  Doktor. Saya ada satu pertanyaan. Jika seorang wanita yang telah melakukan pembedahan buang rahim disebabkan oleh masalah fibroid, adakah ia boleh mendatangkan kesan jangka panjang, atau mnyebabkan penurunan hormone dan boleh menggangu hubungan suami isteri.  Terima kasih. Jawapan: WA ALAIKUM MUS SALAM, Melakukan prosedur pembedahan pembuang rahem ada dua jenis: membuang rahem saja (total hysterectomy) membuang rahem bersama kedua-dua saluran fallopian dan kedua-dua ovari. (Total Abdominal Hysterectomy with Bilateral Salpingo-Oophorectomy atau TAHBSO ) Pembedahan membuang rahem adalah suatu keputusan besar kerana ia membuang sebahagian tubuh badan kita. Ia perlu difikirkan …

Read More »

BILA MASA SESUAI MAKAN PIL TAMBAH DARAH

Assalamualaikum doktor. Ingin pencerahan dan nasihat. Saya sedang mengandung 5 bulan dan Hb saya ialah 10.4, bacaan yang agak rendah. Bulan rejab akan tiba rabu ini. Dan saya ingin berpuasa. Saya musykil kerana, pil itu perlu dimakan semasa perut kosong utk mendapat penyerapan yg baik. Sebelum ini, saya makan pil iron sebelum tidur.  Terima kasih.   WAALAIKUMMUSSALAM   Pil zat besi (iron) sering diberikan kepada pesakit atau wanita hamil yang mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah. Selalunya ia dikesan apabila seseorang individu menjalani pemeriksaan darah dan didapati bacaan tahap Hb (hemoglabin) rendah.   Masa yang terbaik bagi pesakit untuk …

Read More »

Salah Faham Terhadap Penggunaan Stevia

SALAH FAHAM TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA   1. APA ITU PEMANIS STEVIA Stevia adalah pemanis tiruan natural atau semulajadi. Ia adalah daun tumbuhan spesis  Stevia rebaudiana. Bahan aktif dalam tumbuhan ini adalah steviol glycosides. Terdapat dua jenis steviol glycoside yang banyak dalam daun ini iaitu stevioside dan rebaudioside. Ia tidak mengandungi sebarang kalori. Berbanding dengan aspartame, ia adalah pemanis tiruan sintetik yang juga tiada kalori. Jadi daun stevia ini digunakan secara terus (dengan meramaskan daun tersebut dan dicampurkan ke dalam minuman) atau menjalani proses pengekstrakan bagi mendapatkan patinya dan digunakan dalam bentuk serbuk atau cecair. Rasanya  100-200 kali lebih manis dari …

Read More »

BOLEHKAH WANITA HAMIL MAKAN JERUK MASAM UNTUK MENGURANGKAN LOYA?

  “ASSALAMU A’LAIKUM doctor, saya sedang hamil 14 minggu. Ini kehamilan sulong saya. Masalah saya ialah saya mengalami rasa loya yang keterlaluan. Saya telah berjumpa doctor, malangnya ubat yang idberikan oleh doctor tidak dapat mengurangkan rasa loya saya. Saya dapati dengan memakan makanan ringan yang masam seperti jeruk akan mengurangkan rasa loya saya. Bolehkah saya memakan makanan seperti itu dan adakah ia berbahaya kepada bayi dalam rahem saya? Mohon pencerahan doctor”.   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan. Rasa loya yang dialami oleh wanita pada awal kehamilan adalah perkara yang normal. Salah satu …

Read More »

Tips melegakan masalah sembelit selepas melahirkan anak

TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK.     Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini.     “Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis”.       Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit.   Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) …

Read More »

PENGAMALAN KURMA MEMBANTU PROSES KELAHIRAN

Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) ditulis pada 3 Nov 2017 Apakah khasiat pemakanan yang ada dalam sebiji kurma? Kurma adalah antara makanan buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Ia kaya dengan gula sebanyak 80% dan selebihnya adalah protein, fiber, dan mineral yang penting seperti kalsium, iron, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus,  selenium, dan zinc. Dalam 100g kurma mengandungi  282 kcal yang terdiri dari karbohidrat 75g, lemak baik 0.4g dan protein 2.45g. Kurma mempunyai indeks glisemik yang sederhana, bergantung kepada jenis kurma. Sebagai contoh kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan …

