As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur. Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative. Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …
Read More »Koleksi Artikel
Pesakit Jantung boleh memanfaatkan Q10
As salam mu alaikum, doctor saya mohon penjelasan, kakak saya berumur 38 tahun, baru keluar dari wad pesakit jantung, kerana doktor mengesyaki beliau mengalami masalah kerosakan injap jantung. Namun begitu temujanji bagi echocardioscan hanya dilakukan pada bulan April 2013. Ubat apa yang perlu diambil untuk menguatkan injap jantung beliau? Wa alaikum mus salam, Saya berharap kakak puan bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan kerana di sebalik ujian ini ALLAH mahu berikan banyak kebaikan yang tidak dapat kita fikirkan. Saya juga berdoa agar ALLAH juga permudahkan usaha puan dan kakak puan untuk mendapatkan kesembuhan. Saya percaya doktor pakar jantung telah memberikan ubat-ubatan …
Read More »Dos Vitamin C yang dibenarkan?
Ramai yang keliru dengan dos vagi vitamin C yang selamat diambil setiap hari. Jika kita melihat label pada botol suplemen Vitamin C yang dijual di farmasi, kita kadang kala juga menjadi keliru Ada yang melabelkan sebagai 200mg, da nada yang mencecah 500mg bagi setiap tablet pil. Malah ada yang mencecah 1000 mg. Saya tidak menafikan masih terdapat perdebatan di kalangan ahli sains mengenai dos yang dibenarkan untuk mendapat manfaat yang terbaik bagi mengekalkan kesihatan manusia. “Linus Pauling Vindicated; Researchers Claim RDA For vitamin C is Flawed” (Press release). Knowledge of Health. July 6, 2004. Walau bagaimana pun, mengikut North American …
Read More »Bahaya Mengambil Vitamin C secara berlebihan?
Saya terperanjat apabila ada beberapa orang ‘pesakit’ yang datang ke klinik. Mereka sebenarnya bukanlah mengalami apa-apa penyakit, cuma meminta saya menyuntikkan vitamin C secara intravenous (masuk terus ke dalam darah). Saya melihat dose ampule suntikan itu, dan menggeleng kepala. Dos vitamin C dalam ampule agak tinggi, sedangkan dos yang biasa dicadangkan adalah lebih kurang dari 100 mg saja. “Apa keperluan puan menyuntik sebegini banyak vitamin C ke dalam tubuh?” “Untuk kecantikan kulit, doktor..” “Tapi adakah doktor yang menjualkan produk ini memberitahu tentang kesan sampingan dan bahayanya?” “Bahaya ke doktor kalau menyuntik vitamin C?” Kesian kerana dia tidak pernah terfikir akan …
Read More »Bahaya ubat Epilim (sodium valproate) ketika hamil
Assalamualaikum doktor, maaf mengganggu. Sekarang saya sedang hamil anak pertama 5 minggu. Saya didiagnosakan sebagai pseudoseizure dan diberikan ubat Epilim 200 pada usia 13 selepas kemalangan jalanraya. Apabila memasuki university saya tidak pernah mendapat serangan epilepsy dan doktor telah mula kurangkan dosnya. Sekarang saya tidak lagi menggunakan pil itu. Saya ingin bertanya jika saya masih berisiko untuk mengalami komplikasi ubat itu ketika hamil. Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil. Untuk pengetahuan puan, ubat Epilium yang diberikan doktor mengandungi bahan aktif sodium valproate, yang digunakan untuk merawat epilepsy (sawan). Dalam …
Read More »Psoriasis boleh diwarisi?
