Baru-baru ini seorang ibu bertanyakan kepada saya mengenai penglihatan anaknya yang baru berusia 3 bulan. Beliau sangat risau kerana anaknya seolah-olah masih tidak dapat melihat apa-apa. Saya tidak berkesempatan memeriksa bayi beliau kerana beliau hanya menelefon saya untuk mendapatkan kepastian. Saya hanya memberikan nasihat agar beliau bertenang dan memberikan sedikit masa untuk anaknya mengalami perkembangan fizikal. Oleh kerana anaknya masih belum mencapai usia enam bulan, terlalu sukar untuk memastikan sama ada anaknya mempunyai masalah penglihatan. Bayi yang baru dilahirkan sebenarnya tidak mempunyai daya penglihatan yang baik seperti orang dewasa. Mereka hanya mampu mengesan cahaya dan bentuk bayangan secara kabur. Itu …
Read More »Koleksi Artikel
Penggunaan Perkataan ‘KITA’ Ketika Salah Faham
Saya sering ditanya melalui e-mail untuk mendapat nasihat dan panduan bagi pasangan suami isteri yang menghadapi konflik rumahtangga. Kebanyakan yang bertanya adalah suri rumah yang tidak tahan lagi dengan pertengkaran dengan suami mereka, sama ada yang hanya melibatkan ’verbal’ atau pertengkaran yang melibatkan kekerasan fizikal. Sayang sekali kebanyakan pertengkaran ini melibatkan pasangan yang masih muda dan tempoh perkahwinan mereka baru saja memasuki separuh dekad. Bagi pasangan muda seperti ini, konflik keluarga yang tidak diselesaikan dengan baik, ia boleh menjurus ke arah penceraian. Walaupun ada juga pertengkaran ini melibatkan pasangan yang lebih berusia, namun pasangan ini lebih matang ketika bertengkar dan …
Read More »Mengapa Suami Bermalasan di Rumah
Dalam tubuh lelaki terdapat hormon kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki. Hormon ini bukan saja penting bagi menyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki, tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing, menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang serta mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami. Hormon testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormon testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya, malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya, tidak kreatif dan tidak mampu …
Read More »Saya Tidak Tahu
“Encik ini doktorkah?” seorang rakan FB yang baru saya ‘approved’ bertanya di dalam ruangan chatting FB. Dengan merendah diri, saya menjawab, “Ya..” “Doktor merawat apa..?” Rasa macam malas nak melayan, tapi demi siratur rahim saya menyambung, “Saya merawat manusia..” “Doktor ini doktor pakar apa?” “Saya doktor tapi tak pakar..” “Kalau tak pakar, kenapa jadi doctor..” Fuh, boleh tahan loyar buruk. Saya segera memberi salam dan memadamkan komputer. Orang yang bijaksana adalah tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan memberikan jawapan pada setiap soalan yang diberikan. Orang yang bijaksana akan bersifat berhati-hati dalam perbuatan mahupun perkataannya. Imam Ghazali memberitahu dalam kitab Ihya Ulumuddin mengenai …
Read More »Spirulina Sebagai Makanan Tambahan
Hampir setiap syarikat jualan langsung menjual produk makanan kesihatan spirulina. Ia adalah produk yang amat laris di pasaran kerana dikatakan mempunyai kadar protein yang tinggi dan bagus untuk pembangunan minda. Spirulina sebenarnya adalah tumbuhan microalgae berwarna biru kehijau-hijauan yang dimakan oleh manusia dan haiwan sebagai suplemen nutrisi. Kebanyakan algae ini dari jenis Arthrospira platensis dan Arthrospira maxima yang dikeluarkan di United States, Thailand, India, Taiwan, China, Pakistan, Myanmar dan Chile. (rujuk: Vonshak, A. (ed.). “Spirulinaplatensis (Arthrospira): Physiology, Cell-biology and Biotechnology”. London: Taylor & Francis, 1997) Di Amerika Syarikat spirulina dianggap sebagai suplemen atau makanan kesihatan yang diwar-warkan sebagai nutraceutical, atau …
Read More »Mengapa Lelaki Tidak Ingat Tarikh Perkahwinan?