Read More »

asam gelugor mengurangkan berat badan

ASAM KEPING (ASAM GELUGOR) MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN SELERA MAKAN Makanan Melayu dan Nusantara yang biasa kita makan setiap hari kaya dengan ulam dan rempah-ratus. Ia merupakan herba yang banyak khasiatnya, malangnya tidak diketahui oleh orang pada masa ini. Untuk menambah rasa masam secara segar, orang kita menggunakan rempah-ratus seperti asam jawa, asam suntan, asam gelugur (asam keping atau garcinia atroviridis atau garcinia cambogia), asam kandis dan asam kranji. Setiap kawasan di nusantara ini mungkin menggunakan nama yang berbeza untuk Garcinia Atroviridis. Sebagai contoh orang Indonesia di Sumatra menyebutnya sebagai Asam Gelugur, manakala rakyat Malaysia memanggilnya dengan Asam Keping. Buah ini …

Read More »

UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK   Kita boleh mengalami alahan terhadap mana-mana ubat, ada beberapa ubat yang dikenalpasti menyebabkan alahan pada kita berbanding ubat-ubatan lain.     Antara ubat yang dikenalpasti itu ialah:   1. ANTIBIOTIK PENICILLIN atau mana-mana antibiotik dalam kumpulan penicillin. . Mereka yang alah terhadap penicillinboleh menyebabkan alahan teruk anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda.   2. ANTIBIOTIK CEPHALOSPORIN . Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai alahan kepada penicillin, mereka boleh mengalami alahan kepada antibiotik …

Read More »

Merawat Luka Menggunakan Kream

KREAM MERAWAT LUKA   “Salam Doctor. Saya nak tanya, sebenarnya boleh ke kita pakai gel ini lepas bsalin.. nak sembuh kan luka jahitan.. saya baca ramai suggest ini. sebab nanti luka cepat kering n tumbuh daging semula. n ada kata doctor mereka juga suggest macam tu. tapi masa saya nak beli. saya terbaca ini. dan dekat kotak n tube gel ini juga dah mention ada gelatin dari haiwan itu.. atau ada ubat lain utk sembuhkan luka jahitan. terima kasih. “     Wa alaikum mussalam.   Cara penjagaan luka yang terbaik adalah dengan menjaga kebersihan luka tersebut. Oleh itu luka …

Read More »

SUSU BADAN KELUAR WALAUPUN TIDAK HAMIL

“Assalamualaikum doktor, saya berumur 27 thun dan mempunyai anak seorang berumur 8 tahun. Saya ingin bertanya, pada baru-baru ini saya mengalami kelewatan haid dan melakukan pemeriksaan kehamilan melalui air kencing (UPT). Keputusannya negatif. Begitu juga dengan pemeriksaan ultrasound. tidak kelihatan kantung janin. Jadi saya tidak hamil. Yang menjadi kekeliruan saya adalah kedua belah payudara mengeluarkan lendiran seperti susu. Apakah seorang wanita yang tidak hamil, boleh mengeluarkan susu? Mohon penjelasan, terima kasih.”   WA ALAIKUMMUSSALAM   Pada kebiasaannya apabila seorang wanita tidak hamil, payudara mereka tidak akan mengeluarkan susu ibu. Namun ada beberapa wanita yang mengalami masalah ini.   Tubuh wanita …

Read More »

BOLEHKAH WANITA HAMIL MENGGUNAKAN LOZENGES UNTUK MENGHILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL?

        “Assalamualaikum, doktor. Saya sedang hamil dan mengalami batuk. Ia sangat mengganggu saya sehingga ada kalanya batuk tidak berhenti, bersin dan hidung saya berhinggus. Saya telah pergi buat pemeriksaan doktor dan doktor hanya mengatakan ia disebabkan oleh virus. Dia memberikan saya lozenges untuk melegakan batuk saya. Adakah ia selamat untuk saya yang sedang hamil? Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol. Kedua bahan aktif tersebut merupakan antiseptik lemah yang bertujuan …

Read More »