Salam doctor, Saya bakal mendirikan rumahtangga. Pasangan saya menghidap penyakit kulit yang serius iaitu Psoriasis selama 10 tahun, terutama pada kaki, badan dan kulit kepala. Adakah bakal zuriat saya nanti akan mengalami psoriasis juga ? Adakah ia penyakit genetik ? Sekian . Saya amat bersimpati dengan ujian yang diterima oleh pasangan puan dan mengucapkan tahniah atas kesabaran beliau menghadapi ujian itu selama ini. Sebenarnya agak sukar untuk menjawab soalan puan kerana ia adalah kebarangkalian yang belum dapat dipastikan. Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah …
Read More »Craniosynostosis – Kecacatan tulang tengkorak
As salam mu alaikum doktor, saya ada 2 org anak yang mempunyai masalah CRANIOSYNOSTOSIS yang berumur 1tahun 8bulan dan sorang lain berusia 8 bulan. Saya mohon pendapat doktor, kenapa masalah ini tidak boleh dikesan semasa hamil & adakah saya akan mendapat bayi yg ada masalah yang sama jika saya hamil semula? Harap doktor dapat membantu . Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar menghadapi ujian dari ALLAH. Sabar adalah ubat bagi hati dan motivasi yang kuat untuk kita semua. Dalam al Quran, ALLAH berfirman : “Orang-orang yang bersabar …
Read More »Air tuban atau air kencing?
“Assalamu alaikum.. Saya hamil 20 minggu. Bila saya batuk atau bersin kuat, saya perasan seluar dalam saya akan basah. Walau bagaimana pun ia tidak sering belaku. Saya sangka ia disebabkan ‘leaking’ air tuban. Tetapi bidan terlatih mengatakan ia bukan air tuban. Saya keliru..” Wa alaikum mus salam. Agak sukar untuk menentukan sama ada cecair yang keluar itu adalah air tuban atau air kencing. Kalau mahu menilai dari segi fizikal, air kencing mungkin lebih berbau lebih hancing. Tetapi ia bukanlah suatu kemestian, kerana kuantiti air kencing yang sedikit ada kalanya tidak bersifat hancing. Saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan doctor …
Read More »Bayi mempunyai kembar di dalam abdomennya.
“Mulanya disangka ketumbuhan di abdomen pada bayi berusia dua bulan, rupanya ‘ketumbuhan’ itu adalah kembarnya”, begitulah berita yang dikeluarkan dalam akhbar di Pakistan yang say abaca secara on-line. Sekumpulan pakar bedah kanak-kanak (paediatric surgeons)di Hospital Kanak-kanak, Pakistan Institute of Medical Sciences (PIMS), berjaya melakukan pembedahan pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 pada seorang bayi yang disangka mengalami ketumbuhan dalam abdomennya. Pembedahan yang dijalankan selama tiga jam yang diketuai oleh Professor Zaheer Abassi, ke atas bayi yang bernama Amna, anak perempuan kepada Lakhmir Khan, dilahirkan dengan perut yang membesar. Sebelum ini, bayi ini mengalami ceret beret dan muntah semenjak …
Read More »Kesan Coenzyme Q10 Pada Riadah Sukan
Saya bersama seorang rakan lama yang meminati sukan berbasikal jarak jauh. Sudah banyak wang yang dilabur untuk minat ini. Dia mengadu rasa cepat penat ketika berkayuh, berbanding dengan rakan-rakan pengayuh yang muda. Faham-faham sajalah apabila umur sudah memasuki 40an. “Doc, bolehkah saya ambil suplemen untuk menambahkan kekuatan tenaga saya?” Saya cuba menduga beliau. “Suplemen apa ?” “Anabolic steroid..!” “Bro, itu bukan suplemen. Itu racun… bahaya kalau gunakan tanpa pemantauan” Saya menggeleng-gelengkan kepala. Seorang rakan bina badan mengalami kesukaran untuk menimang cahaya mata setelah berbelas tahun berkahwin, mungkin akibat suntikan steroid anabolic yang diambil untuk memperkasakan tubuhnya. “Apa pilihan yang i …
Read More »Debaran mengganggu perasaan