“Doktor ingat tarikh perkahwinan?” saya ditanya oleh petugas di kaunter pendaftaran sarjana di UTM beberapa minggu lepas. Saya diam. Rasa malu. Tersengih. “Errr… boleh saya minta talian hayat. Saya nak call isteri saya” Saya bukan lelaki yang tidak peduli pada perkahwinan. Cuma saya tidak dapat mengingati tarikhnya. Di waktu yang lain, ketika saya memeriksa seorang kanak-kanak yang demam kuat. Saya mahu memberikan ubat. Dosnya harus diberikan mengikut umur dan berat badan kanak-kanak itu. “Berapa umur anak encik ni. Ingat tarikh lahirnya?” saya menyoal bapa yang membawa kanak-kanak ini. “Nanti saya tanyakan isteri saya..” jawapan yang serupa saya berikan dahulu. Kaum …
Read More »Bahayakah Makan Kepak dan Leher Ayam Kepada Wanita?
Saya diminta untuk mengulas satu kenyataan yang disebarkan melalui internet. Teknologi “copy and paste” telah menyemarakkan penyebarannya. Kenyataan ini mulanya saya baca dalam versi bahasa Inggeris, kemudian saya mendapati ia telah dialihbahasakan dan ada yang diubahkan kandungannya. Saya tidak dibayar gaji oleh syarikat makanan segera, McDonald atau Kentucky Fried Chicken mahupun Persatuan Penternak Ayam untuk menerangkan hal ini. Saya menulis kerana saya percaya ada kesilapan pada kenyataan yang disebarkan dan perlu diperbetulkan. Saya tidak menyangkal bahaya penggunaan steroid pada haiwan ternakan kepada manusia. Namun niat yang baik tidak menghalalkan cara. Menakut-nakutkan orang ramai untuk tidak memakan leher dan kepak ayam …
Read More »Keperluan Vaksin Rotavirus
Jangkitan rotavirus adalah penyebab utama bagi gejala cirit-birit yang serius di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia. Cirit-birit yang disebabkan oleh virus ini boleh menyebabkan demam, muntah, kekurangan air (dehidrasi) dan boleh menyebabkan kematian. Ia mudah merebak dari seorang ke seorang yang lain hanya dengan sentuhan. Penjagaan kebersihan sahaja tidak mencukupi bagi mengawal jangkitan rotavirus ini. Vaksin rotavirus adalah salah satu cara terbaik bagi mencegah jangkitan ini. Kebanyakan bayi yang diberikan vaksin ini tidak mengalami cirit-birit akibat jangkitan rotavirus di mana ia menyebabkan dehirasi yang serius dan kematian. Menurut statistik di U.S. Centers for Disease Control (CDC), sebelum vaksin …
Read More »Menebuk Lidah (tongue-piercing) Perbuatan yang Memudaratkan
Saya tidak sangka, FB saya juga dibaca oleh rakyat Indonesia yang memahami bahasa Malaysia. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana FB dapat memanjangkan info yang berguna hingga ke luar negara. Assalamualaikum doctor, nama saya Hendry dari Indonesia . Saya mahu bertanya tentang “PIERCING”. Lidah saya ditebuk dan sekarang membesar sebesar jari tangan saya sendiri. Namun saya tidak merasakan sakit pada pada lidah saya. Doctor, apakah kesan jangka panjang pada lidah saya ini ? Sebagai Muslim, saya tidak dapat mengelakkan perbahasan hukum Islam dalam hal ini. Menebuk (menindik) lidah atau ‘tongue piercing’ adalah sebahagian amalan menebuk anggota badan yang diamalkan oleh …
Read More »Suami Isteri Perlu Berpelukan
Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk. Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari bayi hingga remaja, kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan, sama ada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan-rakan sepermainan. Namun setelah berumah tangga kita kadang-kala terlupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan. Keperluan pelukan antara suami-isteri Tidak …
Read More »Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?
Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil. Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil. Pengambilan suplemen prenatal vitamin …
Read More »Isu Kesihatan Dakwat Indelible Ink untuk PRU13
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan akan menggunakan dakwat yang kekal (indelible ink) untuk pilihanraya umum ke 13. Penggunaan dakwat yang kekal menjadi perbebatan ilmiah dan politik di kalangan ramai rakyat Malaysia. Saya sendiri tidak percaya bahawa penggunaan dakwat ini dapat mengurangkan ketidaktelusan ketika pengundian yang dijalankan. Secara peribadi saya melihat penggunaan dakwat ini hanya melambangkan ’rasa tidak percaya terhadap sistem pengundian yang dijalankan’ oleh SPR. Penggunaan dakwat ini belum tentu dapat meningkatkan ketelusan pilihanraya atau mendatangkan rasa puas hati pada pihak-pihak yang bertanding. Maksud saya, bolehkah kita menutup mulut-mulut mereka yang tidak puas hati apabila kalah …
Read More »Bolehkah Makan Buah Oren dan Jusnya Ketika Hamil?
Sekarang sedang musim persediaan untuk untuk menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Bagi tahun 2012, perayaan ini disambut pada bulan Januari. Ramai rakan, pesakit dan rakan-rakan perniagaan menghadiahkan saya buah limau mandarin. Ada memberikan dua-tiga biji dan ada yang memberikan satu kotak. Kalau ia tidak ada kena mengena dengan urusan kerja saya dan pemberian limau itu tidak mempengaruhi saya membuat keputusan ketika bekerja, saya terima dan makan sebiji dua. Kebanyakannya saya akan kongsikan dengan staf-staf di sini. Kalau saya mahu membawa balik limau mandarin ke rumah, saya akan singgah di pasaraya dan membeli sekotak besar untuk isteri dan anak-anak. Saya cuba …
Read More »Mengapa Suntikan BCG Menjadi Parut?
Ramai ibubapa muda tidak faham mengapa anak mereka yang baru dilahirkan memerlukan suntikan vaksin BCG. Malah mereka risaukan parut BCG yang timbul di bahu anak. Sudah menjadi tugas doktor dan jururawat di pusat kesihatan ibu dan anak menerangkan dengan jelas tentang suntikan vaksin ini dengan lebih terperinci. Jika tidak, banyak salah faham yang mungkin timbul. Minggu lepas saya ada membaca satu blog seorang ibu muda yang bertanyakan soalan mengenai parut BCG secara terbuka. Saya pasti ada nasihat-nasihat yang tidak tepat akan diberikan oleh pembaca blog. “Do you have any petua untuk hilangkan parut BCG? My baby girl dah masuk dua bulan …
Read More »Berhati-Hati Dengan Pembantu Rumah, Mereka Mungkin Ada TB
Ramai di antara kita yang mendapatkan perkhidmatan tenaga asing dari Indonesia, Bangladesh, Myammar, Nepal atau mana-mana negara dunia ketiga untuk membantu kita sebagai pekerja dalam industri perkilangan, pertanian atau apa sahaja. Namun kita harus berhati-hati. Walaupun mereka telah disaring di Negara mereka untuk mengesan penyakit berjangkit yang mungkin mereka hadapi, tetapi kadar rasuah di negara-negara itu amat tinggi sehingga apa sahaja pengesahan dokumen boleh didapati dengan membayar wang rasuah. Oleh itu tidak hairanlah jika ramai di antara pekerja-pekerja ini yang dikesan mempunyai penyakit Pulmonary Tuberculosis (TB paru-paru), Hepatitis B, HIV, penyakit kelamin dan lain-lain apabila menjalani pemeriksaan saringan yang diwajibkan oleh FOMEMA …
Read More »Kemurungan Semasa Hamil
Kehamilan adalah rahmat bagi seorang wanita. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Kehamilan merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga atau yang telah lama menunggukan cahaya mata. Namun ada kalanya kehamilan menyebabkan satu bebanan perasaan (emosi) dan fizikal pada wanita. Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering berlaku pada wanita yang bekerja dan tinggal berjauhan dari suami dan ibubapa. Bayangkan seorang wanita masih mempunyai anak kecil, tinggal di bandar yang sibuk dan berjauhan dari suami. Setiap hari harus bangun awal pagi dan menghantar sendiri anak kecil ke nursery, sebelum pergi ke tempat kerja. Apabila petang …
Read More »Azam Untuk Menurunkan Berat Badan