Tanda-tanda endometriosis

SUKAR HAMIL SEBAB ENDOMETRIOSIS         “Assalamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya doktor masalah saya. Say sudah berkahwin 3 tahun tetapi belum pernah hamil. Suami saya telah membuat pemeriksaan air mani dan keputusannya normal. Doktor mengesyaki saya mengalami masalah kesuburan. Doktor kata kemungkinan endometriosis dan appointment untuk ultrasound pada minggu depan. Apa sebenarnya endometriosis itu doktor? Mohon pandangan doktor. Terima kasih”         WA ALAIKUMMUSSALAM.                 Endometriosis berlaku apabila lapisan dalam rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari, dinding pelvis, saluran fallopian, usus, faraj dan pundi kencing. …

Read More »

APAKAH PELUANG HAMIL KEMBAR BILA MENDAPAT RAWATAN KESUBURAN

    “Doktor, apakah peluang untuk mendapatkan kandungan kembar jika menggunakan rawatan kesuburan? Terima kasih”     Peluang untuk hamil bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan. Selalunya selepas pemeriksaan, doktor pakar kesuburan akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur (ovari) untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.     Rawatan kesuburan pada peringkat awal, selalunya menggunakan pil subur untuk merangsang kilang telur. Peluang untuk hamil kembar dua dengan menggunakan pil Subur seperti ‘Clomid’ adalah lebih kurang 10%. Manakala kembar tiga adalah hanya 1-2%   …

Read More »

RASA SAKIT SEMASA HUBUNGAN INTIM

    Ramai wanita yang bergelar isteri mengadu tentang masalah kesakitan semasa melakukan hubungan intim bersama suami. Hal ini adalah hal selalu dialami oleh para isteri dan tidak mampu dikongsikan dengan sesiapa.  Mereka malu untuk mendapatkan rawatan kerana menganggap masalah ini adalah terlalu aib untuk didedahkan.     Namun ramai yang tidak menyangka bahawa rasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin ini adalan tanda awal bagi sesuatu penyakit yang lebih serius.  Ramai wanita yang tidak menikmati hubungan intim ini, malah menakutkan mereka.     Banyak punca-punca yang boleh menyebabkan sakit semasa melakukan hubungan intim, sama ada ia berkaitan dengan faktor fizikal …

Read More »

Sabar Menghadapi Ujian Untuk Hamil

SABAR MENGHADAPI UJIAN UNTUK HAMIL           Banyak dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk. Ada wanita yang mudah hamil, tetapi kemudian diuji dengan ujian kesihatan apabila jantung atau rahem menjadi lemah.       Ada yang hamil, tetapi keguguran. Ada yang ingin sangat zuriat, diuji pula mendapat anak Down Syndrome. Ada juga yang mengalami kesukaran untuk hamil walau pelbagai usaha yang dilakukan.     Semua ujian ini pada mata kasar amat menduga kita, membuatkan kita marah, kecewa dan benci pada semua orang.     Tapi itulah peringatan yang ALLAH berikan.     “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, …

Read More »

Belum Hamil, Perlukah Risau?

BELUM HAMIL, PERLUKAH RISAU?     “Doktor saya baru berkahwin, awal tahun 2017 tetapi masih belum hamil. Perlukah saya risau?” Jangan risau jika puan dan suami masih muda, berusia kurang dari 30 tahun. Kebanyakan pasangan yang baru berkahwin yang tidak mempunyai masalah kesuburan dan melakukan hubungan intim sebanyak 2-3 kali seminggu, 84% akan hamil dalam masa 12 bulan. Manakala, 90% pasangan tersebut akan hamil dalam masa 24 bulan. #doktorsayamahuhamil Selain pemeriksaan doktor, saya mencadangkan puan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, bersama vitamin C dan E.   [IKLAN] Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  …

Read More »

asam gelugur membantu mengurangkan berat badan

ASAM GELUGUR MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN       Asam gelugur (atau asam keping) mempunyai nama botani Garcinia Cambogia – juga dikenali sebagai Garcinia Atroviridis.   Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Ia dipotong nipis dan dikeringkan, selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa, dan masakan asam pedas. Ramai yang tidak mengetahui bahawa ia baik untuk mengurangkan berat badan.     Banyak kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti: 1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar 2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan 3. Mereka yang terlalu gemuk   Bahan utama dalam asam gelugor ialah Acid Hydroxy …

Read More »