“Salam. Doktor,terima kasih di atas info ini. Saya juga mengalami migraine sejak 6 tahun yang lalu. Setiap kali sakit, saya rasa nak muntah,mata rasa nak terpejam setiap masa, tak boleh tengok cahaya,bosan dengan kebisingan, rasa nak marah orang…Bagi meredakannya, doktor telah bagi ubat CAFFOX. Jika saya makan ubat panadol semua tak berkesan. Hanya sebiji CAFFOX, saya perlu tidur dalam keadaan yang gelap sejenak…dan migraine saya terus hilang. Fikiran saya tenang dan tak ada apa yang perlu difikir. Kebiasaannya saya mengalami migraine kerana terlalu berfikir sesuatu masalah, kepala saya akan sakit. Sejak akhir-akhir ini, jika saya sakit kepala dan saya makan …
Read More »Migraines tidak menyebabkan kegemukan
Wanita yang penghidap migraines tidak mempunyai risiko untuk mengalami risiko menjadi gemuk, walau pun secara teorinya, migraine menyumbangkan ke arah kegemukan secara tidak langsung. Antara sebabnya ialah kerap sakit kepala menyebabkan seseorang tidak dapat melakukan riadah. Satu kajian yang dilakukan oleh Department of Medicine, Brigham and Women’s Hospital, Harvard Medical School, Amerika Syarikat, mendapati wanita penghidap migraine mengalami peningkatan purata sebanyak 4.5 kg, sama seperti wanita yang tidak menghidap migraine selepas 13 tahun. Kajian ini melibatkan 19,162 wanita yang bekerja sebagai ‘professional kesihatan’ yang berumur 25 tahun ke atas, dan mempunyai berat yang normal (BMI<25). Seramai 3,500 orang penghidap migraines. …
Read More »Ubat lactulose untuk mengatasi sembelit
Lactulose adalah gula synthetic yang digunakan untuk merawat sembelit yang teruk (chronic constipation). Cernaan lactulose, carboxylic acid, yang dihasilkan oleh bakteria pada hujung saluran usus besar (colon), tidak dapat diserapkan ke dalam usus malah menyebabkan air bertambah banyak di dalam najis dan menjadikannya lembut. Lactulose juga digunakan untuk merawat buasir (hemorrhoids) kerana najis yang lembut, mudah dikeluarkan tanpa perlu meneran. Lactulose juga dianggap sebagai prebiotic kerana ia menggalakkkan perkembangan bakteria baik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium dalam usus dan secara tidak langsung mengurangkan perkembangan Escherichia coli dan Staphylococcal dalam najis. (rujuk: Shukla, S.; Shukla, A.; Mehboob, S.; …
Read More »Haramkan loket radioaktif
Saya pernah menulis isu bahaya memakai loket yang dibeli dengan harga mahal tetapi tidak mempunyai manfaat kesihatan. Malangnya saya diserang , diugut untuk disaman dan dicaci maki dalam FB. Saya dituduh menyekat rezeki orang. Tidak kurang yang mengatakan saya menfitnah.. Padhal pada waktu itu saya hanya mahu berkongsikan info dari salah seorang ‘orang kuat’ Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) Malaysia. Saya masih ingat malam itu saya dibuli secara mental oleh penjual-penjual loket itu (dari salah satu syarikat MLM), secara beramai-ramai. Sehingga 4 am saya masih menerima kutukan dan cacian, sehingga isteri saya menasihatkan saya agar memadamkannya kerana emosi …
Read More »Zaditen (ketotifen) untuk mengurangkan lendir
Assalamualaikum doctor, saya mohon pendapat mengenai ubat Zaditen. Saya disarankan oleh seseorang untuk membantu mengatasi masalah batuk anak berumur antara 18 bulan – 28 bulan. Mohon penjelasan. Terima kasih. Wa alaikum mus salam. Zaditen bukanlah ubat batuk dan tidak digunakan untuk merawat batuk. Namun Zatiden boleh mengurangkan lendiran (kahak) pada kerongkong akibat tindak balas alahan akibat virus, habuk atau cuaca sejuk. Apabila tiada lendiran di kerongkong, maka batuk akan hilang. Oleh itu Zaditen digunakan sebagai ubat untuk mencegah tindak balas alahan yang mungkin dihadapi oleh pesakit asthma, terutama jika pesakit asthma itu mengalami serangan asthma yang berpanjangan. Zaditen sama ada …
Read More »Kaitan migraine dan stroke
Saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa terdapat berita yang mengatakan bahawa kebarangkalian orang yang menghidap migraine untuk diserang stroke, dua kali ganda lebih tinggi dari orang yang tidak mengalami migraine. Hal ini berlaku terutamanya di kalangan wanita. Berita yang dikeluarkan oleh Reuters Health pada 2 Jun 2010 ini mengejutkan ramai pesakit migraine terutamanya wanita. Ia dilapor memetik satu artikel dalam journal terkenal American Journal of Medicine. Walau bagaimana pun saya cuba mencari pautan journal tersebut tetapi gagal. Pautannya terputus. Sebelum ini banyak kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat perubatan mengenai kemungkinan pesakit migraine diserang stroke. Dalam satu …
Read More »Mengesan Duchenne Muscular Dystrophy ketika hamil
As salam mu alaikum doktor, Dua minggu lepas 2 orang anak lelaki kakak saya telah diagnose sebagai penghidap Duchenne Muscular Dystrophy (DMD). Selama yang saya ketahui tiada susur galur keturunan saya yang mengidap penyakit ini. Saya dimalumkan bahawa penyakit ini dikategorikan sebagai penyakit yang jarang dihidapi dan ia adalah penyakit genetik. Perlukah saya atau anak lelaki saya melakukan ujian utk mengesan sama ada saya juga adalah pembawa DMD/pengidap DMD? Sekiranya saya hamil, perlukan saya memberitahu pakar sakit puan tentang penyakit ini supaya ujian pengesanan dapat dibuat? Terima kasih. Walaiakum mus salam, Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Banyaklah bersabar …
Read More »Minyak EPO dan Menopause.
Saya meragui keberkesanan Evening Primerose Oil sebagai suplemen bagi wanita yang sedang mengalami menopause. Saya mengakui bahawa gejala-gejala menopause kadang kala menyebabkan seorang wanita agak terganggu dalam menguruskan kehidupan sehariannya. Antara gejala dan tanda-tanda itu ialah: 1.rasa panas badan 2.sakit pada payudara 3.rasa kurang bernafsu untuk bersama suami 4.kitaran haids yang tidak teratur 5.rasa kekeringan pada faraj ketika bersama suami 6.ada kalanya mengalami masalah membuang air kencing, seperti terkencing ketika batuk atau bersin atau ketawa dan mengalami rasa tidak dapat menahan kencing 7.mood yang berubah-ubah 8.mengalami masalah tidur Saya ada menulis dalam artikel sebelum …
Read More »Menggunakan antibiotik Zinnat ketika hamil
Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 9 minggu dan didiagnosa mengalami kencing kotor. Doktor telah memberikan saya antibiotik zinnat untuk 5 hari 2 kali sehari. Soalan saya adakah dengan memakan antibiotik itu akan menjejaskan kandungan saya? Saya ada bertanya pada pharmacist soalan yang sama dan dia tidak terus menjawab malahan ‘refer’ dahulu di internet baru, jawab tiada masalah. Terima kasih. Wa alaikum mus salam.. Antibiotik Zinnat mengandungi bahan aktif cefuroxime, iaitu satu bahan antibiotic yang terdapat dalam kumpulan cephalosporin. Nama lain bagi Zinnat ialah Cefuroxime. Dos biasa bagi sebiji tablet ialah 250mg dan 500mg. Zinnat …
Read More »Pertumbuhan gigi bayi
Pada suatu masa dulu ramai menyangka bahawa jika bayi mempunyai gigi ketika dilahirkan, ia adalah tanda buruk. Pada hal proses pembentukan gigi bermula semenjak dari mereka dalam rahem lagi. Ini semua takdir ALLAH dan tidak ada kena mengena dengan nasib manusia. Gigi yang keluar ketika bayi, yang disebut sebagai ‘gigi susu’ adalah gigi yang sementara sebelum digantikan dengan gigi yang lebih kuat. Gigi yang keluar tidak mengoyakkan gusi, tetapi gusi hanya akan menjadi bengkak dan kemudian lembut bagi memudahkan laluan untuk pertumbuhan gigi. Ramai ibubapa yang agak risau apabila bayi mereka agak lambat mengeluarkan gigi berbanding dengan bayi-bayi yang lain. …
Read More »SEMBELIT KETIKA HAMIL
Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan. Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan. Bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sembelit? Adakah wanita yang tidak membuang air besar beberapa hari dikatakan mengalami sembelit? Bila pula wanita yang hamil perlu diberikan ubat bagi melegakan sembelit mereka? Sembelit sebenarnya lebih bergantung kepada bagaimana kekerasan najisnya. Ini kerana setiap orang mempunyai tabiat …
Read More »Zithromax boleh memudaratkan?