Sambutan tahun baru 2012 sudah selesai. Pada malam itu, saya berada di halaman rumah dan memerhatikan percikan bunga api yang jelas dari pusat bandar. Percikan itu naik ke ruang angkasa, berpecah kemudian meletup. Memberikan pemandangan yang menarik. Saya memandang muka anak saya yang kegirangan melihat percikan bunga api itu. Saya cuba mengaitkan percikan bunga api itu dengan kehidupan realiti. “Bila kita melihat percikan bunga api, elok juga kita menanamkan azam dalam hati..” Dia tercengang dengan penjelasan saya. “Sudah menanam azam?” Saya memandangnya. “Shafiq mahu dapat nombor satu.Tapi matematik susahlah abah.” Saya tahu kelemahannya dalam matematik dan saya tidak mahu dia …
Read More »Risau Air Mani Bercampur Darah
Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke inbox Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi. Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan dari majikan. Berjumpa saya di pusat kesihatan, bermakna ada kos pendaftaran dan konsultasi yang dikenakan oleh majikan saya, Kumpulan Perubatan Sdn Bhd. Jadi bersangka baiklah dengan saya. Saya tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk berkongsi ilmu. Baru-baru ini seorang rakan FB berjumpa saya. Dia bukanlah rakan FB pertama yang berjumpa saya …
Read More »Bolehkah Susu Ibu Menyebabkan Kekuningan Pada Bayi?
Isu Jaundice dan penyusuan Ketika saya mempromosikan penyusuan ibu kepada bakal ibu-ibu yang masih lagi sarat hamil, saya telah dikejutkan oleh satu soalan yang mendebarkan. “Doktor, saya membaca di internet bahawa susu ibu boleh menyebabkan bayi kita mengalami kekuningan jaundice. Boleh doktor terangkan?” Saya tergamam dan tidak bersedia memberikan jawapan. Saya pernah mendengar perkhabaran angin seperti itu, namun saya tidak mengikuti perdebatannya dengan teliti. Semua orang tahu kebaikan susu ibu. Seingat saya semasa menuntut di universiti, penyusuan ibu adalah topik yang besar. Ia disebut secara terperinci kebaikannya dalam matapelajaran Paediatric dan Community Medicine. Malah pernah beberapa tahun keluar sebagai soalan …
Read More »Seks Oral Akan Menjadi Penyebab Utama Kanser Oral di Malaysia?
Sepanjang ingatan saya semasa belajar di universiti, punca utama bagi kanser bahagian mulut dan tekak (kanser oral) ialah tembakau dan alkohol. Saya telah menyaksikan betapa ngerinya kanser ini mencacatkan mulut dan wajah pesakit yang menderita akibatnya sebelum mereka meninggal dunia. Kebanyakan kes oral kanser berlaku pada penduduk Asia berumur 50-an, yang gemar mengunyah atau menghisap tembakau. Wanita lebih ramai menderita kanser oral berbanding dari lelaki. Namun sekarang corak jangkitan telah berubah. Kes penyakit kanser oral semakin meningkat di kalangan lelaki Caucasian yang tidak menghisap rokok dan berumur antara 20 hingga 50 tahun. Sebagai perbandingan hanya 23 peratus dari kanser oral …
Read More »Risiko Pembedahan Membesarkan Payudara
Saya mengambil kesempatan membaca akhbar NST bertarikh 24 Desember 2011 pada waktu makan tengah hari. Oleh kerana ia berkaitan dengan ‘berita perubatan’, saya tertarik untuk membacanya. NST melaporkan pihak polis antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan waran menangkap pengasas syarikat Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas, seorang warga Perancis setelah mendapati syarikatnya mengeluarkan produk breast implant yang mempunyai kualiti rendah bagi tujuan pembedahan pembesaran payudara (breast augmentation surgery). Untuk memastikan tiada sebarang perkara buruk yang akan berlaku, Kementerian Kesihatan Perancis telah menasihatkan wanita yang telah menggunakan produk breast implant keluaran PIP agar menjalani pembedahan semula untuk mengeluarkannya. Setakat ini belum terbukti produk …
Read More »Demam Ketika Dalam Pantang Bersalin