Suntikan IM Depo-provera Menyebabkan Kitaran Haid Tidak Menentu

SUNTIKAN IM DEPO-PROVERA MENYEBABKAN KITARAN HAID TIDAK MENENTU Salam doktor. Maaf menggangu, saya Puan N dari Selangor. Saya ada dua pertanyaan yang saya harap, doktor membantu saya.   1.Saya telah melahirkan anak yg pertama pd bln 6/16 tahun lepas. Kemudian sy mengambil IM depo utk menjarakkan kehamilan. Selepas mengambil 3x suntikan, saya tidak datang haid, sampai sekarang, lebih kurang 6 bulan. Saya ingin bertanya bertanya, adakah keadaan ini penyakit? Perlukah saya pergi berjumpa doktor?   2.Bolehkah saya hamil lagi kalau tidak didatangi haid? Itu saja, harap sgt dr dpt membantu sy, Terima kasih.   WAALAIKUM MUSALAM.   Suntikan perancang keluarga …

Read More »

BERAPA KALI SEMINGGU HARUS MENCUCI RAMBUT?

    Saya mencadangkan mencuci rambut (bershampoo) dua kali seminggu, bergantung pada keadaan rambut dan aktiviti seharian.     Bagi orang yang mempunyai banyak aktiviti seharian, (terutama melakukan aktiviti fizikal seperti berolahraga, riadah dan bersukan) kulit mereka mengeluarkan lebih banyak peluh dan minyak.     Mungkin mereka memerlukan kadar membersihkan rambut lebih kerap, terutama apabila kuit kepala dan rambut mereka sudah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan atau terdapat banyak kupingan di kulit kepala.     Begitu juga jika berkerja di kawasan yang bersuhu agak kering dan panas, kuit kepala mungkin mengeluarkan lebih banyak peluh dan minyak.     Tetapi jangan …

Read More »

ANAK BERUSIA 7 BULAN TIDAK MAHU MINUM SUSU FORMULA

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh anak saya berusia 7 bulan lebih. 1- Apakah kesan kepada bayi saya jika dia berhenti menyusu di usia 7bln lebih, dia lebih suka makan dri susu. Utk pngetahuan doktor bayi saya sepenuhnya mengguna susu formula. 2- Doktor boleh bagi cadangan tidak susu apa yang sesuai utk anak saya sebab anak saya memang tidak mahu susu. Sudah mcm2 susu saya bagi dia tetap tak nak. Sekarang ini saya bagi susu formula yang terkenal (dan mahal) dan memaksa anak saya namun dia masih mnolak hinggakan saya terpaksa guna picagari untuk dia minum. …

Read More »

Soalan mengenai Kesuburan dan PCOS

Pemeriksaan ultrasound ovari seorang pesakit PCOS “Assalamu alaikum , doktor saya saya ingin tahu pengiraan waktu subur saya…buat pengetahuan doktor telah mengesahkan saya PCOS, period saya tidak teratur setiap bln, jika saya mkn ubat baru ada period.   Ini senarai tarikh2 period saya : Jun (23.06.2012 – 28.06.2012), Disember (19.12.2012 – 24.12.2012) pada bln Dis ini saya mkn ubat clomid (50mg – 2 bj sehari) pd hari ke 2 period, metformin (850mg – 1 bj sehari), pada bln Januari (mulai 17.01.2013) pada bln ini saya tidak mkn ubat dr klinik, saya cm mkn suplement produk XXX . Berat badan saya 83 kg, tinggi 165 cm, umur 31 thn.. Adakah pengambilan ubat …

Read More »

KEPUTIHAN YANG TERUK DAN KITARAN HAID YANG TIDAK MENENTU

WA ALAIKUM MUS SALAM.   Puan mengalami masalah jangkitan kuman yang teruk. Saya berharap dapat mengetahui jenis kuman yang puan alami berdasarkan pemeriksaan paps smear yang telah puan lakukan.   Antara punca jangkitan yang berulang ialah disebabkan terlalu banyak lendiran faraj yang keluar. Ia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone.   Ketidakseimbangan hormone ini juga menyebabkan puan mengalami kitaran haid yang tidak teratur.   Saya mencadangkan puan mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah bersama dengan multivitamin yang mengandungi elemen zink.   Jika puan dapat mencari semula keputusan pap smear nanti, boleh hubungi saya di [email protected]   Wallahu a’lam   Bagi wanita yang mengalami …

Read More »
error: Content is protected !!