Baru-baru ini masyarakat perubatan dikejutkan pula dengan berita mengenai isu keselamatan mengenai ubat antibiotik Azitromycin atau nama yang biasa digunakan ialah zithromax, yang biasa digunakan di klinik dan hospital. Dalam laporan itu, mengatakan bahawa antibiotik tersebut telah meningkatkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau stroke. Namun begitu ramai ahli santis yang mengkritik laporan ini dan mengatakan bahawa laporan ini tidak cukup sahih dan risiko untuk berlakunya serangan sakit jantung dan stroke bagi pesakit yang mengambil zitromax adalah rendah. Sebelum ini, antibiotik zithromax dianggap sebagai ubat antibiotik yang paling selamat dibandingkan dengan beberapa ubat antibiotic lain yang …
Read More »Kecederaan saraf selepas melahirkan anak menyebabkan kaki tidak boleh memijak ke lantai
Assalamu a’laikum doktor. Saya berusia 28 tahun dan baru melahirkan anak 22 Julai yang lalu secara pembedahan. Ketika hamil 9 bulan, saya mengalami rasa sakit pada bahagian pinggul kiri sehinggakan saya tidak dapat berjalan.Kaki kiri tidak dapat memijak dan pinggang belakang terasa sakit. Bila berbaring, saya tidak dapat bangun dan terpaksa diangkat perlahan-lahan. Saya juga terpaksa mengesot dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Pihak hospital telah melakukan pemeriksaan xray tetapi menurut doctor, tiada masalah dengan tulang saya. Pemeriksaan ultrasound juga telah dijalankan namun tiada dapat mengesan masalah pada pada kaki kiri saya. Saya ingin bertanya adakah kesakitan ini akan …
Read More »CoQ10 Sebagai Usaha Mencegah Sakit Kepala dan Migraine
Migraine adalah masalah sakit kepala yang berpanjangan dan berulang-ulang disertai dengan muntah. Punca migraine sangat banyak dan ia menyebabkan ketidakstabilan pada sistem neurovascular. Sakit kepala yang disebabkan oleh migraine selalunya sebelah saja, rasa bergenyut-denyut dan berlangsung antara 2 hingga 72 jam. Selain itu ia menyebabkan rasa loya, muntah, sangat sensitif pada cahaya (tidak boleh memandang pada cahaya yang terang), dan sensitif pada bunyi (tidak boleh mendengar suara yang kuat). Migraines amat berkaitan dengan masalah keturunan dan kebanyakan mereka mengatakan ibu atau bapa mereka pernah mengalami migraine. Pesakit migraine ini kebanyakan wanita kerana sakit kepala disebabkan migraine berkaitan dengan ketidakseimbangan hormone …
Read More »Selamatkah Vaksin Untuk Bayi Kita?
Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, padahal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar. Malah ada di kalangan kita yang menuduh bahawa program vaksin yang diberikan adalah konspirasi jahat untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia. Kononnya dengan pemberian vaksin ini akan menyebabkan umat Islam menjadi mudah diserang penyakit. Saya sebenarnya tidak faham bagaimana teori konspirasi ini telah diterima oleh sebahagian dari kita. Pada hal dengan tidak memberikan vaksin, kita sebenarnya …
Read More »Manfaat tidur tengah hari
Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …
Read More »Pecah Tuban Sebelum Waktunya
Selepas solat Subuh, telefon saya berdering. Malas rasanya mahu menjawab panggilan itu di pagi hari. Saya fikir tentu staff saya di pusat kesihatan yang mahu mengingatkan saya tentang temujanji dengan pesakit pagi ini. Namun deringan itu bertalu-talu. Akhirnya saya jawab juga. “Doc, isteri saya sudah pecah tubannya. Kain batiknya sudah basah..!” “Itu tanda mahu melahirkan…” “Betul ke? Isteri saya baru masuk 30 minggu. Hairannya dia tak rasa sakit..” “Kalau begitu, bawa saja ke hospital untuk pemeriksaan..” Saya menyandarkan diri dan berdoa agar isteri rakan saya tidak melahirkan anaknya pada masa ini kerana masih terlalu awal. “Abah, air tuban tu apa?” …
Read More »Pemindahan rahem dari ibu kepada anak
Pada 14 Jun, 2011 dunia perubatan dikejutkan dengan berita dari Sweden di mana seorang bernama Sara Ottoson berumur 25 tahun bersedia untuk menerima rahem ibunya, Eva Ottoson yang berumur 56 tahun. Pembedahan pemindahan itu dijadualkan dilakukan pada hujung tahun 2012. Pemindahan ini dicadangkan oleh sekumpulan pakar bedah dari Sweden kerana Sara dilahirkan dengan masalah penyakit genetic yang jarang berlaku iaitu Mayer Rokitanksy Kuster Hauser Syndrome, yang menyebabkan pesakit tidak mempunyai faraj (vagina) yang normal atau tiada vagina langsung bersama dengan masalah tiada rahem (uterus) langsung. Selalunya penyakit ini dapat didiagnosakan apabila remaja wanita berumur 16 tahun …
Read More »Tahnik dan Kebaikannya dalam Perubatan Moden
Dalam Islam, tahnik atau pun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Rasulullah SAW yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir. Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan, berusia 7 hari akan disapukan air liur yang bercampur dengan sedikit kunyahan buah kurma pada lelangit mulut bayi itu. Ia boleh dilakukan oleh ibubapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, anak-anak yang lahir telah dibawa kepada rasulullah SAW untuk ditahnik oleh baginda. Tahnik afdal dilakukan dengan buah kurma. Jika tiada kurma, boleh gunakan rutob (kurma muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu …
Read More »NUTRIEN Q10 UNTUK JANTUNG
Soalan: Saya berusia 40-an dan mengambil koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi untuk menangani kelesuan. Malah, saya juga mendapat tahu beberapa rakan mengambil koenzim Q10 atau pernah disarankan pengambilannya kerana mereka sedang mengambil anti kolesterol. Adakah nutrien ini memberi manfaat yang besar kepada kesihatan jantung? Jawapan: Koenzim Q10 boleh didapati dalam semua bahagian tubuh. Bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisme tenaga. Koenzim Q10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, koenzim Q10 paling banyak …
Read More »Perimenopause
Assalamualaikum doctor. Saya mohon pendapat doctor. Saya berumur 46 tahun dan telah lewat kedatangan haids selama 2 bulan. Pemeriksaan UPT menunjukkan saya tidak hamil. Semalam doctor yang saya temui di klinik memberikan saya ubat hormone untuk menurunkan darah haids saya. Perlukah saya mengambil pil ini. Apakah sebenarnya penyakit saya. Adakah suplemen yang perlu dimakan? Terima kasih. Saya tidak dapat bertanya dengan lebih banyak kepada beliau. Jadi saya tidak dapat memberikan diagnose, apakah penyakit yang beliau alami. Namun saya percaya, berdasarkan umur beliau, berkemungkinan besar beliau sedang memasuki fasa perimenopause. Perimenopause, adalah suatu fasa dalam kehidupan seorang wanita, berlaku beberapa …