Ramai yang menyangkakan bahawa demam ketika dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak adalah proses fisiologi yang biasa. Saya dapati ramai yang hanya membeli ubat panadol di farmasi dan tidak datang untuk melakukan pemeriksaan sehinggalah mereka benar-benar mengalami rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu atau mengalami demam yang terlalu tinggi. Demam dalam ‘tempoh pantang’ ini adakalanya merbahaya jika ia adalah sebahagian kesan komplikasi proses melahirkan anak. Di bandar-bandar besar di mana kemudahan kesihatan mudah didapati, selalunya wanita yang demam sebegini dapat dirawat segera. Namun bagi wanita yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari kemudahan kesihatan, demam sebegini boleh membawa maut. Demam …
Read More »Sering Haus ketika Menyusukan Anak
Saya sangat kagum terhadap kesabaran yang ditunjukkan oleh wanita yang hamil. Kehamilan adalah suatu proses fisiologi yang normal di mana seorang wanita mengalami perubahan dalam dirinya bagi memberi peluang untuk bayi di dalam rahem membesar sebelum dilahirkan. Namun begitu perubahan yang dialami oleh mereka boleh menyebabkan mereka menderita dan merasa ketidakselesaan. Jadi saya mengharapkan agar banyakkanlah bersabar atas ujian Allah. Setiap kesusahan Insya Allah akan berakhir dengan kesenangan. “Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan diberikan pahala mereka tanpa hitungan.” Bagi diri saya sendiri, semakin saya mengkaji perubahan-perubahan ini, saya menjadi manusia yang mengakui kehebatan Allah yang mencipta setiap kejadian makhluknya dengan …
Read More »Scoliosis Dan Kehamilan
Permasalahan tentang scoliosis semakin menjadi perhatian. Ada beberapa persoalan yang ditanyakan rakan-rakan saya di FB berkenaan dengan penyakit ini. Setakat ini saya ada menulis 2 artikel mengenainya. Pembaca boleh rujuk di https://drzubaidi.com/blog/?p=2302 dan https://drzubaidi.com/blog/?p=2358. Saya percaya tentu ramai pesakit scoliosis yang menderita secara senyap dan tidak tahu bagaimana hendak meredakan kekeliruan. Semoga penerangan saya ini dapat dijadikan panduan. “Doktor, saya ada membaca artikel penulisan doktor mengenai scoliosis. Kebetulan saya adalah salah seorang daripada pesakit ini. Saya telah berkahwin selama 3 tahun, tetapi belum ada rezeki lagi, saya belum dikurniakan anak. Saya ingin tahu adalah masalah scoliosis ini menyebabkan saya tidak …
Read More »Bahayakah Demam Ketika Hamil?
Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan redha, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.” Saya amat tertarik dengan catatan di atas. Indahnya agama ini kerana setiap ujian yang diberikan oleh-NYA tidak bermakna Allah membenci kita. Setiap mereka …
Read More »Silap Potong Ketika Berkhatan!
Terkejut saya membaca akhbar Harian Metro hari ini (22 december 2011). Mulanya saya ingatkan kanak-kanak yang dikhatan itu dipotong keseluruhan kemaluannya. Tetapi setelah selesai membaca berita itu, rupanya mereka dilaporkan telah dikhatankan menggunakan teknik yang salah oleh seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, pada 26 November lalu. Ini mengakibatkan hujung kulit zakar mereka tidak dipotong sepenuhnya. Mereka juga dilaporkan mengalami luka yang masih belum kering dan terpaksa memakai kain. Luka itu menjadi punca mereka akan merasa sakit setiap kali mahu membuang air. Kedua-dua orang kanak-kanak itu Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, …
Read More »Mempercepatkan Proses Kelahiran Melalui Induksi
Pengalaman saya bekerja di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan di sebuah hospital awam di selatan tanah air, banyak membantu saya menjawab kekeliruan yang ditanyakan oleh rakan-rakan FB. Saya akui saya bukan pakar perbidanan, maka setiap yang saya tuliskan hanyalah sebagai satu panduan kepada pesakit dan bukanlah penyelesaian mutlak bagi setiap soalan yang diajukan. Walaubagaimanapun jawapan atau panduan yang saya berikan, bukanlah jawapan yang kosong kerana saya menyemak semula buku teks dan bertanyakan kepada sahabat-sahabat saya yang telah bergelar Doktor Pakar Perbidan dan Sakit Puan. Antara kekeliruan yang diajukan kepada saya ialah mengenai proses induksi semasa memulakan proses kelahiran. Sebelum ini …
Read More »Scoliosis: Jalani Pembedahan atau Guna Brace?
Tidak ada yang lebih mengujakan perasaan saya apabila ada pembaca yang membaca artikel penulisan saya dan memberikan komen. Saya bersyukur kerana usaha saya menulis (yang sudah tentu mengorbankan banyak tenaga dan masa) tidak menjadi sia-sia. Untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh rakan FB, saya terpaksa mengorbankan masa rehat makan tengah hari. Bagi rakan-rakan yang tidak mengetahui skop tugasan saya, tentu mereka menganggap tugas saya hanya menjawab soalan-soalan yang dikemukan di ruangan FB saya. Mereka mungkin membayangkan saya hanya duduk di hadapan komputer dan menunggu soalan dikemukakan kepada saya. Pada hal, tugas utama saya ialah merawat pesakit dan tugas-tugas berkaitan dengan …
Read More »Rawatan Suntikan untuk Buasir
Ramai yang mengalami ketidakselesaan akibat buasir. Penyakit ini telah saya cerita dengan agak panjang di penulisan saya sebelum ini. (Lihat https://drzubaidi.com/blog/?p=2227) Namun apabila saya membayangkan perkataan “bedah”, ramai yang menulis email kepada saya semula dan bertanyakan rawatan yang boleh didapati selain dari pembedahan. “Saya bukannya tidak mahu bedah, tapi menurut rakan saya yang mengalami masalah yang sama dan telah dibedah, luka pembedahan di dubur sukar untuk sembuh…” Saya tersenyum mendengar alasan yang diberikan. Sudah semestinya luka di bahagian dubur agak sukar untuk sembuh kerana di situ terdapat banyak kuman dan lendiran. Tidak mungkin luka di kawasan dubur akan kering dalam …
Read More »Berdarah hidung ketika hamil
Wanita hamil lebih mudah mengalami pendarahan hidung berbanding wanita yang tidak hamil. Ketika hamil paras hormone wanita yang tinggi dalam tubuh akan menyebabkan saluran darah di hidung mengembang dan mudah pecah. Walaubagaimanapun, jangan risau kerana ianya tidak merbahaya. “Doktor, saya sedang hamil 16 minggu. Saya ingin bertanya, kenapa agaknya saya mudah mengalami pendarahan hidung? Adakah normal jika waktu pagi hidung saya berdarah? Darah yang keluar tidak berapa banyak, cuma terjadi jika saya menghembuskan hinggus. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya” Oleh itu saya selalunya memberikan saranan agar mereka menjalani pemeriksaan darah full blood picture. Ujian darah ini sangat mudah, …
Read More »Wanita Rebah dan Koma Selepas Warnakan Rambut
Saya membaca akhbar harian dengan penuh debaran. Saya baru ditanya oleh seorang rakan FB mengenai kesan sampingan pewarna rambut yang biasa digunakan di salon. “Doktor, mengapa adik perempuan saya mudah diserang asthma selepas pulang dari mewarnakan rambut di salun? Adakah pewarna rambut itu yang menyebabkan serangan asthma?” Belum sempat saya menjawab pertanyaan itu, akhbar bertarikh 22 November 2011 memberikan saya satu ‘paksaan’ untuk segera menjawab soalan itu. “Kenapa mewarna rambut boleh menyebabkan koma?” “Saya amat risau kerana saya membuka salon rambut untuk wanita Muslim dan melayan permintaan para muslimah untuk mewarnakan rambut mereka. Tentu tidak salah membantu mereka kelihatan cantik …
Read More »Bolehkah Saya Mengamalkan Duromine Ketika Hamil?