Read More »Coenzyme Q10 Mengurangkan Keletihan
Seorang pesakit saya, baru berumur awal 40an mengadu mengalami keletihan yang agak ketara. Beliau kerap rasa letih, mengantuk dan kerap mengalami rasa sakit pada beberapa bahagian tubuhnya. Padahal dia adalah seorang pengurus bank di bandar Johor Bahru, bukannya seorang buruh yang menggunakan kekuatan ‘tulang empat kerat’ untuk menjalankan kerjanya. Saya menasihatkan agar beliau menjalani pemeriksaan darah dan air kencing. Namun secara amnya saya mendapati beliau sihat dan tidak mengalami apa-apa penyakit kronik. Jadi apa masalah beliau sehinggakan beliau sering tertidur ketika menonton rancangan berita di TV. Beliau juga mengadu sering rasa letih dan tidak puas tidur. Saya menghabiskan masa yang …
Read More »Phthalates Menyebabkan Diabetes Mellitus
Seperti mana yang ramai ketahui bahawa peningkatan kes diabetes mellitus semakin menjadi-jadi di Malaysia. Saban hari saya berhadapan dengan kes-kes baru di pusat kesihatan tempat saya bekerja. Yang pelik, kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 30an. “Doktor bagaimana saya boleh kena diabetes. Badan saya tidak gemuk. Mak dan ayah saya tiada diabetes. Agaknya mesin yang doktor guna tersilap” Saya mengulangi pemeriksaan gula di awal pagi di mana pesakit belum lagi bersarapan dan belum mengambil apa-apa makan semenjak pukul 10pm malam tadi. Bacaan pertama tadi 12.0mmol/L, bacaan ulangan kedua pula 12.5mmol/L. Lebih kurang saja. Saya mencadangkan pemeriksaan semula setelah dua jam pesakit …
Read More »Menjaga Luka Episiotomi
“Doktor kenapa perlu dipotong ‘laluan’ bayi ketika melahirkan bayi?” “Maksud puan, episiotomi kah?” “Saya tak pasti namanya, tapi doktor telah menggunting kemaluan saya semasa kepala bayi saya mula keluar. Apakah ia perlu?” “Puan rasa sakitkah?” “Tidaklah rasa sakit sangat, sebab masa itu saya hanya ingat ALLAH dan mahukan kelahiran itu cepat selamat saja. Tapi bukankah mencederakan kemaluan saya adalah memudaratkan?” Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj. Pada masa dahulu, doktor sering melakukannya secara rutin, apabila mereka menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan secara …
Read More »Krim Ezerra untuk Merawat Eczema
Ezerra cream adalah krim yang digunakan untuk merawat penyakit atopic dermatitis dengan segera dan dapat juga digunakan untuk merawat eczema tetapi mengambil masa yang lebih lama. Bagi ibu bapa yang terlalu risau terhadap kesan steroid yang sering diberikan kepada anak-anak mereka yang mengalami eczema, Ezerra cream adalah alternatif yang baik kerana tidak mengandungi steroid. Atopic dermatitis sering berlaku kepada kanak-kanak dan dianggar seramai 2 dari 10 orang kanak-kanak mengalami masalah kulit ini, mengakibatkan kulit mereka menjadi merah akibat radang, mengalami kegatalan dan kekeringan. Ezerra mengandungi dua bahan utama iaitu Stimutex AS yang bertindak sebagai antihistamine untuk mengurangkan kegatalan dan Saccharide …
Read More »Ural Sachets
Ia adalah serbuk yang dibancuhkan ke dalam air, mengandungi Citric acid anhydrous 0.72g; tartaric acid 0.89g; sodium bicarbonate 1.76g; sodium citrate anhydrous 0.63g per 4g sachet. Boleh mencubanya jika mengalami rasa sakit ketika kencing, rasa tidak puas kencing, rasa selalu mahu kencing, rasa tidak selesa di bahagian ari-ari. Ural digunakan untuk air kencing menjadi alkali, bagi merawat jangkitan kuman. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, satu atau dua sachet boleh dicampurkan dengan segelas air mineral, dan diminum 3-4 kali sehari. Selepas tiga hari, masih tidak sembuh berjumpalah doctor. Bagi pesakit kronik seperti …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