Menggunakan ubat-ubatan ketika hamil atau ketika menyusukan anak adalah tidak digalakkan. Tidak kiralah ubat-ubatan itu berbentuk herba, ubat-ubatan moden atau supplemen. Banyak risiko yang mungkin terjadi jika seorang hamil menggunakan ubat-ubatan itu terutama yang dibeli dari kedai-kedai ubat atau dari peniaga di kaki lima. Jika berlaku sebarang kemudharatan, siapakah yang akan bertanggungjawab? Isu ini telah saya bincangkan di blog https://drzubaidi.com/blog/?p=1482. Salam Doktor, saya ingin bertanya pada doktor, saya baru disahkan hamil selama 5 minggu. Apa yang membimbangkan ialah saya ada mengambil pil duromine 30mg selama 6 hari tanpa mengetahui saya hamil. Adakah duromine akan menjejaskan kandungan saya? Wanita runsing. Jika …
Read More »Bagaimana Mengesan Scoliosis di Peringkat Awal?
“Doktor, mengapa anak saya sering batuk?” Itu antara soalan yang sukar saya jawab. Soalan semudah itu memerlukan saya mengambil ‘history taking’, pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan makmal dan pemeriksaan radiology. Tanpa pemeriksaan-pemeriksaan ini, saya ibarat bomoh yang boleh menjawab semua pertanyaan hanya memandang kepada air dalam mangkuk. Baru-baru ini seorang rakan membawa anak perempuannya yang berumur 13 tahun, mengalami batuk yang kerap. Sudah beberapa orang doktor ditemui, namun batuk anaknya tetap sama. Cuma dia belum mahu membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya bukanlah doktor pakar yang tahu banyak perkara. Tapi saya percaya ada bebarapa perkara yang mungkin doctor …
Read More »Pastikan Tempat Itu Selamat!
Saya amat sedih apabila membaca berita di akhbar harian, Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 11 November 2011 lalu mengenai tragedi yang menyebabkan kematian empat orang dan 36 orang lagi cedera apabila sebuah bas membawa 39 penumpang terbalik sebelum dirempuh sebuah treler di Kilometer 382.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Behrang. Menurut laporan berita, dalam kemalangan pukul 4.20 pagi itu, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh sederhana, beberapa meter dari tempat kejadian lalu terbalik di bahu jalan. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, sebuah treler yang sarat dengan muatan guni pasir merempuh bas berkenaan dari arah belakang ketika kebanyakan …
Read More »Uri Bawah (Low Lying Placenta) atau Placenta Previa?
salam doctor, saya ingin bertanyakan masalah. Baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan antenatal di pusat kesihatan awam. Doktor yang memeriksa saya telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan memberitahu bahawa uri (placenta) saya berada di bahagian bawah rahem. Ini merunsingkan saya. Usia kehamilan saya sudah memasuki 24 minggu. Bolehkah uri saya bertukar posisi yang lebih selamat. Terima kasih. Wanita runsing, KL Sesetengah wanita yang hamil amat risau apabila diberitahu bahawa mereka mempunyai kedudukan ‘uri bawah’. Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh doktor dengan ‘uri bawah’ ialah kedudukan uri yang berada di pertengahan bawah (lower half) rahem. Kedudukan uri di bahagian bawah …
Read More »Kematian MJ dan Ubat Bius Propofol
Rakan saya yang juga seorang doktor, mencampakkan akhbar harian ke meja saya. Dia kelihatan tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Dr Conrad Murray. “Setiap hari ada ribuan orang mati. Tidak ada seorang pun rasa mahu tahu apa yang berlaku. Tapi apabila seorang yang terkenal mati, satu dunia heboh..” Saya membaca laporan berita bertarikh 9 Nov 2011. Berita sensasi kematian penyanyi terkenal Michael Jackson telah pun sampai ke hujung penamat. Ramai yang mahu mengetahui adakah doktor peribadi penyanyi terkenal itu bersalah. Hari ini para juri telah memberikan pendapat mereka mengatakan Dr Conrad Murray telah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
